Tuesday, June 29, 2010

wish u were here

mms received on a beautiful Sunday morning...


how i wish I could be there with you too... ^_^

nota kaki: lamanya tak berkelah atau mandi laut mahupun mandi di sungai... Bila kita nak pegi ni Amie?????


Penang Express

Ini kisah sebelum berhijrah.
J keluar dengan ma menguruskan perlbagai urusan sebelum keluar dan masuk rumah. Dek kesibukan itu, kami terlewat makan. Alang-alang dah lalu di Selayang Mall, J ajak ma singgah kat sini.


First time makan kat sini. Tengok gambar display kat dinding luar kedai, buat kami berdua kecur liur..

Ma order Penang Fried Rice. ~sedap sangat!~

J order Chicken Chop Express ~Ayam dia macam KFC~ Gravynya tak macam chicken chop biasa yang guna brown mushroom sauce or black pepper sauce, tapi guna sweet and sour sauce. Lain dari yang lain!

Untuk membasahkan tekak, J order Soya Bandung Cincau. Meanwhile, ma ordered Soya Kacang Merah. Dua-dua less sugar and both were very tasty!

Lain kali boleh singgah makan kat Penang Express lagi!

Monday, June 28, 2010

Warna UNGU tetap menjadi menjadi pilihan.

Alhamdulillah...
Akhirnya selamat berhijrah. (sebab tu senyap je banyak hari ni..)
Rasa nak patah pinggang pun ada.

Seperti yang diimpikan sekiranya berhijrah ke kediaman sendiri, inilah yang mahu dilakukan.


Thanks to Amie, Nan & Hadi kerana membantu menjadikan impian J menjadi kenyataan.

Ini baru satu yang sudah terlaksana. Banyak lagi yang belum selesai, Banyak lagi yang belum dilakukan.
Pindah memang memenatkan. Itupun nasib baik tak banyak perabot. Bersyukur jugaklah dengan adanya Cik ViSaye, mudahla juga nak mengangkut barang-barang. Adalah dalam 6 round. Mujur J tak ada beli perabot lagi. Jadi lepas ni boleh mula mengumpul sikit-sikit. ^_^


Amie, nanti kita open table kat KFC dgn Nan & Hadi yek?



nota kaki:
1. Minggu yang bakal menjadi super duper sibuk. Aduhai.....
2. Semoga Allah berikan aku ketenangan minda supaya dapat berfikir dengan waras dan tenaga yang berterusan agar dapat meneruskan aktiviti mengemas rumah..
3. Saat menulis entri ini anak-anak bulus sibuk bergayut kat pintu minta perhatian. Sorry sayang... esok kita main sama ye?
4. How I wish u were here to help me Amie..

Wednesday, June 23, 2010

50% & 70% saleeee... Buat aku gila!

Sukarnya untukku melepaskan peluang yang ada tambahan pula dihari yang terakhir.


Asalnya nak membuang masa sebelum menonton Lagenda Budak Setan.
Merayaulah sebentar di Jusco 1 Utama.
Wahhh... ada sale handbag & kasut!
Sekali tersangkut... aduh.. koyak rabaklah bulan ini!
Selalunya kalau ada jualan murah, payah nak jumpa yang berkenan dihati.
Tapi sekali dah berkenan.
Sauk 3 terussss... hamik kau! Manala tak rabak? Adeh..
~tau...sendiri yang salah..hehe..~

CR yang comel ini berjaya dirembat dengan diskaun 50%

Sembonia violet ini diberi 70% diskaun.
(dah la kaler purple, mau makcik tak giler? hikhik..)


Yang ni sama tajuk, sama pattern dengan yang atas tu, J beri pada Mama. ^_^

Catu

hampa di pagi hari yang mendung dengan sedikit renyai berteman secangkir teh tarik dan roti canai kosong berkuahkan kuah dal dan kari...

semuanya sudah bercatu...

jumpa... kena catu

masa... kena catu

masa... kena catu

dalam tempoh masa nak bercakap pun kena catu juga!


nota kaki:
1. terasa seperti mau catu perasaan. mogok!
2. mahu berhenti berharap kerana selama ini menganggap diri adalah sleeping beauty yang sentiasa mimpi yang indah-indah belaka kerana menunggu putera idaman yang kacak, gagah, ensem bergaya tak muncul tiba untuk kejutkan diri ini dari mimpi yang terlampau panjang. sedih!

