Sunday, February 28, 2010

When the light is out...

Tadi blackout. Lepas pasang lilin, terus duduk ngadap sangkar budak-budak ni... Sekor-sekor mula bangun.. Macam best je tengok bayang-bayang kat dinding. Dalam gambar tak secantik yang J tengok dengan mata sendiri. Si Chapang nampak macam anak arnab pun ada dalam bayang-bayang.. (^_^)


Projek R 1 ~ the revelation

Rentetan daripada Sibuk Berkemas pt 1 & pt 2 and Projek R.

Projek R yang J sebut sebelum ni.. adalah PROJEK RUMAH. Rumah sape? Of kos bukan rumah J... (sedey.. sebab masih belum mampu memiliki sebuah teratak milik sendiri...Insyallah.. satu hari nanti!). It's my mom's house... Kami sekeluarga  dah tinggal kat situ selama 28 tahun. Dulu arwah Opah marah kat mama sebab beli rumah kat situ. Alasannya rumah tu kawasan orang Cina. But ma didn't care.. beli jugak. Memang rumah kami kiri dan kanan di apit keluarga Cina.  Jadi tiap kali Tahun Baru Cina, kami pun join tengok jiran bakar mercun luar rumah...

It wasn't big...  but big and comfortable enough to occupy just the 4 of us. Sejak tinggal disitu, tak pernah buat apa-apa perubahan pun except for tambah awning kat porch. So.. lepas both ma & pa dah pencen, it's time for the house to have a new look. Plan nak mengubah suai rumah udah berjaman dirancang... cuma sekarang baru berkesempatan untuk dilaksanakan... Alhamdulillah, dapat contractor yang memberi reasonable price, sangat peramah, baik hati, banyak give and take, bagi beberapa benda free (termasuk 2 kotak limau) dan sangat mudah dihubungi serta selalu datang menjenguk pekerjanya buat kerja. These are the pictures...

...sebelum...

Pintu dan tingkap dah pecah.. Pagar batu kiri kanan juga dah naik.

Awning sedang didibuka untuk diganti baru.

...selepas...
Alhamdulillah... Projek R 1 dah hampir siap.. Cuma isi dalam rumah je belum habis berkemas. Ada yang memuji.. Alhamdulillah.. Dalam taman tu, rumah ni je yang ada pagar bunge-bunge macam ni. Agaknya itulah sebab nampak kelainannya. (tengok lah konsultan dia sape kan.. hehe..kembang akak kejap nyehs..) Cuti Tahun Baru Cina masih tak cukup rupanya nak masukkan semula perabot & mengemas.. Jadi cuti sekolah yang seterusnya pulak bakal dikorban kan... huhuhu... tapi.. awal cuti nak menjongket ke Johor. Satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang belum pernah J jejak seumur hidup ni.. nanti J cerita ape projek nak kesana.

Little Big Soldier & Percy Jackson and The Lightning Thief

Lama tak buat movie marathon. Takdele banyak sanagt pun.. habis hebat pun 2 movie jer berturut dalam satu hari. I did that recent. I watched Little Big Soldier and  Percy Jackson & The Lightning Thief.

J mulakan tontonan dengan Little Big Soldier*. Amie yang suggest. J ikut jer. Bila J tanya sape berlakon, Amie kata Jackie  Chan. Owwhh... konpem action movie ni.. ade lawan-lawan... Layan je lah. J tak perasan pun kewujudan movie ni dan tak pernah pun tengok trailer juga. So... tak expect apa-apa. Cuma masuk  duduk dan tonton. Rupa-rupanya.... SANGAT BEST!!! (bagi J lah.. orang lain J tatau...hiks.) Lee Hom yang hensem pun ada... dalam panggung tu.. J rasa ade kurang sepuluh orang Melayu yang menonton.. Mana taknya, dah tengok kat Kepong. Faham-faham je ar.. Watak Jackie Chan berjaya dilakonkan dengan penuh kelakar... Tak berhenti J & Amie ketawa. Dia sebagai askar, pergi berperang. Orang lain semua mati kecuali dia. Mana taknya.. sebelum orang mati dia dah berlakon mati dulu dengan bubuh ekor anak panah berspring tengah dada  seolah-olah dia dah mati kena panah. Boleh pulak anak panah tu  di lipat semula dan tegak kembali bila  dia jatuh.
Lee Hom, seorang Jeneral yang terselamat dalam peperangan yang sama... kira macam opponent Jackie. Dek sebab Jeneral ni cedera, jackie angkut dia sebagai tawanan untuk dipersembahkan kepada ketua negara Liang. Secara pendeknya.. cerita ni mengisahkan peperangan yang wujud di China atas sebab penaklukan kerajaan Qin ke atas semua negera-negara yang ada sebelum  terbentuknya hanya satu negara  yang dinamakan China. Movie ni takde la pasal sejarah sangat. Ia mengisahkan watak seorang askar yang benci peperangan, tetapi terpaksa pergi berperang. Tak kisah dengan apa  saja yang orang kata tapi tetap berpegang kepada pesana ayah dia... Dah abis gelak ketawa, ending movie ni agak sedihla jugak. Tp takde la sampai bergenang air mata. Keseluruhannya... 4 bintang lah!

