Wednesday, March 31, 2010

I hate my neigbour!!!!

I hate them. Almost the whole family. I know I shouldn't be saying this. But I REALLY DO!!!

1. Their little ones will pee where ever they like. Whenever they bought munchies from the grocery shop, they'll just drop the wrappings everywhere they like too, including in front of my door steps.

2. The teenegers and their friends stole from someone which cause a total chaos in my housing area. Sometimes they woould simply knock my door when they pass by my door. Risau jugak.... Dah la duk sorang. Kadang-kadang hujung minggu je ada yang datang bertandang.

3. The mothers pulak, love to chit chatting infront of my house. Pot pet pot pet... Pastu, suka pulak sidai macam-macam depan rumah kite... I got to know just now, they even love to fight with each other and say bad words loudly till it disturbs this one family who live next to the problematic family. I really pity them.

4. Recently, I found a LOT of betel juice stains on my front door curtain! It's no other than them. They are the only ones who eat betel leaves everyday. stupido! The same stain were found on my other neighbour motocycle, on the front door of another neighbour and in front of the elevator. The one in front of the elevator was so smelly. The smell was similar to urine. Someone might have peed there too!!! damn. Eeeeeuuuuwwww....gross!!!!

I don't feel comfortable and safe living here anymore. I can tolerate with foreigners around here tapi sedih tengok rakyat Malaysia sendiri mencipta masalah dan pengotornya... Subhanallah.....

I couldn't wait to move out from this place.

Soon.

Tuesday, March 30, 2010

Koma sebab kencing tikus?

Buka je facebook tadi, terbaca satu post dari sorang kawan supaya mendermakan doa & al fatihah untuk Din Beramboi yang sedang koma di ICU Hospital Selayang. Terus je J cari berita tu kat mstar online. Puncanya disebabkan virus kencing tikus. Baca berita terkini kat sini. Katanya, Din beramboi masih dalam keadaan kritikal & dalam pengawasan doktor. Macam mana dia boleh terkena virus tu, masih belum dapat dikenal pasti...

errkk... KENCING TIKUS? aiyok! J ni dua hari sekali bersihkan pasir-pasir yang basah dengan kencing tikus-berbulu-gebu J itu. mmmmm...... Am I prone to the virus too???

Termenung J sekejap dibuatnya....

nota kaki: semoga Din Beramboi sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat kembali seperti biasa...

UPDATED on 1st April 2010.

Ini bukan April Fool... tapi Din Beramboi disyaki menghidapi Denggi Berdarah BUKAN disebabkan kencing tikus... Harap Maklumlah ye?

Monday, March 29, 2010

Besarrrrrrr punya!

hehe... (tagline macam iklan maggi)

tapi takdelah besar mana... kira besar lah jugak. Ape yang besarnya? Oh... Cerita lama jugak ni.. terperam dalam draf. Ni cerita masa cuti raya Cina dulu. Lama dah kan? Alkisahnya ma & pa pegi merayau dating dua orang ke kedai barang elektrik. Niat asal nak beli dapur baru, sekali hati tertawan dengan benda alah ni...


Sampai je dari kl, terus ma suh pegi kedai tolong belikan, memandangkan hari tu last day promosi harga murah. Lalu.... dengan baju & seluar selekeh comot dengan cat, J ajak pa pa pegi kedai. Laju je my big bro pun nak ikut sama.

itu lutut abang J not mine.. sape suh ikut, kena tolong angkat lah. Naseb baik kuat.. huhu...

Dah sampai rumah, tak terus pasang sebab rumah masih dalam proses mengecat.


Balik je Yon si tukang cat, terus J & abang kerjakan tv tu... Memandangkan bilik depan dah pecah, our living room became bigger. Therefore a new larger tv is needed to fill in the space. Buleh?? hehe..

abis semua try test cucuk. Termasuklah decoder astro & dvd player.

Jadi sekarang ni semua dok melepak kat depan ajerlah. Kesian tv-tv lama...dipinggirkan... huk..huk..

Saturday, March 27, 2010

Mari bergelap!

Kamu sayangkan bumi kamu?
Ayuh kita membantu bumi kita terchenta ini dengan bergelap selama satu jam malam ni.