Tuesday, June 22, 2010

Ismet Ulam Raja

Cuti lepas pergi rumah atuk. Kat rumah atuk ni banyak sangat pokok ulam raja. Pucuk ulamraja ni sedap kalau cicah dengan sambal belacan atau sambal kelapa dan makan dengan nasi. Memang terangkat lah! hehe.. Kalau nak buat kerabu pun sedap jugak.


Dulu-dulu, tau makan je. Tak tau pun rupanya ulam raja ni, bunga dia cantik. Macam daisy pun ada.


Kan?

Biasanya kalau dah berbunga tu, pokok dia dah tua lah. Lagipun pokok ulam raja senang membiak.Tiap kali kalau atuk nak ke rumah kami, mesti dia rsuruh kutip semua pucuk-pucuk daun tu suruh bawak balik makan. Korang suka makan ulam tak? Makan lah ulam.. boleh buat awet muda... ^_^ 

notakaki: seringkali orang bertanya, belajar lagi ke? seingkali juga jawapan saya sudah bekerja sekarang diberikan. sambil senyum tersipu-sipu . muda sangat ke J ni????? Aduh...ditimpa perasan terlampau!

Monday, June 21, 2010

Tidur mati

Lihat anak-anakku... tidur mati.

Tak sedarkan diri.


Tukar pasir pun tak sedar.

Kutip woodchips dan ganti baru pun masih tak sedar.

ish..ish...


Meja baru untuk semester baru bersama semangat baru..ye ker..?

The makeover was done during the school holiday.

I've been wanting to change my table's cover.

I didn't know why I chose the old one.

I also didn't know why I wanted to change.

I just feel like changing. ^_^


It took me around an hour to makeover my table.

I thought I'd get rid many unwanted items from my table.

Tapi macam masih banyak je barang atas meja tu.

takpe.. nanti orang tengok meja kemas sangat, orang kata J ni takde keje....
(berlakon je pandai..hahaha...)

Alaa... kejap je kemasnya tu.. hari ni, CONFIRM penuh balik dengan macam-macam benda..lol


Semoga dengan meja yang berwajah baru, kedudukan baru, dan mungkin mendapat jiran sebelah yang baru dapat memberi semangat baru di semester dua ni. Insyallah...


nota kaki:
1. J ni tak pandai kemas.. tapi pandai menyepah... adoiii...
2. Jiran sebelah dan pindah ke hulu langat... jadi tinggal berdua la sebaris dgn meja J nanti (itupun kalau takde pengganti baru..)

Type Gaza and send to 32928... 50 sen je!

~Please scroll down for more updated entries.. Tenkiu ^_^~

"Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri."

di petik dari Peace Malaysia


Hari-hari kita guna telefon. Untuk call, sms, mms, video call... dan sebagainya.

Boleh tak kalau kita derma 50 sen je untuk GAZA?

50 sen je. Rasanya takde lah membebankan sangat kan?

Tak berani nak ikut pegi Gaza. Type Gaza and send to 32928.

Tak  kuasa nak ikut demonstrasi. Type Gaza and send to 32928.

Tak nak tukar gambar cantik kat profile kepada hitam. Type Gaza and send to 32928.

Tak pandai nak doa untuk kesejahteraan rakyat Gaza. Type Gaza and send to 32928.

Demi membantu saudara seIslam kita di sana.

50 sen je...

Saya sudah.

Anda bagaimana?

Sunday, June 20, 2010

Lagenda Budak Setan

Dah lama tak cerita pasal tengok wayang kan?

Sebenarnya adala beberapa movie yang J dah tengok. Cuma tak update kat sini je. J dah tengok....

1. Niyang Rapik - Masuk lewat. Keseluruhannya agak menarik. Sebab boleh terasa suspense dalam penceritaan.

2. Iron Man 2 - Mula-mula tekun. Sekali tengah cerita hanyut.... kroihhh..kroihh... tiba-tiba, part lawan depan bangunan atas tangga tu. terjaga balik. Pastu lawan kat taman pulak.. lagiklah best. terus segar sampai habis..urmm..cerita dah nak habis baru jaga... hampeh tol. Macam mana J bleh terlena ketika tengok movie best pun tak tau lah...  kira cipta sejarahlah. Tak pernah lagi J tido masa tengok movie.

