Sunday, November 2, 2014

Julian & Julie

My beloved 'gundu'. ^_^


Makin besar makin manja anak-anak mami ni... 


Wednesday, September 24, 2014

Unexpected result for a sleepyhead

I took a ProELT progress test about a month ago... and received the results today. 

It was a surprise to see my unexpected result. Overall... Alhamdulillah.... I did well, and I still couldn't believe that my trainer gave me full marks for my writing test (a test which I fear most of the time) Reading her comments made me feel like it's not meant for me. But hey... this is REAL!!! It's written specially for ME! 


Anyhow, I'm happy that she actually notices me in class (which I were often a sleepyhead..hahaha...) I hope that I can maintain my focus, achievement and good results and really looking forward to get C2 for my APTIST test next year. 

J: Wishing that my self-esteem is as excellent as what she commented. 

Sunday, September 7, 2014

Mewangi

Mula-mula dengar lagu ni,merungut-rungut juga.. amende la lagu baru ni mendayu-dayu..meleret-meleret. Bila dah banyak-banyak kali dengar macam best la pulak...


Beautiful lyrics...love it.

Friday, August 29, 2014

Kau Tercipta - Lah Ahmad

I've liked Lah's singing since he's still in VE.. After listening to this piece, immediately I fell in love with the melody... the beautiful lyrics...and the voice of course.. very soothing to my ears and I guess this song can be one of my lullaby from now on. 


J: Crush dah beralih arah... no more FA. Now it's ZA. ^_^

Monday, August 25, 2014

This is tiring...

The online modules has been up after one and another.



Dah mula bosan. 

Tuesday, August 19, 2014

Sibuk

Peperiksaan UPSR dah semakin hampir.

Mami sibuk.
Anak-anak mami punikut sama sibuk...
(-_-")




Sunday, August 3, 2014

Kuching #4

Hari terakhir kami di sini. Kemas beg semua siap-siap. Keluar rumah angkut beg awal-awal. Ikut rancangan kami akan ke Serikin. Seperti yang J dah maklum tempat ni panas kerana lokasinya berdekatan dengan garisan Khatulistiwa. Jadi jangan dilupakan sunglass dan pack baju lebih dalam handbag tau beg yang mudah dibuka supaya boleh ditukar sebelum naik flight... kalau tidak.. masyammmmm.....

Kat Pasar Serikin ni, barang jualan kebanyakkannya dari negara jiran, Indonesia. Ada juga dijual kain-kain pasang corak batik Sarawak, dan harganya agak murah. Cumanya kurang pilihan. Macam-macam ada kat sini. Tapi J cuma beli seluar yang dibuat dari kain batik Jawa untuk diri sendiri, Pak Mat & abang J. Selebihnyahanya cuci mata dan bermandi peluh menyinggah dari satu kedai-kekedai yang lain.








Selepas Serikin, kami di bawa ke Tasik Biru. Ingatkan kat Sg Buloh je ada Tasik Biru... hehe... Tapi memang view kat sini cantik. Cumanya tak dikomersialkan aje. Lepas tu kami singgah makan kat sebuah restoran berdekatan sebelum bertolak ke airport. 


Alhamdulillah... selepas selesai check in barang, solat jama' zohor & asar, board flight dan selamat sampai ke KLIA2 kembali dengan selamat. 


Bila travel in group, jangan lupa check in barang juga amik ikut group. Jadi.... takdela nanti ada masalah terlebih kilo... J tak shopping banyak, jadi kuota kilo J masih berbaki 5kg. Kawan-kawan yang lain la yang shopping sakan. Jadi bolehla share-sharekilo beg tu..


Next trip.. ke mana pulak  ye?

Read More 

Saturday, August 2, 2014

Thursday, July 17, 2014

Kuching #3

Hari ni kami bertukar driver. Hari ni abang Jalil pulak yang jadi driver kami. Mesra sikit daripada Che Mat. Kami cakap dengan dia nak makan mi kolok Hj Salleh. Sepantas kilat meredah jalan bandar Kuching yang tak jem tapi tak macam jem sangat tu pergi ke kedai tu.

Hari Ketiga bersarapan di Sepinang Sari sebab nak makan Mi Kolok Hj Salleh. Jumpa pasal kedai ni melaui research kat blog lah. Pagi tu, pelanggan tak ramai....tapi servis lambat sikit. Tak taula pulak kalau-kalau orang kedai tu bagi kat orang nak kerja dulu daripada kami yang bersenang lenang nak bersiar-siar sebab cuti. Mengikut pembacaan mi kolok ni sedap, but for me, I don't really favour it. Bolehlaa... tak sesuai dengan taste bud J agaknya. Tapi... kopi kat kedai ni memang kaw! Very the suka! (dah banyak hari tak pekena kopi agaknya, bila dapat kopi tu.. serius sedap, berlemak dan tak berapa manis sangat) Pandai budak tu buat air.

