Wednesday, September 1, 2010

Tiba

J ketemu dengan lagu ni di laman Zara. Selalu terdengar promo di radio. Tapi pernah dengar sekali sahaja sebab jarang bertemankan stesen radio tersebut di dalam kereta. Faizal Tahir memang dah lama J minat. Faizal Ismail pula pabila mendengar celotehnya boleh buat J ketawa terkekeh-kekeh. Syahir..mm...masih belum dapat kenal pasti apa yang menarik selain wajahnya itu.. ^_^

Katanya lagu raya. Tapi tak dinyatakan dengan jelas dalam liriknya. Tersembunyi disebalik kata-kata puitis dalam lirik tersebut. Dengar dan hayati ya?




 Tiba - Faizal Tahir, Faizal Ismail dan Shahir

Separuh dari hatiku
Ingin terus tinggal bersama denganmu
Sehingga umurku membawa
Kembali ke hari pertama
Pasti aku tunggu

Aku mula dengan baru
Aku pulang ke asalku
Membiar kau mengisiku yang pudar
Bertahan bersaksi berbagai
Patah tumbuh hilang berganti
Pasti ada kamu

Selamat pulang rasa
Ke asal jiwaku
Selamat kembali aku
Ke jalan lurusmu
Selamat datang cinta
Ke ruang hatiku
Hari ini yang menunggu
Hari yang selalu penuh baru

Bergema sempurna
Dalam diri yang teruja
Jiwa penuh cahaya
Menghias setiap seudut alammu

Dapatkah kau rasa?
Apa yang ku rasa?
Engkau dan aku
Sama tahu
Harinya telah tiba
 
 notakaki: Kalau Hanya Faizal tahir & Syahir sahaja yang menyanyikan lagu ini boleh tak?

2 comments:

  1. Kalau faizal Tahir je yang nyanyi mesti lagi best~

    (peminat fanatik beliau)

    kih3~

    ReplyDelete
  2. Yeah! Kite serupa!! paling suka bila dia nyanyi lagu hey Jude masa Raya thn lepas kot.. yg dengan Noh, Hujan tu.

    Best kan?

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^