3. Clash of the Titans - Penuh dengan keterujaan. Berkaitan Gods of the Greeks. Reminds me to Percy Jackson, the Lightning Thief.

4. Prince Of Persia - Suke sangat! Tak sangka game yang selalu main kat PC Cu Ita difilemkan macam ni sekali.

rasa macam ada lagi.. tapi tak jumpa ticket tubs.. huhu...

Dan yang terbaru, wayang gambar ini...


image cari kat google
Dok heranlah sapela perempuan yg baju ungu tu dalam ini cerita. dah tengok barula tau.. hehe..

Sinematografi cun. Farid Kamil macam biasa-biasa je. Lisa Surihani dah pandai beremosi lebih. Bagus, ada peningkatan. Que Haidar over obses marah...sampai tak dengar pebenda yang dia marahkan. Buku novel yang Ahadiat Akashah tulis tu dah pernah baca semua. Tapi sungguh, lupa... ^_^ So, I didn't expect anything. Pergi menonton berbekalkan review dan kata bual kawan-kawan yang mengatakan cerita ni tak best.

Sesungguhnya...J jarang percayakan kata orang tentang pandangan mereka dengan movie yang mereka tonton. Sebab kebiasaannya bila J tonton, ia bukanlah seperti apa yang mereka kata. I would always find it interesting.

Orang sebelah J dok sibuk lap airmata. Tapi airmata J tak jugak turun-turun lagi. Airmata tu dok bertakung je... Masa Ayu kena belasah tu, baru ia turun. dan akhir sekali masa kat kubur. Selalunya J akan mudah tersentuh, mudah mengalir air mata. Kali ni tak. Mungkin movie buddy kali ni orang lain, jadi feelnya kurang.. (boleh ke gitu? heh)

Lepas ni nak tengok Nanny McPhee. Tapi sibukle pulak seminggu dua ni... Shrek pun dah terlepas di atas sebab yang sama. Nak ajak movie buddy pun, siang malam sibukkkkkkk manjang.... benci tau!

notakaki: I really miss my movie buddy... yeah... miss you so much sayang.

aku kah layang-layang itu?

aku bingung

rasa itu semakin hilang

seperti layang-layang yang putus tali

hanyut dibawa angin

tiada arah

tiada tujuan

bila tiba petir dan guruh

lalu hujan menimpa bumi

aku pun menjadi berat, sarat

lalu tersangkut di satu daerah asing

yang menjadikan aku takut

melihat bayang-bayang sendiri

tatkala matahari mula melimpahkan cahaya

yang semakin lama semakin perit

sehingga terbakar diriku akhirnya

rentung

sendiri

mati.


notakaki: kenapa aku sering dikurung emosi???????????




Friday, June 18, 2010

Beras Burung

Sejak dua menjak ni (dah lama la jugak), ma selalu jaga pemakanan kami sekeluarga. Macam-macam benda dia beli yang organik je. Sekarang ni beras kat rumah kampung dah tak beli kat supermarket beli kat sini je.


Seronok tiap kali pegi seronok tengok beras-beras dalam kedai ni. Macam-macam beras ada. Beras wangi, beras perang, beras basmathi, beras organik, beras pulut.. pendek kata macam-macam beraslah.


Selalunya, kami makan beras ni. 10 Organic Grains. Tapi mama panggil beras burung. Sebab macam-macam biji-bijian ada dalam beras ni. Mahal la sikit. Tapi baik untuk kesihatan. Macam-macam ada dalam campuran beras ni termasuklah barli, flax seed, beras pulut hitam, beras perang dan macam-macam lagi.


Beras ni sesuai sangat untuk mereka yang hendak jaga diet. Terutama sekali baik untuk mereka yang menghidapi penyakit diabetes. Sebabnya beras ni kurang sangat kanji dia. Lagipun tinggi kandungan seratnya. Jadi, bila makan beras ni, mudahlah juga proses penghadaman perut. Bila masak warna dia pun bertukar jadi ungu pucat, mungkin sebab ada beras pulut hitam dalam tu agaknya. Rasanya pun agak kenyal. Cumanya tak sesedap beras wangi yang banyak kanji lah. Dah nama pun beras kesihatan kan?

nota kaki: 1. banyak hari tak selera nak makan nasi... kesian nasi tu....heh..
2. Dua tiga hari ni rasa tawar. Minum tawar. Makan tawar. Hati tawar... uurrmm.....

