Thursday, April 30, 2009

Antara mama & Boss


Banyak kali mama J suruh mintak tukar. Mata dia dah tak berapa nak jelas. Lagipun mama dipertanggungjawabkan untuk menjaga 2 sepupu J yang mak ayahnye berada di Kuwait. Dua-dua duk asrama. Sorang dekat la jugak. Takde masalah kalau mama nak drive pergi tengok. Tapi yang sorang lagi kat Elephant Village kata orang kampung. hehe..Kampung Gajah ler tuh.. So, she needs me to help her drive long distance plus to accompany her at home. Sejak dia pencen ni, takde mende nak buat mula la dia rasa sunyi kan?

I did fill up the form. It's online. The problem is, Boss tak bagi. Dia mintak J batalkan. Kuciwa la my mother nampaknya. J cakap la dengan mama pasal ni. Dah la tension. Kerja banyak tak sudah. Adaptor laptop melotup pulak. After a long pot pet pot pet, she insist for my boss's HP number. She wanted to talked to him. I gave and she called. Biarlah mama tau, susah tak susah, nak explain, nak mintak anaknye tukar balik hometown.

The result? Tentunya tak dapat la kan...Susah pengurusan nak buat pertukaran jadual dan sebagainya.... Mama mintak lagi. Kalau tak bagi tengah tahun ni, end of the mesti mama mintak boss sokong permohonan J. Boss pun kata ok. hahah... konpem lepas ni kena cop ANAK OMAK.... huhuhu...

Nota kaki: J senang kerja kat sini. Kawan-kawan memahami dan best, walaupun kerja banyak. Tapi tanggungjawa J sebagai anak pun perlu dilunaskan... mmm....

Tuesday, April 28, 2009

Balik Lambat Lagi...

Nazir nak datang.
Semua jadi pening.
Macam-macam nak kena buat.
Fail BI.
Fail HEM.
Fail Olahraga.
Pamphlet Pusat Akses.
Marksheet kelas.
Analisa Formatif BI.
Papan Kenyataan Pengakap.
Kutip Yuran Sekolah..opss.. bukan yuran, Sumbangan PIBG & Keperluan Sekolah. Takleh guna nama 'yuran' , sensitip... huhuhu..
erm.. ada lagi ker...?
Adeh... banyak lagi rupanya...

Sape kata keje cikgu senang????

Sunday, April 26, 2009

Pening tanda Intravensi 2 English paper

Pagi ni lepak kat opis Amie... Sementara tunggu dia buat keja dia, I 'm doing mine also. Berpinar nak tanda paper Intravensi 2 ni. Currently, I'm teaching year 6. Temporary je.. sampai hujung bulan 5. Ada yang kena pergi kursus 14 minggu. So, I kena ganti lah.. I'm teaching 2 classes. 6A2 and 6A3. Jadi banyak lah jugak skrip nak disemak.Tau-tau ajelah pengetahuan budak-budak kelas yang hujung nih.. pening J nak baca ayat mereka.. ni contoh lah ek.. enjoy!! huhuhu...
Brape nak bagi markah ni.? This sections offers 15 marks.

Saturday, April 25, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009


Semalam pergi PWTC dengan budak-budak tu... lenguhnye pusing semua gerai yang ada... Finally, I bought these books. Semua sekali dalam RM70++ jer..Tengok la buku yang bawah sekali tu. Confirm belum lagi, tapi dah beli buku PTK... cita-cita tinggi tul J ni.. (^.^)

Storyboard


Dah lama tak buat storyboard. Teringat masa keje ID (Instructional Designer) dulu. Kerja macam nak rak.. berkampung kat opis tak balik rumah. Last Thursay, I had to put matchsticks on my eyes so that I can finish these storyboards. I manage to get a short nap before I start doing these. Tapi disebabkan badan penat dengan kerja seharian, terpaksa tidur dulu. I woke up at 2 a.m. in the morning and manage to complete them by 4 a.m.. Storyboard ni tak banyak mana pun. Hanya untuk 15 slide power point presentation sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Wilayah Persekutuan KL. Sape yang masuk? These kids yang masuk. Muhammad Azmi b Mohd Hatta, Muhammad Hafizul Fitri b Juma'at and Nazriel b Shahrul Zaman. Budak-budak nih, sebelum J kenal, macam kontrol ensem jer.. Tapi bila dah kenal... Subhanallah... Loyar buruk tak hengat! Kadang-kadang letih melayan kerenah budak-budak nih.Mereka menang Naib Johan masa peringkat zon Sentul hari tu. Dengan kemenangan tu, mereka layak bertanding ke peringkat negeri. Tengok budak yang depan sekali tu, nama dia Hafizul Fitri. Dia yang buat presentation. Giliran kami yang pertama, jadinya tengokla muka dia yang macam ayam berak kapur tu... hehehe...
Hari ni keputusan diumumkan... Budak-budak dah memang gabra. Apatah lagi cikgunyer.. Satu lagi yang buat gabra sebab semalam masa presentation ada teknikal problem. Hyperlink tak keluar. Mana taknya, masa buat aplikasi power point tu guna Power Point 2003, tapi masa presentation semalam, penganjur sediakan laptop guna Power point 2007. Ada yang buh video, sangkut, ade pulak audio langsung tak bunyi. Tak menang pun top 3.. tapi alhamdulillah, dapat tempat ke-5 dari 8 ekolah yang bertanding. Takdela teruk sgt sampai dapat tempat akhir kan?

