Wednesday, September 30, 2009

Beban murid kita dah lama tau..

Beban murid kita dah lama tau..
Dah macam-macam korang cuba usahakan..
Tapi..
Beban cikgu.. ade korang kesah?????



nota kaki: J jumpa dalam Berita Harian hari ni. J suka kartun yang Kerengge lukis ni...

Jika kau rasa getarnya...

Tengah syok masak untuk berbuka puasa petang tadi.. tiba-tiba rasa pening. J pun bercakap la sorang-sorang. Rasanya dah tido tadi.. takkan pening lagi kot. (hari ni rasa tak sedap badan... banyak sangat marah budak kot masa ajar punctuation tadi..huhuhu). Tiba-tiba J dengar bunyi piring yang terapung dalam periuk nasi yang J rendam berbunyi sebab berlaga dengan perik tu. Aik.. bila masa pulak J langgar sinki ni sampai bergoyang air dalam periuk tu. Boleh J menung kejap...

Takkan la gempa bumi kot. J tutup api, terus salin baju pakai tudung. Dalam masa tu J masih was-was... ye ke tidak? ye ke tidak? Lepas tu, nampak air dalam mineral pot pun berkocak dahsat campur pulak dengan aci selang 6 pintu dari rumah J bising.. 'oi.. turun turun.. rumah goyang'. Laju je J cek balik api, angkat kain dari jemuran (J pun heran pesal pe yang J boleh ingat nak angkat kain tu..), cabut kepala gas, tutup suis tv, capai kunci rumah, hp, dompet dan kunci keta.. terus turun ke bawah.

kat bawah dah ramai tercangak-cangak... Abg baju merah datang dekat J.

Abgbajumerah: Dik, duk blok ni ke?
J: A'ah..
Abgbajumerah: Kenapa? rasa goyang gak ke? Blok sana pun goyang gak..
J: Ye ke? Sy ingatkan saya pening tadi. tengok je air berkocak, terus sy turun.
Abgbajumerah: Sy rasa ni mesti ade gempa bumi kat Indonesia ni..
J: Wallahualam... mungkin lah kot.

J sms kat ma bagi tau hal ni. Terus dia suh J PINDAH.. cari rumah lain!!! Wah.. camtu jer?(mana la nak cari rumah rendah semurah harga sewaan rumah yang J duk sekarang???) Tak lama lepas tu J decide naik balik lah.. hari dah nak maghrib. Masak pun tak abis lagi.. Pastu ma call balik, bagitau ada gempa bumi kat Indonesia. 7.9 skala ritcher. Kat Indonesia, gempanya dalam jam 5 lebih.. 6.17 petang baru sampai gegarannya kat sini...

Alhamdulillah, tak jadi apa-apa... dah siap masak, makanlah...



Ma kata ini makanan orang yang ke laut. Kuah rebus jer.. Kalau dapat ikan baru, mesti lagi sedap. Garnishingnya sambal dan lobak masin goreng dengan lobak. Ikut kan kena goreng lobak masin dengan kacang panjang. Tapi ada carrot je dalam peti ais. Kira boleh jer lah..

Tuesday, September 29, 2009

Chocolate is a treat of sweet surprise...

A gift for my birthday present... It is indeed a treat of sweet surprise. I lurve it soooo much. J memang suke makan coklat.. yummy..



Milk, bittersweet and dark chocolate... love them all. Thank you Booochuk... Awak nak bagi kite gemuk lagik yer??? Tak baekkk tau!!!!! Ape-ape pun.. ingatan tu yang penting, tol tak?.. Terima kasih daun keladi... tahun depan jgn bagi coklat lagik. bagi la benda lain pulok.. (haha...demand la pulak kan?)



Belek-belek hp semalam.. baru teringat. Setokin ikut naik keta.. tapi sempat sampai skola Atikah jer.. Dia punya la tak duduk diam. Dengan Atikah dia tak nak langsung. Duduk dgn J baru la dia diam... takut pun sama tu..




yang J tak tahan tu... setokin KENTUT!!!! 3 kali pulak tuh.. baunya.. Ya Allah... hazab!!!!!! Sampai kena bukak tingkap lah... Punyala Setokin takut naik keta sampai terkentut-kentut. But then, I decided not to bering him to KL. I just leave him at Atikah's hostel. .. ko bagi makanlah kak.. Turun je keta.. Terus dia cari port nak berak agaknya...

