Monday, October 31, 2011

Lam Ya Zai aka Lays

J suka makan cip kentang Lays ni.. Kalau J tak silap yang ada kat Malaysia ni semuanya made in USA dan em.. em... rasanya takde logo Halal. em.. ade ke? Kalau ada dan J terlepas  pandang, sila maklum ye? Karang tersalah bagi informasi pulak.. huhu...

Sepupu J baru balik dari Kuwait. Jadi J pesan suruh dia bawak balik SEKOTAK. Ye... sekotak ye.. 
Tapi dalam satu kotak tu ada 15 peket kecil. boleh la makan sikit-sikit.

Kat sini mana ada jual sekotak... kan? Yang ada paket besar je..kan? kan?

Tapi... Yang J pesan perasa ORIGINAL. Katanya takdelah pulak. Yang ada Lays Chilli. 

Tak kisah lah... Janji cip kentang LAYS jugak yang dibawa pulang.
Saya sudah sangat gumbira...


Yang J pesan tu yang dalam gambar kat bawah ni. Lays Salt.


Isi dalam kotak.


InsyaAllah... produk-produk Saudi Arabia ni halal. 


Jemput.. ^_^


Oh ye... titipan dari Achik di Kuwait untuk anak-anaknya. Dapat la jugak J tumpang sekaki.. hehehe...
*nota untuk Achik: Inti tat telur tu kena banyak sikit baru la bestt.... hehe... *


Saturday, October 29, 2011

Jalan-jalan pagi Sabtu..


Dah dua hari memaksimumkan cuti dengan memerap di rumah.


Oleh itu, pagi-pagi keluar sarapan kat Uncle Rahim's Corner kat Manjalara...terus tuju ke pusat bandaraya.


Tujuannya nak ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Tapi tersampai awal pulak.


Maka...melepaklah J kat Dataran Merdeka ni kejap.


Oh ya.. Sekarang ni ada Festival Buku Kanak-kanak di perkarangan Perpustakaan Kuala Lumpur.. Jemput la pergi ye?


Published with Blogger-droid v2.0

Friday, October 28, 2011

My Black Paw

He just loves to squeeze himself in between me and my lappy while I'm doing my work. Which eventually he'll make my arm as his pillow.


That's my boy, Julian.


Published with Blogger-droid v2.0

Thursday, October 27, 2011

Sape kat sebelah..


Allah... Terkujat jugaklah celik-celik mata, tengok sebelah bantal ada budak bertuah ni.

Tak sedar pun bila dia menempel. Bagusnya tak kacau mami pulaktu.. Elok je tidur terperosok celah bantal.

Nakal-nakal Julie ni, banyak manjanya.. Pandai ambik ati J. Tiapkali panggil, mesti terkedek-kedek datang dengan ekor tegak melentik.

Ian dah takmo tido dengan J dah. *eksyen naa* Sekarang ni, peberet dia tido atas riba opah Iti dia. *jeles*

notakaki: orang lain bangun tido ada hubby, wifey atau anak.. Kite ni dok tido ngan kucing je.. ^_^

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada Lagi


Tiada kata yang dapat diluahkan untuk menggambarkan perasaan ini.

Rasanya lagu ini yang terbaik sebagai luahan hati dan apa yang J rasa sejak pertemuan terakhir itu...



notakaki: tak dpat dinafikan... rindu itu tak pernah padam..

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday ~ Ada Aku kesah??

Hoih... Gi main jejauh! Tong ni aku punye..

Monday, October 24, 2011

Manic Monday


KELUAAAAAARRRRR!!!!!

Pagi-pagi da bikin mami panas yek?!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 20, 2011

Cupcake Cinta

Energy booster pagi ini.

^_^
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday ~ Get ready, Get Set..

GO!!!!!!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Usung sana sini

Ada cikgu PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) tegur... banyaknye buku yang diusung?! ~SENYUM~ Maklumlah dah akhir tahun. Kenalah kemaskini maklumat dalam buku tu.

Ada juga murid yang menegur. Susag jadi teacher ni ye? Banyak keje. Ada je keje kena buat. ~SENYUM. (baru ko tau?)~ Nak isi markah2 awak la dalam tu..

notakaki: they're sitting for their English Language paper exam today. Another additional task to be done. Yeay!!!!! ~huh~
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 18, 2011

Dari Julian untuk Aboh

Bersempena hari istimewa ini, Ian mewakili Julie & mami ingin mengucapkan...


Semoga panjang umur... murah rezeki... sihat selalu.. selalu dilindungi Allah dan dipermudahkan jodoh.
Ameeenn.... 

Ujian datang dan pergi


Hidup kita ni sentiasa diuji.

Kecil atau besarnya ujiannya itu selalunya bakal mematangkan, mendewasakan kita serta menjadikan kita seperti sekarang.

Perasaan sering bertelingkah dengan akal tiapkali bertemu dengan ujianNya.

Aku tahu..Allah itu tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya.

Aku harus kuat. Kamu juga begitu.

Aku harus bangkit. Kamu juga bangkit ya?

Kita laluinya bersama tetapi ikut jalan yang terbaik yang kita perlu pilih...

notakaki: ujian akhir tahun sedang berlangsung. Tambah satu lagi ujian untuk menentukan kayu pengukur kesibukan tahun hadapan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 16, 2011

Dah sihat kot?

Hmm.. Kalau tengokkan rupanye... Macam steady je. Ye dak?

Kalau J tengokkan luka perutnya, dah kering.

Benjolan kat perut dia masih ada. Cumanya dah kecik sikit.

