Thursday, September 30, 2010

Nak cuba Roti inti Tikus?

Korang suka makan roti?

Suka? Tak suka?

Sedapkan kalau dapat makan roti inti sardin ke... roti bakar sapu kaya dengan planta ke.. roti sapu jem stroberi ke... teringin pulak.. haaaih...

emm.. dah lama tak makan roti lepas bulan Ramadhan ni... kejap lagi nak keluar cari roti lah. Boleh makan dengan jem dan butter untuk sarapan esok pagi. Nyams... (agak terliur bagi diri ini, buat masa ini.. hehe..). Tapi....

Andai kata lah... dah habis sebuku roti korang lahap dengan penuh selera. Sekali terjumpa ini....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sandwich Tikus.. ^_^

Aaaaa....... 


Jangan risau... ini bukan kisah di Malaysia ye? Tapi di Oxfordshire. Jadi jangan gelabah. Dapatkan cerita sebenar disini.


Kesian anak tikus tu ye? Mungkin dia terjatuh masa packing agaknya. Tapi  mungkin juga terjatuh masa adunan dimasukkan ke dalam loyang. Kalau la terjatuh dalam loyang, haruslah tikus tu pun masak sama ye tak? Orang yang beli roti ni dah makan beberapa keping roti dari buku yang sama. Yang membuat dia bertambah geli ialah, si tikus itu sudah kehilangan ekor.... mana la perginya? Mungkinkah dia sudah termakan ekor itu?

Apa-apa pun.. Eeeeuuuwww.....

Wednesday, September 29, 2010

Tiket Wayang Free.

Wah... Dah nak habis September rupanya. Boleh J lupa pulak GSC website member layak mendapatkan satu tiket free sempena sambutan hari keputerian setiap tahun. aaa..... Adalah amat rugi jika tidak dimanfaatkan tiket free ini. Kan? kan? kan? hahaha...

Oleh itu...  Ok tak kalau nak tengok movie ini?

Googled image
atauu..... tayangan gambar action packed ini?

Googled image

atau.... cerita ini? hehehe...

Image googled

Hokey... now.. siapa nak ikot? Angkat ibu jari kaki tinggi-tinggi!!!!!

deviantart.com
Sila sediakan duit tiket sendirik yeah?  Kalau tak, J masuk sorang je.. Hoyeah!!

notakaki: Dah lama tak buat aktiviti ada-aku-kesah tengok movie sorang-sorang... best jugak nieh!

Tuesday, September 28, 2010

Double grief.. (-_-)

She's on her death bed. She'll be leaving me soon.. 

Chaca.. my lil girl.

notakaki: double grief  in September.. I really  need a long sleep.  Please wake me up next September will ya?

Morning Sunshine...

 Sayang semua... Selamat pagi.... ^_^


Alhamdulillah.. berjaya menyedarkan diri awal hari ni untuk bersahur. Tapi... bangun pagi ni dengan perasaan bercampur baur. Dalam kepala dan hati masih keliru... hah.. AWAS!!! Was-was selalu menjadi mainan syaitan.

Untuk mengelakkan kepala ni berfikir tentang kekeliruan, seharian semalam bertemankan Faizal Tahir dicorong telinga. Sungguh... ia menjadi penawar minda ketika sedang keliru. (it worked for me, maybe not to you) Kenapa la, suka sangat fikir yang tidak-tidak? Tak boleh lah buang habbit ni... sowie Amie. Couldn't break the bad habbit....just yet.  Kenapa terlalu serius? Mungkin sebab dah tua agaknya.. hehehe..

ohh... jangan ikut sama-sama jangan kelirukan diri dengan J pulak. Pasti ada jalan untuk selesaikan kekusutan J yang tak berapa nak kusut pun sebenarnya.. hehehe... Oleh itu.. jom layan... 



Muzik - Faizal Tahir
 Justifikasiku komplikasi kamu
Tiada kompromi propaganda
Dunia bayanganmu sempurna selalu
Penuh polusi dari ilusi keliru

Wajahmu stress selalu
Benarkanku jelaskan kebenaran
Kenapa terlalu serius ( dengarlah muzik 2x )
Janganlah terlalu serius ( dengarlah muzik 2x )
Takkan ku jemu aku muzik kamu

Konklusi jenering membunuh harapan
Mahu bersaksi dunia baru
Revolusivasi tahun dah berkurun
Generasiku revolusiku keliru

Korus
Wajahmu stress selalu
Benarkanku jelaskan kebenaran
Kenapa terlalu serius ( dengarlah muzik 2x )
Janganlah terlalu serius ( dengarlah muzik 2x )
Takkan ku jemu aku muzik kamu

Muzik muzik muzik muzik muzik
Dengarlah muzik dengarlah muzik

2010 mentaliti kuno
Masih bertekak siapa hang tuah
Bagaimana harus meluahkan semua
Edisi terhad kosa kata keliru

notakaki: Kenapa J selalu dapat mixed signals. haaihh...

