Thursday, March 31, 2011

Tak kesian ke?

Ngeoww...

Ngeeeooowww.....

Mami... oooo... Mami!




Kenapa Mami selalu balik lewat?
Mami tak kesian ke kat Ian?
Sian Ian tinggal sowang-sowang... 
(-__-)


Sowwie la cayang... mami keluar pegi kerja. 
Nak cari duit nak bagi Ian makan. Ian kan kuat makan? 
Mami bagi kibbles, Ian cuma buat snek kudapan bila-bila rasa nak mengunyah je. 
Tak bagi wetfood Ian tak kenyang. 
Selagi tak dapat wet food selagi tu la Ian pot pet pot pet kacau mami. 

Ye laa... ye laa... 
Can I rest on your lap for a while mami? 
Can I? Can I?

beshnye lepak atas lap mami ni...


notakaki: Kelas tambahan dah mula... jadi balik ikut time orang opis. -_-''

Tuesday, March 29, 2011

Gambar Pets Paling Comel





Tiba-tiba, teringin nak masuk contest.
Sebab J terjumpa contest ini. 
uuuu.. macam best! Jadi apa kata kita mencuba nasib Julian sayang?

Syarat-syarat pertandingan
(Copy paste dari blog wani)

  1. Wajib seorang blogger
  2. Wajib untuk follow blog wani ye... tak rugi pun follow. Kalau follow , boleh tahu results contest ni nanti :)
  3. Contest ini berdasarkan gambar pets sahaja. tak kisah lah gambar anda bersama pets ke , atau gambar pets anda je yang posing. :) Masukkan hanya 1 gambar sahaja ye... ikut kreativiti pets anda berposing :)
  4. Taip mengenai pets anda seperti : Jantina , jenis haiwan , tabiat , nama pets tersebut.
  5. Wajib letak banner contest ini di entri atau sidebar anda(tak kisah celah mana nak letak) . ambil code banner di atas tu ye...
  6. Tajuk entri post anda - Contest Gambar Pets Paling Comel .
  7. TAG kan kepada 3 orang rakan blogger anda ( beritahu melalui shoutbox @ comment entri mereka )
  8. Last sekali , tarikh tutup  31 MARCH 2011

HADIAH

(yang mungkin Julian & J akan menang!!!)
~~belum apa-apa dah verangans..hahaha~~

TEMPAT PERTAMA

FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM30
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET

TEMPAT KEDUA

FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM25
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET

TEMPAT KETIGA


FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM20
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET

3 HADIAH SAGUHATI

-HADIAH MISTERI-


Gambar posing Julian yang paling BEST!


Nama: Julian aka Ian
Jantina: Boy
Jenis haiwan: Kucing
Tabiat: Makan atas tapak tangan, jilat muka J & yang paling best SUKA SILANG KAKI BELAKANG macam dalam gambar kat atas tu. ^_^

TAG! TAG! TAG!

Homemade Jus Roselle

Pernah tengok pokok & bunga roselle?
Ni dia...

Kat rumah atok.
Nak buat jus roselle, kita ambil bunganya saja ye. Jadi kena prosesla dulu bunganya. Mula-mula belah bunga tu untuk kita keluarkan bijik kat tengah bunga tu.

Isi dalam bunga.
 Bijik-bijik dia ni, buang je lah... Tak tau lah pulak kalau-kalau bijik ni ada kegunaan lain pulak.


Kemudian, basuh kelopak-kelopak bunga tu, dan masukkan air sehingga menutup roselle dan rebus dengan api yang perlahan sehingga warna merah pekat air rebusan tu. 

Merah pekat.
 Dalam setengah jam macam tu, tutup api dan sejukkan. Tapis air rebusan roselle dan sisa kelopak tu boleh digunakan untuk buat jem. (Tapi J tak buat pun. last-last ke tong sampah perginya sebab dah lama dangat duk dalam peti ais.) 

Nampak tak beza warna pati roselle & yang dah dicampur air? Mungkin setengah orang akan terus campur gula dalam pati tu. Tapi disebabkan keluarga J tak berapa nak minum benda-benda manis, Nak bancuh untuk minum barulah bubuh gula.


Rasanya dia macam blackcurrant pun ada sebab ada rasa masam-masam dan kelat-kelat. 

Dah siap untuk diminum!
notakaki: gambar-gambar yang diambil menggunakan tipon lama yang 'tebal' iteww... :p

Monday, March 28, 2011

Ku Menunggu ~ Rossa

...pelangi yang ku angankan sukar untuk dicapai sebenarnya...
...namun tetap ku angankan agar pelangi itu menjadi milikku suatu hari nanti...


