Monday, April 26, 2010

Sudah pulang..

Alhamdulillah... Pa, Ma & Atikah dah pulang dengan selamatnya.

Sepatutnya sampai tengah hari Jumaat. Tapi mungkin sebab flight delay sana sini, they landed at 2 a.m. early Saturday. I was lucky because Amie was willingly to accompany me. Walaupun kejap nak ikut, kejap tak jadi... (it's okay.. I understand dear..)


They came out at 2.40 after collecting their luggage. I've started to feel really sleepy. Halfway back I still have Amie to freshen me up with our little chat. After I dropped Amie off, everybody seemd to be quiet. I tried to drive as careful as I can, I felt sooooooo sleepy already. Reached home safely at 4.20 a.m and without wasting any time, I crawled to my bed and curled soundly under my blanket...


Eventhough I requested Ma not to shop too much when she gets there and stay focus with her umrah and prayers, but still... she got me this beautiful hooded abaya...


muah..muah.. love you ma!

mm... pakai pegi kerja macam beria tak? Macam ye je kan??? hehe

Wednesday, April 21, 2010

ABM

Cikgu-cikgi haruslah tahu ape itu ABM kan?

ABM = Alat Bantu Mengajar



Kebetulan dah masuk Tajuk Animals and Pets (Y3). Jadi kesempatan yang ada, J gunakan ABM sedia ada. J bawak masuk kelas semasa masa kedua. Almost half of them dah mula bergerak menghampiri sangkar. J pun bagi syarat, kalau nak tengok dan nak pegang hamster, siapkan kerja dahulu... Haruslah siap kan? Dah siap je terus semua kerumun sangkar.


J keluarkan Ciko. Dia yang paling baik dan tak buas. Elok je bila budak-budak cuba nak pegang dan usap bulu dia. I allowed them to pplay with Ciko 5 minutes only. Bukan ape.. bimbang lain pulak jadinya nanti.



Bagus jugak budak-budak ni. Takde siapa pun geli dengan hamster. Above all, I manage to achieve my objective for today! To make them read, understand and know the real hamster. Yippie!!

nota kaki: using teaching aids and hands on activity had always triggered my kids interest, especially the weaker class. all I need to do is extra brainstorming, extra creativity, extra hardwork and also extra time to do the preparation once in a while just to gain their attention and focus in class...

Lamentation to Oggy

Jaha called me one day...

"Awak.. hamster sihat? Berapa ekor dah?"
"Sihat-sihat belaka. Ada 8 ekor. Kenapa?"
" Saya nak beli sekor boleh? Hamster saya tinggal betina saja. Semua hamster jantan dah dibeli orang" (J beli Jimi & Mija  dulu dari budak Jaha ni lah..)
"Owh... mm... boleh la kot"
"ok, nanti kita kontek lagi yek?"

I told Amie about it. Dia kata pilih la yang nakal-nakal sikit. mm... Tiada lain yang nakal melainkan...


Budak sekor ni memang nakal. Pantang pintu cage terbuka, dia dulu yang pecut seratus meter mendahului. Pulak tu, suka buli adik beradik yang lain.

Malam tadi belek-belek dia. Macam innocent je muka dia kan?

Budak Oggy bertuah ni jugak la yang gigit getah connector dari cage ke jamban diorang. Sampaikan J terpaksa tukarkan yang gegirl masuk banglo, boboy semua masuk cage besi. takut nanti habis punah banglo tu.


Sementara tunggu Jaha, J main dengan Oggy dulu.  Selalunya dia akan cuba melarikan diri ntah kemana-mana. Tapi tadi elok je jalan-jalan atas riba J.  (-_-)  Mengingatkan J hari Ahad lepas. Biasanya kalau J lepaskan budak-budak tu berjalan, takde sekor pun yang berani panjat naik badan J. Hari tu macam biasa J lepaskan budak-budak tu, J pun baring depan tv, tengok tv. Tup..tup.. terlena. Sekali J terjaga bila terasa ada yang memanjat naik atas badan... 