*~little heart in a big body~

Next movie watched was the Pencuri Kilat. Ingatkan Percy Jackson tulah pencurinya.. rupanya orang lain. Tapi orang yang menjadi pencuri tu hanya muncul beberapa scene jer.. Tak kena lah tajuk dengan ceritanya.. haha.. sukatik jer.. Menurut Amie, agak karut cerita ni.. J pun setuju. (hasil dapatan lepas tengok movie ni la kan..) The Greek Gods, boleh turun ke bumi ber'hubung'an dengan manusia sehingga melahirkan anak yang dipanggil 'demi god'.  Tapi setelah tu mereka tak dibenarkan langsung contact anak tu semula Sebab Zeus dah buat undang-undang melarang perjumpaan dengan anak-anak yang dilahirkan hasil dari perhubungan dengan manusia. As u can see in the poster.. Percy is the son of Poseiden.  Adik beradik kepada Zeus & Hades. Dia ni ada dyslexia & ADHD. Tak sedar pun dia ada power.. yang dia tau..dia suka berendam lama-lama dalam air. The movie was okay. Takde la sampai rasa tak berbaloi langsung bayar tiket..


nota kaki: imej amik dari google..

Thursday, February 25, 2010

Eeeiiisshhh... Kaco jer!

My sweet darling mummy ni kuat sangat tido. Sama jugak dengan daddynye.
I guess, she might be saying that when I disturb her with the flash from my hp's camera.


Sangat geram  tengok mummy gemok ni tau!!!

Tuesday, February 23, 2010

Finally... the tears broke down

I got so stressed up today.
My facial expressions are always transparent.
Somebody  noticed and even tried to make me spit it out.
I simply said no. I didn't want to discuss about it today because I'm afraid I might burst into tears.
I sat at my table.
Pondering.
Wondering.
Lots and lots of it.
Lost in my deep thoughts.
I rest my head on the table for a while with a hope that a short nap would erase the trouble in me a lil bit.
Suddenly a colleague came and patted me at the back and asked whether I'm okay or not.
Ooooohhh... I wish that person didn't do that just now.
I was trying to recollect myself at that time.
I didn't dare to open my eyes and made a quite nod.
Suddenly.... I slowly sobbed. harder and harder.
Till it hurts. I could feel that its started to choke me off.
But still I couldn't make myself stop!


Finally, I made my way to my car and sit in there for almost half an hour. (Luckily I was free at that time)
Had a small talk with Amie which helps a little and I decided to take the ablution.
And did whatever I need to do.
I felt more relaxed and calmer after that.
I could even smile as if nothing had happened before.
(though it shows from the swollen eyes of mine)

nota kaki: the tears is dropping while I'm typing this entry. fullstop.

Monday, February 22, 2010

Na O Mei

image from tv3

Korang tengok tak drama bersiri ni? Mula-mula, J layan sebab nak tengok Puteri Sarah tu jer.. Sekali lama-lama macam best le pulak. Ade pulak Elly Mazlein, Iqram Dinzly and Adi Putra.. lagi lah J suke nak tengok. Takde la J minat gile dengan mereka ni.. cuma suka tengok cara mereka berlakon....


"Mutu Lakonan Adalah Maruah Saya" - Adi Putra


BAKAT lakonannya memang sudah terserlah, wajahnya juga tidak pernah lekang menghiasi skrin tv melalui drama-drama tempatan.

Pemilik nama Adi Putra kini ligat mengambil segala peluang yang ada waima drama, filem dan pemantasan teater.