When Opah's house became a Mini Zoo

My elder brother and myself are animal lover. Since we're small kids, we did have a few kittens which my elder brother brought them home from no where... Sometimes he found them in the drain, by the roadside and many other places...

Since ma didn't allow us to have cats anymore in the house, I opted for fish. But I couldn't feel the satisfaction having fishes as pets because I couldn't really touch and play with them. I've talked to Amie about petting hamsters. He helped me looked through Mudah website and that was when I got Mija & Jimi.



Everytime I travel back home, I'll tag along my hammies balik kampung with me too. ^_^ (kesian kan? ala..budak bebudak tu drive pun.. J yang drive.. hehe) When I reached home, I would lined up the cages outside my bedroom. Whenever they messed up, (they would always throw out the woodchips, unwanted foods outside the cage) my mom would go pot..pet..pot..pet.. nagging to my hammies.

Funny.... but cute.

I did that too anyway.. hehehe..

Everytime my elder brother had to go outstation to attend courses or the whole family went back to his wife's kampung, he'll send his rabbits to our mother's house. It turned ma's house a mini zoo!

Thursday, June 17, 2010

Kari Udang & Kacang Remunggai

Hari ni demam.

Kepala ting tong.

Jadi tak tolong ma masak.

Makan tengah hari pun tak.

Lagipun perut kenyang lagi makan tose & idli pagi tadi.

Lepas minum panadol soluble, terus gol. Tak sedar diri...

Elok sebelum Asar, terjaga. berpeluh-peluh satu badan. Terus bersihkan diri, buat perkara wajib dan barulah timbul rasa lapar. Badan dah segar sikit terus teringat perut yang berkeroncong. hehe.. Masuk dapur jumpa ni dalam kuali. Ahaa... Kari udang dengan kacang remunggai.


Kalau ada yang tak tau, ni la rupa kacang remunggai. Sebelum di masak.

image dari google.

Ada juga yang panggil ni kacang munggai. Atuk yang bawak kacang ni ke rumah ni. Katanya jiran India depan rumah dia bagi. Biasanya Kaum India yang selalu makan kacang ni. Biasanya juga akan dimasak dalam kari. Tapi kena potong-potonglah bagi pendek. Baru senang nak masak.

Nak makan kacang remunggai ni ada caranya juga. Kulit luar dia keras. Jadi tak boleh makan. Yang boleh dimakan hanyalah isi dalamnya sahaja. Ni dia rupa isi dalam kacang remunggai.


Isinya lembut dan manis..campur rasa karilah juga. Dah makan isi dalamnya, kulit dia kita buang. Memang tak boleh kunyah pun. Macam kulit kayu pun ada.. Kalau korang masak. Jangan kunyah makan sekali kulit kacang tu ye?

Dah kikis isi kacang, kulit dia kita buang ye?

Kacang remunggai ni pun pernah di'popular'kan dalam iklan Petronas. Mungkin sesetengah kita je yang tak perasan. Tengok video kat bawah ni.



nota kaki: menu hari ni dari pagi ikut selera diorang.. hehehe..

Red Eye balik jumpa mama.... ^_^

Red Eye ni anak Chaca. J bagi sepasang pada Abang Ije, Red Eye & Capang. Tapi Capang dah mati sebab sakit rasanya. Jadi tinggalla Red Eye ni sorang seekor tak berkawan.


Dah sejuk, elok je dok diam-diam.

Pagi semalam Abang Ije nak pergi kursus ke Ipoh. Jadi dia hantar la arnab dua ekor dia dan Red Eye ke rumah mama. Sampai-sampai je, terus mama letak dia ke belakang rumah. Memang bucukkk la sangat. Lepas sarapan pagi, terus J kerja si Red Eye. Memandangkan dia dah bucuk sesangat. Lepas cuci cage, trim bulu..terus mandikan budak kecik ni!

Selalunya, lap badan yang pertama J akan gunakan kitchen towel. Tisu dapur yang serap mudah serap

Bagus budak ni tak de la dia menggelupur sangat bila dimandikan. Rasanya baru first time dia kena mandi ni.