Saturday, September 26, 2009

Wajah baru...

I liked the previous background & template.

But I loved this one more...

Ok tak? I like it simple..

For newbies... for otais also.. u can visit this website..

http://www.thecutestblogontheblock.com/home.html

have fun exploring!!

Thursday, September 24, 2009

Setokin is backkk!!!

Kelmarin Ikhwan bawak Setokin jauh dari rumah...
J tak tau pun.. J cuma tau, bila J panggil dia, nak bagi makan tapi dia tak muncul-muncul.
Sedey kejap...

Pagi tadi Ma ajak balik rumah. (J is currently staying in my aunty's house to accompany Atikah & Ikhwan since both of their parents are now in Kuwait). Bila terbuka je pagar... Dengan lemah gemalai Setokin masuk sambil mengiau.. Cian dia kempis balik perut dia. Mesti 2 hari tak makan..

Wednesday, September 23, 2009

Srikandi Bonda Tiada Adab!!!

Hari ni memang J berasap.. Membara..Berapi-api...
J paling benci bila orang buat bonda J sesuka hati diorang jer.
Ye la, mana ade sape yang suka kalau mak sendiri di perkotakkatikkan oleh orang lain.
Sudah lama J pendam rasa amarah ini.
J diamkan sahaja.
Cuma memasang telinga.
J tak mahu campur urusan orang tua-tua.
Tapi hari ni benteng kesabaran J telah roboh.
Dalam sejarah J naik hangin dengan orang itu.
Bukan tidak kenang jasa dia pada J...
Ya, dia banyak jasanya pada J. J amat berterima kasih pada orang itu.
TAPI bila dah melampau melebihi had, J terus berapi melindungi bonda tercinta.
Terus dia kata J TIADA ADAB!
HAH!!!!
(menggigil J menahan marah)
Aku tak kisah kalau kalau KAMU sangka aku biadab.
Aku biadap sebab KAMU yang mengajarnya.
Sesungguhnya KAMU yang TIADA ADAB!!!
Lupa diri. Tak mengenang budi. Tak sedar diuntung.
Dengan titik peluh tulang empat kerat bonda lah, KAMU membesar cukup makan, pakaian dan pendidikan sempurna. Tanpa jemu bonda mengorbankan segala-galanya demi
KAMU, KAMU & KAMU!
Madu yang bonda beri.. tuba yang kamu balas.
Bila KAMU semua sudah berkeluarga, beranak-pinak, senang lenang..
KAMU lupa semuanya.
Sesedap mulut menyuruh bonda muhasabah diri.
KAMU yang patut muhasabah diri!!!
Tapi takpe..... Allah itu Maha Adil
Aku maafkan salah dan silap KAMU, KAMU & KAMU terhadap bondaku.
Semoga Allah tunjukkan kebenaran.
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada bonda.
Aku tau DIA sayangkan bonda kerana menurunkan ujian ini buatnya.
Aku yakin bonda kuat untuk menghadapinya..
kerana Allah tidak akan memberi ujian diluar kemampuan hambanya...
..dan..
Semoga Allah memberi petunjuk & kesedaran kepada
KAMU, KAMU & KAMU!!!
nota kaki: hati ni pilu melihat kesedihan yang terukir di wajah bonda yang sedang lena ketika J membuat entri ini.

Tuesday, September 22, 2009

Tetamu tak diundang di Raya ke-2

Ma kata dia dah ada dari subuh pagi masa ma keluar buang sampah. Dia sangat jinak. Sampai kut ma masuk dalam rumah. Sian... Suka sangat bila diusap di belai.

Buat la kat dia macam mana pun.. tak kisah pun dia..
Kami rasa mesti kucing ni bertuan. Sian.. kalau tak orang buang mesti sesat.

Rasanya budak lagi ni... mungkin baru beberapa bulan je umur dia. Sebab tengok perangai dia memang macam budak.
Cuma main je dia malas, cepat boring...

Jantinanya boy. J namakan dia Setokin.


J: J nak bela lah ma..
Ma: TAK NAKKKKK!!!!!
J: Ala J bawak balik KL la...
Ma: Ye lah.. nanti ma datang umah, bau taik kucing la.. bau hancing hamster lah..
J: Ala.. ma tolongla bersihkan..
Ma: Eii... tak nak aku!
Sampai pagi ni.. di Raya ke tiga ni, Setokin masih lagi didepan rumah, mengiau lapar..