Ehhhh......
Kenapa malam ni sahaja?
Kenapa tak kita teruskan pada malam-malam yang lain juga?
Apa kata kalau kita teruskan tabiat menjimatkan tenaga elektrik setiap hari?
Disamping dapat membantu bumi dari pemanasan global, kita juga dapat menjimatkan elektrik. Bila dah jimat elektrik, jimatlah duit poket kita sikit, ye tak???

Praktisnya mudah sahaja. Tiapkali meninggalkan rumah, pastikan tutup segala suis barang elektrik yang ada di rumah. Terutamanya tv. Kalau decoder astro tu tak on pun tak pe. Off kan aje. Tak cabut plug pun takpe. Janji tutup suis, cukup.
Kalau berada di rumah, nyalakan lampu di ruangan yang anda duduki sahaja.
Yang lain sila tutup juga... Kalau tengok tv kat hall, tutuplah lampu bilik, bilik air & dapur. Nak pergi ke tempat-tempat tersebut sahaja, baru dibuka suisnya. J pun selalu tengok tv dalam gelap... lebih sejuk rasanya. Tak lama lepas tu, pandangan mata pun gelap terus..... hehehe...ZzzZzzZzzZzzz

nota kaki: hamster J pun selalu je bergelap... J tido, diorang pun tido.. tak kesah pun... kan? hiks..

Thursday, March 25, 2010

Eh.. ape tu?

J ke rumah Achik macam biasa. Ma sebelum masuk rumah, ma pesan suruh jirus orkid achik. Dengan gembiranya buka paip dan bergembiralah semua orkid-orkid tu dapat minum dikala matahari tengah tenrik menyinar. Dah habis menjirus tu, J pun pusing-pusing lah tengok pokok-pokok yang dah berbunga. Sekali ternampak sarang burung di tengah-tengah pasu yang rimbun daunnya. Mari kite lihat... apa yang ada....


Cakkk!!!! Sekali kena mandi daaa.......


burung kat sekitar rumah Achik memang suka buat sarang dalam pasu orkid dia. Kadang-kadang tu.. sampai mati pokok orkid tu. Mungkin sebab najis dia berasid & panas agaknya. Kiut je budak dua ekor ni. Boleh pulak tu pura-pura tido. Bila J gerak jauh je sikit, baru dia buka mata. Tak pelah kan... sejuk sikit kena mandi musim panas-panas ni..

Wednesday, March 24, 2010

Terakhir by Mahkota Band

OST Na O Mei ... I fell in love with this song. hari ni baru tergerak hati nak cari. Tapi tak jumpa the real videoclip of the band... Enjoy..



nota kaki: cerita semakin menarik.. Tak sabar nak tunggu episod mak ayah Na O Mei jumpa semula...

Sepetang di Cyberjaya

Dah 3 hari berturut bangun awal sangat-sangat sebab nak berkejar ke Stadium Mini Sri Permaisuri. Kat situ ada MSSWP. J kena bawak budak-budak yang masuk pertandingan olahraga tahun ni... macam tahun lepas jugak. Sampai je rumah tengah hari tadi, senyap-sunyi jer.. rasa nak terus amik bantal dan tido. Usai solat, terus hilang kantuk. hhmmm... jenguk budak-budak ni. 

Kemain lagi lenanye... Gerammmm je nengoknye..


Teringat gambar yang J tangkap beberapa hari sudah. Ronda-ronda Cyberjaya... beria Amie nak bawakkan ke tasik yang dia pernah pergi dulu. Katanya dulu tak siap lagi. Ntah tahun bila lah... Ikutkan je lah. Rupanya dekat-dekat je dengan CUCMS. dekat-dekat dengan MMU kot...


Memang cantik tempatnya. Segar je rasa bila hirup udara tatkala melangkah keluar dari kereta. Ada trek untuk jogging. Ada menara tinjau. Tapi J tak koser nak jalan jauh-jauh... ai sayang lelemaks ai ye.. heh.. Tujuannya lebih kepada nak meninjau port memancing... bukannye nak dating pon. Kalau ke tasik gini... nak eksesais.. jalan-jalan ... J suke. Kalau nak organize events kalau nak berkelah dengan anak-anak pon boleh. Kat sini ada taman permainan jugak. Boleh tahanlah besarnya. Kawasan ni besar, tak de pusing ke mana pon. Seronok tengok ikan-ikan besar muncul dipermukaan air untuk sedut oksigen....




nota kaki: nak mancing nanti jangan lupe ajak kiter yek!