Monday, September 27, 2010

Bulat macam bola.

Sejuk-sejuk ni dapat bergulung dalam selimut best kan? Asal petang je hujan.. asal hujan je petang. brr... sejuk!!! Anak-anak pun kemain lagi bergulung macam bola. Tengok je la aksi bola si Mummy & Daddy ni.

Mummy Mija

Daddy Jimi.
J basuh dan bersihkan banglo diorang ni. Maka seperti  biasa mereka ditransitkan di dalam besen besar merah. Sementara nak tunggu kering banglo diorang tu, sampai tertidur kesejukkan.. Cian anak mami... cejuk eh? 

notakaki: 
1. hidup kita macam bola. J rasa sekarang ni adalah masanya J tergolek penyek dibawah. Semoga Allah berikan kekuatan untuk J hadapi hari-hari mendatang dengan tabah dan redha.
2. kekacang ubat selsema terakhir bakal di habiskan malam ini. Harap-harap tidak perlu ulang berjumpa tabib untuk ubat lagi.

Melawat Tapak.

Satu petang yang renyai. J terpaksa melawat tapak... well.. it was not a site. It's Ladang Ternakan UPM.

 Adoila... tanah merah sepanjang jalan. Alamak.. comotlah boboi ai!!!

Cuba teka binatang apakah itu?



Sebenarnya tempat ni cantik. Tambah pulak dalam renyai hujan tu. Sejuk je mata mandang. Nasib baik nak cepat. Kalau tak mau agaknya turun bermesra dengan alam yang serba indah yang sentiasa sedia untuk dinikmati itu...



notakaki: owh... rupa-rupanya kat sini diorang shoot untuk beberapa scene dalam filem Stilletto. (apa tajuk betul eh?)

Sunday, September 26, 2010

Terasa... tapi siapalah saya nak terasa.

yer.. tajuk berbaur luahan perasaan yang terasa dan sedikit kecewa. (ye ke sedikit?)

eh... ape kes nak terasa tengah-tengah malam ni?
eh... nak terasa kena ada time jugak ke? Tak kan?

I'm aware that I'm not a good sparring partner in discussions or even pep talks.
I'm aware that I'm not able to respond like what you expected.
I'm aware that I'm not good with words.
I'm aware that I'm not as good as the others.
I'm aware that I don't have a sweet smile.
I'm aware that I don't have a brilliant brain.
I'm aware that I might not be someone pleasing to look at.
I'm aware that I might not be able to make you happy.
I'm aware that I might not be the one for you.
I'm also aware that I might not be able to be strong if I stayed.


So... please stop showing and giving hopes...


I'm afraid I might fall and shattered into small tiny pieces and won't be able to stand up again.

So.. J dah terasa ni.. sape nak tolong pujuk?

Takde kan?

notakaki: negative vibes seemed to surround my cloudy head again.. hate it so much!!!

Apa ada dengan kertas?

Kertas ada macam-macam jenis. Kertas tulis, kertas kadbod, kertas kad, kertas kotak....

Ada putih, ada yang berwarna. Ada tebal, ada yang nipis melayang. Ada bergambar, ada yang kosong. Ada yang elok, ada yang keronyok. Ada yang bernilai, ada juga tak tiada makna.

Ada apa dengan kertas? Kertas yang J cuba nak cerita ni tentang kertas yang mengandungi keputusan peperiksaan. Kertas yang meletakkan kita di satu tempat yang agak tinggi dimata masyarakat. Kertas yang membolehkan kita mendapatkan jawatan yang baik serta memperolehi pulangan yang lumayan dengan menerima kertas-kertas yang bernilai dengan banyak sekali (baca: wang).