Hari Lahir di Raya ke-2...

Tahun ni J sambut Hari lahir di raya ke-2. Alhamdulillah.. masih lagi J bernafas untuk meneruskan kehidupan, menjalan tugas sebagai anak, pendidik & hamba Allah... No fancy cake this year... Just this one..chocolate moist cake that I bought myself from Bazar Ramadhan Jalan TAR before I came back home. yang bestnya tengok lilin tu... hehehe...

Cari lilin kecik takde.. J kata lilin beso pun boleh... yang cousin J jumpa yang bengkok ni jer.. J kata takpe lah.. Tandanya kak J dah tua la tu... (sedo diri pun.. hiks..) The candle was lit, the birtday song was sung and I blew the candle with a wish.. ( terpesong betul... huhuhu... mana ade dalam Islam buat cenggini.. betullah terperngaruh dengan omputeh ) a secret wish... a wish that I've said to Ma after I seek forgiveness from her... I do really hope, my wish will be granted next year.. Amin...

Lepas acara ringkas tu. Terus pergi kubur ayok & opah sebelah papa. Pergi raya 2 rumah, pastu balik bongkang... Bukan makan banyak pun.. penat sebab panas.. Semalam memang cuaca cerah dan panas.. Masing-masing balik terlena depan tv. Lebih kurang pukul 3, J terdengar Ma kelentung keletang kat dapur. J pun pergi le melawat..

J: Ma masak ke?
Ma: Ntah.. kome nak makan ape?
Pa: Megi ade?
Ikhwan: Haaa... boleh, boleh.. kita masak megi. (dia pun selongkar kabinet cari megi)
Ma: Abang.. bagi kak J masak...
J: Oh yeah.. the best hostel food in the wordl!!!

Penyudahnya di petang raya ke2.. no ketupat rendang, no lemang, no nasik minyak or what so ever.. kami makan megi!!!!!!!!hehehe

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran...

Orang tangkap gamba pagi raya.. kami tangkap gambar petang raya...
Salam Aidilfitri 1430H buat semua...

Saturday, September 19, 2009

Keputat Kasih Sayang

Hari ni semua sibuk memasak. Atuk J raya kat sini. Big Bro J pun raya sini jugak. Jadi beramai-ramai kami membungkus keputat dengan penuh kasih sayang... hehehe... Kenapa Keputat? Ni cerita lama lah ni.. penat puasa sampai tersasul sebut ketupat jadi `keputat'.

Hari tu auntie J bawak balik 'Jamal' dari Kuwait. What is Jamal? Jamal ialah unta.. Raya tahun makan rendang unta.. Raya kat rumah J selalunya buat ketupat palas. Jadi Tugas J tadi masak pulut... Kalau dah masak sampai 4 kilo pulut.. tentulah banyak yang kena bungkus. Jadi beramai-ramaile membungkus ketupat.


Atikah is my cousin. Anak Auntie J yang kat Kuwait tu.
Atikah: Susah la...
J: kena bungkus dengan kasih sayang... barula jadi..
Atuk: Macam ni.........


This is her brother. Ikhwan... He joined later in the evening. Sekejap je dia belajar terus dapat. Cayalah.. Bungkus, punya bungkus... 5.30 ptg tadi baru sudah bungkus 4 kilo pulut.



Sebelah kiri ketupat mak dara.
Yang belah kanan ketupat anak dara..

Salam Aidilfitri untuk semua.
Mohon Maaf Zahir batin...

Tuesday, September 15, 2009

Gomok hilang?!

Memandangkan duk sorang tak berkawan, J bagi dia keluar jalan-jalan dalam rumah. Sesambil tu J buat kerja skola. Lama dia duduk bawak rak kasut. J pun cari lah. Hoh! Tak jumpa!!!!
Berpusing J cari.. Rupa-rupanya dia duk dalam ni... eeiiii.. bertuah betul!



Lepas tu baru teringat, J baru lepas bagi Gomok makan ubat. Sebab tu dia cari tempat nak layan mabuk dia.. (Setiap kali lepas makan ubat mesti Gomok tido). Lepas setengah jam baru dia keluar jalan-jalan balik.. mm.. alahai..

