Saturday, July 31, 2010

Sohih!

J duk termenung main dgn anak-anak malam tadi. Nak tengok budak-budak ni comfortable ke tidak dengan beddings yang baru. Yes, this is a continuation from Alfalfa for my kids.


yeay!!!!! sohih Si Merah ni suka. 
Siap bawak masuk rumah tecik dia tu.. \(^_^)/

Friday, July 30, 2010

Dengan harapan...

... dapatlah bergulung dipembaringan sambil menonton idiot box kunyah keropok cicah air laici seperti yang diamalkan oleh anak-anak bulu ku ini setiap hari....

suke bebeno tido himpit menghimpit camni.. ish..ish..

Malangnya... budak-budak baru selesai ujian & percubaan upsr, sekiranya tidak dapat diselesaikan sehingga hari Isnin. J pasti akan meroyan diganggu tuan punya tanah yang mahukan markah anak-anak tiri mereka....


 notakaki: hampa... tidak dapat menyambut kegembiraan bersama orang tersayang akibat kesibukan terlampau. tak mengapalah... tahniah kerana sudah mencapai apa yang diimpikan. J akan sentiasa menanti akan tiba harinya nanti..

Thursday, July 29, 2010

Alfalfa for my kids!

Semalam singgah kedai pet yang biasa J pergi. Dah lama dah nak beli benda alah ni..


A close up of the alfalfa. The smell was so  grassy smell.


Saje nak cuba. My anak-anak suka ke tidak.. Let see...

 Jimi & Merah seemed to like it so much.. kan?
Suka tak suka.. kena suka jugak ye anak-anak? 
Satu beg besar mami dah beli tau!
~kejam kan?~

Wednesday, July 28, 2010

To make a woman happy, a man ONLY needs to be..

 *copied from a comment from this entry.
 
It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. Show up naked
2. Bring food


lalalalala..... When I saw this, it made us women look wayyyyyyyyyyyyy too complicated, wasn't it?


notakaki: I'm happpy with you because ....... errr..... I forgot why... soli aahh... T_T

Monday, July 26, 2010

Wajah baru.. cantik kah?


Background lama corrupt.

Jadi J acu cuba try test guna design n template baru blogspot.

Boleh tahan juga. Kan? (baik ngaku..k?)

J pilih background ni sebab J rasa hidup J yang korang tau.. termasuklah yang J tak bagitau kat korang kat sini, penuh dengan warna warni...klise kan?  

Tapi.... blog J, J punya suke lah kan?
nota kaki: Kalau background ini menyakitkan mata anda.. sila beri tahu ye?

Sunday, July 25, 2010

Kuat tido betul orang tua ni!

Bukti Jimi aka 'orang tua' kuat tido!

Lihat masa pada gambar kat atas. Yang lain sibuk bergayut, lari sana, lari sini. 
Dia dah tido dulu!!!  
Sedangkan J masih lagi segar bijik mata ni... isskk...


Mantra | Despicable Me | Inception

I've watched these movies recently. It felt like a payback after such a while I haven't watched any and missed so many.. :( Nak buat macam mana kan.. masa tak mengizinkan..  However I managed to do one of my fav activity.. yeay!

As usual, this is not a review. Hanya sekadar pendapat dari seorang penonton yang hobinya gemar menonton wayang.. (boleh?) ~sambil tersengih~

 piccies credit to google
(gambar dipilih ikut suka hati..harap maklum)

Menonton cerita ini, tanpa sebarang klu. eh... ada.. sebelum menonton terdengar promosi di Suria FM. Mr David Teo, kalau mempromosi.. tau-tau jela mestila kena bunyi gempak habis. Kalau tak gempak tak lakulah citer tu kan? Cerita ini mengetengahkan kesan pengamalam ilmu hitam dalam kehidupan.. Takdelah seram mana. Cuma tidak sangka ada adegan 18sx dalam ini gambar. ish..ish... ingatkan camera trick, rupanya-rupanya memang betul Zul tiada pakaiannya. Aduh... Secara keseluruhan, agak menghiburkan disesetengah bahagian dan J bagi 2 bintang aje lah..



