Monday, November 29, 2010

Ye ke?

~ Model hiasan sahaja ~

di sebalik keMACHOan, keJANTANan, keGAGAHan & keEGOan, sesungguhnya LELAKI adalah Makhluk Tuhan yang PALING MANJA!

 

Ye Ke?

Friday, November 26, 2010

Pusat Sains Negara & Prasekolah Mutiara Hati

Cerita ni cerita 15 November lepas... Semasa perhimpunan pagi hari Isnin, J didekati seorang rakan.

"J ada nak buat apa-apa tak hari ni? Boleh ganti akak tak bawak budak prasekolah ke Pusat Sains Negara"
"Emm.... (berfikir sejenak) Takde apa-apa rasanya. Okay lah"
"Nanti bagitau kat Encik PK ye?"

dan... menggedik-gedik J ikut budak-budak prasekolah menjongket ke Pusat Sains Negara.... Yang ye nye... dah lama tak pergi sana. Tu yang teringin nak ikut. hik.. Nyebok je. Orang dah suruh gi jenjalan, pegi aje lah. Encik PK pon kasi greenlight. Apa lagi, laju je naik bas.

Bila ikut budak-budak prasekolah, sendiri kena ingatlah... kanak-kanak kecil.. kecoh je mulut tak henti-henti... Sifat keterujaan dan ingin tahu mereka tu, toksah cakaplah... Sentiasa to the MAX punye... Macam mana la Aznee mengajar ye???  

Lab Station tempat persinggahan pertama. Untuk makluman, kalau anda nak bawa anak murid masuk program ni, bayaran akan dikenakan RM 3 seorang. (kalau tak silap untuk yang kecik-kecik je rasanya)


Menarik juga aktiviti yang berkaitan dengan sains yang mereka buat. Budak-budak tu memang seronok sangatlah. 

How many fingers do you have??? Tennnnn.....
Pertandingan bina menara guna gelas kertas pun ada....


Part ni yang paling J suka. Riuh mulut masing-masing tengok ikan besar-besar dalam akuarium tu. Macam-macam soalan keluar dari mulut budak-budak kecik tu.  

Kenapa ikan tu besar? Kenapa ikan tu warna putih? Ikan tu makan apa? Ikan besar tu ikan jaws ke? (padahalnya ikan patin sebenarnye.. hehe) Ikan tu makan orang tak? 

dan.... macam-macam soalan keluar dari mulut munggil budak-budak tu.Tak terjawab dibuatnya... hehe...

Bukan diorag je.. ticer yang ikot ni pun suka tengok ikan besar-besar tu. :)
Penat juga mengawal budak-budak kecik ni.... Tapi, SERONOK!!! J ada dengar ada guru-guru prasekolah yang buat lawatan jauh-jauh, sampai kena bermalam kat tempat tu. haih... macam manalah kalau bawa budak-budak ni melawat tempat jauh-jauh yang memerlukan bermalam kat tempat tu? Kalau ibu-bapa tak ikut sekali jenuh jugak cikgu nak kawal semua. ^_^

notakaki: kagum dengan guru-guru prasekolah dan ibu bapa yang ada anak ramai... tabik spring lah!!

Wednesday, November 24, 2010

Julian Pt 2

Bila dah NEKAD niat di hati (baca Julian Pt 1 kat sini), terus J hubungi Ana (kawan J) di FB. Alhamdulillah... Julian masih ada pada dia. Lepas berhubung gitu gini gitu gini... pet carrier pun dah siap beli, pada 29.10.2010, J bersiap-siap ke Equine nak ambil Julian.

Berdebar-debar je rasa sebelum nak jumpa Julian. cheh... macam nak gi jumpa boipren je. hik.. Masuk je rumah Ana, menyerbu bau kucing menusuk ke hidung. Penuh kucing bersepah-sepah dalam rumah dia. (takde le bersepah sangat.. ada 8 ekor je termasuk Julian) Mula-mula nampak Julian, dia dok sibuk main. Yang datang dekat dengan J adik dia Belimbi. Berbulu hitam berkilat dan berbulu putih di leher.. ekor panjang melentik. Ana kata Belimbi tak pernah pergi dekat dengan strangers. Dengan Ana pun susah. Ana nak pegang pun susah. Tapi dengan J elok je.. J main kuis-kuis jari dengan Belimbi.. angkat dia letak atas riba. eh... elok je dia diam meliang liuk kena gosok dgn J. Umm... macam suka pulak budak itam tu. Ekor pun panjang melentik!

