Thursday, December 30, 2010

Keracunan Serangga

Tadi bawak Ian cucuk vaksin kedua. Alang-alang, bagi ubat cacing dan ubat kutu. (adehh... terbang $$$) J bagi tau kat Ryzal, (org yg menguruskan Kucing Ikhlas) baru-baru ni Ian sakit. a'ah yek? J tak buat entri pun pasal Ian sakit. Teruk jugak dia melepek. J bawak pergi klinik. 

Masa ni memang lembik dia melepek kat kaki bear tu.
Doktor siap amik sampel darah. Doktor kata sel darah putih dia tinggi sangat daripada sel darah merah. 4 jenis ubat yang doktor bagi. Pagi petang kena suap dia makan ubat. Nasib baik la tak susah sangat nak bagi dia makan ubat. Mula-mula je dia luah balik... Lepas tu ok je. Doktor ajar kepalkan dengan wet food. tolak masuk tekak. Dia pun telan ubat dengan jayanya! Good Boy!

Dia sekarang suka menempek nak tido dekat-dekat
J cakap mungkin dia sakit sebab main dan gigit lipas dan tangkap lalat. Ryzal kata Ian kena 'Insect Poisening'. Dan... mujur Ian tak mati, kata dia lagi. Ryzallah yang cakap, kalau kena insect poisening, biasanya boleh buat kucing mati. Nasib baik sayang bucuk J ni kuat! TAPI... ada tapi jugak ni. Sekali dah terkena, dia akan selalu bersin dan cepat penat. Penyakit tu memberi kesan kepada paru-paru kucing. Oooo... patutlah kadang-kadang nampak Ian bersin. J tak buat research lagi pasal benda ni. Mungkin DC tau kot?

Ian lahir pada 29.4.2010.
(note to  myself jugak nieh.. heh)

3 kilo dah???? aiyohh...
Di hari dia genap berusia 8 bulan, berat pun dah jadi 3 kilo! (patutlah bewattt!)
 
 
Makin manja.. Suka tido celah ketiak mami dia sekarang ni!
 notakaki: emmm.... eemmm..... saya bingung sebenarnya. Masih lagi berpura-pura bahagia.

Wednesday, December 29, 2010

Minum susu boleh jadi COMEL!

Saya ni adalah pencinta haiwan. Oleh sebab itu, dahulu.. pernah bercita-cita untuk menjadi seperti doktor haiwan. Tapiiiii... disebabkan tahap pengetahuan dalam bidang sains agak kureng (sila gelak), jadi tak masuk kelas yang belajar biology. Nak amik course vet, kena amik Bio kan? kan? Since I knew my disabilities in digesting Science subjects (eventhoough I've tried boiling Physics and Chemistry books and drank, still.. it didn't work for me..~tipu je~).

Anyhow, I'm happy with what I am now. Namun, sifat kecintaan terhadap haiwan tu masih tebal walaupun tak berjaya capai cita-cita yang sungguh murni itu. Eh.. kesitu pulak perginya...

Kisahnya masa minum susu di satu petang, terasa macam ada mata yang memandang. Pandang keliling takde sape. Teguk lagi susu seteguk. Rasa macam ada yang tak kena je.. Sekali terpandang benda ni atas meja....

comel kan?
Serius nak gelak dengan diri sendiri! Tak perasan pun selama ni cik minah kat kotak ni sungguh comel!!!!!! Mungkin tak secomel yang sebenar, tapi comel di mataku. Sila jangan hairanlah... J ni kan pencinta haiwan. Jadi, si PUTERA & RONALDO dalam drama Lagenda 'Putera Katak' siaran TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 4 ptg tu pun J tengok comel sangaat! hahaha.. 

notakaki: 
1. minumlah susu setiap hari kerana ia baik untuk kesihatan.
2. saya perlukan kalsium yang serasanya semakin hilang dilarikan caffeine. eh... boleh ke?
3. kalsium dalam hati pun turut mencair.
4. awak, sila jangan risau. saya takkan terjun dari tingkat 8 ni. 

Sunday, December 26, 2010

not perfect...

i'm not perfect

i'll annoy you

tick you off

say stupid things

and then take them back.

but put all that aside

you'll never find a girl that care and loves you more than me

the smell of your perfume

never fails to put a smile on my face

walking next to you is what i love most

it makes me proud to be by your side

i thought you'll feel proud walking next to me too

it seemed that you're not.

i don't want to hide anymore

i want to be seen

not to be hidden

in your secret and dark closet


He kidnapped my only 'geng'

The latest member of GQ got married this morning. Alhamdulilah.. She was sooooooooooo beautiful and gorgeous. I love ur 'mini sarang tebuan' hair darling! I got to meet the other GQ's as well.