Double Deck Tuna Tempt..

This box reached a few minutes after the Maghrib Azan. Pity the despatch boy. He looked exhausted. There were still 5 boxes in his beg to be delivered.

Pizza boy: Ni yang akak order tu. Akak tengok kat label tu yer?
J: Ni dah berbuka ke belum ni?
Pizza boy: Belum..(wiping off his sweat)
J: kejap ek.. Akak amik air. Tunggu kejap tau.

So off I took a mug of teh O suam for him. He drank and left after taking my payment.


Sekali hadap.. setengah habes! And I ate another piece later that night. Kebuloq giler... hehehe
nota kaki: Alhamdulillah.. dapat juga buat satu kebaikan di bulan Ramadhan ni..

Sunday, September 13, 2009

Final Destination 4 & Jalan TAR

Semalam, malam yang penuh dengan aktiviti...


Cadang nak terus pegi shopping lepas berbuka. Amie ajak tengok Final Destination 4. 1 jam setengah yang penuh dengan saspen, jadi rasa macam kejap sangat. Sampai J cakap, Laaa... dah abes ke? J beli popcorn tapi makan tak sampai separuh pun. Bukan sebab rasa perut nak membuak. Tapi tak boleh nak concentrate bila bunyi mulut mengunyah menganggu kosentrasi mata dan minda nak mencerna setiap aksi yang berlangsung sepanjang cerita.



http://www.shockya.com/news/wp-content/uploads/final_destination_4_poster2_foreign.jpg

They cheated death. However, death still comes after them. One by one died. Yang paling J 'suka' bila tayar F1 car tu melambung dan crashed on a mechanic wife's head. Kepala bersepai.. tinggal tulang yang sambung dari otak ke belakang jer.. hehe.. takmo citer lebih-lebih.. What I can conclude the excitement and suspense was still the same like the previous Final Destination movies. Watch and experience yourself...



J's bagi : ****



Movie abes 11.30. Terus kami mengharung Jalan TAR. Walaupun dah midnite, jam macam 12 tengah hari! Sementara tunggu queue parking. J nampak Mr Engineer & Miss fiancee. Saje perati dari jauh tengok ape benda la yang diorang nak cari kat kedai beg tu.. dua-dua tercangak-cangak tengok beg. Cari beg untuk honeymun kerrr??? Jauh dtg shopping ek!

Seriyes.. orang ramai giler... Sampai banyak kali bontot kena sondol dengan perut-perut buncit yang ikut dari belakang. Adeh.. Benda yang di cari tak jumpa. Sudahnya, 1.30 kami keluar dari situ, tapi orang masih lagi berpusu-pusu masuk Jalan TAR. Dengar-dengar.. peniaga tu tutup 5.00 pagi. BIAR BENAR?! Esok pagi nak bukak gerai semula. Dahsat tul buat duit... Walaupun ekonomi tak berapa nak bagus, tapi J tengok orang berbelanja sakan. Berbeg-beg shopping diorang bawak keluar dari Jalan TAR. Tapi J keluar dengan tangan kosong.......

mm....Mission failed.

Saturday, September 12, 2009

Asyiknyer die..

Lepas J sahur.. haruslah bagi bebudak tu sume makan kan? All the tiny tots had started eating and nibbling the seeds I gave!... nak tergelak tengok diorang ni.. punyalah asyik mahsyuk.. macam-macam gaya.. sampai terbaring, menonggeng diorang ni makan.. chomey.. memang chomey..!











Friday, September 11, 2009

Tak nak makannnn!!!!!!!!!


Cerita Satu.
Ini cerita pasal semalam. Sampai pukul 7 semalam. J memang takde selera dan tak tau nak berbuka ape. Dah jadi tabiaat J, dari pertengahan bulan puasa, mula la tekak J ni semacam je bila nampak nasik. Rasa kembang semacam jer.. Mula la nak makan benda lain selain daipada nasik. Sahur pun macam tu... kadang-kadang cornflake dengan susu jer. Tak pun roti dan milo.

Masuk jer waktu berbuka. J berbuka dengan kurma dengan teh O panas jer. Pastu boleh baring balik tengok tv. Nak goreng mi, tak cukup bahan... last-last goreng jugak nasik lebih semalam dalam peti ais... Kembang-kembang tekak jugak lah nak menghabiskan sepinggan nasik yang sedikit itu... (dah tak makan nasik tak jugak kurus-kurusnya... letih tol!!!)