Zaman sekarang ibu bapa terlalu menitik beratkan sangat tentang pemilikan kertas itu dan wajib tercetak huruf A banyak-banyak. hmm... Kadang-kadang dek kerana terlalu mengejar A itu, banyak nilai-nilai yang  lain diabaikan. Yang selalu menjadi korban nilai kendiri, moral, berdikari.. ape lagi ye.. termasuklah nilai-nilai murni yang utamanya. Fokus utama... A saja. Takde A makanya masa depan akan gelap...... Jadilah engkau pengutip sampah atau tukang sapu jalanan.... (J pun pernah katakan ini kpd anak-anak murid yang terlampau malas tahap gaban)

Tapi kalau korang takde kertas pendidikan tahap ketiga (baca: tertiery level education), korang boleh hidup tak? Boleh dapat pekerjaan yang bagus tak? Boleh dapat gaji yang tinggi tak? Boleh tak korang dapatkan kepercayaan orang yang korang mampu untuk membuat sesuatu pekerjaan tu bila korang memohon? Kadang-kadang bakal mak dan pak mertua pun akan tanya sama  ada korang mempunyai kertas itu atau tidak? (biasanya soalan itu dilontar secara tidak langsung seperti "Dulu belajar kat mana?" atau "Dulu amik course ape?"

Kadang-kadang orang-orangan di luar sana sering prejudis. Mungkin juga tidak terlintas difikiran bijak pandai mereka bahawa pasti ada sebab musababnya seseorang tidak dapat memilik kertas pendidikan tahap ketiga tersebut. Tak kira sama ada masalah keluarga atau kewangan dan masalah-masalah lain yang menyebabkan mereka tidak dapat memperolehi kertas tersebut.

Tapi...

Mereka yang tiada kertas itu, tak semestinya tidak berjaya dalam hidup. Tak semestinya mereka tidak perrnah mendapat pekerjaan yang baik. Tidak semestinya mereka tidak mampu menjalan kehidupan yang baik dan selesa. Tidak semestinya mereka tidak mampu menyara hidup sendiri malah mampu memberi pula kepada ibu bapa. Ada juga antara mereka ini berpendapatan lebih mewah daripada kita-kita yang ada kertas itu. Kan?

J ada beberapa rakan yang begini. Tidak mempunyai kertas tersebut. Tapi mampu mendapat pekerjaan yang baik, mempunyai kehidupan yang baik, dapat menguruskan kehidupan sendiri dengan teratur,  mampu membeli kereta sendiri, mampu bergembira dengan apa yang mereka ada. Malah.. mereka ini juga berpendapatan lebih dari J. wahhh.... (jelesss...)

Jadi janganlah kita memperlekehkan orang-orang yang tiada kertas tersebut. jangan pandang orang sebelah mata. Kenali lah mereka dahulu. Dengan memilik kertas tersebut tidak pernah menjamin bahawa kita akan menjadi seorang yang sangat HEBAT...

notakaki: sedar diri kerana tiada yang istimewa untuk dipersembahkan.. siapalah saya...

Saturday, September 25, 2010

Flu is bugging me..

There were times I was okay. Straight headed. Eyes cleared. I can breath normally.

There were also times when the nostrils were so damn itchy which leads to a series of unfortunate events sneezing (bersin sampai bergegar blok rumah aku nieh.. akekeke) The phlegm started to block my nose. Eyes gone red. I could feel as if my brain expanded. Mouth went dry since I had to breath through it and all I need right now is just drugs that could kill the virus and flush them out away from my body.

It had been 3 days.

*sigh*

Dear J,
please do not forget to drop by at the pharmacy to get the medicine today!
~mental note to myself~

Friday, September 24, 2010

Izinknku Berundur

Nak tau satu rahsia? 

Selain Anuar Zain dan Faizal Tahir, J juga minat dengan kumpulan Slam & KRU.

Dulu-dulu sanggup kumpul duit belanja semata-mata nak beli kaset Slam.

Tadi dah lena awal. Tapi terjaga dari lena selepas diganggu bunyi telefon. Jadi merayaulah J di YouTube. Dari satu lagu.. ke satu lagu... dan akhirnya... Jumpa lagu kenangan ini...

Oleh itu, suka sekali J tujukan lagu ini untuk Amie.

Mungkin awak baca entri ini. Mungkin juga awak tak baca. Tapi saya rasa awak akan baca. kan?

Lagu ini untuk awak.



Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

notakaki: 
1. apa khabar adik angkat yang wajahnya iras Zamani dulu ye?
2. buat kamu yang sering mendoakan ketidaksejahteraan saya.... alhamdulillah dan tahniah. doa kamu makbul. semoga Allah sentiasa memberi kesejahteraan keatas kamu dan keluarga kamu.

