Saturday, November 28, 2009

Masak lagik..

Hari ni ma nak makan kuey tiau goreng. Lepas mengajar anak buah mengaji J pun mula la bersilat di dapur..



Licin kuali.. semua orang tambah 2 kali... sedap la kot..heh..


Friday, November 27, 2009

Test berDagang

Baru je tadi kata rase tak koser nak masak bagai.. Sekali ter'masak' jugak.. hehehe.. Saje mencuba. J tak pernah masak pun sendiri. Tapi hari ni J masak di bawah arahan mem besar.huhuhu... Jadi J nak buh juga entri ni disini supaya lain kali kalau J lupa ape resepinya, J boleh tengok balik kat sini...kan?

Mula-mula kukus beras. Secawan beras nasi dagang campur 2 cawan beras pulut. Tapi kena rendam la dulu sebelum di kukus yer.. Sesambil tu hiris sedikit bawang dan halia dan juga sesudu kecil halba. Bila beras tu dah mula lembut sikit masuk sedikit santan cair yang dah dicampur dengan garam. Kacau. Kukus semula.
Lepas 5 minit camtu, baru masukkan santan pekat yang dah dicampur dengan garam, bubuh halia, bawang & halba tadi. kacau sebati dan kukus semula.



Untuk kuahnya pula, J guna ikan kembung je.. guna pakai apa je ikan yang ada dalam peti ais. Tapi J tumis rempah dengan sedikit cili kering yang dah dikisar. Tak pedas karang tak kaw pulak. hehe.. Masak kuah macam biasa, macam masak kari je J rasa.. belasah je lah.



Dah siap masak kuah tadi, J buat jelatah. Timun, lobak merah, cili dan bawang di potong sesedap rasa. J tak guna cuka. Gaul dengan garam dan gula je. Ni lah hasilnnya. Bertambah sedap bila makan dengan ikan masin.. yum..yum..


salam aidiladha semua...

Raya kali ni rumah J takde masak ape-ape. Ye la mata ma masih belum pulih. J pun tak kose nak masak macam-macam. Takde sape nak makan pun. J tolong Achik masak kat rumah dia semalam.... kira tompang sekali lah, share makanan di hari raya. Raya Haji ni ade rendang unta lagik... Resepi achik macam biasa juga.. mesti ada nasi impit dan kuah kacang. Sepatutnya Hai Raya Aidiladha ni semeriah Aidilfitri, tapi pada J cukuplah dengan mengenang pengorbanan yang telah J buat selama ni. Semoga ianya semua ikhlas dan di redhai....

'I'm not getting any younger anymore ma...'

Ye.. J semakin mudah letih. Agaknya dari dulu J terlalu bersungguh-sungguh mengangkat benda-benda berat dan akibatnya sekarang kederat J semakin terbatas. Banyak lagi perkara yang belum J lakukan lagi untuk keluarga selagi J masih belum bersuami... Semoga Allah dapat memeberi kekuatan dan kesejahteraan untuk J terus berkorban dan berbakti untuk keluarga.


nota kaki: tiada kaitan dengan di atas...


My father created this playpen for my hammies...
(boleh dia letak besen besar ni tengah-tengah rumah pastu tinggal camtu je.. adoilaa....)

Thursday, November 26, 2009

PURA Golden Granules

J pergi shopping kat kedai pet kat hometown J. Niat asal nak beli stok makanan untuk budak-budak berbulu yang gebu dan comel tu.Makanan diorang dah abes... Sekali J teringat pasir uk-uk budak-budak nih dah nak abes.. Dah lama J terpikir. Kalau beli cat litter sand agak-agak boleh rasanya. Jadi uncle kedai tu suggest J beli yang ni. Pasir dia halus la jugak dan sesuai untuk hammies J rasanya.

Kelebihan PURA cat litter ni..