Monday, March 22, 2010

My new pet

J pernah buat entri teka teki ape benda cockroach trap tu.
Bukan contest yer.. takde hadiah-hadiah.. hehe..


Puan Murni berjaya teka dengan betul!!!!!!

Memang cicak pun. Sebenarnya dah lama dah J berjaya memerangkap cicak ni. Lama jugaklah terperapnye entri ni dalam draf... hehe.. lupe nak update.  J tak tangkap cicak ni kat rumah. Tapi dalam Cik ViSaye. 

Yang boleh terperasankan ada cicak dalam kereta tu, masa balik dari pasar pagi Ahad. Sebelum masuk kereta, J nampak macam ade benda asing atas seat. Uikss.... ape tu? Oh Nooooo..... ish..ish... rupanya selama J berulang alik dari KL ke Perak selama ni, bertemankan cicak.. adoilaa.. Ni bukan cicak biasa yang jumpa kat siling-siling rumah. Kulit dia pun macam lain semacam jer. Eii... tak boleh jadik ni!


Balik rumah.. selongkar laci-laci, cari roach trap. J tabur nasik sikit atas roach trap tu. Letak tak lama pun. Dalam 3 jam lebih.. sementara tu.. J pegi tengok wayang dulu. Masuk je kereta lepas tengok wayang, terus terkam trap tu. Hah...BERJAYA!!!!!!! siap bersemut lagik.. Boleh tahan besar jugak. Ya Allah... macam-macam rupanya penghuni dalam Cik ViSaye ni ekk? Dalam kereta korang ade binatang peliharaan tak???

Saturday, March 20, 2010

nyum..nyum..

Lama J tak update gambar-gambar hammies kan??? Ade banyak.. cuma tak rajin je nak upload. hehe..

Si Jimi.. asyik bebeno makan  sayur sampai terangkat kaki sebelah....

Ni Chaca... Dia masih lagi J letak bersama-sama anak-anak dia. Kadang-kadang kalau geram tak dapat keluar sangkar, ini le kerjenye...

J rasa anak-anak dia kecik lagi. Satu hari J nampak macam pelik je dalam sangkar tu. Rupanya tak padan dengan kecik.... Mak sendirik (Chaca) pun di suntutnyer.. ish..ish... baru je sebulan lebih umurnya dah bernapsu ghopenyer... alahai...

Wednesday, March 17, 2010

Sabhi Saddi - Nadiku

OST Tari Tirana. J suke sangat lagu ni...

Jaja's Wedding Day!

Kepada kawan-kawan.. jangan terkejut baca tajuk entri tuh yek?

My family and I went to JB last weekend. We slept at the Scolar's Inn, UTM. Tempat penginapan dalam UTM yang sangat selesa. Macam apartment. Ada dua bilik with 2 single beds each.  As you can see in the picture, towels are provided, including shower gel and also instant coffee and tea. Siap ada tv, electric kettle, iron & ironin board. Pendek kata rumah tu macam apartment. Murah je.. RM100 per night for fan room and RM150 for airconditioned room. Reasonable la kan? Nak ke JB pun tak jauh mana. So.. If you need more information click  here.
Saje je nak tunjuk handbag baru.. hehe..

The next day, kami pun bersiap chantek untuk ke majlis pernikahan Jaja, my cousin. I have a cousin, named Jaja too. But he's a HE. Of course la nama pun lain kan? It's just that we share the same nickname. It was his special day. We were there to be with him, to celebrate his happy day... (dah abis speku dah? hehehe...)

I'm not in my wedding dress hokey? I've worn the same Baju kurung on Balqis's wedding day jer..