Ku Menunggu oleh Rossa

Ku menunggu
ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan slalu disini untuk menunggumu


cinta itu,
ku berharap kau kelakkan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintai ku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu


datang padaku
ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku kan selalu setia tuk menunggumu

Sunday, March 27, 2011

Wow..

WOW!!!
Mami pegang ape tu???


*pic taken using my new toy*
^_^

Teka cepat... setelah pikir-punya-pikir.. akhirnya J pilih apa?

Friday, March 25, 2011

Span Cuci Pinggan Bentuk Kucing

Pernah jumpa tak? 


Jenama Scotch Brite.


Span ni dah lama J beli. Beli kat Econsave. Sebenarnya J beli dua. Satu lagi tu bentuk Katak. Dah guna tahun lepas dan dah lunyai pun. J suka span cuci pinggan ni sebab boleh sangkut kat paip. Nampak tak lubang kat tengah-tengah span tu? 


Best kan? Jadi takdelah span tu kembang terendam dengan air sabun. hmm... korang ada jumpa tak kat mana-mana? J ada cari jugak. Tapi tak jumpa-jumpa dah. Limited edition gamaknya... Tapi, kalau korang jumpa bagi tau ok?

Wednesday, March 23, 2011

Patut ke J kecik ati?

Ketika mengeluarkan barang-barang dari dalam handbag untuk mencari pen, J keluarkan telefon tangan sekali dan ia diletakkan diatas meja. 

Situasi di dalam kelas.

tipon J dah agak kronik dengan segala calar balarnya..

Murid: Fuiyoo..... telefon ticer tebal!

J: huh? (berkerut kedut habis satu muka)

Cis.... mementang ler telefon (made in china) diorang tu canggih-canggih belaka...yang ala-ala aipong & berihitam... sukasuki deme je mengata tipon ticer diorang nih.. 

Kecik ati tau!
(sedey la konon)

Kalau la tipon ni,  orang.. dah sekolah darjah 1 dah dia tahun ni. huhuhu.. J beli masa Mak Iti & Pak Mat pegi haji tahun 2004 dulu. Kalau tak silap masa tu dalam RM4++. Masa tu dah abes canggih dah... tapi sekarang, nampaknya tidak lagi. Kesian dia... Sungguhpun begitu, banyak jasanya tipon ni. Most of the photos uploaded in this blog were taken using this phone's camera. Tak la clear sangat. Tapi bolehlah... kan? For your information, J tak pernah lagi tukar bateri tipon ni. I've been using the same original one since the day I bought it. Sampai sekarang ni, kalau tak guna sangat, boleh tahan sampai 3 hari tau!

Sebenarnya dari tahun lepas dok teragak-agak nak beli yang baru. Tapi tak tau nak pilih yang mana. Kalau boleh J nak yang ada camera yang baik & tak lupa battery lifespan yang panjang. Dalam duk survey, macam terberkenan dengan yang 

ini.. 


yang ini dan ini...


Ada yang suggest belah kiri, tapi yang belah kanan tu pun macam best jugak. 
hhmmm.....
Mana satu nak pilih ni?
Tulunnnn...

notakaki: berangan kemain lagi nak pakai tepon memahal camtu.... hahah.. tak kira. tolong bagi pendapat ye?

Tuesday, March 22, 2011

DIY Lebih Mudah & Lebih Murah rupanya...

GPK mintak beli fruit basket untuk penceramah yang nak datang bagi ceramah kat sekolah. Macam biasa... setiap apa saja program kat sekolah, biasanya kena keluar duit poket sendiri dulu. Nak beli yang 'grand' karang lari bajet pulak. Jadi rakan J cadangkan beli sendiri dan buat sendiri.

J beli 2 bakul bujur, seplastik buah epal merah, seplastik epal hijau & seplastik oren. Dan tak dilupakan riben untuk hiasan. Campo semua sekali jumlahnya RM34.60.


Susun punya susun, balut punya balut, bungkus punya bungkus.. maka siaplah dua bakul buah yang sangatlah ringkas begini. (makanya, si penyibuk tu pun mula la nak menyibuk!)


Bila dibahagi dua, modal yang dikeluarkan.... Tak sampai RM20 pun sebakul. 
Eh.... murahnya.. suka! suka! suka!
Alaaa.... semua orang boleh buat sebenarnya. Senang je.
(sebenarnya mmg agak susah untuk sipemalas macam mami Julian nieh.. -_-'')


Kesimpulannya, kalau rajin... buat la sendiri.
Mudah, ringkas & yang penting... MURAH. 

Monday, March 21, 2011

Do Not Disturb says Tedi.