Rupa-rupanya si Oggy ni. J biar je, sambil kikk..kikk... ketawa kegelian. Lepas Oggy mula bertukar tangan, J pun pulang. Jaha ada tanya, tak sayang ke? hhmm... kalau ikutkan semuanya sayang. Tapi takpe la.. Jaga dia baik-baik ekk? bagi dia gemok balik. Mula-mula takde rasa apa sangat. After I called Amie, telling him that I've given Oggy to Jaha, I started to feel sad. Sangat sayu rasanya... Still could feel it now. Menitik la sikit air mata.. tipulah kalau tak nangis.. hehe.. J kan cengeng... huh?!

I'm going to miss you so much sweetheart.  Selamat bergumbira dengan hammies gegirl 3 ekor dengan Jaha.

nota kaki: tgh tunggu masa Mummy Mija mengandung dan beranak ni... hehehe...

Aku selalu lupa...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,


Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
 
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
 
Subhanallah...

Tuesday, April 20, 2010

Pertemuan Semalam

Aku memang rindukan kamu. Selama ini hanya berbicara menerusi alam maya dan juga sekadar mendengar suara. Pertemuan semalam sedikit sebanyak mengubat rinduku pada kamu.

Kamu masih seperti dulu. Makanan masih sentiasa berada dalam fikiran kamu. Kamu yang kuat makan, tapi aku pula yang menggemuk. Bicara kamu masih laju, yang kadangkala sering tersasul, sering menjadi bahan lelucon kita. ah... rindunya aku pada kamu. Rindunya aku dengan perhatian kamu...

Kita berbicara seperti dahulu. Tanpa menghiraukan mereka disekeliling kita. ahh.. betapa aku rindu saat-saat itu. Seboleh-bolehnya aku ingin kita sebegitu selalu. Walau dalam keadaan duka, kita masih mampu ketawa gembira. Sungguh pun minda, jiwa & perasaan sarat dengan pelbagai masalah, kita akan selalu ada untuk mententeramkan antara satu sama lain. Sungguhpun ada rasa tidak puas hati, kita masih mampu memaafkan. Lalu hubungan kita terus meriah dengan bunga-bunga cinta. Malangnya aku disini, kamu disana. Aku mempunyai tanggungjawabku, kamu juga begitu.

Thanks dear for this lovely beruang..

Kita bertukar cerita, mengenang kenangan indah masa lalu. Terus menghamburkan gelak tawa seolah-olah tiada masalah yang membelenggu kita. Kadang-kadang aku berasa masalah aku teramat berat dan perit untuk aku tanggung. Namun masalah kamu adalah lebih berat dariku. Tapi kamu tetap tabah dalam kepayahan. Aku malu dengan diriku, kerana aku kadangkala mengambil kesempatan di dalam kepayahan dan kesulitan yang aku alami.

Pertemuan kita berakhirdengan titisan air mata. Sedih.. tapi gembira. Aku berharap agar kita dapat bertemu lagi seperti begini satu hari nanti.

nota kaki: aku sentiasa ada disini untukmu...

Saturday, April 17, 2010

Updating the board

This is also one of my task. I should have done this earlier. BUT... you know...I was in a shock teaching the year 6 class for the first time. It got me so tensed up when the kids shows their 'very best' behaviour everytime I went in. They really contradict the level 1 pupils, which I think they have more self control. Membuatkan banyak kerja-kerja sampingan terpaksa ditolak tepi. For me, teaching MUST come first.


Selain mengajar... ini adalah juga salah satu tugas tambahan cikgu ye kawan-kawan. Tapi J suka buat dengan senang hati. Tiada peruntukan diberi ye.. TIADA. Semuanya atas daya usaha sendiri. Tambah pula tahun ni banyak peruntukan yang kena potong. Takpelah.. sikit je pun...rezeki tiap-tiap bulan dilabur semula kepada sekolah.


I love purple. So, J purplekan juga background board tu.. :). I didn't change the background cloth. Reuse jelah.. berbekas pun belasah je lah..


Takat ni je yang larat hari ni... hari panas. Peluh menitik-nitik dalam baju. Esok lusa sambung lagi.


I really neeed a good sleep.



Boochuk pun takde minggu ni... Bowinkk.... :(

Wednesday, April 14, 2010

Mencarimu yang hilang...

Dah banyak hari melepak kat balkoni dapur..