 Despicable Me. Takmo cakap banyak-banyak. Lawak, tapi agak perlahan ditengah-tengah plot. Sekurang-kurangnya, dari terus tidak disukai akhirnya Gru menjadi seorang yang penyayang. Budak dua ekor dalam gambar kat atas tu adalah pekerja  Gru dan mereka sangat kelakar ye.. J bagi 3 setengah bintang!



Inception. Cerita yang paling berat (sebab tu letak bawah sekali..hehehe). Agak pening menonton ini filem. Mimpi didalam mimpi didalam mimpi yang lain pula. Menonton filem ini memerlukan pemikiran yang kritis. Kalau terlepas satu plot, memang tak faham. Disebabkan hero filem ni Encik Leo, jadi J pilih gambar ini. Pendek kata, lepas menonton filem ni, rasa penat. Penat otak nak cerna kefahaman yang macam tak berapa nak faham pada awalnya. (heh... kan dah keluar bahasa skema) Tahniah la kepada penulis skrip yang sangat penuh dengan komplikasi itu. 4 bintang J beri untuk filem ini.

notakaki:  Next movie... The Sorcerer's Apprentice. Ade sesape nak join?

Saturday, July 24, 2010

Cuci rumah

Memandangkan hari ni agak free... J pun teringat dah lama tak cuci cage anak-anak. Maksudnya cuci dengan air dan sabun dan spray penyah bau... (kejap je tak bau.. budak-budak ni kuat kencing, so every 2 days mesti tukar pasir hancing diorang) Sementara tunggu semuanya kering... I put them into a big basin..


Dah penat main... dah penat melompat....







ZzZZZzzzZzzZzzzz

left to right: Chaca, Mija & Jimi

nota kaki: apa nak makan hari ni? laparr....

Thursday, July 22, 2010

Cap Boye


Sandal ni dah lama beli. 

Gambar pun dah lama di ambil.

Tapi bila nak buat entri tentang sandal ni, heboh isu kalimah yang seakan-akan kalimah Allah di logonya. J takdelah nak kata buta-buta percaya. Pada J mungkin kebetulan je.. mungkin juga direka oleh mereka yang ekstrim. Wallahu'alam.. Jadi entri ditangguhkan, ditepikan dan hampir dilupakan... hehe.. Ketinggian sandal yang satu ini memang agak sayup. Tak kisahlah, janji tapak kaki J tak sakit. Walaupun tinggi tapi masih selesa. Tambah pulak nak kena naik turun tangga 3 tingkat nak pegi ngajar. Kalau pengalas kaki tidak selesa, jenuh tu.... nak menapak ke kelas.


notakaki: rasa macam dah banyak dah entri pasal beli kasut kan??? hehehe... ~lagi tak mau ngaku gilakan kasut~

Jimi and his......

This is Jimi's butt. He loves to sleep at this corner. 




This is a short story aboout Jimi and his poo poo...

Nampak tak macam biji-biji warna hitam belakang dia tu? Itu bukan makanan dia ye.. 

That's his droppings! T_T



Pandai tau... 
Dia kumpulkan taik dia supaya senang J kutip & buang...

Monday, July 19, 2010

New Nephew

Pagi tadi selamatlah baby mulus ni dikeluarkan dari perut ibuya (kakak ipar J).


Alhamdulillah... 
 
Cerahnya dia, kan? Ni mesti ikut kulit opah ni.. 

Nanti, maksu balik jenguk sayang ye?

notakaki: malas nak berblog pulak rasanya.. cuti sekejap lah ye? Tolong rindukan saya ok?

Sunday, July 18, 2010

Penutup Suis

I went to Floria again early in the morning today. To buy these... 


Masa pergi first day, dah beli. tapi tak muat. Jadi beli la yang lain, yang besar sikit.


notakaki:tukang cat! Sila segera sudahkan pengecatan yang tergendala. Saya sudah tidak sabar untuk melekat penutup suis ini!!

Spiderhamster wannabe!!