Pelbagai watak yang diberikan kepada jejaka berusia 29 ini tidak pernah gagal untuk direlisasikannya dengan baik. Menurut Adi, dia bukan hanya mengambil semua tawaran yang datang secara 'membabi buta' tetapi turut mengambil kira kekuatan skrip dan watak yang diberikan. Baca selanjutnya disini...




nota kaki: layankan ajer cerita yang ada kat tv... kalau best layan. Tak best, tutup jer.. hehe..

Bila 'orang putih' nyanyi Di Renjis-renjis Dipilis

Jumpa ni kat blog Beaituful Nara. Tersenym kambeng J tengok video ni.. Walaupun pelat sikit-sikit.. Caya lah!!

Kaki ku kena geget!!! Ouch!!!

Kasut.. oooo... kasut. J suka tengok kasut yang chantek-chantek..comel-comel... Malangnya, my feet are too sensitive with ANY FULL COVERED shoes.. except sport shoes. Paling tak suke bila kaki J ni sensitip dengan kasut nak pakai pegi kerja. Tak kira high heel pumps, low heel pumps, loafer, peep toe, open toe, close toe... sume tak boleh pakai... bencikkk!! Tak leh la mak nak melawa sket..


suke sangat kasut ni...tapi....

Hati kecil ni teringin nak pakai kasut-kasut gitu. Tapi... My feet tak pernah nak kasik can... (-_-) Tak kiralah kasut murah ke.. mahal ke... Branded ke.. tak branded ke.. semuanya kerja nak mengeget jer..

hari ni kena geget lagik.. iskk..isskk..

Dulu-dulu pernah kengkawan bagi petua. Gigit kasut tu dulu sebelum kaki kita yang kena gigit. hisshh... Takde pekdahnyer.. Kena gigit jugak akhirnya... Pulak tu.. amik masa lama pulak tu nak hilang parut luka tu. Pakai setokin pun melecet gak.. tak pakai stokin lagik la.. jadik la macam kat atas tu. Bukan takat tak takleh pakai full covered shoes, kaki ni kena pakai yang comfy-comfy jer. Tak comfy, mulala sengal sana sini... ngengada tol...

nota kaki: kena beli plaster la nampaknye..

Sunday, February 21, 2010

Chapang

This is Chaca's second batch heir..

Look at her ears.. Extra longgggg!


And my mom called her Chapang. (^_^)

Saturday, February 20, 2010

Kasih Atuk...

Di satu petang yang hangat lagi panas, J baring kat satu bucu hall, ma baring kat tengah hall exactly bawah kipas and my father....


lena tepi cage hamster...
Aduhai...
siap buka pintu sikit bagi angin masuk supaya budak-budak kecik tu tak kepanasan...

J mms pada Amie gambar ni. Dia kata
"Itulah kasih seorang atuk terhadap cucu-cucunya... :)"

nota kaki: memang pun... dia boleh pasang kipas halakan ke sangkar hamster, sedangkan ma tido berdekatan tak pulak dikipaskan... ish..ish...

Friday, February 19, 2010

Breaking Dawn

I've finished reading the last book from the Twilight Series, Breaking Dawn, by Stephenie Meyers.



Seriously, I want more. Rasa sayang sangat nak habiskan cerita 754 mukasurat tu. Too bad, it's the last book in the series. I've mentioned before, Bella got married to Edward (the vampire). They went for honeymoon on an island belonged to Esme (Edward's mother). How I wish I could go there for my honeymoon nanti.. hiks.. The way the place described was soooooooooo b.e.a.u.t.i.f.u.l!! A house surrounded by water. Complete with all necessities needed in a house. They made love of course, while Bella was still human and she got herself pregnant. Memang la pelik sebab dia mengandungkan anak vampire. She gave birth to a baby girl, Renesmee half human, half vampire. She almost dead but Edward manage to save her by jabbing his own venom straight into her heart. Which made her a vampire too.

Her relationship with Jacob, the wolf, was still strong as ever. Eventhough, it's too good to be true, but I like the way Stephenie put it together in an undescribable bond among them.No matter how opposite or negative the attractions was, but in certain circumstances, love and appreciation does wonders to an impossible relationship.mmm... wah..sampai ke situ J ulas yer?  The birth of Bella & Edwards daughter made the Volturi came to them to punish them for creating a baby vampire. Macam melanggari undang-undanglah... Ending.. of course la they lived happily ever after. Rasa macam nak lagi sambungan cerita ni....