Cerita dua.
Bangun sahur pagi tadi, Nampak Gomok dah mula panjat-panjat. Dah abis mabuklah tu.. Ye la.. panjat lah ko.. Nanti kite kena makan ubat yer!
Dah masuk ubat dalam picagari... Amik Gomok. Dia tau nak loloskan diri jer.. Tak nakkkkkkk!!!! macam tau-tau je nak kena paksa makan ubat. J sumbat jugalah kan. Sikit-sikit dia telan.. macam Scott Emulsion pun ada... bau manis.. mesti sedap!.. hehe...

mata dia macam dah okay sikit.. Harapnya baik la ko yek?


Thursday, September 10, 2009

BonusBonusBonus...

Semalam...

B, ade 2 berita buruk.

Ape die? (berdebar dah ni!)

Yang pertama, B tak dapat bonus. Kakitangan Sokongan je dapat.

Laaa... mm.. takpe lah.. Dapat la diorang rezeki lebih untuk raya nanti. Yang kedua ape?

Yang kedua? Sabtu ni kena kerja.

Alaaaa..... Rosak la plan nak shopping!!!!! (J dah tepuk dahi)


Pagi tadi kat skola...

Dapat lime ratus je?????

Dengarnya DG38 ke bawah boleh dapat. Yang DG41 tak dapatlah.. Ye la gaji diorang banyak. (pulak?)

Takpe la..Nak buat macam mana. Eh.. Bukan kakitangan sokongan aje ke yang dapat? Kita kan kaki & tangan yang profesional?

Ntah? Kalau tak dapat juga... tengok la. Kalau ada pilihanraya dalam masa terdekat ni. Abes laaa... (aah.. sudah...)

Klinik Haiwan Kesayangan

Gomok mula sakit mata la pulak... takleh jadi ni.. J pun bawak la si Gomok ni ke klinik. Dulu-dulu pernah jugak pergi klinik haiwan. Masa tu J kecik lagik.. Bawak kucing demam kot kalau tak silap... J tak mo sekor lagi mati pulak.. Sebab tu J gagahkan pergi ke klinik walaupun hari ni cuaca panasssss..... (macam la... pergi jalan kaki... huhuhu)

Lepas register, J duduk kejap.. uncle doktor nak pakai baju putih. Gomok dah mula restless.

Doktor kata sebab bakteria. Bakteria ape ntah... Sekali Gomok kena cucuk.
Doc suh J pegang kepala Gomok. Mula-mula tu menggelupur jugak..
Pujuk punya pujuk.. baru dia diam...
Melepek la jugak dia lepas tu... Macam mabuk jer lepas kena cucuk..

Mata kiri dah tak terbuka dah.. kadang-kadang je terbuka... Kalau celik pun sepet jer..
Hopefully you'll be fine soon. For now Gomok kena duk tempat lain ek?



Uncle doktor bagi ubat makan... Kena suap si Gomok ni 2 kali sehari...
Siap bagi extra lagi lagi dalam botol tu. Thanks doc!
Nak ke dia makan? Esok pagi baru start.


If you stay around this area and you have a sick pet, you can visit this clinic...
He's very nice and friendly doctor.

Wednesday, September 9, 2009

Berani kau keluar yek?


J tengah edit gambo untuk entri basi tu.. Gomok, Bun, Oggy & Shasa (name given by my cousin, Afiqah) dah mula jaga.. sibuk turun naik. J tak pakai spek, nampak ade benda kecik bergerak-gerak atas lantai... Melayang J bangun nak tengok ape dia yang bergerak tu. Sah memang the Tiny tot... Yang keluar ni memang kaki merayap... kalau mummy dia tido habis satu cage dia round. Terlepas ko keluar yek!!!

sabo je la..

Tuesday, September 8, 2009

KeSeRaTuSsss...


This is my 100th entry. This blog is mainly about my pets, activities in school, holidays, goods that I bought, movies that I watched (I watched a lot.. but seldom blogged about it here), books I read, travelling and so on... Well, in short I can say it's about life + the style I'm living in.



