J pergi shopping kat kedai pet kat hometown J. Niat asal nak beli stok makanan untuk budak-budak berbulu yang gebu dan comel tu.Makanan diorang dah abes... Sekali J teringat pasir uk-uk budak-budak nih dah nak abes.. Dah lama J terpikir. Kalau beli cat litter sand agak-agak boleh rasanya. Jadi uncle kedai tu suggest J beli yang ni. Pasir dia halus la jugak dan sesuai untuk hammies J rasanya.
Kelebihan PURA cat litter ni..
Bakteria tak bley hidup dalam pasir ni
Super absorbent (menyerap tahap gaban)
Mengawal bau bucuk
Tak berdebu dan ianya seketul-seketul
Economical and easy to carry, use and dispose
Satu lagi yang buat J suka, baunya wangi.. macam bau bedak...
J nak beli yang 5 kilo, harganya RM23. Tapi bila bandingkan dengan yang sepuluh kilo ni, RM29, beza 6 ringgit jer. Baiklah J amik yang saploh kilo ni.. ekonomi.. hamik.. guna la sepuas hati, tanpa sekatan! hiks..
Satu lagi beli yang saploh kilo ni dapat mangkuk stainless steel ni free.
J test la buh kat dalam cage Jimi. Mula-mula dia guling-guling dalam tu lepas tu..Oh... terus dia shi-shi dalam tu.. memang bagus pasir ni. Cuma yang kena air kencing je berketul.. tak kacau yang lain. Jadi boleh cedok ketulan tu je buang. Yang lain tak kotor.. masih boleh guna, kalau dah kurang boleh tambah jer..
The cat litter is for cats.. tapi J guna untuk hammies J sebab kadang-kadang budak-budak ni kuat kencing.
Baru sehari tukar beddings baru dah mula berbau... J dah beli pasir yang memang khas untuk hamster. Kata je odour control, tapi masih lagi berbau. Jadi J nak cubalah guna pasir ni pulak... Setakat ni, masih wangi harum semerbak.. Jadi budak-budak ni bau macam bedak lah.
Budak -budak kecik lapan beradik ni, J tengok lambat membesar. Sambil minum soya kejap tadi, J pun hulurlah sesudu bagi kat budak-budak nih... slurp..slurp... abesss.. licin.. berkilat..