  • Bakteria tak bley hidup dalam pasir ni


  • Super absorbent (menyerap tahap gaban)


  • Mengawal bau bucuk


  • Tak berdebu dan ianya seketul-seketul


  • Economical and easy to carry, use and dispose

Satu lagi yang buat J suka, baunya wangi.. macam bau bedak...



J nak beli yang 5 kilo, harganya RM23. Tapi bila bandingkan dengan yang sepuluh kilo ni, RM29, beza 6 ringgit jer. Baiklah J amik yang saploh kilo ni.. ekonomi.. hamik.. guna la sepuas hati, tanpa sekatan! hiks..



Satu lagi beli yang saploh kilo ni dapat mangkuk stainless steel ni free.



J test la buh kat dalam cage Jimi. Mula-mula dia guling-guling dalam tu lepas tu..Oh... terus dia shi-shi dalam tu.. memang bagus pasir ni. Cuma yang kena air kencing je berketul.. tak kacau yang lain. Jadi boleh cedok ketulan tu je buang. Yang lain tak kotor.. masih boleh guna, kalau dah kurang boleh tambah jer..



The cat litter is for cats.. tapi J guna untuk hammies J sebab kadang-kadang budak-budak ni kuat kencing.
Baru sehari tukar beddings baru dah mula berbau... J dah beli pasir yang memang khas untuk hamster. Kata je odour control, tapi masih lagi berbau. Jadi J nak cubalah guna pasir ni pulak... Setakat ni, masih wangi harum semerbak.. Jadi budak-budak ni bau macam bedak lah.

Budak -budak kecik lapan beradik ni, J tengok lambat membesar. Sambil minum soya kejap tadi, J pun hulurlah sesudu bagi kat budak-budak nih... slurp..slurp... abesss.. licin.. berkilat..


Wednesday, November 25, 2009

uuuu... so cute and pinky!

Comel kan?
It DOES NOT  belongs to me!



Sorry pink lovers.. I don't really fancy pink very much.
Eventhough almost everybody would associate pink with girls and ladies.. but NOT me.
I've been falling in love with purple since I was a small kiddo.
I just couldn't remember how, why and when exactly it happened.

Tapi kalau ada yang kaler purple pun belum tentu J sanggup nak beli dan pakai.. hehehe..

Tuesday, November 24, 2009

Tak boleh guna kalkulator???

Sedikit petikan yang J sali dari Berita Harian Online.

Calon SPM dihalang guna kalkulator



Oleh Ravale Savarinathan


bhnews@bharian.com.my


Pelajar Smart tidak dibenar bawa Casio 570ES, 570MS jawab soalan kertas Matematik

 
TELUK INTAN: Seramai 89 ibu bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (Smart) di sini kesal dan kecewa dengan tindakan penyelia peperiksaan sekolah itu menghalang calon menggunakan kalkulator jenis Casio 570ES dan Casio 570MS untuk ujian Matematik 1 dan Matematik 2, semalam.

Baca berita selanjutnya di sini.


Terkejut J baca berita ni tadi... Simpati sangat pada budak-budak tu. Zaman J SPM dulu, takde pulak kesah begini. Emm.. Ada peraturan barukah???? Tidakkah pelajar-pelajar ni diberi taklimat semasa persediaan sebelum menghadapi SPM? Pasti ada salah faham, silap maklumat dimana-mana ni... Mesti terganggu emosi mereka untuk meneruskan kertas ujian yang seterusnya... Fokus masing-masing harus dah hilang berterabur lari entah ke mana.....

Nota kaki: Kalau J yang berada dalam situasi tu...mesti pucat lesi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Hilang segala formula dalam kepala. Berpeluh tangan tahap melampau. Migrain....



Pertama Kali Bertuah


Sabtu lepas Badan Kebajikan Guru & Kakitangan sekola J organize jamuan hi-tea, akhir tahun di Hotel Grand Season. Makanannya memang superb!!! First sekali J terpa dim sum sekali 6 ketul J amik.. hamek.. makan sampai kenyang! Satu gambar makanan pun takde. Yilek pocik!



