Monday, April 29, 2013

Achaner ni?

Asal nak buat keje je. Menebeng.
Asal nak buat keje je. Menempel.
Asal nak buat keje je. Melusi.
Haihhh...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, April 28, 2013

Lapar

Ahad pagi.
Terpaksa keluar awal setelah dikacau Julie yang tak berhenti membebel kejut J. Suruh J bangun jugak-jugak. Lepas bangun, baru perasan....kibbles dah abes. Dalam tong pun licin licau. Alamak... kenapalah lupa nak beli semalam.

Jadinya, lepas sarapan, merayau la awal-awal pagi mencari petshop yang ada buka awal. Singgah la kat petshop dekat dengan tempat kerja. Tak ingat pulak dia buka atau tak. Pergila depan kedai nak tengok operation hours. Alah..restday lah pulak. Kecewa sekejap.

Depan kedai ada satu bench. Nampak satu kaki putih yang comot bawah tu. Tegur lah dia. Terdengar suara garau menjawab. Tinggung. Jenguk. Dia pandang J dengan muka sedih. Well.. nampakla melalui mata dia. Nampak letih dan sedih.

Depan dia ada sepeket keropok segera. Taktaula orang bagi atau dia rembat kat kedai runcit sebelah. Plastik keropok tu kan tebal? Nampak jugak ada koyakan kecil, mesti dia dah penat cuba koyakkan plastik keropok tu. Terus J ambil peket keropok tu. Basah. Sah dia lapar dan dah penat cuba koyak plastik tu. Dia tak lari. Diam je pandang je buka peket keropok tu.

Lepas buka, taburkan kat depan dia. Terus makan tanpa banyak bunyi. Banyak dah hancur masa dia cuba nak bukak tadi kot. Ambil yang besar dan pecah-pecahkan supaya mudah dia nak makan. Dia terus makan..tak peduli dah kat J.

Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati J ke kedai tu hari ni supaya J dapat bantu si putih yang comot ni.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 23, 2013

Berebut

Kenyang.
Sejuk.
Berebut nak berlingkar dengan mami.

J: I'm really amazed the connection between the three of us..glad to have both of them in my life... they would always know how to keep their mami happy whenever she's feeling down.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, April 21, 2013

Rindu nak menempel

J tinggal budak berbulu ni satu malam sebab ada program bermalam kat sekolah. Satu malam je tinggal budak-budak ni.

Malam tadi J tido meniarap. Tetiba rasa Ian naik dan tido atas belakang. Adoih.. nasib baik la 4kg je. Kalau 8kg. Mau bengkokkk..

Pagi ni budak ni pulak menempel je kejenya bila J duduk depan tv. J bangun, di pun ikut bangun.

Haihh... tinggal 1 malam je kot..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 16, 2013

Of all places...

..in the house, she would always try squeeze herself anywhere near me. Tapi kalau nak pegang lama-lama..nak dukung ke... sorry naik lori ye. Harus menggelupur bagai nak rak cuba meloloskan diri.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cucur bayam

Lapar.
Tapi tak lalu makan nasi.
Dalam peti ada sayur bayam.
Tetiba datang idea nak buat cucur.
Boleh tahan gak.. healthy ke camni?
Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, April 13, 2013

Tak Jadi Keje laa..

Ian. A sabotager. Like always 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, April 11, 2013

Takut Guruh

Menyorok bawah meja. Duduk atas talam makanan. Menyorok la sangatkan? Macamla mangkuk makan dia tu boleh sorokkan dia dari bunyi guruh.

Haihh... harap muka je garang. Hikhik..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 9, 2013

Dibantu para-para!


Sibuk 2 hari ni. Jenguk tiang mural saya. Eh... ada yang tambahkan warna. 

Cantik!

Rupanya seorang teman yang membantu. Pandai dia pilih warna. Kalau tolong cat sampai habis pun best ape.. hehe.. Nak tambah warna apa yang yang sepadan dengan warna-warna ni?

J: kalau pari-pari = perempuan. Jadi para-para =  ........ ^_^
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, April 7, 2013

Snuggling Sunday


Both of them got their turns!
^_^
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, April 6, 2013

Mewarna boleh hilangkan stress?

Boleh kan? Well... it worked for me though. I got a little stressed up due to loads of unfinished tasks lining up waiting for their turns.

Some friends had started this project earlier to beautify the walls outside the library. They got me a space and this was had I had done for the past 2 days after school.. lots of spaces to be filled up! Chaiyok!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 3, 2013

Wordless Wednesday ~ Cik Nyets in Action

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 2, 2013

Nurse Yang Over

Apa yang buat J sayang abam Ian ni lebih ialah sebab dia sangat memahami terutamanya tiapkali J tak sihat. Dia mesti menempel dekat-dekat. It feels like he's my personal nurse. It felt good there's someone there for you. Am glad that he showed he cared for his mami. Tapi masalahnya...incik nurse J ni terbongkang... over dari pesakitnya! :p

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 1, 2013

Si Didi Yang Dulu Jelita





Ini Didi. Kucing abang J.
Dulu Didi gebu. Jelita. Menawan.
Lepas beranak, hilang terus kejelitaan beliau...
Kasihan..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^