Lasaknya? Subhanallah... Lagi GANAZ dari Julian. ~_~''

Tapi yang nyata dan jelasnya, JULIE DAH MAKIN DEMOKS~!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 15, 2011

Dah nak dekat ye?


Jalan-jalan tadi ternampak kolam ni.

Eh.. Dah nak dekat ye?

Tak sabar pulak sebab J cuti seminggu.

Tapi.. Kena siapkan tanda kertas exam dululah! >_<

Published with Blogger-droid v1.7.4

Cinta di Buku Lima

Please listen...



Ahaks...

Selamat pagi bulan


Lepas subuh tadi, ingat nak sambung golek-golek atas katil.

Selak langsir, dan nampak sibulan yang chantique itewww..!

Dan saat dan ketika ini, dia masih di situ..

Notakaki: rindu itu masih belum pergi...how?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 14, 2011

Test..

Selalu dok tengok Abang Ben update blog guna Blogger~droid. Jadi J pun nak cuba test tengok. Jadi ke tak.. Huhu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kopi Ais Special

GiLeR BeSt!!!!!

Gelas besar.

Kopi kaw.

Specialnya, ada satu scoop aiskrim vanila.

Double kaw!


RASA Foodcourt

Alamanda Putrajaya

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday ~ Bila Boring..


Adik Julie masih kena kuarantin.
Mami terpaksa keraskan hati walaupun dia menangis mendayu-dayu minta keluar. 
Sabar je Ian. 
Beberapa hari je lagi... 

Monday, October 10, 2011

Saya rindu dia..

Dalam perjalanan pulang dari kampung, J singgah Makan cendol tepi sawah kat Seberang Perak.

Terasa tenang bila angin memberi salam menyapa diri..

SubhanAllah...

Cantiknya ciptaan Allah.


Ia buat saya rindu pada seseorang. 

Keindahan itu buat saya rindu pada seseorang itu.

Ya...

Saya RINDU dia. 

Sangat sangat rindu.

Friday, October 7, 2011

Giliran Julie..

2 Julai lepas J bawak Julie ke Klinik Kembiri DBKL/SPCA kat Setapak nuh. J da call 2 hari sebelum pergi. Masa J sampai tu, raaaaaaammmmmaaaaaiiiiiii yang amat. (saje je eja panjang-panjang sebab menunjukkan yang memang ramai sangat orang kat situ pagi tu) 

Lepas isi borang, dapat nombo giliran Julie. Julie dapat nombo 30. humang aih... masa  J dah letak Julie kat dalam tu pun masih ada yang datang bawa kucing. Kalau tak silap hari tu saja ada 70 ekor lebih kurang kucing yang dibawa untuk dikembirikan. waahh... banyakkan? Kalau tak silap ada 4 orang doktor yang bertugas untuk buat kerja-kerja tu. 

Sementara menunggu tu, J melepak kat Alpha Angle. Meronda kawasan jajahan suatu ketika dulu semasa zaman remaja.. ahaks.. 


Masa ni dah jam 2.30 petang. Lengang. 

Semua owner kekucings dah balik. cuma tunggu call je dari Mr Krishna (manager tempat ni) untuk datang collect kucing dan buat bayaran. Nampak tak bakul pink tu? Kat luar tu pun masih ada beberapa cage, carrier & bakul yang berisi kekucings yang belum di operasi. 

Tepat jam 3.00 petang, Mr Krishna kata dah boleh ambik Julie bawak balik..  
Yeay...

Sampai je rumah Julie masih tak sedo diri. Masih mabuk bius. Nak tarik keluar macam seriau pulak. Dia nak keluar sendiri pun masih teragak-agak...


Nampak nombo atas kepala dia? ^_^


Dekat setengah jam jugaklah dia menung depan carrier tu. Sempat ladi J solat, buang air, menyapu bagai. Last-last, J pusing dan baringkan dia. baru angkat keluar. Dia macam menggelupur nak lepaskan diri. Mungkin trauma. Nak usap kepala pun menggelupur macam orang gila je. mm... mungkin juga itu tindakan refleks dia di luar sedar agaknya. 


Bila dia dah okay sikit, J riba dia. usap-usap dia. baru la J nampak perut dia macam mana.


eh..... Kenapa macam kecik je??? 

Masa menunggu Julie hari tu, J dah terbayang Min Tomin, kuceng si MM. Cuak gak memikirkan pasal tu... hehe... mungkin yang ni cara yang lebih moden kot. Lepas tu sepanjang malam la J letak di Julie dalam cage. J tarik cage letak kat hall. Maka bertiga la kami tido malam tu kat hall...


Keesokkan harinya, jeng..jeng..jeng.. HILANG ABES PLASTER!
Mesti Si Julie ni rimas dan buangkan. 
Haa... Baru nampak memang kecik amat tempat potong tu. panjang dia seinci lebih sikit je. 
Tapi tau tau je la kucing kan... bukan reti nak duduk diam. Keluar je cage berlari macam tak cukup tanah. Kita yang tengok ni risau kat dia... 

Julie..Julie..

Churos

Pernah makan CHUROS?


Pernah tengok?


Yang bawah ni berinti... rasanye? Tak reti nak explain. Sangat SEDAP!


LAVA
LG Floor 1 Utama New wing.
(depan Daiso)

Monday, October 3, 2011

Mencelah. Menyempit.

Julie kena kurung.

Kenapa? 

Esok-esok J cerita ye?

^_^

Bila adik kena kurung, abang pun mula la mintak manja.

haihh....

Bila kerja nak siap macam ni?????

Saturday, October 1, 2011

Movie on Saturday

1. Barbie Fashion Fairytale.


2. Cicak Koben (bukan movie tapi mural)
(pergi sekolah kejap tolong member cat mural)




3. Kongsi

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^