Haruslah J sangat kebulur masa tu.. makan tak sedar diri sampai 5 round J hadap. ye.. 5 round..  sila jangan terkejut... hahaha... Walaupun J jadi ratu kebaya batik berpinggang tak macam kerengge, tetap boleh isi penuh-penuh segala ruang kosong dalam perut. (J sarap neslo dengan beskut jer pagi tu sebab nak simpan ruang untuk high tea ni.. buruk prangai kan? haha ai dun care.. ) Dah habis acara makan-makan. bermulalah acara cabutan bertuah. Actually, semua dapat hadiah. Yang membuatnya jadi bertuah bila dapat hadiah yang besar-besar. Sebab hadiah ada macam-macam.. Dari hamper, buku, tupperware, laundry basket dan macam-macam lagi.. Dari sebesar-besar hadiah sampailah sekecik-kecik hadiah.

Selalunya J tak pernah bertuah. Selalu tak pernah dapat cabutan bertuah. hehe.. Tapi hari tu Alhamdulillah.. pertama kali J bertuah sebab dapat sebijik hamper. So.. the food can be my ration stock in the future. (bila nak kurus nieh..???)



J dengan boss.

Senyap sunyi

Pada jam 8.40 malam, J rasa sunyi. Sunyi sangat. Hanya terdengar suara penyampai berita di TV3  sahaja.
Baru J teringat. J bagi budak-budak makan awal tadi.



Patutlah sunyi dan sepi je semuanya. Cuaca pun redup je hari ni..  sedikit sejuk la juga. Membuatkan budak-budak ni sedap diulit mimpi...



Tengok jela si Ciko ni..Sambil duduk pun layannn...



Mija menguap besar ni... terganggu bila J snap gambar. Lepas tu sambung balik lepas tukar posisi...
Baby pulak tak abes-abes nak nyondol Mija. Mija pulak boleh budak donno je.. hehehe..




Kerja masih tertangguh... Besok ada mesyuarat pengurusan dengan pentadbir sekolah. hhmm... Macam kena balik semula je ke sekola lepas Raya Aji ni..(-.-) bila nak cuti ni?????

Monday, November 23, 2009

Syrian Baby Hamster For Sale

Hello Hamster Lovers..
I have a few baby hamsters for sale. I'm currently having more than 20 hammies with 3 cages already.
So, I want sell some of them. Too many excess baggage everytime I travel back to my hometown. hehe...

Age: 3+ weeks



I feed them mixed grains, fresh fruits and vegetables.



Healthy, cute, adorable & active.



Sekor RM5 sahaja...

If you are interested, please leave your email address. I'll keep in touch with you ASAP. Aite?

nota kaki: I also have some bigger ones... If you want the bigger ones, do tell (price negotiable)...

SELAMAT BERCUTI CIKGU CIKGI & MURID-MURID

Cuti dah mula... horeyyy!!!!

Tapi J datang sekolah hari ni. Menyudahkan kerja-kerja yang belum sudah. Baru je nak mula kerja dah ada yang ajak pergi minum. Tidak J sampai hati nak menghampakan ajakan rakan walaupun J dah sarap di rumah.

Dah pekena teh ais segelas J pun naik ke bilik guru dan on laptop untuk memulakan kerja. Ada pulak yang mengajak keluar. Aduhai.. kalau J ikut mesti kerja tergendala lagi.. (hahaha.. buat entri ni pun kerja J terhenti seketika..). J tak ikutlah.. sekurang-kurangnya boleh J siapkan headcount tahun 2 pagi ni. Sok boleh sambung buat headcount utk thn 1.

Jadi apa cikgu cikgi.. ape perancangan anda di musim cuti kali ni? J masih takde plan. Mata ma belum pulih sepenuhnya lagi. Jadi Mungkin sepenuh masa J akan habiskan di rumah sambil menternak hamster.. Kalau berkesempatan J nak pergi ke Lost World of Tambun... ade sape-sape nak pergi juge? Jom?

