Saturday, December 31, 2011

Buatmu Sayang..

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)“. [Al-Isra’: 24]



Dalam satu hadisnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
Menurut Abu Hurairah RA telah diceriterakan :“Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW menanyakan : “Siapakah orang yang lebih berhak untuk saya berbuat baik padanya?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki: “Sesudah itu siapa ?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki :”Sesudah itu Siapa?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki : “Sesudah itu siapa?” Jawab Nabi : “Sesudah itu Bapamu”.
Menerusi hadis ini sudah terang lagi jelas bahawa ibu bapa terutamanya ibu mempunyai hak yang amat tinggi terhadap diri dan masa kita. Sewajarnya, sebagai anak kita perlulah cuba sedaya upaya untuk membalas jasa ibu bapa sementara peluang yang diberi Allah masih terbuka untuk kita menyemai bakti pada kedua ibu bapa.



notakaki: Sayang, sekiranya arwah mak masih ada, pastinya dia yang menjadi keutamaan awak... Semoga amarah yang terdetik dihati akan terpadam. Jangan lupa selalu sadaqahkan kalam Allah dan doa kepada arwah. Semoga arwah gembira melihat anak manjanya yang satu ni sudah pun terjaga dan berjaya dalam hidupnya.. Al-fatihah..

Thursday, December 29, 2011

Penuh Emosi

Episod akhir yang penuh emosi.
Pastinya diiringi titisan air mata tanpa henti.

Cinta tanpa restu... ibarat jasad tanpa nyawa.. ~ Dhia



notakaki: tak dapat tahan sedih bila dengar ungkapan itu. Bertahun-tahun aku hidup tanpa nyawa.. astaghafirullahal'azim.... 

Ratu Beg

Kali ni beg plastik pulak..


Dengan tak bersalahnya, dia keluarkan kertas dari dalam beg dan dia pulak masuk dalam tu.


Haihh..


Published with Blogger-droid v2.0.1

eh.. dah bulan akhir 2011 la..


Disember sudah tiba ke penghujungnya...

Benarlah kata pepatah... kita hanya mampu merancang, Namun segala ketentuan datang dari Allah. 
Jika dia tidak mengizinkannya, makanya tiadalah ia berlaku.
Pasti ada hikmah yang tersirat disebalik apa yang dah berlaku.
Pasti ada kelebihan yang kita tak nampak disebalik kekurangan yang sedia ada.

Selamat tinggal kasih.
Selamat tinggal pujaan.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat tinggal 2011.

Selamat datang tahun baru...
Semoga kedatanganmu bakal memberi rahmat dan seribut erti..
Buat saya.. buat kamu.. dan kita semua..

Wednesday, December 28, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Tido meriba

Sejak balik Kelumpo nih, nak tido meriba je kejenya..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Ohh.. apakah?

@_@


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sadaqah..

J selalu tidak hulurkan sadaqah bila ada kanak-kanak atau orang yang duduk depan bank mohon sumbangan untuk bina masjid atau madrasah. J selalu bersangka mereka itu adalah sindiket. Astaghafirullahal'azim.. Jahilnya rasa diri ni.


Uztaz Don habaq tadi kat Muhasabah.. Biaq pi la depa tu sindiket ka, tipu ka, betui ka.. JANGAN berSANGKA BURUK. Itu antara depa dengan Allah. Kita HULURLA SEMAMPU KITA BOLEH BERI DAN SELAYAKNYA YANG MEREKA PATUT TERIMA. Yang penting, amal sadaqah yang kita buat, JANGAN fikir apa yang mereka buat.


Masa yang terbaik untuk kita bersadaqah adalah semasa kita sihat dan mampu. Jangan jadi bakhil kerana takut menjadi miskin dengan bersadaqah..


Subhanallah...


Jomla kita sama-sama ikhlaskan hati dan banyakkan bersadaqah takat yang mampu..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, December 26, 2011

Ape Pesen Entah...

 On our way back to Kelumpo...


Dengan gaya duduk begitu, dia boleh lena ye kengkawan.. Yep.. Tidur!


haihh... Julie.. Julie..

Stucked in between

Haih... Terkunci lagi. Sobs..


I really got to think hard. Macam mana nak atasi masalah lupa bawak kunci.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

Miss You


Cuti kali ni dah takde orang suruh balik awal... 

You like durian?.... er.. NO?

You like?

I like. 

Very the LIKE!


But.... Watch this! *_^

video

I've made a change again..

Yep.. U've come to the the correct site. I've changed the background again.

Saja nak cari warna yang 'menangkap' sikit. PLUS... not forgetting the purple colour is still there.
^_^

OK? Tak OK?