J letak dia dalam lipatan t-shirt yang J pakai nak bagi badan dia cepat panas semula. Takut nanti terkena selsema pulak. Mula-mula diam tak berkutik. Bila badan dah panas sikit, mula la dia nak memanjat.



Abang Ije kata budak ni garang, kuat mengigit. Dengan J elok je... cumanya dia masih takut-takut lagi. Boleh rasa terketar-ketar kaki bila dia berdiri atas tangan. Jadi J gomoi die cukup-cukup nak bagi dia biasa dengan orang keliling dia. Nak bagi tak garang dengan orang yang nak main dengan dia.


Dah puas kena gomoi, J pun lepaskan dia untuk bersihkan bulu dia.
Letak je masuk cage, tidur terbungkang... hehe..

Wednesday, June 16, 2010

Petai & Bilis Goreng.

Hari ni tak de idea nak makan apa. J takde kisahnya nak makan nasi sangat. Sudahnya.. ma kopek petai, potong cili dan bawang dan basuh ikan bilis. Semuanya diserahkan kepada J untuk diuruskan.

Resepi yang mudah je.. (kalau J yang masak semua pakai campak-campak je... Bahan ikut sesedap rasa je. hehe... )

Bahan-Bahan & Cara-caranya...
Ikan bilis.

Goreng dahulu ye?

Angkat bila dah rangup.

Kemudian, tumis bawang besar, cili merah (family J suka makan pedas. Jadi kalau tak berapa nak suka makan pedas, guna cili padi yang kurang pedas yek?eemm... ade ke?) dan petai. Campak je semua sekali. Senang tak?


Agak-agak dah layu bawang, cili & petai, masukkan semula ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau dan matikan api. (tak payah lama-lama, kejap je cukup)


Hasilnya.... Dari tak teringin nak makan nasi, terus terrrrceduk sesenduk nasi. ^_^


Tak payah bubuh garam okay? J tak bubuh sebutir garam pun. J gunakan minyak zaitun untuk goreng ikan bilis, dan menggunakan minyak yang sama juga J tumis bawang, cili dan petai tu. Ikan bilis dah masin, jadi tak perlu tambah garam.

Menu campak-campak yang mudah dan sedap dimakan bersama nasi panas atau nasi goreng.

nota kaki: mula-mula ingatkan tak sedap. Sekali dah rasa... hmm... pastikan buang air kat tandas & simbah air lebih sikit! hehehe....

Tuesday, June 15, 2010

Noti Mija!

Cerita lama.. tapi gambar baru.

Satu hari macam biasa lepaskan anak-anak berlari-larian dalam rumah. Agak-agak dah lama, J  kutip semula semuanya dah simpan dalam cage. Sekali cari Mija tak jumpa-jumpa. manalah budak bertuah tu.

Habis punggah semua barang-barang & kotak dalam bilik depan. Rupa-rupanya... dia buat projek lubang terowong!


Kotak ni kotak dapur yang memang sengaja J simpan. Dia buat lubang sebelah sini dan satu lagi sebelah sana untuk dia main keluar masuk. Habis sekali dengan polisterin dalam tu pun dia kunyah sekali.. Abis bertaburan... Adoilaa.. betuah betul budak ni!!

nota kaki: hamster memang suka kunyah & gigit kertas yer.. pastikan your hammies ada benda dalam cage dia utk dia chew daily... :)

Balik Kampung...

Beberapa hari yang lepas J balik kampung. Kampung kat mana? alaa... dekat jee.. kalau kayuh basikal pun boleh sampai. Takde halnyer... Tapi balik hari tu J tak kayuh basikal,  kalau kayuh juga.. entah bila la nak sampai.. haha.... Tapi bawak keretalah sebab ada ma, achik dan atuk. Bukan KL je ada Kg. Bharu. Kat Perak pun ada juga.... Dah lama tak jejak ke sini. Selalunya balik ke kampung pun sebab ada kenduri.. jenguk arwah Tok Wan di pusara.. jumpa saudara mara di Hari Raya. Dulu-dulu, Atuk  & arwah Tok Wan yang tinggal disini. Ma pun sekolah kat sini. Dekat je dengan tepi laut.