Sunday, November 22, 2009

Korek ape tu?!

I let Mija out this morning. Anyway, I always let my hammies out to wander around freely around my house. BUT not ALL at one time. They'll chase each other around. Especially Jimi. He will always scare and chase everybody around. After some time, I didn't see her running around. So, I look for her.

Aaahhh... she's at the yard. Digging the soil in the pot I used for my sunflower class project..



She digged the soil for this seed. I'm not sure what seed is that. It looks like a 'biji asam' to me. Sape la yang cucuk dalam tu...



I took her and as I expected she'll get dirty and black. Just look at her nose. She had balck soil on some parts of her tummy and toes...



Nak kena babab ni tau!!!

Saturday, November 21, 2009

Daddy Jimi dah balik..

Good morning mama!!!



Jimi wants some food can ah?? Lapar la..



Janganla tangkap gambar Jimi banyak-banyak.. malulah!



Takmo kawan mama... Jimi mintak food dia sebok nak tangkap gambar!!!  (-.-)



Jangan le gitu.. J cayang Jimi...

nota kaki: J buat entri ni sambil tersengih-sengih... Pagi yang sangat nyaman.. rasa nak sambung beradu, tapi hari dah tinggi. Apa nak makan tengah hari ni yek???

ooooppp!!!!... tak perlu masak.. J ada jamuan kat Grand Season jap nanti!

Drawer

J beli benda DIY drawer ni kat kedai borong masa beli hadiah untuk minggu pusat sumber hari Isnin lepas. Mula-mula nampak je, terus J teringat segala botol bedak, mosturiser, cream, deodorant, makeups, cotton bud can, cotton pads, perfumes dalam susunan yang kelam kabut dalam bakul hamper yang J dapat masa hadiah hari sukan awal tahun dulu.



So.. it's the time now to get organize!!! Drawer ni 2 tier with 2 small drawer and 1 bigger drawer.



Oh ye..., J beli juga another 2 smaller drawers yang kat atas tu untuk letak all my brooches.. (hah.. macam banyak jer.. tapi tak penuh pun.. hehe). All these cost me RM14.10 only. Masa J nak bayar, cashier tu kata dia beli drawer yang 2 tier tu kat IKEA dalam RM40++. Bila dia nampak J & kawan-kawan beli, dia pun amik satu jugak...


Wednesday, November 18, 2009

Discount Voucher to Lost World of Tambun

Sape mau? Angkat tangan tinggi-tinggi!!!!
Kalau belum ada plan nak ke mana-mana cuti sekolah ni... boleh la bercuti ke IPOH...



J nak beri PERCUMA je ni...
Betul.. tak tipu!
Takde contest atau syarat apa-apa...

Promotion valid from 13 November - 17 December 2009.

Just don't forget to leave ur email address and I'll keep in touch with you ASAP.

Cepat sebelum kehabisan... \(^.^)/

Added on 21.11.2009
~ Cikin dah dapat voucher dia. J bagi extra lagi sebab dia yang pertama memohon.. hehe.. WGP & Azimah.. sila sabar yer.. voucher anda masih dalam perjalanan untuk sampai kepada anda. Voucher masih berbaki... oleh itu.. siapa lagi mau?????

Tiap-tiap hari, petang, malam & pagi

Titisan hujan setiap hari tidak merencatkan perlbagai aktiviti dan tugas setiap hari. Balik je dari bercuti, macam-macam kerja dah menanti untuk minggu terakhir ni. Biasalah tu..