Majlis pernikahan tu berlangsung di Masjid Taman Selesa Jaya, JB. Pening jugaklah nak sampai ke tempat tu. Kami konvoi sampai 11 kereta... meriah lah jugak kan? Mak Long, Pak long, Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Anjang, Pak Anjang, Mak Andak, Pak Andak, Mak Uteh, Pak Uteh, Cik Ani, Cu Ita, Pak Cu, dan sepupu sepapat 5 orang... Semua ni sedara mare sebelah papa... My father has 9 sibling.. tu yang meriah jadiknye...tu pun tak semua ikut sama...



the bride ~Eeta~

Aku terima....................... Sah!
J suke bunge mas kahwin tu, Mak Anjang yang buatkan.. very the chantiq!!!


Kat Johor ada sesi lafaz melafaz ekk.. Sampai macam ni sekali tau!

This is him, the bridegroom. Ahmad Shahredza.

Kakak J, adik J jalan dulu yerk?
owh.. no problem.. sila..sila..

J tau kat Johor ni ade adat TOL. Takpe lah kan? dah adat.. kita ikutkanlah... Sampai pintu pagar dewan (majlis kenduri buat kat dewan), kena satu TOL 1. ok fine. Berlakulah sesi tawar menawar kat situ. Macam tol kat lebuhraya lah jugak kan? Dah bayar, baru boleh jalan. Selagi tak bayar, selagi tu lah palang kat tol tu tak naik, betul? Lepas TOL pintu pagar, kena TOL 2. Depan porch dewan. Kena tol dengan abang-abang pengantin. Dah bayar, siap silat bagai. Lepas... bley jalan.

Baru berjalan selangkah dua nak masuk pintu dewan kena TOL 3 pulak dengan mak-mak sedara pengantin. Lerr... ade lagik????? Sampaikan pengantin lelaki tertoleh-toleh ke belakang, mintak bantu. Alaaaa... kami mak pak sedara sepupu sepapat, mula lah rasa tak berapa nak seronok... Tawar punya tawar, abang pengantin kata, bagi masuk je lah.. diorang ni datang dari jauh. Ok.. lega sikit.


Masuk je pintu dewan, J tengok kat atas pentas, ada lebih kurang seppuluh budak elok tersusun duduk depan pelamin bersama-sama mak andam & pak andam. TOL 4 PULAK?????? Muka J dah berubah. Muka mak-mak sedara dah kelat. Muka pak-pak sedara dah keruh. Budak-budak tu pulak, selagi tak bagi, tak bangun... Kami masing-masing dah penat, dah lah cuaca panas... terus hilang keseronokkan.... hilang kegembiraan....  Dah bagi duit tol, barulah clear pentas barulah boleh duduk si pengantin lelaki kat sebelah pengantin perempuan.

Tak dapat nak tafsir muka pengantin lelaki tu nervous atau penat atau geram sebab kena tol banyak
sangat!

J tak tau lah pendapat korang macam mana. Tapi  bagi J, memanglah adat tu penting.. perlu dipraktikkan. Tapi kalau dah adat tu sampai menyusahkan, membuatkan suasana suka bertukar rupa, perlu lagi ke?????? PLEASE DON'T FEEL OFFENDED dear JOHORIANS.... or at least pengantin perempuan, maklumkanlah sebanyak mana tol yang kena lalu.. sebanyak mana duit tol yang perlu disediakan...kan? Sekurang-kurang pihak satu lagi boleh membuat persediaan yang secukupnya. Takpun.. considerlah sikit.. Kami datang jauh dari utara... dah kena tol lebuhraya pun. Pulak kena tol lagi bila nak hantar pengantin lelaki... hhmmmm...

Apa-apa pun, tahniah untuk adik sepupu J. Semoga Jaja & Eeta sentiasa bahagia, dirahmati dan berada dalam lindungan Allah sentiasa...

nota kaki: ZUZU, ko dulu buat tol banyak mana?????

Saturday, March 13, 2010

Sah!

entri panazzz...


Just came back from South. Papa drove halfway and I took over from Machap sampai KL.
Badan dah sengal.. mata dah letih..

Sebuah gambar sebagai mukadimah.

Wednesday, March 10, 2010

Why me?????