Thursday, December 22, 2011

Misai Patah


Nampak tak? 

Masa dia tengah tidur tadi belek-belekla muka dia. Sekali ternampak pulak misai dia yang dah patah tu. Eemm... alahai anak mami. Ape aje lah yang ian dah buat sampai patah misai ni?




Cheezy Pizza

Have you tried?


I've always like cheese. But this one.. Mm..emm.... The taste dissapoints me. Not like what I've expected and it's tooooooooo cheesy!


Actually the girl had given me the wrong pizza. I ordered Hawaiian, but she gave me pepperoni instead. :( It's upsetting you know..when they got mixed up with the orders. There were only 3 people waiting for the order and still she got it mixed up!


Anyhow, Dominoes will always be my all time favourite. Tak sabar nak balik KL just to have a bite of Dominoes Tuna Temptation.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

iPhone 4S... best ke?

Semorang sibuk dok sebut-sebut pasal menatang alah ni. 

Semorang sibuk nak memiliki menatang alah ni.

Mungkin J dah ada satu X10 pun dah cukup memuaskan hati J. 

Alhamdulillah...


Biorle deme yang banyak duit tu beli sebiji dua.

Biarlah J simpan duit yang tak seberapa ni untuk beli rumah sebijik. 

Baru la BEST kan? 

^_^

notakaki: dia pun sibuk gak dengan iphone4 dia... hmm...simpan-simpanlah duit tu.. jangan mewah sangat belanja. Ingat sikit hari-hari yang akan datang ye?

Dah mandi

Hari ni cuba tadah air dalam besen. Masukkan budak Ian dalam tu. Elok je.. Tak menggelupur pun Good boy!


Dah mandi... Dah kering... Jom tido!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, December 18, 2011

Tentang Dhia

Adi Putra ada lagi. Kali ni bergandingan dengan Nora Danish.
Watak yang sesuai dan nampak sweet dilakonkan mereka berdua. 




Tegak  berdiri jugak bulu roma ni bila scene mak Zikir jumpa bomoh tu. 
hmm... terdetik di hati, kenapalah perlu di tunjukkan secara detail perkara camtu? Memang la nak menunjukkan kepada masyarakat supaya perlakuan begitu JANGAN DI IKUT.

Tapi... takkan adakah yang terdetik di hati nak cuba juga cara bergitu untuk mencapai hajat di hati???

Ah... Tiapkali scene mak Zikir jumpa atau berbual dengan Tok Boon tu, mesti J akan tergeleng-geleng kepala. BUSUK PERUT betul manusia ni... Scene yang dibuat tu MESTI pernah terjadi dalam dunia sebenarkan? Na'uzubillah... mintak jauhkan dari hidup J dan keluarga serta rakan-rakan semua. 





credit ceritamamat.com

notakaki: Semoga kita semua dilindungi Allah... 

Apa Yang saya Tak Suka Pasal Kenduri

I like kenduri because I get to eat nice and good food.


Apa yang buat J tak suka pasal kenduri:


1. Nice and good food can easily make fat!


2. Questions that are being asked about when I'm getting married.


>_<


Published with Blogger-droid v2.0.1

Fat Rice

Ngeoww....


Sarapan apa pagi tadi?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 17, 2011

Perasan Baby 2

Afternoon nap.


Friday, December 16, 2011

Teak5

Friday is here again!

J dikenalkan dengan tempat ni oleh seorang rakan. Dia adalah pencinta makanan yang sedap sedap. wel.. siapa yang tidak suka makanan sedap kan?

Restoran ni kat Mutiara Damansara. Restoran ni berkonsep 2 dalam 1. Perabot dalam restoran ni dan apa saja hiasan yang di pamerkan, semuanya untuk dijual dan dibeli. Termasuk meja makan dan kerusi yang kita duduk dan makan dalam tu. 

J baru dua kali ke sini, rakan J tu yang dah berkali-kali makan kat sana. Siap dah buat kawan lagi dengan Kak Yani tuan punya kedai. ^_^

Kali pertama J makan Soto Nasi. Memang sedap. Kaw gila rempah soto dia. Memang puas hati la makan. Kali ni J makan Ginger Beef Kueytiow dengan sirap bandung selasih. Air manis buah. Memang kena la dengan selera J. 


Ginger Beef Kueytiow Teak5 ni, not bad. Tapi J  lagi suka kat Madam Lim's Kitchen. 


Julie's New Toy

Can I have my hairband back? It smelt 'masyam'. I need to wash  it. 

Uurrrff..... Mami, can you pwease not disturb me?!


Me wanna sleep..



hhmm... zz...zzz.. 