Dua hari keluar rumah gelap. Balik semula ke rumah pun hari sudah gelap... Sampai rumah hanya untuk berehat dan menonton tv. J buat ape kuar gelap, balik gelap? oo..pagi tadi ada Majlis Penutup Minggu Pusat Sumber. Jadi J bantu lah kawan-kawan pergi beli hadiah di kedai borong hari Isnin. Hari Selasa pulak tolong packing hadiah. Sebenarnya tugas J buat buku program. Tapi dah disiapkan partner J yang sorang lagi. So, untuk cover kerja, J tolong lah ajk lain.... Kira bayar ganti rugi lah .. aci kan???

Hari ni balik lewat lagi sebab ada mesyuarat kurikulum... Tapi tidaklah J balik selewat semalam. Jadi sempatlah J online update scribbles J.

Sekarang ni tiap-tiap petang hujan.. tiap-tiap malam berselubung dengan selimut... tiap-tiap pagi nak mandi sejokkkk..... Ape? Ingat J tak mandi ke?? Siap masak air lagik tau!!! Tapi tetap se..se..se..se..sejuuukkkkk!! hehehe...

nota kaki: Tiap-tiap hari rindukan hammies & amie...

Friday, November 13, 2009

Sleepless night.

I was tired since I got only 4 hours sleep before ma got her eye operated.
And now I'm having a sleepless night. Waking up every two hours, to drop the eyedrop into ma's eye.
(selalu sangat dpt beauty sleep 8 jam..yang kadang-kadang terlebih.. heh.. sekali sekala kena berjaga... macam nak terperosok mata lebam macam panda dah nie..hehe)
I wonder whether is it the same when new mommies gave birth to their babies, when their babies cried all night long?
Still the same sleepless night.
Got to take her to the hospital again tomorrow, early in the morning.
Nonetheless.. I do really hope that ma will get well soon.
We have some plans after her eyes is recovered.
Can't wait for it!

Thursday, November 12, 2009

Ali Baba & Pairet of the Kari Bien

J ambil CRK hari ni dan esok. 5 pagi dah bangun. Lepas bersiap terus ke hospital. Ma kena register masuk wad sebelum pukul 6. Mintak solat kat rumah dulu pun dia kata tak payah. Solat kat spital. Dah siap register, siap solat, ma di beri sepersalinan baju spital. Dan dititis ubat mata beberapa kali. Ubat tu dititis supaya anak mata kecik yang hitam tu menjadi besar.  J tengok ramai sangat jururawat pelatih dalam semua wad. tengah praktikal kot... comel-comel belaka... hehehe... Sekali satu nurse datang bawak plaster berpangkah. "Makcik nak operate mata mana?" Sekali macam dalam cerita Ali Baba & 40 Penyamun daaa... sekali dia main pangkah-pangkah daa..... 




Pembedahan tak lama mana pun. dalam setengah jam. Sekejap jer... J tunggu kat luat OT. Alih-alih mama dah jadi pairet la pulok... hehehe...




nota kaki: J risau tak sape nak tgkkan makan mama minggu depan sebab J dah kena balik KL ahad ni...

Tuesday, November 10, 2009

Baik & Buruk

J mula dengan yang agak buruk...
  • Dalam tekak ada ulser... yang nampak baru 3 bijik. Betul-betul sebelah anak tekak. Belum lagi yang tak nampak.. Dah 5 hari sakit. Bila telan apa saja semuanya sakit. Nak makan yang sedap-sedap, semua jadi tak sedap. Makan ubat dah. Kumur dengan garam dah. Masih sakit lagi... belum ada tanda-tanda dia membaikpulih.. owwhh...
  • Dengar cerita tahun depan J kena naik mengajar tahap DUA. Most probably year 6. Mak aih... Ilmu tak cukup lagi ni. J tak sangka la pulak nama J boleh naik ke tahap 2 tahun depan. Berapa kelas kena ajar, belum tahu. Tak lama lagi tahu lah tu... Kalau betul J kena ajar tahun 6, maknanya tahun depan merupakan tahun yg sangat MENCABAR untuk J.
  • Boss kata markah SKT akan dinilai berdasarkan penpcapaian & kelulusan murid, selain daripada tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Aduhai... kalau kami yang mengajar kelas bawah-bawah,  yang mana keputusannya merah je yang banyak macam mana???? huh...
Yang baiknye...
  • Tahun depan J tak jadi guru kelas lagi. Alhamdulillah... Tapi... mungkin J akan diberi jawatan yang lain agak berat... (uuggh.... bolehkah ini di kira berita baik?)
  • Hammy J yang dibeli oleh kawan J, khabarnye telah beranak.... alhamdulillah... baka baik dari mummy Mija tuh..
  • Kebanyakkan kerja dah hampir siap. Yeay...