Julian di rumah Ana. Kat belakang tu, (kiri) Kuro (kanan) Belimbi

Sebenarnya dari kecik J suka kucing warna HITAM. Disebabkan dah janji dengan Ana nak ambil Julian, jadi kena tepati janjilah. Kalau ikutkan ada juga orang lain tanyakan si Julian tu. Tapi Ana booked untuk J. (walaupun masa book dulu macam tak confirm betul-betul).


Ana duduk tingkat 3, jadi Ian tak pernah keluar rumah. So, it was his first ride in the car. Biasalah...orang tak pernah keluar rumah. naik kereta pulak tu...bising aje mulut dia sementara nak sampai ke rumah J. Sampai rumah, biarkan dia dulu dalam carrier tu.. bagi dia amik bau dulu rumah J.


Lepas J urus diri, Julian masih diam. meliar mata sana sini tengok keliling. J keluarkan cat capsule. Buka pintu carrier, perlahan-lahan dia masuk dalam tu. I want him to know that, the capsule is his poo poo and wee wee box. ^_^ Lama jugak la dia melepak dalam tu. Rupa dia toksah cakap la.. curious je manjang. (telinga dia ke bawah je..)

Malam tu, J teman dia kat luar. Kononnya nak teman dia. Aiyohhhh.... tak tidur J dibuatnya. Asal nak lena je, dia mengiau cari adik beradik dia yang lain. Bila J panggil dia, senyap kejap. Ntah berapa puluh kali dia tawaf rumah pun tak tau lah.. hehe.. J dah la ngantuk. Asal nak terlena je balik, kalau tak mengiau, dia datang cium-cium muka J ajak main... Pendek katanya memang lena-lena ayam malam tu. ish..ish...

eh... ape ni?
I still have a few hammies with me. Ciko, Cikai, Gomok & Merah. And Ian was curious and interested with the moving furry small 'thing' in the cage. Mana taknya... waktu malam hammies J sangat aktif..memanjat, berlari sana sini. Nasib baik la bebudak kecik tu dalam cage. Kalau tak... habisla kena hambat! Lama-lama dia pun dah tak heran dah dengan budak-budak kecik tu.. ^_^

ish... kena mandi pulak... abish bashah vulu ai.. ^_^

Sebelum bawak Ian balik, Ana dah cakap tak sempat nak mandi dia. Tau-tau je la... kalau dah lama tak mandi... alalalala... bucyuk ya amat! Lepas 2 hari sampai kat rumah J baru J mandikan dia.

mami pakse saye mandi. >_< tak shukerrrr...
 wah... panjangnyerr...  udah-udah lah tu yek? Kalau ada masa lagi kasik 'up' pulak Julian pt3. tungguuuu....

Tuesday, November 23, 2010

Tak sihat.

Bukan J yang tak sihat. Tapi Atuk.. Sakit kaki. Bengkak. Jadinya perlu bantuan bila nak bergerak ke tandas terutamanya. Oleh kerana itu, J perlu jadi gagah perkasa sementara waktu atuk masih ada disini. (sakit pinggang la camni.. T_T)

Sunday, November 21, 2010

Berbunge-bunge

Saya bukanlah orang yang berseni. 

8 semuanya.

 Tapi dalam keadaan terdesak.... jadilah cekak berbunge-bunge ini...


not bad kan? kan? ~perasan!~ hahaha..

Anak-anak murid nak pakai untuk Majlis Anugerah Cemerlang. Lupa pulak J tangkap gambar bebudak tu semua... Tapi memang comel bila budak-budak tu pakai cekak ni.

Sila la order ... Oh ye... J tak ambil tempahan ye? Saja buat suka-suka.

Friday, November 19, 2010

Siapa Julian? Pt 1

Seorang rakan war-warkan di FB yang dia tawarkan kepada sesiapa yang nak adopt Julian.

gambar dari mukabuku tuan asal Julian

Lamaaaaaa dah. rasanya sebelum raya puasa lagi. Masa tu budak kecik tu mmg kecik lagi. Masa tu pun hammies J banyakkkkk... berbelas-belas rasanya. Sebabnya memasing take turn memberanakkan anak. ^_^ J cuma maklumkan pada dia yang J berminat. Tapi kena tunggu dulu. Kira macam bookinglah.

Lepas Mija pergi meninggalkan J, J dah mula perasan yang J dah kurang pedulik dengan hammies yang lain. J cuma main dengan Jimi je. eh... bukan la kurang peduli sampai tak bagi makan, minum & tak bersihkan cage. Keterujaan tu dah semakin berkurang..sedikit demi sedikit. Ada yang berminat nak adopt Ciko & Cikai, tapi sampai sekarang tak hubungi J. kalau tak nak bagitau aje lah. Senangla J cari orang lain yang memang betul nakkan hammies tu. :( eh... citer hammies pulak.