Sambil menunggu.. termenung jauh ke bawah dari tingkat sepuluh.




Semakin ramai 'awang hitam' berkeliaran, melepak merata-rata.... amboi-amboi korang... kalau RELA buat operasi hujung minggu, pandai pulak korang nyorok dalam rumah ye? Sorang pun takde kat bawah berkeliaran sana sini. eh.. melalut pulak. ^_^






Kenapa J melepak kat sini? Nak ambil angin? huh... takde maknanye..





Dah la malam-malam panas je.. takde angin. Sepoi-sepoi bahasa pun tak tersapa... Nak tau sebab ape?






Semata-mata nak cari signal berukben yang selalu hilang kalau duk dalam rumah. Bengkek jer...





nota kaki: ngomel jer... komplen nye idak juge lagi.. huhuhu....

Bunge in Memory

~ini entri lama~

This picture was taken the day I found Bunge sick. She didn't came out from her hideout when I fed the whole house. (which includes Mija, Bun & Chaca) I thought she was just sleepy and need more sleep. Later my father shakes their food jar just to wake them up and to play with them. Still, she keep still in the small house. I was curious and checked her out. She was already too sick.


I just didn't know when she fell sick. She was active and cheefull the day before and the next thing I knew, she's so sick and too weak. It was a dreadful thing to see her like that. I remembered that it was Friday. I rushed to the government's vet nearby. It was quite upsetting because they have not ever treated a hamster before. They just prescribed an eyedrop for Bunge. They don't even dare to jab antibiotic into her because she's too small. By the way, she was not that small. She weighs around 2++g and her length was almost 10 cm.  (memang kecik la jugak.. gebu je lebih..). I pitied Bunge because I had to carry her here and there. She must have felt totally uncomfortable. Everytime she was put down, immediately she'll lie quietly &  motionless.


Later that day, at dusk, I stopped by to check on Bunge. I reached to her to stroke her. It was then I found her frozen and breathless. I felt there's a hole in my heart. Betul...tak tipu. Sedih sangat. Pa came to check on her too and said..'Kesian dia.. dah takde'. Which made me even sadder. (Of course la air mata dah menitik) She's one of my darling. Semua J sayang... dia salah satu yang palinnnnngggg disayangi.

The next day, papa dug a hole in front of our house. I think it's beside our late Awang. (Ikan kaloi) 


May u rest in peace Bunge sayang...
Will be missing you so dearly...

nota kaki: masih lagi sedih dengan kehilangan Bunge... walaupun dah beminggu-minggu..

Tuesday, April 13, 2010

Saje suka-suka

Mungkin perkara ini kecil bagimu

Tapi ianya sesuatu bagiku
Saje suka-suka katamu
Kalau begitu... aku pun samalah juga
Saje suka-suki
Hati siapa yang perlu dijaga sepatutnya?
Ada hati lain lagi yang perlu dijaga?
Adakah?
aaahh... aku tidak mahu lagi melalui saat itu
jikalau kau ...
tidak mahu
tidak rela
tidak suka
tidak mengerti
tidak sayang
tidak faham
tidak sanggup
tinggalkan sahaja... noktah.
aku tak sakit
kau pun tak sakit


~kecik ati nyamuk....sungguh~

Monday, April 12, 2010

Banyak cerita..

Cerita banyak.. tp sibuknye.. alahai...

Nurse DBKL datang sekolah buat pemeriksaan gigi. Lepas tu, mestilah ada sesi mengajar cara memberus gigi dengan betul.


Ma, Pa & Atikah dah selamat sampai di Madinah...Semoga mereka bertiga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan perjalanan ibadat umrah mereka... 2 minggu takde.. sunyilah jugak. Nasib baik kecanggihan teknologi dapat digunakan, tak boleh call, tapi masih masih boleh sms...


Thn 6 pula ada diagnostik minggu ni... pastinya hujung minggu yang akan datang menjadi hari-hari yang pening kerana menghadap kertas peperiksaan.... (serius.. kekadang loya pun ada dibuatnya...)