Tolong jangan beri beban kepada isteri saya.

Sebelum J mengulas panjang, ~ini entri sensitif~ sekiranya entri ini mengguris perasaan anda, saya MEMOHON MAAF. Sekadar ingin berkongsi.



hoh.. panjangkan tajuk entri J hari ni?

"Saya minta tolong jangan beri beban kerja lebih kepada isteri saya"

J terkejut bila mendengar statement ini siang semalam. wah..wah..wah...

Siapakah yang telah mengeluarkan kenyataan begini? Owh.. sudah tentulah dari mulut sang suami. Kepada siapa tidak perlu J nyatakan di sini.

Yang buat J pelik, kenyataan ini keluar dari mulut sang suami yang juga bekerja sebagai seorang GURU. Tidakkah sepatutnya anda arif dengan tugas sebagai seorang guru? Si isteri juga seringkali menghadap orang atasan sekiranya tidak mahu melakukan itu dan ini serta menyatakan itu bukan bidang tugas saya. Kalau ada kelas tambahan sewaktu cuti, si isteri kerap kali memohon bantuan rakan untuk menggantikan tempatnya dan sanggup menghulurkan wang sebagai imbuhan walaupun agak 'ciput'. Dek kerana minat mengajar, si rakan teruskan niat murni untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak murid. Malah, si isteri seringkali datang dan pulang secukupnya waktu persekolahan dan juga seringkali berjaya untuk tidak menghadirkan aktiviti-aktiviti petang atau hari Sabtu dengan jayanya. Namun begitu, apabila tiba hujung tahun, borang SKT diedarkan, seringkali juga si isteri ini mendapat markah yang tersangat bagus daripada rakan lain yang telah membimbing murid ke pertandingan mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri. Dan tiada sumbangan yang nyata dari si isteri yang melayakkan dia mendapat markah yang sebegitu rupa. ADILKAH itu?????? Dan kini dipohon pula sang suami agar tidak membebani si isteri dengan kerja yang lebih kerana bimbang si isteri menjadi stress... Patutkah?

nota kaki: tak sangka rupa juga boleh memainkan peranan dalam pemarkahan SKT.. sedih! J nak pergi buat plastik surgeri la camni...

Buku adab dah setel... kad 001, belum. Mata mengantuk. Terlelap kejap di atas timbunan kerja. Kalaulah J ada suami, haruslah dia akan komplen juga'JANGAN BERI BEBAN KERJA LEBIH KEPADA ISTERI SAYA SEBAB DIA SELALU TERTIDUR DENGAN KERJA-KERJA SEKOLAH'hehehe...

Monday, November 9, 2009

I hate SAP!

SAP is not Sijil Am Pelajaran.
It stands for SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN.

It was supposed to make teachers' job easier. However it always cause headache to everybody, that includes me!!!!! I've been sitting here, in front of my lappy since 9.30p.m. MAsih tak tak boleh jugak.

I've done everything accordingly. Step by step. I've keyed in the identification number of my pupils in the system since Friday but still it doesn't comes out in the individual result page. I need to print them ASAP, so that it can be sent to the headmaster to be signed and I can immediately paste it into the Adab Book. It's past midnight. I need it to be printed tonight.