~aksi Julian bila dah balik jumpa atok dan opah~

Namola tangkap gambar mami.. Saye ngantok ni...

urrff... sukati mamilah.. ZzzZzzzZZzz..

Gggrrr.... "MAMI!!! Do NOT Disturb Julian" says the Bear.

Sunday, March 20, 2011

Hanyut (Live) Versi FT & Audi Mok

Faizal Tahir had just posted this up on FB and I LOVE IT sooooooooo much!


By the way, Audi's not bad too!

He created for you mates that you may find tranquility in them..

For those who have not one yet.. May we all would find someone that we will find tranquility in them to spend the rest our life with. Aminn..


"And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought." (Ar Rum verse 21) 



Thursday, March 17, 2011

Cuti.. lupa bawak balik BB.

J tengah cuti.
Cuti seminggu.
Dan lupa nak bawak balik BB.
Broadband, bukan Blackberry.
Jadinya.... disconnectedlah sekejap dengan dunia maya.
Berita terkini, Julian sangat mengada-ngada dimanjakan Mak Iti & Pak Mat. Bencikk!!!
Nanti balik KL semula, jenuh nak train bagi dia disiplin semula.
Tapi, cuti tak macam cuti.
hari-hari ngadap kerja sekolah.

Saturday, March 12, 2011

Doa untuk orang-orang Jepun..

Subhanallah... Ujian untuk orang-orang Jepun. Ujian kita? Belum tahu lagi bagaimana...


click for more pictures.. 

Upside down!

Satu malam mami tengah makan.
Si anak bulu berlari-larian
Entah tak tau ape yang dia kejarkan
heeiii..... bertuah punya Julian!


Mau tak gelabah beruk kau bila tengok desktop dalam screen dah terbalik camnih?
(berpoluh keti den.. ahahaha..)
entah apa yang Julian kejarkan sampai terpijak-pijak keyboard, sehingga menjadi begini. :(


Serta merta dengan susah payahya terpusing-pusing lappy ni post problem ni kat FB. (tetiba je hilang semua ilmu IT..haha..blanko) and finally... Alhamdulillah, tedi came to the rescue!

Jadi kengkawan., andai katalah terjadi begini kat lappy anda, (this works on my lappy and it may vary depending on ur pc/lappy brand) 

1. Klik kanan kat desktop
2. Klik Graphic Option
3. Klik Rotation
4. pilih Normal.

Selain tu.. mungkin boleh terus ke Control Panel dan carilah display setting dan sebagainya. 

notakaki: berpeluh dibuatnya budak sekor sekor ni....hhnnnnfffsss!

Friday, March 11, 2011

When it didn't happen..

..like what we have planned for such a long time.. it may cause a terrible frustration. I realize that I'm still in frustration. I've accepted the fact had been laid out in front of me. It had been clear enough. OK. I got the message. Whatever it is, I'm still frustrated, so I chose to sulk  and continue sulking and it had been going for 5 weeks already. I've stopped my daily calls or SMS to Mak Iti. Which had made her thought that I was angry. I am not and I was not. I just couldn't stop to sulk. I just don't want to talk.


Mak Iti... If I did called, and had nothing to say, I'd hurt your feelings. I'll hurt you too when I didn't make any calls to you. So, I prefer to be quiet and tried to heal myself and trained myself to try to smile and laugh properly again... and also trying my very best to recollect my sanity back. I do hope that it'll end soon. So, please... don't push me. I know that you're so damn worried and wanted all the 'bestest' things in the world for me but don't push me into things that will make me run away from you. Give me some space to breath, think and decide myself. What ever happens, I will always LOVE YOU with all my heart.

Wednesday, March 9, 2011

Julian's Toys Pt 1

Sifat semulajadi seekor kucing ialah bermain, main dan main.... Kalau yang tengah membesar dah melasak macam Ian ni... adoila... letih jugak main kejar-kejar dengan dia lari pusing keluar masuk bilik dalam rumah. Sejak J bela Ian,  ni la mainan Ian yang J pernah beli.

Bola loceng yang dia malas nak kejar

Mr Spidey yang sering dipandang sepi

Yang bagusnya Julian ni... dia suka bebeno main benda-benda yang sedia ada. 

Contohnya....

Pen Merah J
Kalau nak menanda buku atau kertas exam, MESTI kena ready pen lebih untuk bagi dia main, supaya dia tak kuis pen yang tengah J guna untuk menanda. 

tengok tu sebok je nak enterprem bila nak ambik gambar gunting tu.
Lepas J guna gunting tu dan biar letak atas lantai, Julian pun mula la mendekat dan... gitulah. 
Tak sempat nak snap gambar, dia dah kuis dulu... ~_~''

Ada lagi... nanti-nanti sambung lagi ye?

