Ada putih, ada yang berwarna. Ada tebal, ada yang nipis melayang. Ada bergambar, ada yang kosong. Ada yang elok, ada yang keronyok. Ada yang bernilai, ada juga tak tiada makna.
Ada apa dengan kertas? Kertas yang J cuba nak cerita ni tentang kertas yang mengandungi keputusan peperiksaan. Kertas yang meletakkan kita di satu tempat yang agak tinggi dimata masyarakat. Kertas yang membolehkan kita mendapatkan jawatan yang baik serta memperolehi pulangan yang lumayan dengan menerima kertas-kertas yang bernilai dengan banyak sekali (baca: wang).
Zaman sekarang ibu bapa terlalu menitik beratkan sangat tentang pemilikan kertas itu dan wajib tercetak huruf A banyak-banyak. hmm... Kadang-kadang dek kerana terlalu mengejar A itu, banyak nilai-nilai yang lain diabaikan. Yang selalu menjadi korban nilai kendiri, moral, berdikari.. ape lagi ye.. termasuklah nilai-nilai murni yang utamanya. Fokus utama... A saja. Takde A makanya masa depan akan gelap...... Jadilah engkau pengutip sampah atau tukang sapu jalanan.... (
Tapi kalau korang takde kertas pendidikan tahap ketiga (baca: tertiery level education), korang boleh hidup tak? Boleh dapat pekerjaan yang bagus tak? Boleh dapat gaji yang tinggi tak? Boleh tak korang dapatkan kepercayaan orang yang korang mampu untuk membuat sesuatu pekerjaan tu bila korang memohon? Kadang-kadang bakal mak dan pak mertua pun akan tanya sama ada korang mempunyai kertas itu atau tidak? (biasanya soalan itu dilontar secara tidak langsung seperti "Dulu belajar kat mana?" atau "Dulu amik course ape?"
Kadang-kadang orang-orangan di luar sana sering prejudis. Mungkin juga tidak terlintas difikiran bijak pandai mereka bahawa pasti ada sebab musababnya seseorang tidak dapat memilik kertas pendidikan tahap ketiga tersebut. Tak kira sama ada masalah keluarga atau kewangan dan masalah-masalah lain yang menyebabkan mereka tidak dapat memperolehi kertas tersebut.
Tapi...
Mereka yang tiada kertas itu, tak semestinya tidak berjaya dalam hidup. Tak semestinya mereka tidak perrnah mendapat pekerjaan yang baik. Tidak semestinya mereka tidak mampu menjalan kehidupan yang baik dan selesa. Tidak semestinya mereka tidak mampu menyara hidup sendiri malah mampu memberi pula kepada ibu bapa. Ada juga antara mereka ini berpendapatan lebih mewah daripada kita-kita yang ada kertas itu. Kan?
J ada beberapa rakan yang begini. Tidak mempunyai kertas tersebut. Tapi mampu mendapat pekerjaan yang baik, mempunyai kehidupan yang baik, dapat menguruskan kehidupan sendiri dengan teratur, mampu membeli kereta sendiri, mampu bergembira dengan apa yang mereka ada. Malah.. mereka ini juga berpendapatan lebih dari J. wahhh.... (jelesss...)
Jadi janganlah kita memperlekehkan orang-orang yang tiada kertas tersebut. jangan pandang orang sebelah mata. Kenali lah mereka dahulu. Dengan memilik kertas tersebut tidak pernah menjamin bahawa kita akan menjadi seorang yang sangat HEBAT...
notakaki: sedar diri kerana tiada yang istimewa untuk dipersembahkan.. siapalah saya...
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..