Tepi laut ni lah sumber rezeki ma & adik beradik masa diorang kecik-kecik dulu. (cerita yang yang diulang tayang 80juta kali..heheh..). Kutip teritip.. menjala ikan.. tangkap belangkas.. cari siput.. macam-macamlah  yang boleh dibuat makan. Kita pun sedia maklumlah.. orang dulu, bukan macam kita sekarang... Macam-macam boleh order delivery. Nak Pizza seafood, halo-halo je.. kejap je dah sampai depan pintu rumah.


Dulu takde jeti batu ni. Jeti kayu je yang macam nak roboh... goyang je bila ditiup angin. Sekarang dah siap ada lampu cantik lagi. Dah lama siap jeti batu ni sebenarnya... Masa J pergi haritu, air tengah pasang. Jadi ramailah yang lepak kat hujung jeti tu untuk memancing.. ~Amie nak memancing leh la try datang sini yek?~ Dari Tepi laut Kg. Bahru ni, boleh nampak Jambatan Raja Permaisuri Bainun.

Sila klik untuk gambar yang lebih jelas..

Sejak dah siap Jambatan Raja Permaisuri Bainun (Bagus betul Tuanku Azlan, nama sekolah pun bubuh nama Tuanku Permaisuri, Nama jambatan pun bubuh nama Tuanku Permaisuri), perjalanan ke Utara, macam nak ke Taiping, Kuala Kangsar, Pulau Pinang dan lain-lain, dah dapat dicepatkan dan dijimatkan...

Jambatan Bainun yang sepanjang lebih kurang 1.5 km ni merentasi Sungai Dinding yang dikata jambatan sungai yang terpanjang. Fuh... terpanjang tu. Jambatan ni pun ada keistimewaan. Siap ada simbolik lagi tau. Kat mana? Kat bawah jambatan tu, ada 13 pintu gerbang (tempat laluan bot) yang membawa maksud 13 negeri yang ada dalam Malaysia. Ermm... bukan kita ada 14 negeri ke? Mungkin Tuanku Sultan merujuk kepada negeri-negeri asal yang ada di Malaysia agaknya...

Klik sini untuk gambaran yang yg lebih-lebih-lebih jelas... :)

nota kaki: Balik kampung sebenarnya nak beli ikan fresh yang dibawa pulang oleh nelayan tempatan... :)

Sunday, June 13, 2010

Approve atau Tidak?

Penggunaan Facebook dah tersangatlah meluas kat Malaysia ni. Hatta, program tv sekali pun ada juga Facebook tersendiri. Pendek kata pengguna Facebook ni tak kira tua muda lah kan? Mak sedara Pak sedara J pun ada juga Facebook tau! hehe...

Few days ago, a year 2 kid from my school requested me to be his friend.


Should I acccept or not?

Dilemma.

Ingin terbang

image google

terasa ingin terbang di malam dingin ini

untuk bersama kamu

tapi itu tidak mungkin

kerana tiada landasan air asia di hadapan rumahku

yang aku mampu hanya rindu

janji untuk bertemu

selalu

di dalam mimpi indah itu

sabarlah wahai hati

kerna ku percaya ia akan tiba.. pasti

suatu hari nanti.


nota kaki:
1. Hanya mampu rindu dari kejauhan.
2. Tidak adakah simpati mereka kepada diriku ini yang ingin merasa secebis bahagia bersamanya.
3. Mengira uban. Semakin tua rasanya...

Friday, June 11, 2010

Panaslah...

Hey.. mummy buat apa duk kat atas tu?

~diam. tak gerak pun~


Sepuluh minit pun berlalu.....

Mummy... Kenapa ni? Kenapa duduk sini tak gerak-gerak ni?



J duduk depan dia tangkap gambar dia pun dia buat dek je.  Buat tak heran je.

Kenapa la pulak budak ni?

Beberapa minit jugak la J mengadap Mija yang tak gerak-gerak dari situ.



Dalam dok terfikir-fikir tu....



Baru terperasan.



Ohh... menikmati angin kipas rupanya. ^_^
Panas ye?

Lama juga J biar dia melepak. Dekat 20 minit juga dia duduk situ.

J pun sambunglah mengemas dalam bilik tu semula.

Wednesday, June 9, 2010

Header Baru...

Dah lama J biarkan header J tu kosong je.

I mean without any photos or graphics.

Hari ni gatal tangan nak bubuh. 



 
So, how is it?

Okay tak?

Tak okay?