Thursday, September 23, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan anak-anakku..

**sila skroll ke bawah untuk entri terkini.. tenkiu.. ^_^**

Khusus untuk  mereka yang bakal menduduki peperiksaan UPSR
(dan juga untuk mereka yang bakal menduduki apa jua peperiksaan atau ujian dalam hidup anda)




Semoga dipermudahkan Allah.

notakaki: agak seram sejuk  menanti hasil usaha pertama kali mengajar tahun 6... Untung sabut timbul. Sambung lah kot mengajar tahun depan. Untung batu tenggelam... turun ke kelas bawah la nampaknye.. hehehe..

Wednesday, September 22, 2010

Surat untuk awak.


Dari dulu sering awak tenang dalam apa jua keadaan...

Dari dulu sering awak positif memikirkan apa jua masalah yang datang...

Dari dulu juga awak masih setia walaupun kasih dah menjauh...

Dari dulu sering awak ungkapkan kata-kata ini.... 
"tak semua yang kita nak, yang kita ingini, kita akan dapat"

Saya bersyukur kerana dapat membantu awak menempuh kehidupan

Dari awak tak ada apa-apa... sampailah awak ada macam-macam

Dari kita kurus, sampailah kita menggemuk bersama.. hehe..
(tapi sekarang saya dah kurus semula kan? kan?)

Saya takkan lupa bila awak menghargai saya kerana membuat awak rasa disayangi seolah-olah arwah mak masih ada. Perhargaan yang sangat tinggi hingga buat saya kadang-kadang lupa diri.

Saya juga takkan lupa apa saja yang dah kita kongsi bersama.

Terima kasih kerana sentiasa menerima saya seadanya.

Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya disaat saya leka dan sering lupa.

Maaf kerana tidak dapat jadi yang terbaik untuk awak.

Maaf kerana sering menyulitkan hidup awak.

Saya harap kemaafan yang beri semalam juga ikhlas.. Maaf ye?

emm... mm...mmm...

Banyak yang saya nak tulis untuk awak, tapi saya dah lupa. ^_^
(bila-bila saya ingat saya tambah ye?)


Namun...

Keredhaan ibu bapa mengatasi segala-galanya. 

Pasti ada hikmah yang kita tak nampak.

Sekarang awak masih lagi tenang.

Sekarang awak masih lagi positif.

Sekarang awak masih lagi setia.

Sekarang awak masih lagi ungkapkan kata-kata yang sama.

Terima kasih kerana membenarkan saya mengasihi awak.

Semoga awak terus tabah meneruskan kehidupan tanpa saya.

notakaki: saya tahu awak sedih. saya lebih-lebih lagi. kita doa sama-sama supaya kita kuat menghadapi ujian yang Allah turunkan untuk kita. saya sayang awak.

Tuesday, September 21, 2010

Kena cium sampai migraine.


Terima kasih kerana buat diri ini migraine di hari keputerianku.

Monday, September 20, 2010

Selamat Bertambah Umur Ms J!

Alhamdulillah.. Syukur.. kerana masih diizin olehNya untuk terus bernafas dan memperbaiki diri.

Ucapan sulung... diterima dari Kak Long Sila di mukabuku petang tadi. Terawal sehari.. ^_^ .. Terima kasih.

Ucapan kedua... si tedi titipkan ucapan melalui khidmat pesanan ringkas... Antara pesanannya... tak kira nak buh kat sini jugak.

"Happy besday in advance ye. Moga panjang umur, berkat hayat, murah rezeki dan dipercepatkan jodoh. Amin."

 Ye.. Terima kasih tedi. Kite doakan tedi juga dipercepatkan jodoh ye? Amin.

Ucapan ketiga... si abang besar... sibuk mahu membuat ucapan ketika J sedang sakit  perut. nak ke jamban. hehehe.. Terima kasih juga.

Ucapan keempat... salah sorang  madam  GQ dari selatan tanah air... Konon nak jadi yang pertama. Sorry babe...ko dah jatuh takhta ini tahun! akekeke... Anyway, thanks babe!  Thanks for lending me ur shoulder for the past few weeks. Sayang ko lebey sket lah!! xoxoxoxo..

Ucapan ke lima... yang J tunggu dari dia masih belum kunjung tiba...

Terima kasih kepada awak, kamu, dia dan mereka yang telah mendoakan yang baik-baik untukku. Alhamdulillah.. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua.