Missed our good old times together. (sorang takde dlm gambar)

I just love our over dramatic way of greeting each other with the bear hug and all sorts of shrieking-gigling-mumbling-oohs and aahs sounds will come out from our mouths. I didn't realized that I missed them that much! 
 
Cantek kan?

Soooo happy for you Emmy.

Semoga Emmy & Nazrin kekal & bahagia sehingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 22, 2010

What's unique about Julian?

er..

mmm.. 


eerrrr..


o_O


errrkkkk....

Eh? MENIARAP?

J agak sibuk setelah beberapa hari Ian tinggal dengan J. Satu hari, J bawa pulang kerja ke rumah. J meniarap depan tv, sambil buat kerja. Ntah bila pun tak sedar bila J terlena. Bila J tersedar, Julian pun tidur meniarap mengadap J. eh...? Terus J capai fon dan snap gambar dia...  Alalala.... sangat sweet! Sama-sama terlena meniarap.

tiru mami tido yek???
Since that only I notice that he loves to sleep in that position. (more or less alike). Selesa agaknya.. hehe.. Kaki depan dan kaki belakang, mesti stretch sehabis panjang... macam gambar kat bawah ni...

dia memang suka meniarap

kalau meniarap, kaki depan belakang mesti stretch habis...

Dan..... Yang paling istimewa tentang Julian aka my darling Ian is...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

taaaaadaaaaa.......

Verrrrrrrrry CHILLAXING kan?

Seriously... pertama kali tengok kucing yang suka silang kaki belakang. J rasa tabiat dia ni sangat UNIK! hehe.. (Maybe not to you) 

Korang pernah tengok kucing silang kaki macam ni?

notakaki: I love you sayang!

Tuesday, December 21, 2010

Menanti Hikmah by Mawi

Sejak menonton Seruan Pulau Namidi Astro Prima, asyik terngiang-ngiang lagu ni di telinga, teringat-ingat liriknya dalam fikiran, terlagu juga di bibir... (senyum sendiri..)


 ~lirik tengok kat videoklip tu ye?~

notakaki: bagaimana hendakku sandarkan seluruh hidupku ini sekiranya dirimu sendiri belum pasti akan hala tuju hidupmu???

Monday, December 20, 2010

Eh... kamu siapa?

Satu pagi dengar suara kecik mengiau kat luar...  Bukak pintu, nampak budak ni...

Kecik budak ni..

Comel... warna putih kelabu.

melilau tak tentu hala rupanya..

dok gesel kat kaki nak mintak makan

dah kenyang, dia panjat gulungan karpet, melepak kat situ

Ooo... kemain ye? cantek tempat tido awak?

Ala... saya tompang tido je.. boleh kan? kan?
Lepas dua hari menumpang kasih kenyang dapat makan kat rumah J, si kecik ni hilang tak datang-datang dah...

Sunday, December 19, 2010

Rub my tummy pweeasee...

rub my tummy please, mami?
One Sunday morning, I woke up early. After feeding my boy, I let him play and run around the house on his own. Then, I sat down in front of my lappy to check on my mails. After a few minutes, he came to me meowing with his pleading eyes. After picking him up and placed him on my lap, he showed his tummy to me.. aiyoh...  pagi-pagi subuh dah mintah rub tummy. Okaylah.. mami rub tummy dia. Lepas tu terus tak kacau mami dah. Switched off the lappy and I went ZzZZzZzz..

Friday, December 17, 2010

my only one



A cute song to listen. Cuba dengar...  ^_^

my only one by mocca


We had a fight last night
and i called him mad
makes me feel so sad
and im so ashamed


he's my only one
i give him all my love
even though my mom says no!
i just go on and on no


ones gonna take him away from me..
everyday and every night
i just wanna hold him tight
and make sure that everything stays right


and everyday and every night
to dream of him is my delight
and know that he'll stay with me all the way

Thursday, December 16, 2010

oh awak...

takkanlah tak pandai nak guna telefon mudah alih yang canggih tu

credit ipod.com

 untuk membuat panggilan mahupun menghantar sepatah dua perkataan melalui sistem pesanan ringkas kepada saya. orang lain pun bekerja. orang lain pun sibuk. tapi kalau nak hubungi awak pun sampai diberi ketetapan masa tertentu sahaja, ohhhhh... tak tau dah saya nak kata apa. hmm... nampaknya memang awak tak pernah heran kalau saya ada atau tidak dalam kehidupan awak. saya, hanya awak cari jika awak betul-betul memerlukan. saya akan diketepikan bila tidak diperlukan. kalaulah betul tebakan saya ini, sila berhenti cari saya selepas ini 

kerana

saya sudah letih

dan

jemu menunggu

 kata-kata awak, hanya tinggal kata-kata. TIADA tindakan yang dilakukan untuk membuktikan ketulusan kata-kata awak itu. 