Thursday, December 15, 2011

Sukan Tahunan 2011

** Backdated entry**

^_^

Dah lama terperam... Asyik lupa je. Enjoy the pictures.








Tuesday, December 13, 2011

5 minit je..

J baru pulang dari pasar. Tarik je handbrake, dia pun sama melabuhkan badan depan pintu pagar rumah. Hari pulak tengah panas. Depan tu teduh la sikit.. Kesianla pulak tengok dia. Rumah jiran kiri kanan takde awning atau tempat teduh untuk dia tumpang walaupun kiri dan kanan semuanya kaum cina belaka.


J pandang dia. Dia  pandang J. Pintu masuk kat tempat dia duduk tu la. Sebelah lagi kunci. Loceng pun sebelah kiri dia duduk tu. Hmm... Dekat 5 minit jugakla tunggu dalam kereta sebab nak bagi dia rehat kejap.


J keluar kereta. Dia masih tak bangun. Lagi 4 tapak nak dekat baru dia bangun, menjauh. Tapi tak jauh. Dia masih pandang J. Ala.. Muka dia memang mintak simpati. Haihh... J cakap elok-elok, pergila duduk kat rumah pencawang kat  padang depan rumah. Makanya, terkedek-kedekla dia ke padang cari tempat teduh lain..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, December 12, 2011

Kitab lama

Cuti-cuti ni apa le lagi kerjanya. Spring cleaning lah..


Terjumpala kitab lama yang buat J terigau-igau, mimpi buruk semasa di matrik dulu.


J takde basic. Jadi 'masak'la bila nak belajar. Tapi akhirnya lulus juga dengan hampir cemerlang.  Ah.. Imbau kenangan lama la pulak.. Hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 10, 2011

Bateri.. oh bateri..



It's definitely not mine.

(couldn't even afford it at all)

Tapi merasalah jugak memandunya, walaupun orang punya.

Kereta hebat, maintenance pun hebat.

Dah tukar bateri. Tapi masih ada yang tak kena. Rupa-rupanya ada bateri kecik yang perlu ditukar pulak. Dah la harga lebih kurang sama dengan 'main' bateri.

Hadoila...



Published with Blogger-droid v2.0.1

Jus Kedondong

Eh..Bukan nak bagi resepi ye.


^_^


Sementara menunggu Mak Iti berurusan urusan dia, di tengah hari yang panas... Tiada lain yang mampu menyejukkan melainkan segelas jus kedondong dengan asam masin..


Aaahhh... Memang sedap!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, December 9, 2011

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

Tiada Jodoh di Taj Mahal Tanda Cinta

Ini hanya replika.

Tanda kasih dan cinta Shah Jahan kepada kekasihnya @ isterinya Mumtaz Mahal.

Bukan di India. Tapi di Malaysia.

Di Pulau Wan Man. Dalam Taman Tamadun Islam.


Kita pergi ke tempat yang sama. 

Kita ambil gambar di tempat yang sama.

Tapi kita tidak dipertemukan di replika tanda cinta ini.

Mungkinkah sama seperti matinya Mumtaz Mahal membawa pergi cinta bersama-samanya?

Segalanya mungkin. 

Semoga dikau berbahagia Shah Jahan ku.. 

Tinggallah Pujaan

Tajuk buku dan nama penulis seperti dalam gambar.


As usual no synopsis. Just a little opinion after reading it..

Setting di Terengganu, sebab penulis berasal dibesarkan di Terengganu. Disebabkan baru balik dari Terengganu, jadi dapatlah relate dan bayangkan suasana dalam cerita ni. Mula-mula agak tidak menarik. ada sedikit berulang-ulang. Tapi  bila dah sampai ke kemuncak permasalahan, rasa sedih terlalu amat mengetuk hati. Lalu buku dibaca sambil air mata pun mengalir... sobs... 

Bolehlah kalau nak menghabiskan masa. Tak de la BEST sangat atau BORING langsung. 

^_^

Monday, December 5, 2011

The Secret Mistress

Hari ni  mendung. Tiba-tiba hujan membasahi bumi.


J dah tidur tadi. Ian kejut dua kali suruh bangun. Sabo je la.. Mood pun sama mendung dengan cuaca kat luar.


Now, Anak-anak bulu tidur. Mami dah hilang ngantuk. Paksa diri untuk membaca buku yang dibeli awal tahun dulu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, December 4, 2011

Cak

Petang ni hujan.


Perut pun kenyang.


Boleh pulak dak ghimau sekor ni tak tido.


Main la cak cak ngan dia.. Hihi..


notakaki: mami pulak yang mengah main ngan dia


Published with Blogger-droid v2.0.1

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^