Ceritanya panjang sangat nak review kat sini. Anyhow, finally I'm finished with my top list book to read. So.. what's my next book?

nota kaki: ade sesiapa nak jual harry potter complete series?

Thursday, February 18, 2010

Batu Belah...

batu bertangkup.
telanlah aku.
lulurlah aku.
aku kempunan keluarga bahagia...

amik dari google

Monday, February 15, 2010

Hot Mummy & Son.

Sape yang HOT?

hehehe... bukan orang yer.. Jangan haraplah nak dapat tengok gambar gitu-gitu kat sini yerk?
Kalau nak tengok gak.. pandai-pandailah cari sendirik ye..

Dah dua hari balik kampung. Cuacanya boleh tahan panas... Tido malam, bukan takat kipas siling, kipas berdiri pun pasang jugak. Baru la boleh lena.. Ingatkan kat KL dah panas dah.. rupanya kat sini lagi panas rupanya. Subhanallah..

Hammies J pun kepanasan.. biasanya budak-budak ni tidur terlungkup kepala ke bawah. Tak pun bergulung tindih antara satu sama lain. Dah 2 hari J perhatikan... semuanya tidur jauh-jauh. Pulak tu terlentang empat-empat kaki naik ke atas.... Mungkin salah satu cara nak hilangkan panas badan kot..

..One Hot Mummy..

..One Hot Son..

Gong hey..Gong hey!

scroll down for more updated entries.. tenkiu (^_^)

Yeah.. esok dah mula cuti seminggu.. oppss.. lebih dari seminggu. 9 hari to be exact. Yeay.....

angpao designed by Barium Senggoro Api Baharum

If anybody Chinese happen to drop by here reading my blog... Wanna wish you Happy Chinese New Year.
And to the rest.. Selamat bercuti......

Thursday, February 11, 2010

Sebelum & Selepas

Bukannya takde kerja, sampai cari kerja nak buat. Cumanya nak memesongkan tensi dek kerana menanda kertas ujian intervensi yang budak-budak buat semalam. J memang rajin trim bulu-bulu budak-budak ni... Hampir semua hamster jantan berbulu lebih.. maksudnya terjurai-jurai panjang kat bontot dan sisi badan. Kecuali Jimi. He's one of a kind. J tak pernah lagi perlu trim bulu Jimi. Bulu dia sentiasa well maintain... heh

This is Oggy.. Bulu dia yang paling serabut, so it's time to snip..snip and snip..!

Sebelum


selepas

Tuesday, February 9, 2010

..........

perasaan dan keadaan letih kini kembali
esok dah mula battle yang pertama..
menanda kertas intervensi 2
hhmmm.. perasaan?
bercampur baur...
terasa kecilnya diri
kurang keyakinan diri
gementar pun ada
mampukah tugas dijalankan dengan baik?
mampukan markah yang akan diberikan setimpal dengan apa yang dihasilkan?
terasa kosong pun ada
topik itu yang sering jadi tajuk bual seringkali menurunkan semangat
mengocak ketenteraman... melumpuhkan deria rasa...
mengeluh dari tadi tak sudah sudah..

ah.. melalut sudah..  buku tak abis tanda lagi. Lesson plan tak print lagi. Lagha jer lebih... adeh..


Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu.. tapi tidak sanggup menanggung siksa nerakaMu. Dari itu Allah terimalah taubatku. Ampunilah dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar...

nota kaki: ooh... how i wish u cud be here with me to comfort me sayang...

Monday, February 8, 2010

Sorok...

Petang tadi tiba-tiba datang angin rajin nak menyapu satu rumah. Bila J nak menyapu kat dapur, J jumpa ni bawah sink...

ekeleh... kat bawah sink pun korang sorok makanan korang... ish..ish..

Hammies J tak de playpen. J lepas je budak-budak tu merayau satu rumah.. Jadi suke je budak-budak dapat lari laju-laju menyusup sana sini. I am lucky because all my hammies tak gigit-gigit apa saje wayar yang ada merata-rata dalam rumah J. Tapi bila dah banyak hari tak dapat keluar,  mula la budak-budak tu gigit pintu macam orang giler je...  heh..

Sunday, February 7, 2010

Selangor No Plastic Bag Day Every Saturday.

J baru tau... masa tengah beratur nak beli popcorn kat GSC 1 Utama semalam.
hey... don't blame me. I was always away during the weekend..balik kampung.
Lagipun baru mula Januari 2010.. Terlewat sikit jer..
Nak beg plastik jugak kena bayo 20sen sehelai.
hmm... elok sangat lah tu!