Wednesday, December 15, 2010

Nak Dara Rindu

Rindu

Saat sini rasa rindu padanya.
Rindukan keberadaan dirinya disisi.
Rindu sepasang mata nan redup itu.
Kejamnya diri ini membiarkan dia membawa perasaan ku pergi.
Sungguhpun rindu yang aku ungkap, belum tentu dia pernah dia mengerti.

Pulau Perhentian, 2008

Sunday, December 12, 2010

Julian, My 'Paper Shredder' Cat

I don't need to get myself a paper shredder machine anymore. Julian is one.


notakaki: lepas dia buat sepah, apa lagi.. BISING lah Mak Iti.. huhuhu...

Friday, December 10, 2010

Ian..oh..Ian...

Julian kini disayangi lebih oleh semua orang.... 

Dia semakin mengada-ngada.. (statement dengki neh..)
Kena gomoi dengan abang J & Oni, anak buah J

Muka boring kena 'tahan' dgn Mak Iti.. heh..

Pak Mat rajin melayan budak demok ni main setiap pagi.
 
 Sampaikan mami dia pun orang dah tak  berapa nak pedulik.. wuuuwuu...sedey~

Yang dok cedok poo poo dia tiap-tiap pagi pun mami dia ni laa... 
sob..sob.. 

Sleeping at his favourite spot under the sofa.

Tapi...
Setiap pagi Julian mesti akan mendekat kalau J panggil, without fail. In return he'll get the bestest morning pat and rub. And kisses too....

notakaki: masih sibuk dengan merekod koleksi novel sedia ada.

Wednesday, December 8, 2010

part time librarian

oh yeah... since my mom's eye operation was postponed and besides driving her around, this is what I do during my free time.


yes.. cataloging books. I've just started with labelling. Data will be keyed in tomorrow onwards.. oh.. banyaknya....

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru 1432H

Ada seorang tua memberitahu... tak lama lagi nasik minyak saya akan masuk atas pinggan... wah... tak lama lagi.. Oh... alangkah baiknya kalau dia boleh tahu siapa yang bakal duduk di sebelah untuk makan beradab nanti. hehe.. Tidaklah J percaya bulat-bulat kata-katanya. Apa-apa pun itu semua kerja Allah... kita yang kena usaha dan ikhtiar dan seterusnya bertawakkal....

J tertarik dengan status seorang rakan di FB....

"Tahun Baru Hijrah: Semoga dimudahkan jodohku. Temukan aku dengan dia yang selalu mengingatiMu dan mengingatkanku. Amin."


Kami mendoakan doa yang serupa. Semoga Dia mendengar rintihan hati kami... Aminn...



Mudah-mudahan dipermudahkan untuk kita semua yang belum bertemu jodoh... ^_^

Sunday, December 5, 2010

Close To You.

Lagu lama yang didengari di radio ketika dalam perjalanan ke Utara.. tiba-tiba mengusik jiwa.. tiba-tiba menerbitkan rasa rindu kepadanya.



Close To You by Carpenters

Why do birds
Suddenly appear?
Everytime you are near
Just like me
They long to be
Close to you

Why do stars
Fall down from the sky?
Everytime you walk by
Just like me
They long to be
Close to you

On the day that you were born
The angels got together and decided
To create a dream come true
So they sprinkled moondust in your hair
Of gold and starlight in your eyes of blue

That is why all the girls in town
Follow you all around
Just like me
They long to be
Close to you

Just like me
They long to be
Close to you


notakaki: teringatkan awak yang ntah ingatkan saya ataupun tidak...

Letting off the steam...

Ada orang senang meluahkan pada pasangan.
Ada orang suka bercerita pada teman baik.
Ada orang melepaskan tekanan dengan shopping.
Ada orang melepas perasaan dengan berkaraoke.
Ada orang menenangkan jiwa dengan bercuti.
Ada orang mencuba untuk lupakan masalah dengan melakukan aktiviti yang disukai.
Ada orang cuba melupakan dengan tidur sahaja.
Ada juga teman yang meluahkan melalui tulisan.
Ada juga yang memberitahu di status di FB.
Ada juga yang menulis di blog.

Walaupun ramai dikeliling J, tapi takde sape pun yang boleh dibuat tempat mengadu domba tanpa prejudis... aduh...

notakaki: nak cakap dgn Ian pun nanti ada pulak yang pasang telinga....

Saturday, December 4, 2010

Pertemuan dengan Tok Janggut yang Hensem.

Iklan kat radio kemain lagi kata target nak capai pengunjung seramai 1.5 juta. Wahhh.....J memang tak pernah pegi MAHA sebelum. Asal nampak iklan je.. masa tu la ada hal la.. balik kampung la.. ade je aral yang melintang lalu.