Since I've moved into my new home. I rarely had time to play with my hammies. Yesterday, I let them out at the yard. Tapi yard rumah tinggi ye.. bukan yard rumah bawah.So mind the small space which is enough for my kids to run around. After cleaning their cages, I collect them all to put into their cages back. BUT one gone missing!!!  There were nothing there except for a bottle of softener and a few boxes of Dominoes Pizza. I look at all 4 corner. Pelik ni. mana dia pegi???

When I looked up. I saw...


nampak tak belakang paip tu????


memang la tak jumpa kat bawah, kalau dah memanjat gitu!!!


Bertuah betol la si Gomok ni! 
Buat orang saspen je...

Pekasam Ikan Patin

Cubaan pertama buat pekasam ikan patin. J beli dari anak murid. Katanya ayahnya memancing, dapat ikan ni. Dijualnya Rm5 sekilo. Minta cara & bahan membuatnya dari Amie. Bahannya asam keping dengan garam kasar jer. Dulu pernah rasa yang Amie buat. Sangat yummy! Jadi kali ni nak cuba.



Harap-harap jadilah...

nota kaki: anak murid kata kalau patin masak rendang sedap katanya. Ada sesiapa pernah cuba?

Saturday, July 17, 2010

Floria 2010

As promised... Pictures taken at Floria 2010 at Putrajaya... Esok dah last dah, hari ni baru nak update.. heh.. sorry guys. I had lots of busy days for the past weeks.. no.. months it seemed. I went there with ma, achik, abg cik and afiqah. Gambar banyak sangat. Jadi J gabung menjadi ini...


Ma bought anak pokok kayu manis. She had been looking for it for quite some time. And finally, she found it. Seronoknya tak terkata... heheh... Rasa macam tahun ni macam kureng best. Tahun lepas dan sebelumnya lebih menarik rasanya. Anyhow, Pamerannya tinggal esok je lagi. Sila serbu segera... ^_^

Wednesday, July 14, 2010

Durian D24


Teringin punya pasal. 
Terbeli durian.
Termurah dan terbaik kata sipenjual.
Sudah tersiap kopek dan terbungkus dalam bekas polisterin.
Tersangatlah mudah dibuatnya supaya mudah dimakan.
Rupanya tersangatlah sedap.
Tersangatlah tebal isinya.
Yang terlebih dibuat kuah durian.
Tercampur pulak biskut kering yang terpecah-pecah.
Terkecur liur dibuatnya.
Bila terlebih makan, terpanaslah badan diibuatnya.


Opppsss... terhabis sudah!

Sunday, July 11, 2010

Busy Weekend

Had a busy weeked. But I managed to drive myself to Putrajaya to Floria 2010.
More pictures will be updated later. 
Am still tired. 

Friday, July 9, 2010

Ayuh ke Masjid!

3 hari berturut-turut murid yang terpilih dari kalangan yang dijangka cemerlang dan mempunya harapan lulus dihantar ke sini...


J pun baru sekali masuk ke sini. Itu pun bukannya untuk solat, tapi menghadiri kenduri walimatul urus di dalam dewan masjid yang cantik ni. Kali ni Baru J berpeluang masuk ke dalam...


Uuuuiiiihhhh... cantiknya!
Seriyes.. macam orang jakun.. hehehe...


Pendek kata, baguslah pihak masjid mengadakan pendekatan begini dengan memberi tips kepada murid-murid sekolah menengah dan rendah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR & SPM. Kursus ni diadakan dengan menggunakan kutipan derma setiap Jumaat katanya. Barulah tepat dengan fungsi masjid kerana selain daripada menjadi tempat beribadat, ia juga boleh dijadikan tempat berkumpul untuk berkongsi & mengutip ilmu.

Semoga majlis ilmu ini berkat untuk semua anak-anak murid yang hadir... Insyallah..

Wednesday, July 7, 2010

Manisah..angkat jemuran.. hujan dah turun...

Betul ke nama dia Manisah? Tapi yang J ingat dialog ni dipetik dari filem P. Ramlee.  hehehe...