Ucapan seterusnya bakal kunjung tiba... InsyaAllah kalau ada yang ingat kat J lah kan?  Maaf jika tidak menjawab kerana mata sudah lebam, tidak memperolehi tidur yang penuh nikmat sejak 2 malam lepas. Jadi mahu mencuba pada malam ini...

notakaki: 
1. ini auto publish entri. mungkin sekarang sedang berhempas pulas mengosongkan minda dan cuba untuk tidur.
2. sudah 2 malam tidur tidak nyenyak...asyik terjaga sahaja dek penangan kejutan yang awak berikan. awak mahu saya lupakan.. tapi bagaimana? 
3. yang pertama, kedua, atau seterusnya tiada apa-apa sebenarnya.. bukankah lebih bermakna kalau mmg betul ada kejutan untuk saya?

Dah mula jadi racun

Dia tak bersalah. Tapi para pengguna seringkali menyalahgunakannya.

Dia sangat berguna tatkala ingin menjejak kasih, bertanya khabar, beramah mesra, mendekatkan yang jauh, merapatkan yang tidak, menyatakan lokasi, mengumumkan walimah atau hari ulang tahun, berkongsi gambar terkini dan sensasi... malah ada juga yang ambil kesempatan berjualan dengan rakan-rakan di dalamnya juga.

Untuk mereka yang bosan, ia juga sering menjadi tempat menghabiskan masa bermain permainan secara maya. Mengutip wang beratus-ratus jumlahnya, mengumpul geng seramai-ramainya, berkebun, membina bandar, menternak, mengumpul hadiah... pendek kata, macam-macam ada.  ^_^

Untuk yang suka buang masa pula, macam-macam kuiz boleh di jawab. Yang logik, yang tak logik, nak jadi hantu apa, siapa pasangan artis yang sesuai, nak kahwin umur berapa, siapa yang selalu menjengah ke profil anda, pekerjaan yang sesuai dengan anda,... hahaha.. kadang-kadang lucu belaka jenis-jenis kuiz yang direka.

Tapi disisi lainnya, dia seringkali dijadikan kearah yang agak negatif. Contohnya mengaibkan orang lain secara tak langsung.. menimbulkan pergaduhan, membuka pekung dalam kain, membuka rahsia yang menyebabkan terbongkarnya rahsia, berfantasi dan imaginasi yang kadang-kadang terlampau... ahh.. ada juga yang sampai menyebabkan suami dan isteri bergaduh dan pasangan kekasih bermasam muka. hmmm...

Kuat betul pengaruh dia dalam kehidupan kita semua sekarang ni.

Sejak dua tiga empat lima menjak ni, J rasa dia dah mula menjadi racun kepada J. Aduh... terkesan emosi ni selalu.... Mulalah jantung berdegup laju. Risaukan yang ntah hapa-hapa... Buang masa je.

Dahulu diri ini tak serapuh begini.

Apakah petanda usia yang semakin bertambah?

Tabahlah wahai hati...

notakaki: kadang-kadang J pun ada juga salah guna.. (-_-)...

Sunday, September 19, 2010

Salah mesej

Pernah dapat mesej yang salah?

Mesti pernah kan?

Owh.. ini tiada kena mengena dengan mesej pesanan ringkas di telefon bimbit. Ini tentang mesej yang cuba disampaikan oleh seseorang yang disampaikan tidak kira melalui tutur kata, tulisan mahupun gerak bahasa badan. Kadang-kadang lain yang orang lain cuba sampaikan, lain yang kita faham. Begitu juga sebaliknya.

Harap-harap J tidak mendapat mesej yang salah semalam. Terlalu sukar untuk ditafsir tersurat dan tersiratnya.

Buat awak yang tersayang... jangan salah faham juga ye? Nanti kita terangkan... ^_^



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


notakaki: 
1. aahhh... memang sudah silap!
2. menanti sebuah kejutan di hari Selasa akan datang... mungkinkah akan ada?

Eh...

Hujan masih setia menjadi saksi.


Eh...

Opocot!

Bertempiaran lari terbang semua rerama dalam perut.

Agaknya bertukar-tukar warna muka ni.

Naseb gelap.

notakaki: akibatnya.. siap mengemop satu rumah jam 2.21 pagi. Tapi..tetap tak boleh lena. haaihh..

Thursday, September 16, 2010

Yey! Yeay! Dapat main bunga api!!!

Setelah bertahun-tahun hanya menonton anak-anak jiran dan anak-anak buah yang main bunga api... tahun ni tiba-tiba bernafsu pulak nak beli dan main bunga api! hehe..