I'll remember to bring a big bag if I want to shop anywhere in Selangor on Saturdays next time.

Tengok Avatar Lagik!

Yeah.. I went to watch Avatar again yesterday...for the second time. I promised to accompany Amie to watch the movie before. After sometime.. due to time constraint we've forgotten about it. Since dah lama tak ngedate, dia suggest tengok Avatar and he was so lucky GSC 1 Utama is still showing the movie.


miau..miau yang sangat giant tapi comel.. kat concourse new wing 1 Utama.

J  dah tengok sebelum ni, jadi kali ni J nak tengok the finer details... TAPI.... J sangat kecewa. Sound system kejap perlahan, kejap kuat. Dah la ade potong sikit sana sini.. pulak tu gambar gelap suram kelam jer. Tak macam yang J tengok kat e@Curve. Mengganggu konsentrasi jer.. Serius.. tak puas tengok!!!!  Throughout the movie we are supposed to watch many wonderful and colouful scenes in Pandora, but yesterday.. J tak dapat menjamu mata sepenuh hati. Gerammmm je bila minah sebelah J duk ulang sebut, cantiknyer.. cantiknyer...! Maybe dia first time tengok,sebab tu dok ulang sebut cantiknyer...cantiknyer.. Menambah lagi ketidaksedapan yang sedia ada... POPCORN LEMAU!!!!!!!!!!! Nyesal beli.. dah la beli yang besar pulak tu. Jenuh la gonyeh nak bagi abis... Nak buang membazir la pulak kan??? Kunyah jugakla dengan muka yang tiada perasaan...

Amie bergembira dapat tengok Avatar akhirnya.. Berbaloi katanya. Tapi J... hhmm...

nota kaki: kalau sempat nak tengok movie pencurik kilat khamis ni....

Thursday, February 4, 2010

Tensi Telah Tersingkir

If you keep track on my entries before, I'm sure you knew about some of my ke'sengsara'an menghadapi minggu-minggu awal persekolahan. Sangat tension dengan kerenah budak, tanggungjawab, pergi & balik KL Perak setiap hujung minggu... (nasib si boochuk tidak mengada-ngada masa tu.. hehe..). Bulan pertama yang agak 'hazab'. (takde le hazab mana.. tension je lebih... emosi tak stabil)

Sedar tak sedar, dah habis bulan Januari. Februari pulak menjengah. I made a pledge to myself, not to tense myself with unnecessary things. Jangan meletihkan otak & badan marah budak-budak sebab apa jua cara semuanya telah di 'experiment' sepanjang bulan satu. Hah... kemain lagik. ehehe.. Boleh ke????

So far setakat ni, I can still control my temper. Hanya bertempik bila perlu, hanya menghempuk bila keadaan memaksa. hehe.. Jangan salah faham ek? Takdelah J hempuk budak2 tu sampai remuk.. eiishh... saje cari nahas le tuh kan? Hempuk2 manje jer.. dengan buku teks ke.. buku tulis ke.. pembaris panjang kelas ke.. Gile hape nak hempuk anak orang sampai remuk? Kena beringat jugak lah. Jadi, segala 'hempuk'an hanya sebgai amaran atau peringatan jer...  Jangan korang repot teledera plak..



For the whole week, I made myself read the last series of the Twilight Series, Breaking Dawn. I really got myself hooked to it. I would bring the book daily to school and whenever I had the chance, I'll take it out and read. Today I realized... I'm more relaxed and calmer this week. All my daily tasks were done on time, I manage not to bring back any exercise books to mark at home. I'm more focused in delivering lessons to my kids. I think it's because of the book. I guess the book has indirectly divert my tension away. (J memang seorang yang penuh emosi. Sebab tu selalu penat kalau bersungguh marahkan budak-budak tak berapa nak paham 'bahasa') Sungguh... I felt my head, body and soul lighter the whole week...  mm... maybe I should do this often.

As you can see.. I'm halfway through. Bella finally married to Edward and she got herself pregnent!!! I'm really curious what happpen next. Will update again later.

nota kaki: nak pegi mandikan CikViSaye... buku Breaking Dawn harus di bawa bersama!

Wednesday, February 3, 2010

Woman makes it greater...

got this from the facebook...