*Gambar sekeping pun tak ambil sebab dah lapar lambat sangat sampai mi yang kami order.

First activity hari ketiga ialah ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Pergi situ sebab tengok orang utan. Nak ke sini kena datang masa feeding. Kalau datang tak kena masa, takdenye nak jumpa orang utan keluar makan. Masuk ke sini kena bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


Ni dia pantang larang kalau nak tengok orang utan. Nak cakap pun kena bisik-bisik. Kalau tak nanti orang utan lari. Kalau tak lari pun kena marah dengan orang keliling... huhu... Kebanyakkannya pelancong asing yang teruja nak tengok orang utan ni. Segala mak nenek kamera dengan lense zoom macam-macam saiz semua ada. semuanya meneropong nak ambil gambar orang utan.


Adalah rezeki kami hari nak tengok orang utan keluar makan. Sekor je pun yang keluarnya. Namanya Charlie, menurut renjer kat situlah. Baiknya punya posing gitu gini nak bagi orang ambil gambar dia. Yang J perasan, dia turun ambil nenas. Kemain sedap lagi dia makan nenas atas tu. Terliur la jugak nampak jus nenas tu menitis-nitis... hehe..


Lepas tu kami ke Jong's Crocodile farm. Harga tiket tengok kat gambar bawah ni.


Yang menarik kat sini Jumping Crocodile. Kena ada kat sini pukul 11 pagi sebab time tu la show Jumping Crocodile akan bermula. 



video

Selain buaya, ada je lagi macam-macam haiwan dalam ni, macam angsa kat bawah ni, babi hutan, memerang, musang, kera, ular, tuntong dan ikan air tawar.








Satu je yang J kesalkan... tiket masuk ke tempat ni agak mahal, tapi tak terjaga. kandang tak dibersihkan. Haiwan-haiwan lain selain daripada buaya semuanya kelaparan. Kesian sangat tengok...

Lepas tu kami patah balik ke bandar sebab nak cari ikan terubuk masin. Gerai ni kami terletak dihadapan seberang jalan kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Kalau kita nak beli mereka akan bungkus cantik-cantik dan kemas-kemas. Ikan-ikan kat sini semua fresh. Kata Abang Jalil beli kat sini, ikannya cantik dan elok. Ada juga gerai jual ikan terubuk masin kat luar kedai kek lapis dayang Salhah, tapinya mata-mata ikan tu nampak sangat dah merah-merah. 


Lepas tu kami masuk kedai ni dan beli lagi kek lapis.


Lepas tu, kami kembali ke waterfront, sebab nak beli lagi beberapa cenderahati untuk adik beradik. Kalau nak betul-betul cari cenderamata Sarawak yang elok dan berkualiti, belila kat kedai berhadapan dengan waterfront. Yang penting, survey dan tawar. InsyaAllah puas hati. 

Lepas tapau Bakso yang kami makan kat waterfront pada hari pertama tu, kami pun balik ke homestay. Makan kat rumah dan kemas beg untuk balik esok.


~read more~


Sunday, July 13, 2014

Ramadhan #15: Saya sudah, korang dah?

Alhamdulillah... lega kerana sudah melunaskan tanggungjawab yang satu ini. 


Sejak J mula ada pekerjaan tetap, J dah mula bayar fitrah setiap Ramadhan. Terasa telah melepaskan beberapa beban yang berat dalam hati setelah selesai akad dan doa. Bukan setakat membersihkan dan menyucikan harta kita, malah  insyaAllah akan bertambah lagi. 

Walaupun masih ada ayah, kalau DAH KERJA dan MAMPU (setakat RM7 je.. takdenye akan miskin papa kedana kalau bayar zakat fitrah) maka, berSEGERAlah. 
Jangan tunggu-tunggu lagi!



Saturday, July 12, 2014

Kuching #2

Pagi-pagi hari kedua kami request Che Mat, driver  kami untuk bawak kami pergi sarapan di kedai yang ada jual Laksa Sarawak yang sedap. Dia bawa kami ke kedai Mom's Laksa, dekat je dengan kedai Zaharah Kek Lapis. Kami sampai awal, jadi orang masih tak ramai. 