Chaca dalam cubaan melepaskan diri... :)

Broadband telah bertukar menjadi BERUKBEN10 sejak 2 minggu yang lalu.. Di rumah, lepak kat yard dapur pun belum tentu dapat connection yang maksimum. Asik putus jer... (darling... jangan lupe ye.. subscribekan boradband student seperti yg dijanjikan yek?) BENCIK TAU! Hanya dapat online di sekolah sahaja. Dah la line streamyx skolah pun kedaung... line brukben10 kat sekolah pun ala-ala jugak.

Jiran pulak semakin menjadi-jadi... membela anjing semenjak seminggu dua ni... najis bersepah pulak tu. Sampah macam-macam depan rumah dia... Bau toksah cakap lah.. Patut ke hantar gambar yang J tangkap ke management office?

nota kaki: tak sabar nak pindah rumah sendiri....

Thursday, April 8, 2010

Sudah la tu...

J masih di sekolah... Ada sesi refleksi minda untuk tahun 6 kat sekolah. Antara slot yang ada.. sesi menginsafkan diri. Also known as sesi menangis kerana mengenangkan dosa terhadap ayah dan ibu (dan juga kepada guru-guru). Tahun ni cepat sangat hujannya.. tak yah tunggu lama.. kejap je dah menangis... mengongoi.. melolong.. ish..ish.. (harap-harapnya, kekallah keinsafan mereka.. aminn...


J duduk berdekatan dengan kelas yang J ajar.. Mula-mula Ayni hulur tangan kat J,

Ticer.. saya minta maaf ticer..

 Lepas tu... terus semua budak kelas tu.. kerumun J mintak maaf dengan J. Tau pun korang.. banyak dosa la tu... huhuhu... iskk.. korang ni.. saje je buat ticer nangis sama...

Wednesday, April 7, 2010

Wondergirls.. errk.. WonderBoy ~Serius kelakar~

Bergetaran lagi

diwaktu pagi subuh yang hening hari ini
sedang asyik termenung di dalam bilik kecik...
terasa diri seperti terbuai-buai...
aaahhh...sudah!
bumi bergegar lagi
tapi kali ni di mana?
beberapa saat kemudian
getarannya masih terasa
termenung sejenak
patutkah aku turun serta merta?
mata masih tertumpu ke arah *gegaran 'detector' di dapur
seketika kemudian buaiannya semakin mereda
alhamdulillah... segera aku bersiap untuk ke sekolah dengan tenang.

Rupanya... Bumi Acheh yang bergegar... bumi Kuala Lumpur juga terasa getarannya....
(klik disini untuk berita selanjutnya....)

 *air dalam balang tapisan air di dapur

Tuesday, April 6, 2010

Tak semestinya

kebetulan tengok Sin, Dar & Ela petang tadi...

image from tv3.com

I loved this series sooooo much. Petang tadi siaran ulangan je and it was the last episod. I liked the quote at the end of the episode.

Cinta tak semestinya memiliki.
Tak semestinya apa yang kita nak, yang kita mahukan, yang kita ingini, yang kita cinta... akan menjadi hakmilik kita. Macam ending sedih Na O Mei semalam. Setelah menunggu bertahun-tahun, baru ketemu cinta pertama. Itupun setelah masing-masing dah bahagia dengan keluarga masing-masing.

Tak semestinya juga apa yang kita TAK NAK tu.. Kita takkan dapat. Mana tau, tiba-tiba kita boleh dapat pulak? Macam karier J sekarang, memang J TAK NAK. Tapi.. Allah telah tetapkan inilah mata pencarian utama J sekarang... Alhamdullillah. Bersyukur dengan segala pemberianNya.



Series baru dah mula... Adamaya...mm... macam movie yang pernah J tonton dulu.. ape tajuknya ntah... Kalau tak silap, I'm Not Single. Heroinya masih sama, Lisa Surihani, cuma heronya ditukar dari Farid Kamil kepada Sein... citer jiwe-jiwe... David Teo punya production... boleh tahan la... layan jer.


nota kaki 1: tak pernah lupa cinta pertama.... sesekali ia tetap muncul dalam ingatan.... di ingatan sahaja... bukan di hati....
nota kaki 2: tak semestinya bila dah lama bercinta, cinta itu tak perlu disemarakkan. ai lap u, but ai oso hate u!

Monday, April 5, 2010

Dunia ini lebih jelas dengan kehadiran mu...