Tuesday, March 8, 2011

Double Patty is Back!

Someone brought it up, and it made me drool. 

Since I haven't taken my lunch yet, and my stomach growls like gorilla, it gave me no other option than to stopped by the drive-thru and got myself this.

Nyams..

Panda Comel Tak?

Tapi...

Kalau mata dah jadi macam MATA PANDA?

Berita Harian 7.3.2011

Dah bertahun dah lingkaran hitam tu bertakhta diwajah yang tak berapa mulus nih. 
Nak buat macam mana.  Selalu tidur awal pun dia masih disitu. Kalau tidur lambat pun dia tetap jua disitu. 

Eh.. bukan ke  PANDA comel? 

notakaki:  Tengah cari papa panda yang comel. ^_^ 


Monday, March 7, 2011

Sorry je?


Cat abuser says sorry

Sunday, March 6th, 2011 19:14:00
serdang cat abuser
CHOW: Please forgive me
SERI KEMBANGAN: "I am sorry. I promise not to repeat the shameful act and would learn to love and appreciate every living being."
These were the remorseful words of Chow Xiao Wei, who had been identified as the person who had openly abused several kittens in a video posting which had gone viral on the internet in the past week.
Chow 21, who was met at a Press conference organised by Serdang MP Teo Nie Ching this morning, said she regretted what she did and hopes the public would accept her apology.










notakaki: camtu je?

Saturday, March 5, 2011

Merong Mahawangsa

Eh..  
Bukan ke tarikh tayangan 10 Mac 2011?

haaaa....


J adalah antara yang bertuah dapat tengok preview screening filem ni.
Rezeki J la jugak sebab kawan yang dapat tiket ni dan dia tak dapat pergi. Kebetulan masa dia offer kat FB J  pun online sama, jadi terus rembat laju-laju offer dia. hehe..

Apa REVIEW J?

hhmmmmmmmmm............

googled pic

Cubaan yang baik la jugak. Agak meleret. Dan... tak faham fokus sebenar cerita ni menjurus kepada siapa sebenarnya. Rasa macam terlalu banyak sangat benda nak diceritakan. J rasa yang paling menyerlah dalam cerita tu hanya Dato' Rahim Razali & Khir Rahman. yang lain tu... ntah lah. 

Tapi... lain orang lain pendapat. Apa kata kalau korang pergi tengok sendiri eh?

notakaki: Masih teringat Puteri Gunung Ledang the movie. Tengok filem tu berkali-kali pun masih tak jemu... 

Friday, March 4, 2011

Pulangkannnnn...

hamboi..hamboi..hamboi...

Pulangkan selipar mami tuh!

Beshla mami... zzZzZzZzzZzz

Wednesday, March 2, 2011

Sayur Campur Cendawan Shiitake

Sayur memang baik untuk kesihatan. Sebab yang paling utamanya kandungan seratnya mampu melawaskan perkumuhan dan dapat mengosongkan usus besar anda. (wah...bahasa! hikk). 

Jadi, untuk malam ketiga, J masak dan makan ini sahaja. Tanpa nasik. 


J suka bila campur dengan cendawan Shiitake tu. Tumis bawang putih dengan cili, masuk ikan bilis, campak cendawan, lobak merah, celery, sos tiram secukup rasa, garam secubit, masuk air, dan last sekali sayur daun tu. (tak tau nama apa). Tak de renyah mana pun. Mudah dan ringkas. Siap masak terus ngap! 

Cendawan shiitake tu pun banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk khasiatnya tau! 
Ada asid amino, vitamin A, B, B12, C, D, niasin, antioksidan, boleh turunkan kolestrol dan kuatkan imun badan kita. waahhh... lengkap pakej tu! Nak tau lebih detail baca kat sini ye? 

notakaki: 
1. dah kenyang. boleh sambung buat kerja. ^_^
2. kalau ada brokoli tentu lebih ho liau!

Wordless Wednesday

Mami needs sleeps which she barely enjoyed it much these days.



Poor mami.  

Jom mami... let's sleep. 

Tuesday, March 1, 2011

Women & Cats

A friend shared this article in FB today. It's from Time.com.

The Science of Women & Cats: The Bond is Real



"The kittehs love us back! A new study demolishes the stereotype of cats as cold, aloof animals that want only food from their owners. The study also reinforces the idea that a special bond exists between females and felines.

Read more: http://healthland.time.com/2011/02/28/the-science-of-cat-ladies-women-really-do-have-special-bonds-with-cats/#ixzz1FLZBX5X0"

notakaki: Saya sayang Ian sangat-sangat. :)

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^