I went to Petsmore.com again today and I bought these. Furry Pals Hamster Food (my hammies couldn't stop chewing it. Sedap sangat kot?) They're having 15% discount for members for this item.



Bathing sand for Jimi and babies. They love it very much. Unlike Mija, Everytime I put some litter sand or bathing sand, she'll fork out everything from her corner toilet. Sometime she'll turned the the toilet upside down...


I also bought this Vitadrips. Hopefully those kids will stay healthy and not fall sick again.



I mentioned in the previous entry that mummy Mija was busy with her newborn babies.
These are her babies..



Furs have grown on them already.



When I said Jimi is BIG and almost look like a guinea pig, it's true. See his size...

Next to Jimi is Bun.

Jimi tengah mengorat anak sendrik... Notty daddy!!

Terlompat-lompat si Bun dibuatnya..



While waiting for breaking my fast, I've started reading this book. It belongs to my mom.

Sesuaila untuk bacaan ringan... Tak habis lagi. baru baca few chapters..

My oppinion? mm...Boleh tahanla...



Well, most of my entries were about my hammies... Now I have ELEVEN of them. And I think more will be coming soon. Some of my colleagues booked the babies already. I said, be patient. Do wait until the babies are big enough to be given away....



Thank you readers for visiting, dropping in, reading, viewing pictures and what not... Keep on visiting for more new entries in future...



nota kaki: 1. I don't feel like giving away any of my hammies yet... nanti yer kengkawan...?
2. Added masa Subuh tadi: baru teringat ada 2 post yang kena tangguh sebab gambo-gambo tak sempat nak edit... so.. coming soon ek? (boleh ke kira seratus?...Boleh kan? kan? kan?)

Kenit pun sudah pergi

Ja balik lambat dari sekolah tadi. Singgah bank. Singgah petsmore. Singgah MaxValue. 3.30 baru sampai rumah. Macam semalam balik je dari sekolah J duduk ngadap Kenit. Walaupun babies yang lain terjaga dan terhidu-hidu bau J yang ade kat situ, J tak dulik pun kat diorang. J tengok keadaan Kenit macam Kecik. Kali ni J takmo pegang. J tengok jer.. Tiba-tiba je Kenit tercungap. Badan dia mengerekot dan Kenit pun berhenti bernafas. Badan dia kembali macam biasa perlahan-lahan... J cuit-cuit Kenit takde respon... dia dah pergi...dan..... hari pun hujan....

nota kaki: mungkin Kenit tunggu J balik baru dia pergi...

Big Daddy is home...

Hari ni UPSR dah mula... Murid-murid tahun 1,2 & 3 dicutikan... J mengajar Tahun 1 & 2. Jadi freelah hari ni. Bila dah free, ade sajelah projek yang kena buat. For today, all teachers teaching year 1,2,3 need to process all the library books.... Time ni J brehat jap... bukan curi tulang yer! Diorang request lagu raya.. so..layankan ajer..


The BIG daddy is home! 2 minggu J tak jumpa Jimi. Punya la gemok dan berat. Panjang dan lebar tapak tangan J. Sekali tengok macam guinea pig pun ader.. hehehe..





Chomel & gebu jer.. rasa nak picit-picit jer...


Curious with his own babies... Can you see the difference?



J tak amik pun gambo Mija. Dia sibuk dengan baby baru dia.. This time she gave birth to 5 babies...
nota kaki: Kenit semakin sakit.. The last time I saw him this morning, he was so weak. Macam tak leh survive je dah...



Monday, September 7, 2009

lembs..

Connection dari siang, lembs yang hamat..
sakit ati tol..
dah la nak transfer gambo pakai blutooth takleh..
ntah pe la Amie godek lappy J ni tadik...

Saturday, September 5, 2009

Kecik In Memory


At 4.45 p.m. today, Kecik passed away.


I was holding Kecik on my palm and stroking him softly.

I saw him dying.

I saw Kecik struggled for his last breath.

I saw Kecik died....


I knew Kecik had left, yet I still stroke his weak light small body.

I felt there was a grain in his left cheek pouch.

Kecik hadn't much energy even to finish his last food.



Which made me really sad. I didn't want to but I cried. A little.

But it give me a bad headache. Heartache as well.



May Kecik rest in peace. Amin.




nota kaki: Hopefully I've taken good care of him when he was alive...


Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^