Tuesday, January 31, 2012

Ops Kutu

Manyaknyeeeeee...


Ni baru 6 ekor. Kat Julie je senang jumpa sebab bulu dia pendek. Kutu kat Ian susah nak cari.. T____T rasa nak shave bagi botak je dak Ian tuh... Huhuhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Detick

Maafkan sikepochi iteww...


RM12 sebotol yg berisi 5ml sahaja.


.....yang telah membuatkan J berbahas pula dengan budak kedai Petsave tu kerana tak boleh guna membership card untuk diskaun. Dulu kata hanya tak boleh guna untuk promotional item je. Masalahnya benda alah ni takde promosi pun. Dah tu, ape guna daftar membership card kalau tak boleh guna? Menyemak dompet je.


Balik rumah terus campak. Tah kemana dia terselit pun tak pedulik dah. Lebih baik pergi Petsmore.com. Sekurang-kurangnya akan dapat dalam 5% diskaun...


J: Lainkali beli kat kak DC je lah.... :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, January 30, 2012

Pencerapan

Kaki kanan panjang. Kaki kiri lebar. Sampai hampir terkeluar jari kecik tu.. Huhu... Unsymmatrical.


Tapi tu takde kena mengena dengan tajuk. Tadi kena cerap @ dalam bahasa kampung, observe. Haihh... Kelas yang kena cerap tu amatlah banyak cakap, banyak soal, banyak akai dan banyak loyar buruk. Bila PK masuk kelas, tiba-tiba senyap sunyi macam dilanggar garudaaa. Bila tanya soalan, sunyi.


Rasa macam nak buat bunyik cengkerik. Terkebil-kebil, angguk macam faham. THEY SAT THERE ODEDIENTLY WITHOUT EVEN HAVING ANY INTENTION TO ASK. They just stare smilingly at my pretty face. Aduiii..... Berpeluh keti dibuatnya.


Frust. Bukan apa.. PK tak dapat nampak apa situasi dan maslah sebenarnya yang berlaku hari-hari..... Hmmm...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, January 29, 2012

AJL ? Apedekesah...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selamat Kembali. Anda tak salah klik.

Yer.. J tukar background sekali lagi. Kali ni dengan template dan ubah-ubah sedikit layout.

Takde keje? adaaaaa..... banyak keje ada. Tapi mood hilang. terbang melayang. J cuma buat yang wajib dan perlu sahaja. Entahla kenapa... Lepas bulan 10 hari tu, mood asyik bergelantangan entah kemana... haih...  Sampai kemas rumah pun malas! Tu pasal la takde sape nak kat kau cik kak... >__<...

J harapkan positive vibes akan keluar memunculkan diri di tahun 2012. Nampaknya masih belum muncul rupanya beliau itu. hhmm... Serba serbi malas belaka semuanya. Makan je yang tak malas! Tu la pasal berat pun dah bertambah.. sobss...


Esok dah kerja semula, banyak juga perkara yang tertangguh yang belum diuruskan. hmm... harap-harap dapat setelkan esok. Letih betul bila kerja yang dirancang tertangguh, bila ada aral  yang membujur lalu melintang patah... tertangguh lagi... +_+

Wahai diriku, sila jangan malas-malas! >_<

Orang lain yang nak kurus, dia pulak yang jadik kurus..



Haih... Bila dah besar bulu dia jadi semi long. Ape lagi berkampung la kutu sekeluarga kat bawah bulu dia. Kutu yang Julie bawak masuk dulu2 tak hilang lagi rupanya.. Camno nak buek ni? Makan pun tak berapa nak lalu. Asik bergaru je..

Kalau pegi cucuk lagi cepat berkesan tak? Mm.. Sebelum ni lumur dengan frontline pun tak jalan gak.. Nak pakai shampoo ape ye?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Melawan Kesepian...

Semoga kepergianmu.. Tak akan merubah apa pun..
Semoga mampu ku lawan kesepian ku..










Saturday, January 28, 2012

Spare me.. Please..

Spare me.. Please.. by Jaja K.
Spare me.. Please.., a photo by Jaja K. on Flickr.
Spare me.. Please..

Happy weekend fwens..

Weekend is the best time to relax and recover.


Let's sleeeeep!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, January 27, 2012

Kala Terbit Cinta

Balik cuti seminggu, terjebak dengan drama ni. Mujurlah Mak Iti dah tinggalkan sinetron-sinetron beliau. Legaaa..... jadi... selepas zohor, cerita ni la yang kami tonton bersama. rasanya.. mungkin ulangan.  Kalau ikut kat website TVAlHijrah, drama ni ditayangkan setiap Rabu - Jumaat, jam 8.30 p.m.


Yang buat J tersangkut sekali sampai cari episod lama kat internet ni, sebab cik abang kat bawah ni la.. Manis je senyuman dia.. Sejuk je mata memandang... (sila muntah jika anda rasa nak muntah.. hehehe)


Boleh tahan jugak jalan ceritanya... 
Yang penting, yang baik kita ambil jadikan pengajaran.... kan?

Fine Friday

Julie.. On our way back home


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 26, 2012

Cik Tak

Saiznya adalah lebih kecil dari kuku kelingking orang dewasa... Gambar ni adalah hasil zoom dari camera talipon saya. 
^_^




Chumil tak?

Wednesday, January 25, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Didi




She's my elder brother's cat. He found her at the dumpsite behind his office. At first, he offered me to take her home. Unfortunately, at that time I had just adopted Julie. So, I declined cos I'm afraid I'll not able to take care of her since she was too small. But now look at her!





Malam CNY. Takut sangat dengan bunyik mercun. Letak dalam cage double J. Dan cover cage tu dengan kain dan tuala.



notakaki: rasa nak amik bela la pulak... huuhu...