Whatever u give a woman, she will make it greater.
Give her sperm, she will give u a baby.
Give her a house, she will give u a home.
Give her groceries, she will give u a meal.
Give her a smile n she will give u her heart.
She multiplies and enlarges what she is given.
So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit...

bila direnungkan balik.. betul kan???

Tuesday, February 2, 2010

Chaca

Cik minah ni cukup pantang kalau J datang dekat sangkar. Mesti dia akan datang dekat. Kecuali kalau dia tidur. J kacau macam mana pun, mesti dia larik tukar tempat tidur. Takpun, dia buat bodo jer.. Tiap kali J cuba nak snap gambar dia dia akan terkedek-kedek datang dekat.. Banyak gambar-gambar dia macam ni. Dah la camera phone ni takde le canggih mana kan.. (bila lah nak dapat hadiah sony ericsson cybershot ye?)


Finally.... berjaya jugak snap a close up picture of Chaca.. 


baek  punye posing yek?

Bila Opah Dpt Free Makeup & Photoshoot from Cosway.

Ma registered herself to be a member of Cosway. She spent around RM2++ in a single recipt which allows her to redeem a free makeup and photoshoot session. Memula dia suruh J yang pegi tadah muka untuk ditacap. Tapi J berjaya memujuk ma untuk merasa muka ditacap. J dah pernah pergi Stilla makeup workshop & free makeup voucher for any occasion.. So, this time.. J bagi la ma merasa...

tangan photographer yang sibuk suh ma lentok kanan lentok kiri.. ngehehehe..

Bila dah makeup... fuhyoo!!! Bley tahan gak ma J ni.. J paksa suruh pakai bulu mata palsu sekalik.. heheh.. bertuah punya anak. Sekali pandang macam mualaf pun ade. Masa dia muda, ramai yang silap ingatkan dia cina. Pulak tu, kerja di sekolah cina. Selamba je orang cakap cina dengan dia.

Dah siap tangkap gambar, terus dia orang photoshop gambar tu. Buang segala 'fine lines'... Lagik la nampak macam muka cina.. ish..ish.. Bila tunjuk kat pa gambar tu.. tak  terkata ape dia.. hehehe...

nota kaki: kami dua beradik sorang pun tak mewarisi kecerahan kulit macam ma... sedey.. Tapi.. sekurang-kurangnya, J banyak mewarisi sifat-sifat ma yang baik-baik itew.... (^_^) Alhamdulillah...

Lelaki & Lepak Minum


kenapa kaum lelaki suke lah sangat lepak minum kat kedai gebang sampai berjam-jam???? Tau la teh tarik mamak kat kedai tu memang kaw sedap tak hingat kan... (ai pun suke minum teh tarik mamak) memang la tak sesedap air yang yang dibuat dirumah... tapi kalau dah keluar berjam-jam, tinggal hp dan menyebabkan tidak dapat dihubungi.. tak dapat dikesan.. panic strucked... otak mula membuat teori pelbagai... dari geram jadi marah jadi resah, keliru, celaru bertukar menjadi bimbang dan risau... bingung..

image from google

Finallly...when the call manage to go through..
"oh.. tertinggal phone. tadi pegi minum dengan member kat kedai"

Cerah bijik mata. Hilang mengantuk.

"oh.. eloklah. Tak payah pakai phone camtu. Senang."

"apelah salah saya, keluar minum je.. maaflah.."

Bukan sekali. Bukan dua kali.
Suka sangat dera perasaan orang dengan kejadian begini...

MENCIKKKKKK!!!!!!!!!!!!!

nota kaki: ai forgive u. dengan syarat ...............

Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Wilayah

scroll down for more updated entries, tenkiu... (^_^)

Setiap hari Jumaat kena hantar buku rekod mengajar ke pejabat. Seperti biasa, wajib dilengkapkan dan hantar sebelum pulang. Kalau budak-budak kena hantar buku latihan.. cikgu pun kena hantar gak buku rekod. Masa J buat benda benda ni... sungguh... tak perasan pun tarikhnya. Pagi ni bila nak gunting dan tampal baru J perasan. Tarikh dah silap!!!! Tapi... kalau dapat cuti sampai hari Selasa kan ke best? hehehe..


Kepada Warga Wilayah Persekutuan,

Selamat Hari Wilayah.
Selamat Bercuti.
Selamat Berehat.
Selamat Memenuhkan Shopping Mall!

nota kaki: I was thinking about 'u' when I was doing this. I had never forgotten ur birthday all these years. If you're reading... Happy Birthday!!!

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^