Elok ada ke... elok takde?

nota kaki: mengedit header dalam keadaan mata separuh terbuka... hhuuaarrgghh....

L'apprenti @ Putra Restaurant ..A Lavish Lunch..

After a series of busy weekends, at last the school holidays begun. And finally, I got to meet my dearie Amie. It was an unplanned surprise lunch. Dah cuti sekolah kan? Jadi boleh la ajak lunch sesama. I actually craved for ikan bakar, since Amie was quite busy, we went to the nearby makan place, L'apprenti @Putra Restaurant.

I've eaten at this place for several time already. I really love their Quater Chicken, Lasagne, Sandwiches, Brownies and Cakes...(yang sedap tu lah yang menggemokkan..hehe..). The last time I went there, it was not rennovated yet. Today, it turned out to be a very posh restaurant with all the napkins, goblets and shiny cutleries. There were not much menu printed in the menu booklet, yet they made me drool over them and gave me a hard time to choose one for me.

I wanted the Citrus Paradise, but the waiter said they're out of pineapple. So I opted for the fruit punch. Sangat lah manissssss... I had to add some plain water in it supaya boleh minum dengan penuh perasaan.


For today, I ordered Sautee Fettuccini with mushroom, chicken strips and cream sauce..(panjang sangat nama dia..tak kose nak hapal) Amie requested extra cheese for his bolognaise, so I got mine too. Nampak macam sikit.  I thought it was not enough....rupa-rupanya...Lenguh mengunyah nak habiskan semangkuk fettuccini tu.



Anyway, the taste was soooo delicious. (deliciouslah sangat...rosak diet orang hari ni tau!) Kenyang sangat sampai rasa macam ketat je seluar yang pakai tadi. hehehe...

Apa-apa pun, thanks for your time dear! We do need more chit chat and eat like this dear... Next meeting bile pulak? ^_^


nota kaki:
1. Ternampak dia yang ceria...sudah berubah sedikit. Pastinya sudah bahagia....Alhamdulillah. J turut tumpang gembira :)
2. Comel je rupa orang yang cemburu tadi... hikhik...
3. Ada tak saya cakap yang awak nampak kacak hari ini? :)

Tuesday, June 8, 2010

Sofea Jane - Black

Tajuk lagu Sofea Jane. Tapi dalam lirik takde pun nama Sofea Jane. Adakah sebab Black minat Sofea Jane? Oleh sebab itu, dia tujukan lagu itu dan namakan ia Sofea Jane? Ke sebab Girlfriend Black nama Sofea kot? (tak buat research pun...~malasss~)





Nota kaki:
1. Lagu ni selalu terngiang-ngiang di telinga dan terkumam kemam di bibir..suke.. ^_^
2. Kalau camtu, J pun nak tukar tajuk dia kepada 'Hijriee' ...boleh?

Separuh Jiwaku Pergi - Anang

Dah lama jiwe-jiwe bila dengar lagu ni... Pagi yang mendung ni rasa nak letak lagu ni kat sini...



Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


nota kaki: Semoga Allah jauhkan ia dari terjadi kepada kami..

Monday, June 7, 2010

Another Jaja's Wedding

The akad nikah ceremony was held on Saturday and the kenduri kendara was on the next day at Dewan Gemilang, UKM. Jannatul Asyikin is my cousin from my father's side. She's the eldest from 3. Tapi muda lagi dari J..25 kot kalau tak silap. Apa-apa pun Tahniah ek Cikin!!! ~Please pray for akak pulak ye?~ Next week kat sebelah lelaki pulak. So, beramai-ramai ke Teluk Intan lah nampak gayanye.. Enjoy the pictures.

Beside mama is Wan Cu, arwah Opah's family helper. Dari muda remaja sampai sekarang masih bersama keluarga sebelah papa. Masa muda dengan Opah, sekarang dengan Cu Ita (adik bongsu papa)

Simple deco. Simple pelamin. Suke!
Cikin in her lovely dress.

Group kompang yang best! Siap nyanyi-nyanyi lagi...

The bride & bridegroom.

I love this cage deco. Wish to have it on my wedding day too.. mmm.. :)

Not like mother, like daughter pun kan?
But I inherit hampir semua yang lain dari mama... ^_^

Us and the pengantin.

To Cikin & Hafiz. Selamat Pengantin Baru!

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^