My last choice was just print everything and then write them manually... uugghhh... hate it..hate it..hate it!!!!!!

nota kaki: bukankah ini menambah kerja yang bukan-bukan!!!!!!!!! SESAPE ADE TAK PROGRAM SAP YANG TAK KORUPTED??? J nak satu soft copy buleh???

Sunday, November 8, 2009

Powerman Seri Manjung 2009

This event was here in town. I'm not sure for how many times already.. I think maybe 8th time already. J jadi peserta kah?



ooohhh tidak mungkin!!!!! I'm not fit at all to join the race. Dah bertahun J tak kayuh basikal... Betul! Tak tipu!!! The last time I really cycled a bike was in 2000. That was when my friends and I went to Pulau Pangkor for a short vacation. If you're wondering what kind of this event is, you can visit here.



Orang yang masuk pertandingan ni ialah sepupu J, Ikhwan. Tahun ni tahun kedua dia menyertai pertandingan ni. Tahun lepas dia dapat nombor 8. Tahun ni tak taulah macam mana. He's in the Sprint category.



He must complete a 5.5 km run, 32 km bike and 5km run again to the finishing line. Luckily his final exam was over. So, since that he had been skipping school for his training. He's very keen into cycling.He had been begging his mom (Achik) to allow him to join the Malaysian team for training. Tapi.. Achik tak bagilah.. sebab takut dia hanyut dengan training je. Tambah pulak tahun depan dah nak SPM. So, NO, NO, NO... Studies comes first.



This is him, after completing the 5.5km run and starting off his journey for the 3.2km bike. Baju dia dah lenjun dengan peluh... Go Abang Go!!!



These are the routes.. You can view for more info here.



He came in with his bike in top 10. Wow... dahsyat!!! We cheered for him and we heard he said his leg was starting to cramp. It's not the end yet. He still had to run for another 5km. After waiting for a few minutes. Finally, he reached the finishing line.



Alhamdulillah... Dia dapat nombor berapa tak pasti pulak.. J balik rumah dulu. I got to get ready to get back to KL. Dapat tahu nanti J will post it up.


TERKINI: Ikhwan called and said he's the 15th in the SPrint category. Anyhow, he was satisfied because this year he beats his own time recorded last year. Last year he made it at 2hrs plus. For this year, he manages to make it to finish the race within 1 hour plus! Wahh... bravo Ikhwan!!!!

Saturday, November 7, 2009

Nur Kasih

J adalah salah seorang peminat drama bersiri ni. I just love the whole package.The storyline, the script, the characters, the locations, wardrobe and many more. Kalau terlepas waktu siaran di kaca tv, J akan menontonnya melalui TV3 online.




~Katrina (Sharifah Sofeae), Adam (Remy Ishak), Nur Amina (Tiz Zakyah), Aidil (Fizz Fairuz), Sarah (Uni Qazrina)~


* picture taken from phatcaliph.wordpress.com


This morning I found this website. You can watch it from start until the end of each eposide without having to wait for the next part to be downloaded. Adalah iklan sikit-sikit.. tapi tak sebanyak kat catchup tv online kat TV3. Ada baki 3 episod lagi. I didn't read the synopsis. Sengaja nak tunggu apa kesudahannya... Kalau baca nanti, it'll spoil the excitement. hehe..

To those who have not watched this drama series, try watch this series... I'm sure you'll like it too!

Thursday, November 5, 2009

takde tajuk



...kepenatan ini membuatkan J rasa nak demam....

Wednesday, November 4, 2009

Ticer Sebok

bila dah dekat hujung tahun, tambah pulak exam dah habis. Everybody will be busy. Well.. not everybody I can say. Those who will be totally busy will always be the class teachers.

hmm... sape kata kerja cikgu senang? SAPE KATE? Meh sinih nak sekeh sikit. J agak sentap la jugak kan bila orang tau pekerjaan J ni CIKGU, dan mereka akan keluar statement begitu. Rasa macam nak buat reality show kehidupan seorang cikgu. Bagi mereka-mereka yang kata keja cikgu ni senang tengok. Skop kerja cikgu sekarang tidak semudah dulu.