Yang kami makan ni harganya RM5 semangkuk. Mungkin yang ni saiz biasa sebab ada nampak mangkuk besar jugak. Rasanya memang sedap! Rasa macam nak bungkus bawak balik, tapi memandangkan hari masih awal pagi, karang basi pulak smeentara nak balik ke rumah semula. So, maybe hari last sebelum balik, kami cadang nak breakfast kat sini lagi. 


Lepas sarapan, perjalan diteruskan ke Kampung Budaya Sarawak. Dalam perjalanan ke sana Che Mat bagitau ini la Gunung Santubong. 


Hari  masih awal masa kami tiba di Kampung Budaya Sarawak. Orang pun belum ramai lagi. Che Mat memang dah bagitau awal-awal supaya stick to our itenerary time supaya dapat pergi ke tempat-tempat yang kami nak pergi tanpa perlu bersesak-sesak. 


Kat bawah ni adalah antara rumah-rumah yang boleh dilawati.









Disebabkan kami pergi awal, jadi kami berhenti sekejap dan pergi ke main auditorium untuk menonton tarian kebudayaan pada pukul 11 pagi. (sila check details kat website).







Masing-masing memang enjoy tengok persembahan tarian kebudayaan tu. Last sekali ada joget lambak, kalau berminat atau teringin nak lepas gian, naik je atas pentas tu join joget beramai-ramai. ^_^


Lepas tu sambung melawat lagi.







Dalam setiap rumah yang kita lawati tu ada dijual macam-macam kudapan.  Jadi kalau rasa lapar boleh la beli buat kudap-kudap sementara nak tunggu lunch time.


Keluar je dari Kampung Budaya Sarawak, setentang dengan pintu masuk Kampung Budaya tu, boleh nampak burung besi ni. Monumen baru rasanya. Replika burung Enggang.



Tapi tak lama kami lepak tepi pantai ni. lepas ambil gambar, kami teruskan perjalanan ke Muzium Kucing di DBKU. A must place to visit juga selain Kampung Budaya Sarawak.


Dalam muzium ni, semuanya replika, patung, lukisan dan maklumat mengenai kucing je. 


Purposely took this picture sebab ghimau ni sangat kiut miut! 





Lepas tu kami lunch kat Kopi 'O' Corner. Masing-masing dah penat, jadi takde ambil gambar apa-apa pun. Tempat macam best. Tapi makanannya tak berapa nak kena dengan tekak kami. Kawan-kawan lain makan nasi, bakso dan roti canai. J makan Burasak dengan rendang ayam. Teringat makan burasak masa pergi Sabah dulu sebab tu nak rasa versi Sarawak punya, kot-kot la ada beza. Rasa tetap sama dan boleh tahan sedap la jugak. Rasa macam makan nasik lemak dengan rendang ayam la lebih kurang. 

Lepas tu kami request pergi balik ke Kuching waterfront, ada deretan kedai seberang waterfront tu menjual macam-macam cenderahati. Kalau nak beli cenderahati produk Sarawak, belilah kat sini. You can get goods with good quality here. Kalau nak tunggu pergi Serikin, memang lah ada, tapi kat Serikin banyak barangan Indonesia daripada Sarawak. Kalau datang Sarawak nak shopping betul-betul, J cadangkan spent time betul-betul kat kat sini dan keluarkan skill tawar menawar sebab kebanyakkan kedai jual benda sama dengan harga berbeza-beza.

Lepas shopping, kita makan kat Top Spot Seafood Foodcourt! Che Mat kata seelok-eloknya kena sampai situ 6.30 petang, kalau tak, sesak dan lambat akan dapat makanan. Macam nak sawan tengok seafood semua fresh! Klik link kat atas kalau nak tengok gambar yang jelas. Gambar yang J amik ni tak jelas la pulak, kalau tak silap gerai nombor 25. CheMat yang suggest pergi sini. malas nak ambik lain, tak tahan tengok yang lain dah mula sudu nasik masuk mulut.


Menu yang dipesan Siakap Sweet Sour, midin belacan, buttered prawn dan kerapu stim nyonya. perghhhh.... memang sedap licin licau... Walaupun tak order banyak, tapi alhamdulillah cukup untuk 7 orang makan. Kenyang sampai sengkak perut la jugak.



Lepas kira-kira, campur tolak bahagi, sorang bayar RM20 je. Whooaahh... sangat berbaloi-baloi. Malam tu balik ke rumah dengan perut kenyang, hati pun senang. 

Kuching #3 to be continued...

Read Kuching #1 here. 
^_^

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^