Sejak Mak Iti duk sini dalam bulan puasa ni, hari-hari J menjengah ke param. Kalau tak ke situ, ke sana... Jadi, bila dah ke param tu.. pahem-pahem aje lah.. LAPAR MATA. hehehe...
J dah beli mihun sup dan ayam crispy goreng je untuk berbuka. Sekali Mak Iti ternampak murtabak ni dan mengusulkan supaya dibeli barang sekeping dua untuk mencuba.
Lepas berbuka, J belasah mihun sup dgn ayam crispy goreng tu saje... Lewat sikit, baru berani menghadap murtabak ni. Rasanya... mm.. mm... agak dibawah jangkaan. Kalau dibaiki adunan telur tu, mungkin lebey ngancam! (sukati ko jek nak ubah resepi orang kan? nak sedap sila masak sendiri! akekeke) Tapi okay je sebenarnya... Bolehlah tahan..
Pape pun, kalau rasa teringin pergilah cari kat Param Jalan Kuching ye?
notakaki: eh.. dah ada dua entri pasal murtabak di bulan Ramadhan ini rupanya!
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..