Motif?

Memang buang tebiat..

Tapi dah alang-alang beli tu, main sekali lah dengan anak-anak buah kan? Riuh rendah mulut ni pok pek pok pek suruh anak-anak buah main leklok.. takut tercucuh diri masing-masing la.. ape lagi kan? (^_^) Kanak-kanak.. ape sangatlah yang mereka kisah. Yang mereka tau..keseronokan dapat main bunga api. Gembiranya tak terkira, bila maksu dia kata "jom kita main bunga api".  

Ambil sebatang bunga api dan cucuh hujung bunga api tu ke api, terbakar... ketawa terjerit-jerit.

Bila dah habis, padam... diam.  Keletah mereka sungguh menghiburkan.

Tapi bila dimenungkan... rupanya banyak sinonimnya dengan kehidupan yang sedang dialami sekarang.


Keseronokkan yang dialami, sementara cuma. Tatkala semarak percikan api tiba  dipenghujungnya, ia membuat hati menjadi walang. Namun, tetap ditunggu sehingga bara itu padam. Perlahan-lahan... ia bertukar warna... merah...kuning.. malap... dan akhirnya padam. Namun.. mata ini masih tertancap disitu... masih menanti apa yang bakal berlaku seterusnya... diam.

Wednesday, September 15, 2010

Jom main lari-lari..

Cumi. Where are you Cumi?
Yeah.. here I come! (nampak tak bukti siCumi ni jantan)
Jom main sorok-sorok?
Menyorok tepi tayar ni, mami nampak tak?
Cari tempat lain lah. Eh.. alaaa... mami dah nampak dah!

notakaki: pabila tiada aktiviti di hari yang sejuk setelah hujan sedari pagi. sejuk dibawa hingga ke petang... bbrrrr...

Tuesday, September 14, 2010

Jika Putik Itu Takkan Ada...

Sesuatu terpaksa diputuskan.



notakaki: Mendambakan cinta daripada Allah. Dengan sekali pandang, tertusuk terus dijiwa. Seterusnya...menjadi halal, dunia dan akhirat. doakan untuk saya ya?
 

JANGAN MANDIkan ARNAB di waktu PAGI!!!

Abang J balik kampung isteri dia. Jadi dia meninggalkan Cumi & Didi kat rumah Mak Iti.


Memandangkan J ada di rumah, makanya J lah akan dikerahkan untuk membersihkan lapik najis si Cumi & Didi di waktu pagi. Tiba-tiba timbul satu idea untuk mandikan budak berdua yang busyuk itew!!!Seronok je budak2 tu kena sembur dengan air. Siap lompat - lompat lagi.. hehe.. tipu je. Dah siap mandi, dibiarkan aje budak berdua itu menikmati cahaya matahari.. sunbathing la kunun.. heh.. Tiba-tiba si Cumi melompat atas Didi dan kasi gegar itu sangkar daaaa....

aiyoh.. mami tepuk dahi je lah tengok perangai budak berdua ni!

Haip! Mak Iti siap lepuk lepik si Cumi tuh.. hehehe... biarla dia. Kalau dah tengah gatai.. bukannya boleh dilarang...  Dah puas mereka bercengkerama, baru J beri makan..

Alfalfa is good for their digestion.

Moralnya, jangan mandikan arnab diwaktu pagi ye!


notakaki: Busuk juga arnab ni yeh? hmm... rasa macam nak tukar hammies jadik nyiauu.. ade sesape nak tak hammies yang dah sedia jinak ni???

Monday, September 13, 2010

Bersawang..

Cuti raya. Cuti memandu. 3 hari Cik ViSaye terbiar tanpa belaian manja J. Bila J jengah pagi tadi...


tuuuuuu dia... siap bersawang lagi tu!

Sunday, September 12, 2010

Buat Awak Yang Telah Muncul Dalam Hidup Saya


Alhamdulillah...  Sejak awak muncul, secara sedar atau tidak... awak sering mengingatkan saya untuk kembali kepadaNya. Syukur, terasa hidup kembali tenang membuatkan saya senang sangat dengan awak. Saya pohon sila ingatkan saya kembali sekiranya saya alpa semula...

Terima kasih ye awak?