Dengar kata karnival peringkat zon tetap akan menjadi tuan rumah... uurrrffff!!!!!!!!!! NOT AGAIN!
J kuatkan semangat ngadap bos. Dengan harapan tak mau lagi memegang duit dan kira-kira (kalau duit banyak-banyak tu masuk akaun J pun sodap la jugak kan?). Dah 2 tahun berturut jadi bendahari. Dah la selalu fenin-fenin meloya tiap kali tengok nombo banyak-banyak. Kalau dalam beberapa skul takpe la jugak, ni 60 skul.. Adeh....

Malangnya permohonan secara berhemah tidak dilayan. Segala alasan kukuh semua dah dibentangkan. Tetap tak berjaya... Dah tau prestasi J da mula menurun, masih nak lambakkan macam-macam kerja pada J.  J tak mintak banyak.. cuma tukar sahaja kepada orang lain dan latih la orang baru pula supaya mereka juga mempunyai kemahiran dan pengalaman menguruskan wang. Alasannya.. payah nak tukar tandatangan.. payah nak pergi ke bank.. nak isi borang bagai...Apa saje bukti dan fakta sokongan dibentangkan, semuanya kena cantassss...zass..zass.. dan zass...  hhmmm.. Lagi nak buh nama J dalam ajk pibg. hah!!!!!!!Macamlah takde orang lain dalam komuniti yang macam kecik tapi besar tu! balik-balik orang tu.. balik-balik orang tu jugak.. Orang lain sedap je goyang kaki.. Dah la macam takde belas kasihan... kalau berhujah, tau nak menannnnnggggg jer! Bosan! Bosan! Bosan!

Bila dah terlalu banyak kerja-kerja yang tak berkaitan dengan p&p, buat J tak minat nak pergi kerja hari-hari..... Budak-budak pulak menambah resah dan gundah di hati... J pun tak tau sama ada sekarang ni profesion J ni adalah seorang ticer atau kerani???

nota kaki: konpius giler....

NOT a king anymore!

Katanya mula pukul 9. So.. awal-awal J dah ready depan tv. Sambil mark paper exam, mata jeling tv. tak juga mula-mulanya. eh.. tekan info kat remote. Lerr... pukul 10.15 le pulak. ala... mesti abis kul 12 lebih.. mesti tido lambat punyer. Tapi.. takpe lah.. tunggu lah jugak.

Rancangan pun bermula. J pun menonton dengan sukenye hati. J paling teruja tengok Tony dari Thailand, Kevin dari Filipina, Garry dari Thailand, Del dari Filipina dan Hafiz dari Singapura. They really did a good job on their own. They really loose weight and became a new person. They looked really amazing.Yang lain tu, masih agak gempal... tapi dah kurrruuuuuuusss banyak la jugak.

When the final 4 came out, I was thrilled to know how they would look like. Martha dari HK keluar dulu. Tak banyak sangat perubahan.. tapi tetap dapat turun 40 kg. Next  Aaron, wakil Malaysia. His body looked smart and steady. Takde dah perut buncit. Next, the handsome Carlo dari Filipina. Lagiklah yummy!!! (dah kawen yek!) He looked handsome, smart and  fit. Finally, King David from Indonesia keluar.... and he looked like this...

image take from klubbkidd.com

Oh Nooooooooooooo! Terlalu kurus. Macam tinggal tulang je. Macam aneroksia pun ade. huh... Scary. Terus tak suke dia. Tak pastilah sama ada terlebih workout atau terlampau tahan makan. He doesn't looked healthy at all. Masa kat pentas tu, lepas diumumkan dia yang menang, he looked terrible. Macam ready to collapse... tambah pulak family members dia dok peluk bagai kan? To me.. he's NO king anymore!

Anyhow.. rupa-rupanya... ade banyak cerita disebalik 'rakaman' finale Biggest Loser Asia ni.. yang kononnye live tapi record di siang hari.. MOTIP??? 

Apa-apa pun.. hats off to Martha, Aaron and Carlo for making it out the right way, looking healthy and  gorgeous giler!!!

Teka Teki Teka Tekuk

Entri ini dikeluarkan sekali lagi.. hehe..


Cuba teka ape ade dalam tu..?