O yea.. Mak Iti tak jadi laser mata dia.. atas sebab-sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Alaa.. dia batuk. Jadi doktor kata, tak berani nak tanggung risiko kalau pembedahan tu diteruskan sebab batuk melibatkan urat mata. Kalau buat juga, karang jadi penyakit lain pulak. Asal kata tak jadi je... Lajuuuuuuu aje J kata.. "JOM kita gi MAHA?" hehehe...  Mak Iti  pun cerah biji mata... Jom, katanya.. ^_^ J pun berjaya meracun pak Mat supaya ikut sekali.

Kami pergi pagi. Tak juga paginya.. dah pukul 11 baru sampai sana. Kereta yang bersusun nak masuk toksah cakaplah... Masa tu tinggal parking depan je.. Nasib ada tram yang berpusing-pusing sekeliling MAEP tu. Cuaca pun alhamdulillah...panas. Tak hujan. Dan tak sangka pulak MAEP tu sebesar-besarnya kawasan... adoi... melawat 4 hall pameran dan agrobazaar pun dah makan masa 3 jam lebih... semua nak tengok.. semua nak rasa... Orang memang ramai sesangat.. jadi tak mustahil kalau kehadiran J kat sana menambah jumlah pengunjung yang akan mencecah 2 juta orang. Mampu kah??? hehe...

Tak sempat nak tangkap gamba sangat. Tangan penuh dengan barang dengan payung. Kami tak singgah ke semua tempat. Hanya ke Laman Ternakan sahaja. Jadi bertemula dengan Tok Janggut yang hensem-hensem belaka ni...

Eh... cik ni takde janggut.. Adik beradik Shaun the Sheep nih! hep... jangan main-main RM1k lebih sekor tau..
Baka Jantan Terbaik ni.. Lupa jenis apa.. lupa nak catat.. Tapi tak ensem sungguh. Berkedut-kedut muka dia.. hahaha..
Kedua terbaik.. maintain macho beb!
yang ni macam muka atuk-atuk kan?

Lembu pun ada.. Sangat GEMOK hokey!!! Pak Mat kata.. kalau sembelih nak lapah, mau ambil masa berjam-jam nak selesaikan seekor... kesitu pulak dia..


Lembu-lembu ni bertuan. Mereka masuk pertandingan Baka Jantan Terbaik. hoiihh.... kemain lagi... Memang la cuasa panas... tuuuuuuu dia... Siap berkipas kau!!! Kita ni menitik-nitik peluh nak jumpa dia. heh..



Dah puas pusing.. Singggah makan Kambing golek yang sangat marvelllous! Abg jual tu siap tegur lagi katanya susah nak jumpa perempuan yang suka makan kambing. Ye ke???? Eleh... ayat beli jiwa la tu konon... Sampaikan Mak Iti mintak kentang bakar lebih pun dia bagi aje.. hehe.. Sekali tengok jam.. eh.. dah 5.30 petang. Masing-masing pun kaki dah naik kebas. Makanya masing-masing pun sedarlah diri untuk pulang dan berehat.. hehe..

notakaki: Two.. thumbs up kepada penjaga parking.. driver tram.. penunggu stesen tram.. Sangat mesra alam dan sentiasa sedia memberi informasi jika diperlukan.

Wednesday, December 1, 2010

Penghuni bawah tangga


Ticer! Ticer! Ada kucing kat sana. kat bawah tangga. Dia lapar ticer. 


Mak dia takde. Kesian dia ticer lapar. Asyik bunyi miau miau je, ticer.


Petang tu, J balik lambat. dalam pukul 3, J pergi jenguk kejap budak-budak kecik tu sebelum balik. Ternampak si oyen ni terintai-intai.. Ohoo.... ini ibu si putih tu rupanya..



Esoknya budak-budak kecik ni jadi rebutan budak-budak sekolah. alamak... Jenuh pulak J berkejar menyelamatkan si kecik tu semua. J ambil kotak kertas A4 dari pejabat, letak satu kain buruk yang di'pau' dari sebuah kelas tahun 6, dan bersemayamlah mereka dengan aman di dalam kotak tu.


Bila dah terjaga, mestilah lapar. Ibunya dah tak taulah kemana perginya. J turun ke prasekolah untuk mintak susu tepung sesudu. J bancuhkan dengan air, mintak straw kat kantin dan suap sekor-sekor. Lahap betul!!!

 
Esoknya semua hilang. Seekor kawan J bawak balik rumah. Lagi 3 ekor hilang. Ibu dia bawa lari kot. Kalau tak silap... tak hidup lama budak-budak ni. Kesian... Ibunya liar. Tinggal anak kat tempat yang ramai  orang. Nampak orang je larik laju-laju... Mesti mati kelaparan budak-budak ni. Tengok muka si kecik ni... comot la sikit... tapi comel kan??? 


Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^