Ciko (kiri) & Cikai (Kanan) - tido berduet.
Sambung balik.... Nak dijadikan cerita, tiba-tiba terdetik di hati NAK BELA JUGAK KUCING seekor buat teman dikala duka. Nekad sampai J tak pedulik dah, kalau mak Iti nak marah ke.. marahlah. I don't care. I still want to have a cat as my housemate. hehehehe.. (masa ni Jimi pun dah pergi jugak.. sob..sob... sedih sampai tak buat pun entri pasal Jimi yang dah pergi... simpan rasa sedih sorang-sorang) Lepas tu.. terus hilang rasa nak update blog ni. alaaa... Mesti korang tak perasankan, J lama tak update blog sebelum sibuk dengan kerja hakiki J..(takde orang baca agaknya.. T_T)

huarrghhh... panjangnye alkisah kalau ank sambung lagi... sambung esok aje lah... dah dekat jam 12 ni... ngantuk. Stay tune for Siapa Julian pt 2 pulak ye? 

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidil Adha


notakaki: terpaksa berdepan dengan beberapa perpisahan. Tak sanggup menanggung rasa sedih itu. Namun terpaksa dikuatkan hati. Semoga kalian semua sentiasa mendapat yang terbaik dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru.

Monday, November 15, 2010

UPSR & Kolam @ Grand Season Hotel = Bahagia


Alhamdulillah... keputusan membahagiakan. Peratusan kelulusan untuk kertas BI tahun ini meningkat dengan jayanya. Dengan izinNya dan dengan usaha semua pihak, kejayaan ini amat memBAHAGIAkan bagi Panitia BI. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. J bersyukur sangat kerana punya teman yang sangat memahami, menyokong dan selalu mendokong tiapkali J perlukan 'dokongan'.. hehe.. (mengade-ngade kan???)


Masa lalu kat lobby nak ke Grand Season's Cafe, ternampak kolam ini... Cantik sangat!!!!!Tiba-tiba terdetik rasa BAHAGIA dalam jiwa. Kenapa? entahlah... tak dapat nak kenal pasti kenapa berperasaan begitu. (sendiri tak faham perasaan sendiri sekarang) Mereka masih tak buang lagi kolam ni walaupun dah banyak hari Deepavali berlalu. Eh... J buat apa kat sana? apa lagi... Jamuan akhir tahun. Makan banyak2 sampai se'eh.. duduk pun tegak je 
~gelakkan diri sendiri~

Kalaulah ada kamera yang lebih baik.. tentu gambar yang J nak kongsikan ni lebih cantik.
Tapi apakan daya... bersyukur ajelah dengan kamera telefon 2.0 megapixel ni ajer.. 

Ada sesiapa nak hadiahkan tak???? ^_^

Wednesday, November 10, 2010

maaf

J tahu..... kalau sekadar maaf tidak cukup.

SANGAT SIBUK bila hari persekolahan menjelang ke penutupnya untuk tahun ini.

Lepas satu.. satu.. datang lagi.. muncul pula satu lagi. Seterusnya bertambah lagi satu bila yang terdahulu sudah berakhir. aahh.... pening juga. 

PKSR 2
Hari Kanak-kanak
Seminar BI
Kursus Kepimpinan
Lawatan tahun 6 
Pertandingan congkak dan bola jaring tahun 6
Intervensi 1
Majlis Anugerah Cemerlang
(ada yang dah sudah, ada yang belum)

dan... setiap hari WAJIB melayan si IAN yang akan bising tiapkali J tutup pintu bilik. haaihh...

Anak gimau saya yang JULING.. hehe..

Nanti dah cuti InsyaAllah J akan update lagi...
Rindukan saya ye?



Friday, November 5, 2010

Happy Diwali!

Kepada mereka yang menyambut perayaan cahaya.... 

Deepavali Varthikel....

Kolam di Ikano

notakaki: 
1. KOLAM adalah hiasan yang berfungsi sebagai hiasan yang dilukis di hadapan pintu. Tujuannya juga adalah untuk memberi haiwan makan seperti burung atau serangga. Selain dari itu, kolam ini juga berfungsi sebagai pelindung rumah dari benda-benda jahat memasuki rumah.

2. Masih sibuk dengan Ian... entri pasal Ian masih tertangguh.. sabar ye?

Wednesday, November 3, 2010

Lena tertiarap bersama..

Malam ni internet connection agak lembab.... Lambat betul nak loading... haaihh...

Sementara menunggu, J tarik bantal meniarap depan tv. Entah bila terlena pun tak sedar. 

Tiba-tiba terjaga celik mata nampak anak gimau ni elok je meniarap sama mengadap J... 

alalalala..... 

Baiknye dia teman J tidur!

Ian mmg betul-betul lena... ^_^

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^