Salam Aidilfitri & Selamat Bercuti

 **Sila skroll ke bawah untuk entri terkini. Tenkiu.. ^_^**

Klik untuk imej yang lebih besar

Melodeh di Raya ke 3

Nasik impit berlebih, jadi J dengan Mak Iti buat Kuah Lodeh.. Atau lebih dikenali sebagai Lontong... Percubaan pertama masak menu ni. Jadi.. Macam biasa, tiada resepi. Campak saja sesuka rasa... ^_^

Tempe je takde sebab bnyk peniaga tak berniaga di pasar.

Lontong Sihat kerna kurang santan.. hehe..

Minum petang masih lagi dengan ketupat palas.. kali ni cecah serunding Kelantan. Tiap-tiap tahun mesti ada serunding ni.Sambil ngap.. layan Selamat Pagi Cinta... mm mcm tak faham la itu cerita.. Layan ketupat lagi best! akekek...




notakaki: penemuan yang agak menyentap perasaan... aah... kenapa perlu ada batu penghalang dikala aku ingin menghibur hati yg sudah siaga berduka lara..

Saturday, September 11, 2010

Biru di AidilFitri 1431H

Kami memakai pakaian yang hampir serupa.eh.. mmg sama, warna saje berbeza.
Danish & Maksu sama kaler thn ni
Oloholoh... (mentang2lah nk dpt duet raye ye?)
notakaki: 
1. proposal yg dibentangkan, masih lagi kena reject... agak sedih dan kecewa
2. asal raya je merajuk..asal raya je merajuk.. benci lah macam ni! spoil mood raya je...
3. perlukah diputuskan satu tindakan drastik? seperti... selamat tinggal?
4. ingin bebas dari tekanan emosi yang terlampau tapi terpaksa disembunyikan di balik senyuman nampak gigi persis iklan colgate itu.. hmm...~

Friday, September 10, 2010

Menyeru kepada rakan-rakan yang bergelar IBU

..maaaf jika entri ini bakal mengguriskan perasaan anda. sekadar meluahkan perasaan yang dah lama tersimpan...

Setiap kali bila mengerjakan solat sunat tak kira Aidilfitri ataupun Aidiladha. Masalah yang sama akan dihadapi ketika mencuba khusyuk menyerah diri menyembahNya. Astaghafirullah... itu yang diucap ulang-ulang kali dalam hati setiap kali terdengar jeritan ketawa dan lalakan tangisan anak-anak kecil ketika sedang solat.
amik kat google


Disini J ingin menyeru kepada rakan-rakan yang bergelar IBU... sekiranya anda mempunyai

1. anak-anak kecil yang belum pandai solat

2. anak-anak kecil yang usianya kurang dari 5/6 tahun

3. anak-anak kecil yang mmg anda tahu tak boleh nak duduk diam

4. anak-anak kecil yang tidak sihat

dan... yang sewaktu dengannya...

Adalah lebih molek sekiranya, anda meninggalkan anak-anak kecil itu dirumah sekiranya anda berkeinginan menunaikan solat sunat tersebut. Kalau tiada siapa dirumah, apa kata kalau anda tidak perlu ke masjid mahu pun surau pada tahun tersebut. Maaf sekali lagi...sebab ape? Jeritan ketawa, lalakan tangisan dan anak-anak yang tak tau diam tak pasal-pasal usik jemaah lain yang tengah solat, sangatlah menganggu!!!!

Bayangkanlah kalau dari mula mengangkat takbir sikecil melalak sampai lah sesudah salam diberi.. Kalau sorang tu takpe lagi.. Ni sampai bersahut-sahutan! Masyallah... janganlah dek kerana terlalu ghairah mengejar pahala sunat. Tak pasal-pasal anda juga turut menanggung dosa kerana menjadi penyebab gangguan kepada jemaah lain.....

Wallahu'alam...

Wednesday, September 8, 2010

Persediaan Raya

Salam 29 Ramadhan....
Sedih nak meninggalkan Ramadhan.
Tiapkali Syawal nak tiba, semuanya bakal sibuk.Keluarga J memang dari dulu-dulu suka ketupat palas. Tak pernah sekali pun buat ketupat nasi. Biasanya kalau ada pun nasi impit. Tahun ni share dengan Achik &  abang. Jadi berlumba-lumba lah kami main miang menyediakan kelongsong ketupat palas ni malam semalam.

Kelongsong Ketupat Palas.
Pagi tadi.. berlumba-lumba pulak sumbat pulut dalam daun. Sepupu-sepapat, kakak ipar dgn anak buah pun ikut sibuk sama... Meriah je rasa! macam esok dah nak raya.. ^_^. Saja Mak Iti buat awal, pastu simpan je dalam ice box aka peti ais. Makanya esok hanya aktiviti mengemas & masak rendang saje yang akan dilakukan...