I do understand they always misunderstand about the job scope. Bila budak abis sekolah. Cikgu pun habis kerja. NO! Kerja kami sentiasa menuntut lebih masa.Kalau tak kat siap kat sekolah pastinya kena sambung di rumah. Melainkan kalau cikgu tu...
a) ada hal kena balik awal
b) memang tak kisah ada kerja atau tidak, cukup time dia akan chow
c) jenis lantak la, bukannya kerja boleh siap kalau duduk kat sekolah lama-lama
d) balik awal, tapi sambung kerja di rumah
e) suami pesan suruh balik awal hari-hari, tak boleh balik lambat
f) apa lagi sebab yang korang rasa boleh tambah kat sini?

Sekarang J agak sibuk.

> Tanda kertas exam utk 4 kelas - abes dah -
> Key in markah dalam program SAP - ptg ni nak buat-
> Buat analisa
> Print keputusan semua murid
> Tampal dalam buku Adab
> Isi markah dalam buku Adab
> Isi markah lisan untuk 3 kelas
> lengkapkan kad 001
> buat buku program utk Hari Anugerah koko
> taip nama penerima hadiah utk Hari Anugerah Cemerlang

J hampir-hampir menjadi singa jadian hari ni. Budak-budak pun satu hal juga. Dah tau dah habis exam tak mau belajar. Nak main aje... buat bising. Sakit tekak dibuatnya. I need asam jawa.... chilled asam jawa juice.. ughh.. sedap tuh!!!

Semalam ada LDP. lepas LDP pergi Shah Alam. Bawak Ma & Achik jumpa Pak Tam. Lepas tu shopping kejap kat Tesco Mutiara Damansara. sampai rumah dah sekat jam 9 malam. terus kong. Nak jamah nasi pun tak lalu. Wiken ni J perlu drive jauh lagi. Jemput Pak Ya kat airport. Balik kampung dan balik semula ke KL. Kerja 2 hari. Kalau dapat cuti, balik semula ke kampung nak jaga Ma yang nak operate mata.

Ade la lagi perkara sampingan-sampingan yang perlu J lakukan... J nak cuti minggu depan. Ma nak operate mata kan... Ntahla boss boleh bagi kebenaran atau tidak. Tak dapat 3 hari, 2 pun boleh la.. seminggu lepas menjaga 2 lil cousin. weekend

nota kaki: I'm not whining about my job. I like my job...cuma mahu melepaskan lelah..

Monday, November 2, 2009

Meghoyan

Uugghh... J rasa mummy tengah menghoyan (meroyan). Kali ni mangsanya daddy... (-.-)


Sunday, November 1, 2009

Pakej 1 bulan 3 hari

Ade ke pakej percutian camtu? hehe.. Bukan pakej percutian or whatsoever. It's Bun's babies age. They're 1 month and 3 days old already. Yeay!!!

When I said package, it was because they came out 'togel' and now they turn out to be fat & fluffy like Bunge. This red eyed hammy.



Chubby and tame like Buncit.



Cute and adorable like Bunyik, the grey hammy.

Mummy Jahat!!!

Ingat lagi tragedi berdarah?

J dah tau ape yg jadi pada Chaca. Bukan sebab sangkar atau dawai atau apa-apa sebab lain. Rupa-rupanya Mummy Mija gigit kaki dia. This time, she bits Chaca's back feet. Naseb Chaca baik.. J ade kat situ. Chaca berjaya diselamatkan. Kalau tak, berdarah lagi lah kaki cik mek tu. Berdecit-decit si Chaca bila digigit dengan Mija...

nota kaki: Mummy Mija kalau beranak memang garang sangat... asyik nak gigit je kerja dia!!!!

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^