I was in these glasses before. It was totally worn out.

(Hadiah baru dapat pagi tadi sempena Minggu BI kat sekolah.. ish..ish.. lebonyer muke teman ..)

My new glasses, bought from my hometown. It has a speacial scratchless glass with 1 year warranty. This is my first attempt wearing this colour. Got some bling bling some more on both sides... hehe.. Oklah jugak.. tak de sape pun perasan. Maknanya the colour suits me and the pattern chosed tak de berubah sangat dari cermin lama... I can see better now. Terutama bila memandu waktu malam... takde lagi silauan yang terlampau. Alhamdulillah power mata tak naik. Mungkin dengan bantuan titisan mata Permata Hijrah kot? J tak pakai hari-hari.. tapi kadang-kadang. Pagi dan malam. So far, I can still see clearly without glasses sometimes... kalau titik hari-hari, mau hilang kot rabun mata ni tak???  I also drank Brands Innershine Berry Essence too. Maybe both helps.. I guess...


nota kaki: ermm... miskin beberapa ratus bulan ni.... sedey! huk..huk..

Kena geget lagi!!!

~ini entri yang agak malas.. tengok gambar yer!~

Sumpah.. masa nampak benda ni detached, sekor pun takde dalam cage...

Still nowhere in sight.

Rupanya.. semua dok berlari-larian dalam bilik depan.


Lepas dah tukar baru, I caught this boy red handed! Rupa-rupanya keje Oggy ye!! Nak kena babab tau. Yang lain tak buat pun. tukang tengok jer. Nak keluar punya pasal. Otak pun berjalan.. cerdik tul!

Kemain lagik ko yek?! Dengan sebelah kaki masuk dalamnye...

Naseb la daddy Jimi dok gayut kat pintu & kunyah pintu je.

Ni la jadinya... akibat mama sibuk takde masa nak layan korang..

Thursday, April 1, 2010

Seksa ke jadi Cikgu????

orang: Kerja cikgu ye? Senang lah kan... banyak masa lapang...

cikgu: korang ingat jadi cikgu sekarang senang ke?


Tadi sempat jeling je. Tak sempat baca pun... For more details click here.

My Thursday schedule are always packed. 4 classes to enter with 30 minutes (usually less..) breaks within each classes. Nak makan pun tak sempat. Even sekarang pun belom lunch lagi. Sempat makan kuih lapis & karipap je. Tu pun kelam kabut turun dari kelas pergi kantin, sebab rasa dah nak menggeletar kepala lutut nih... Isu ni sudah di perhalusi dari pelbagai aspek. Pelbagai cara. Tapi masih belum berjaya di atasi. NUTP masih tak jemu-jemu memperjuangkan nasib guru-guru.. Terima Kasih yang tak terhingga kepada yang terlibat.

Tiba-tiba teringat, seseorang kata 'we are going to be paperless, everything will be done online' (lebih kuranglah kot..takde la sebijik yek?) Kononnya nak membantu guru-guru, nak kurangkan segala kertas kerja yang remeh temeh.  But I didn't see that happen at all. I noticed that now days, banyak borang dan data kena isi online. Tapi yang buat J tak faham tu, kalau dah isi online, kenapa wajib hantar hardcopy juga?????

Kalau sekeping dua, adelah maapnye.. Kalau data satu sekolah? isshh.... Berbatang-batang pokok kena korban dah tu. Bukan setakat satu salinan, malah 2 salinan. Satu ke JPN, satu lagi ke PPD? What happen to the "paperless" campaign? Akak ni buta le jugak pasal IT ni kan... Bukanke kalau dah submit semua maklumat dan data melalui online, maklumat akan tersimpan di dalam server. Dan tugas Unit IT di tempat yang dikhaskan mestila buat segala backup yang perlu kan? (jadi takdelah hilang data-data tu)

Tak boleh ke, mereka print terus dari server?

Kenapa masih lagi menuntut hardcopy dari sekolah-sekolah?

Kenapa? Ade sesiapa yang boleh terangkan kegelapan yang dialami ini?

nota kaki: Orang kata senang jadi cikgu. Tapi... seksa ke jadi cikgu?

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^