Setiap kali bila mengerjakan solat sunat tak kira Aidilfitri ataupun Aidiladha. Masalah yang sama akan dihadapi ketika mencuba khusyuk menyerah diri menyembahNya. Astaghafirullah... itu yang diucap ulang-ulang kali dalam hati setiap kali terdengar jeritan ketawa dan lalakan tangisan anak-anak kecil ketika sedang solat.
![]() |
| amik kat google |
Disini J ingin menyeru kepada rakan-rakan yang bergelar IBU... sekiranya anda mempunyai
1. anak-anak kecil yang belum pandai solat
2. anak-anak kecil yang usianya kurang dari 5/6 tahun
3. anak-anak kecil yang mmg anda tahu tak boleh nak duduk diam
4. anak-anak kecil yang tidak sihat
dan... yang sewaktu dengannya...
Adalah lebih molek sekiranya, anda meninggalkan anak-anak kecil itu dirumah sekiranya anda berkeinginan menunaikan solat sunat tersebut. Kalau tiada siapa dirumah, apa kata kalau anda tidak perlu ke masjid mahu pun surau pada tahun tersebut. Maaf sekali lagi...sebab ape? Jeritan ketawa, lalakan tangisan dan anak-anak yang tak tau diam tak pasal-pasal usik jemaah lain yang tengah solat, sangatlah menganggu!!!!
Bayangkanlah kalau dari mula mengangkat takbir sikecil melalak sampai lah sesudah salam diberi.. Kalau sorang tu takpe lagi.. Ni sampai bersahut-sahutan! Masyallah... janganlah dek kerana terlalu ghairah mengejar pahala sunat. Tak pasal-pasal anda juga turut menanggung dosa kerana menjadi penyebab gangguan kepada jemaah lain.....
Wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..