~image dari google~

Kids can be very creative. Rumah J masih lagi tunggang langgang. So there's nothing much that my lil cousin could do other than watch tv, play with her brother and gets into fight with him. One day, I was working on my lappy she came to me and asked.

Afiqah: Kak J, yang bangunan ada kipas pusing-pusing tu nama apa?
Me: hah?
Afiqah: Ala... yang tinggi, yang ada kipas kat atas bumbung dia.
Me: OoOOooo... Windmill


After that, she continues with some of her creativity..


Ko ni dik.. sepit baju tu jugak ko buat jadi mainan. Toys takde kat rumah J, kalau ada pun, beruang kat belakang tu jer.. tu pun hanya buat pelok tido je.. hehe..

Tuesday, July 6, 2010

Kenapa sejuk kaki & tanganku?

Bertemu dengan puan doktor.

Katanya awak tidak demam.


Sampai dirumah, terus mencari selimut dan bungkus diri sendiri.

Badan rasa panas.

Tapi kenapa kaki & tangan J sejuk semacam jer?

Ye ke J tidak demam?

notakaki: Tekak masih cedera. Hampir mencederakan peti suara juga. Bubur ayam McD pagi tadi cair & tawar. Tak sesedap semalam. Saya pingin bubur & sup sedap... bila nak hantar???

Monday, July 5, 2010

when the throat sores...

I had to find a cure.

I seldom eat medicine unless I was too sick and really needed to take the drugs prescribed by the mr. doc.


I was feeling great when I woke up in the morning. Later, I felt as if my energy had drained out all of a sudden. As soon the bells rang, I grabbed my things and went to get the syrup above.

Appontment made had to be cancelled. Sorry dear... I need to lie down and rest.

I guess it must be the result after 2 hectic weeks.

notakaki: 1: How I wish ure here...
2. Esok dah berjanji untuk menjadikan Cik ViSaye sebagai teksi. Peringatan untuk diri sendiri, supaya lekas sembuh dah boleh jaga awal pagi esok...

Friday, July 2, 2010

Dah nak malam baru J balik?

Pertama kali Atok (nenek) menjejakkan kaki ke rumah J.
Dia sampai dihari J sedang bekerja.
Kebetulan, minggu yang sangat sibuk dengan pelbagai hal.


Setelah selesai mesyuarat dan membantu rakan-rakan untuk program hari Sabtu ni, J pun bergerak pulang tatkala jam mula menginjak hampir ke jam 5 petang.

Hari dah mula gelap, mungkin nak hujan akan turun.

Tiba di hadapan pintu rumah pada jam 5.15 petang.

J: Assalamualaikum.... Atok, ape kabo? Sihat ke?

Atok: Atok sihat. Hhmmm... Dah nak malam baru balik rumah ye?

J: Ye la tok.. (tersengih-sengih) Nak buat camne. Dah namanye keghoje...

Adehh.... walaupun tiada nada menyindir, tapi teguran itu cukup menikam kalbuuuu....  

nota kaki: Lega kerana sudah habis menyemak kertas ujian intervensi 3 tahun 6.

Thursday, July 1, 2010

Tolong Jangan Tanya Lagi.

Seorang rakan telah bertanya soalan itu. Maka aku akan selalunya menjawab dengan semanis wajah yang mampu aku hiaskan buat si penyoal. Ahhh.. soalan itu lagi. Lelah untuk aku menjawabnya. Sama macam Ben bebel..

Aku tak suka soalan itu.

Sungguh. Aku sudah jelek dengan persoalan itu!

Seringkali bila persoalan itu timbul, emosi akan terganggu. Kacau. Lumpuh perasaan. Patah jiwa. Terbang semangat bertempiaran entah ke mana. Tensi. Depressed.

Aku benci berada dalam keadaan begini.


mujur ada ini sebagai peneman..

Kawan-kawan... diharapkan tidaklah lagi kamu bertanya.

Kerana kuasa bukan di tanganku.

Hanya Dia saja yang tahu suratan takdir hidupku.

nota kaki: aku juga tak pernah ingin sendiri...

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^