Lap Dinding

Aktiviti pembakaran lelemaks sedang giat dilakukan.


Habuk sampai camtu sekali. Tak pasal-pasal kena lap la pulak.


Ni la hasilnya guna cat KCC Korevon.. T.T


Cat apa yang elok eh?


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, January 23, 2012

Happy Dragon Year to allzz..

Happy Chinese New Year & Happy holiday!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 22, 2012

Kerahan Tenaga


Sebaik saja sampai... Kerahan tenaga terus berlaku.. Nangis lemaks-lemaks ai tau.. :-P hahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, January 21, 2012

Bersusun



On the way balik kampung..

notakaki: J cuti seminggu.. Yeay!

Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 20, 2012

Watching Nat Geo Wild together

One gets too excited.


While the other observing from my lap.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Terbeli

Tapak dia sangat cantik. Boleh tak macam tu?


Huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

The genduts

Published with Blogger-droid v2.0.3

Punca Pelajar Menengah Gagal Membaca, Menulis

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:
Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.
Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.
Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.
Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.
Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

AKMAL FAIRUZ Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Wednesday, January 18, 2012

Monday, January 16, 2012

Polkadot di hari Isnin

Gile lama tak berbaju baru.


Beli online. Kat kawan lama kat FB.


RM65 je.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 15, 2012

Spring Cleaning on Sunday

Look what I found under the fridge! ~ignore the dustsss..hehe..~


Sekor lagi tikus catnip kaler oren MIA. Dulu diorang sorok dalam beg pasir. Manala dorang sorok pulak kali ni.. Haihh..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 13, 2012

Puding roti sesuka hati..

Since barang ada, maka terhasillah puding sesuka hati ni. Resepi sama je kalau nak google kat mana-mana.. Google la puding roti marble. Mesti jumpa punya. Tapi J tak marblekan pun puding ni. Sesukati je buat.. Hehe...


Namanya jadi sesuka hati sebab J ubah sukatan resepi yang sebenar. Terutamanya gula. Takmo manis-manis sangat! >_<


Bawak ke tempat kerja, kata kengkawan TAK SEDAP... Tapi..licin licau bekas tu rupanya! ^_^


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 12, 2012

Nasi Lauk you never taste before ! ~MUST WATCH~

Menitik-nitik air mata tengok short clip ni...

T____T



notakaki: mak iti.... i love you. 

Tuesday, January 10, 2012

Tandas

Penting tak? Mestilah penting, kan?


Susah betul kalau tandas di sekolah tak berfungsi. Bertambah susah bila yang tak berfungsi tu tandas perempuan.. Haih...


Report dah dipanjangkan ke pihak sepatutnya. Tapi... Kena tunggu bajet 2012 masuk. Aiyooo.... Duit kecemasan takkan takde kot? Alaaa.. Letih betol la nak kena tunggu duit baru boleh repair.


Da la kelas kat atas sekali kat tingkat 3, tandas yang elok pulak kat groundfloor.. Menangis lemak ai kena turun naik tangga tau!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, January 9, 2012

Bekas minum

Julie yang paling excited bila J letak air dalam bekas tu. Dia je yang selalu minum kat situ. It looks cool, tapi ada drawback jugak.. Habuk dan bulu-bulu mereka senang masuk la.. Hmm...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tertarik

Baru nak bergaya dengan baju baru di hari Senayan, sekali dah jadi camni.. Lasak betul. Tak buleh la nak bergaya dengan kain yang lembut-lembut.


T.T


Sedih tau.. Bukan senang J nak beli baju baru...


Published with Blogger-droid v2.0.1

When duty calls..


Not duty as in duty for job. But duty for family. Hujung minggu dihabiskan di KLIA. Aduh.. Banyak juga masa terbuang. Kerja tidak siap. Penat sudah pastilah, tak payah cakap. Semorang tau jauhnya KLIA tu macam mana.. Aahh.... diri sendiri yang tak panadai urus masa. *tepuk dahi sendiri* Alhamdulillah akhirnya semua yang perlu berangkat, selamat berlepas.

Hope that next week will be more organised and I could think straight again. :)

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, January 8, 2012

Cerah tapi redup

Simpang empat Jalan Sultan Ismail


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, January 6, 2012

Diet Dinner ~ kunun

Tumis bawang campur cili padi. Masuk baby king mushroom. Masuk Daging beger. Dah garing, masukkan sos prego (yang sonang jo..) dan tambah air ikut keperluan. Dah mendidih, masuk sayur. Seminit dua cukup. Tutup air. Dan beres untuk d lahap!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, January 4, 2012

Supper

Bertemakan Robot dalam BoboiBoy.


Published with Blogger-droid v2.0.1

When the school holidays ended..

...and that was when the marking begins!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, January 3, 2012

Sangat Mengantuk...

.......tapi kerja tak siap lagi. :(

What can you do with a shower curtain?

They cost RM 5 per piece only. I bought them from Daiso, the Japanese goods shop. You can find almost everything you need there. It'll cost RM 5 only for everything!


Since I wanted to minimize my expenses for January, I think these shower curtains are cute as curtains in my  classroom, aren't they? Hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tidoq Duduk



Tengah sibuk ngadap keje sekolah, terpandang peneman kat tepi dinding... Hahahamboiii... ^_^

It's his favourite actually, to lean against the wall and sit in that position and SLEEP.



Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, January 2, 2012

4 years

Wow.. Alhamdulillah.. 


It had been 4 years. 
It felt like there are still lots of things to learn each day. I've missed a lot too, along the way in 2011 for grieving and lamenting too much. Got to get myself all geared up to catch up whatever I've lost...

...which leaves me another 27 years to strive!

4th January 2012.. Here I come!
^_*

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^