Tuesday, March 9, 2010

Comfy sandals

Apa rasanya dapat berjalan kesana-sini dengan selesa secara confident?
Some of you readers (I meant ladies yek..?), might not need to walk around and stand for a long period when you do your work. I'm sure you'll have the opportunity to wear heels and all sorts of shoes to work.
I said that because you can always kick off your shoes when you sit at ur workstations and start doing your work. So... there'll be not much pressure to your beautiful feet.
Ohhh.. I envy you.. really.

Since my beautiful feet are really sensitive, I became fussy and selective when it comes to shop for new shoes or sandals. I just can't simply wear any full covered shoes because they will bite me back. (-__-). I haven't shopped for new sandals or shoes for quite some time until my mother told me to do so. Yeah... she noticed  that I've been wearing my 2 comfy shoes in and out everyday! Kalau dia tak tegur.. takdenye nak perasan perlu beli kasut baru.. Tekun sangat dengan kerja kan? Sampai tak perasan nak beli kasut dan baju baru... Even baju pun lately ni 'pau' dari Butik Bonda jer.. (it's from my mom's closet)... Besar la sikit. Since J pun dah berisi BANYAK.. jadi belasah je la...hehehe...

I knew this already, Maksud J, nafsu nak membeli belah tu ada. Tapi disebabkan kekurangan yang ada pada diri membuatkan jadi malas nak shopping... but still I couldn't resist eyeing and buying nice & beautiful shoes for my feet. Recently I got myself this nice and comfy sandals from Bata. The actual price was RM59.90. But that fine day, I got RM10 off, so I just paid RM50 only for this pair of nice and comfy sandals..

dipakai bersama baju dari butik bonda (^_^)

Monday, March 8, 2010

Got inspired by the Biggest Loser Asia but...

Korang tengok tak?

I spent my whole weekend watching back to back episode of The Biggest Loser Asia. From the broad daylight until midnight I didn't watch other channel than Hallmark. J tengok dari episode 1, dari 16 orang peserta sampailah tinggal 4 orang peserta akhir... Selasa ni episod akhir. So... I planned to watch that one too! Jom  tengok sama-sama at 8pm esok ekk...?



Dahsyat tul mereka workout... peluh menitik macam hujan jer. Kalau J pergi gym, peluh sikit dah lap..peluh sikit lap.. hahaha... But at least, basah baju lah jugak. (hmm.. lamanye tak pegi gym..) Rasa macam nak turun berat badan juga serta merta.. Mula la cari website ni. Kira BMI bagai... sekali overweight daa... haha.. Expected already! Dalam kekira tu, J kena turun lebih dari 3 kilo to maintain in the healthy weight. adoii... banyak gak tuh... Tapi, nak seribu daya kan???

Cadangnya.. I'll start it slowly. Bermula dengan pemakanan...  chewah... berangan bagai. Sekali dalam kul 8.30 malam gitu, perut pun mula menyanyi-nyanyi.. isskk... tak leh jadi nih! Masak nasik, goreng ayam cicah budu bersama daun-daunan (kire seimbang tak???)

perrgghhh... seriyessss kenyang!!!


nota kaki: hari ni pun menu sama... Tapi hari ni ayam celup tepung.. rangup.. lagi la bertambah nasiknye...bertambah-tambah spoilnyer...hehehehe....

Sunday, March 7, 2010

xde motivasi...

Terasa agak malas nak update 2-3 menjak ni... Penangan emosi yang sangat berleluasa bermaharaja diseluruh pelusuk jiwa dan minda. Pendek kata nak buat apa pun tak de motivation.. Even nak baca novel (my favourite past time) pun, mata ni tak nak bertoleransi baca betul-betul... melangkau je kejenye.. Ade beberapa entri yang dah taip.. tapi terperam dalam draft. Nanti ek... Formatif 1 baru je habis... Jadi I need more time to mark my kids papers... Akak masih baru masuk tahap 2 ni yer... biul juling bijik mata mark paper 2 budak-budak.. uurrfff!!!

nota kaki: I am glad I always have Amie by my side. Thank you sayang!!! Love u to bits...

Thursday, March 4, 2010

Meow dalam kelas...