Hari ni ada makan besar. Mak Iti masak laksa yang sangat delisyes. Tepat jam 10.00 mlm tadi, periuk yang penuh ini... licin licau...
Penuh!
Penuh jugak!
Haziq: Maksu, ada bunga api ye?
J: haa? takde.. 
Haziq: ni?
Mak Haziq: Maksu nak bagi anak murid dia la..
J: hehe... ye la tu... Meh bagi maksu simpan dulu.

nota kaki: Esok nak main bunga api! yeay!

Ramadhan Thirst Quencher

Setiap kali bulan Ramdhan, tak pernah miss beli air ni.

Teh Bunga my fav!


Mesti akan beli punya. Kalau J tak beli, Pak Mat akan beli tanpa dipesan kalau dia ke praram...  sejak balik cuti ni, hari-hari minum.... petang  ni nak beli lagi!

Monday, September 6, 2010

Gosok.. jangan tak gosok!

Perjalanan pulang ke kampung halaman, telah melewati beberapa jam kegelapan malam. Kalau dah memandu di waktu malam, haruslah banyak serangga & kupu-kupu malam yang menjadi arwah dan terkubur di hadapan Cik ViSaye. Jadi berlakulah sesi memandikan Cik ViSaye. Sedang J tertinggung-tonggeng memberus tayar, Pak Mat suruh ambil berus pencuci kereta yang tergantung di paip air. Baiklah. Wah... lebih mudah rupanya. Terutama sekali bila hendak mencuci bumbung Cik ViSaye. Maka, pencucian dan  penyentalan berlaku dengan gembiranya....  sehinggalah...


Oh NoooOooOooooOoooOoooo!!!



Akibat terlalu ghairah menyental!

J: Paaaaa...........!!!!!!!!!!
Pak Mat: Letak sini.. boleh tampal dengan gam je tu..
J: ~pheeww.. lega!~

Simpan Buat Bekalan

Nampak macam sebuk je orang tua ni!

Lariiiiikkk...

Alfalfa yang J baru bubuh dalam balang, disepahkannya keluar balang.
Motif???

Habis alfalfa disepahkan Jimi

Dia ke ceruk itu semula.

Alamak.. kantoi la pulak!

Owh... Jimi kumpulkan daun-daun alfalfa dan letak dalam mangkuk makanan.
Wah!!! 
~tepuk tangan sambil tersengih~

Pandainye dia!!!!!

Daun alfalfa yang dikumpulkan...bijaknya!

Friday, September 3, 2010

Projek Beres!

Alhamdulillah...

Kedua-dua projek tadarus di bulanRamadhan ini selesai dengan jayanya.

Yang pertama, tadarus dengan anak-anak murid yang comel lote semuanya. Majlis Khatam Al Quran telah pun disempurnakan tadi.


Yang kedua, bertadarus bersama rakan-rakan maya anjuran Zara.

notakaki: syukur..kerana dapat meluangkan masa yang lebih utk bertadarus Ramadhan kali ini..

Thursday, September 2, 2010

Dah Shopping Raya?

Saya sudah!

Kat mana lagi kalau tak tempat kegemaran semua...

Kat Jalan Tunku Abdul Rahman lah...

Tahun ni pecah rekod! Sebab Pak Mat turut serta. Teringin agaknya sebab dah bertahun-tahuhn J dengan Mak Iti menyukat gerai-gerai kat situ dari pagi sampailah lewat petang. Dari mana datangnya tenaga pun ntah lah.. hehe.. 

Tapi malam sebelumnya, J dah teman Pak Mat membeli belah di One Utama.

Agak terbelah lah sikit poketku ini.. (-_-)

Berbelanja mestilah dengan berhemah. J keluarkan belanja untuk kuih sedikit dan baju kurung (ingatkan tak perlu nak beli/buat baju kurung untuk raya tahun ni). Dan yang satu ni rasanya paling bermakna ketika pembayaran dibuat. Mesti korang dah pernah tengok benda alah ni kan?



dan.... 

fungsinya adalah untuk menjaga 'awning' tudung-tudung baru yang J baru beli tuh yek?

Yang kosong kat bawah tu.. akan diisi tidak lama lagi!
notakaki: esok nak pergi UPM semula. yeay..boleh singgah beli tudung kaler merah..hitam.. putih.. mm.. mm.. kaler ape lagi yang takde yek?

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^