Wednesday, April 22, 2009

KeJohanan Olahraga Tahunan ke 14 SKTSS

This year, I was appointed to be Guru Penolong Ketua Rumah MERAH . Ketuanya cikgu baru posting. Jadi agak kuranglah jugak tau apa yang perlu dibuat. (Eceh macamlah J tau buat semua.. J pun baru je posting tahun lepas). Jadi banyak benda J kena buat. Dari membeli belah di Mydin, beli kain kat Selayang, beli bandana kat Chow Kit and many more. Tak lupa juga.. si ketua pun buat juga bahagian dia, itu dan ini. J pun banyak dibantu oleh yang lain jugak.. Tenkiu very much!

The signboard was designed by me. itu pun last minute punya kerja... merah berapi la konon.. hiks.. Budak-budak perbarisan. I design the shield also. (^.^)Tema Khemah tahun nih Chinese New Year. Nenas besar tu I bought from Pasar Borong Sinaran Sitiawan. Each costs Rm4.00 only... Unfortunately, tak menang pun untuk khemah tercantik. dapat nombor 2 jer.
My colleagues: Anita, J, Ainul Faridah, Wan Madihah.


Nota kaki: Kawan-kawan yang J rapat kat sini semuanya dah agak dah veteran in teaching field. yang kat atas ni, beberapa je. Because of that, kadang-kadang sesetengah member lain, selalu lupa yang J bi baru je posting tahun lepas...





Friday, April 17, 2009

Balik Kampung..

I reached 'home'. My mom's house around 6.15 p.m today. I drove from KL non stop sampaila ke depan pagar rumah. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat. A whole list of things to do tomorrow. Plus 2 stacks of English Intravensi 2 papers to mark.. (aiyoh... umm..tak baiknye mengeluh..) Till then..

Nota Kaki: Berbaktilah kepada orang tua selagi ada hayat mereka... "Balik la.. kerja kat sini..." (My mom's request). Tengah fikir ni.. nak isi borang tukar ke tidak ni... I'm in DILEMMA!

Wednesday, April 15, 2009

New Template

Macam Comel.. tapi macam tak praktikal.. nantilah tukar balik.. dah petang dah nih. nak balik rumah. Makan tengah hari pun belom lagik nih.... So.. Don't bother to click Edit Me button aite!!!

22 Zulkaedah 1401

I got this from facebook.

Rohaiza telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 22 Zulkaedah 1401 Hijrah iaitu jatuh pada hari Isnin.

Maksud : Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Sifat : Seorang yang pendiam. Mempunyai banyak perkara baik pada diri anda dan kadangkala berubah menjadi kurang baik. Anda seorang yang banyak berfikir. Disebabkan sifat ini, satu hari nanti anda akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupan. Tetapi, disebabkan banyak berfikir, kadang kala anda menjadi keliru. Anda seharunya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Nota kaki: "Hampir sama..."

Tuesday, April 14, 2009

Jangan Tegur

My first film review here.. kita mulakan denganc cerita antooo...
Aku tak pandai nak review apa-apa.. I'm posting this entry saja-saja suka untuk menambahkan pendapat-pendapat yang sedia ada. I watched this movie last Saturday. I watched the night show. I repeat the NIGHT show. Berani la konon nak tengok malam-malam.. haha.. Orang yang jadi peneman pun duk tarik-tarik siku saya! hiks..
The storyline biasa je.. expected. Accident, mimpi, dapat petunjuk.. nak bagi tau mati kat tempat yang hampir kena langgar dulu.. tak saspen sangat. Sound effect kuat je buat terkujat sket. Lakonan Pierre tak menangkap lah.. The funny part was the moment Julia Zigler kena rasuk... sebijik macam Emily Rose, Exorcist tu..
My rate: **

Keistimewaan seorang wanita...

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

Wallahu 'alam

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^