Petang Selasa lepas J balik lewat sebab ada kelas bimbingan. Dah mengajar, dah bagi kerja.. J duduk la mengajar sorang budak tahun 1 membaca. Sekali terdengar kucing mengiau. Pehal la mak kucing ni? Bungi macam cari anak je.. Bila J tanya kat budak thn 1 tu, barula J tau...dalam kelas dia ada anak kucing.

J pergi jenguk. Patut pun dia mengiau bukan main kuat lagi.. rupa-rupanya pintu kelas tutup. Tingkap tutup. Macam mana dia nak masuk. J pun masuk la nak tengok anak kucing tu. Budak tu kata dalam almari. J tengok pintu tutup rapat.. ishh.. biar benar..

Buka-buka je.. adala hamba Allah dua ekor ni... oloh..oloh..oloh.. tomeinye... Sekor kelabu, sekor hitam.. tapi muka memasing comot tak hengat..
suka sangat yang kelabu ni!!!
Mula-mula budak-budak ni sergah J. J tak dulik. Amik jugak.. Keluarkan dari almari, dukung bawak keluar letak kat bawah tangga. Elok je diam..Senang  mak dia nak cari. Ni tak letak dalam almari.. sekali almari kena tutup, pintu kelas pun tutup... ish..ish.. Mesti lapar budak-budak ni...

Wednesday, March 3, 2010

Main pisau cukur ayah.

"Syamir, come here. Apa kena dengan kening awak ni?"
"Saya main dengan pisau cukur ayah."  Masa ni baru terperasan, sebahagian sideburn dia pun kena cukur gak.
"Laa... ayah tau tak?"
"Tau." Sengih.
"Ni kenapa pulak rambut kat tepi ni pun awak cukur?"
"Saya ingat nak nipiskan lagi, ticer."
"Rambut awak kan dah memang pendek? Nak bagi pendek lagi?"
Tersengih-sengih je dia. 
"Lain kali kalau boleh, jangan main pisau cukur ayah lagi tau? Kan dah tak hensem?" J dah tersenyum simpul..
"Ticer nak ambik gambar Syamir boleh tak?"
"Boleh." Terus dia senyum..


Kisah budak tahun 3..

Jon tengok burung!

"kite pegi taman burung ek?"

"ikut le.."

Sebelum masuk dah dengar bunyi macam-macam... macam memanggil-manggil je dan buat hati ni tak sabar nak masuk. Harga tiket untuk seorang RM15 je. Promosi untuk pengguna Mykad katanya....  Walaupun hari cuti, tapi orang tak ramai. Okaylah tu.. takde la berebut nak tengok burung-burung dalam tu...  Masuk je disambut si comel ni..

Matahari semakin tinggi. Tapi dek kerana banyak pokok keliling taman tu. Reduplah juga walaupun haba matahari rasa macam mengekor je kemana-mana... Baru jalan beberapa tapak dah berpeluh keti.. huhuhu...
Tengah jiwe-jiwe jalan-jalan dalam tu, sambil menghirup udara segar, dengar suara cik itik ni. Rupa-rupanye duk tepi jalan je.. bawah daun pokok bunga lili.
Anak itik ni sangat comel & berat pungkoks ye! Jalan setapak, duduk. Setapak lagi, duduk.. Geram tengok kepak dia yg kecik tu.. Terkepak-kepak je bila dia nak angkat badan dia nak berjalan setapk-setapak tu..
"awak..awak.. ye ke saya dengar orang kata otak awak lebih kecik dari mata awak ?"
"he..he..he.."
"tapikan awak, kite suke mata awak.. chantikkk sangat... (^_^)"
ZzzZzzZZzzZzzz
Seronok juga rupanya.. sekali sekala melawat tempat-tempat gini. Cuma satu je yang J tak suka. Burung-burung kecik, sangkarnya sangatlah besar dan luas. Tapi sangkar burung enggang Sarawak yang besar tu.. kecik je. Tak patut....

nota kaki: sila pakai topi kalau nak melawat ke Taman Burung ye. Silap  haribulan kena chettttt kat atas kepala. Nasib kami baik kerana tak menjadi mangsa pada hari itu....heh..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^