Dari dulu sering awak tenang dalam apa jua keadaan...
Dari dulu sering awak positif memikirkan apa jua masalah yang datang...
Dari dulu juga awak masih setia walaupun kasih dah menjauh...
Dari dulu sering awak ungkapkan kata-kata ini....
"tak semua yang kita nak, yang kita ingini, kita akan dapat"
Saya bersyukur kerana dapat membantu awak menempuh kehidupan
Dari awak tak ada apa-apa... sampailah awak ada macam-macam
Dari kita kurus, sampailah kita menggemuk bersama.. hehe..
(tapi sekarang saya dah kurus semula kan? kan?)
Saya takkan lupa bila awak menghargai saya kerana membuat awak rasa disayangi seolah-olah arwah mak masih ada. Perhargaan yang sangat tinggi hingga buat saya kadang-kadang lupa diri.
Saya juga takkan lupa apa saja yang dah kita kongsi bersama.
Terima kasih kerana sentiasa menerima saya seadanya.
Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya disaat saya leka dan sering lupa.
Maaf kerana tidak dapat jadi yang terbaik untuk awak.
Maaf kerana sering menyulitkan hidup awak.
Saya harap kemaafan yang beri semalam juga ikhlas.. Maaf ye?
Saya harap kemaafan yang beri semalam juga ikhlas.. Maaf ye?
emm... mm...mmm...
Banyak yang saya nak tulis untuk awak, tapi saya dah lupa. ^_^
(bila-bila saya ingat saya tambah ye?)
Namun...
Keredhaan ibu bapa mengatasi segala-galanya.
Pasti ada hikmah yang kita tak nampak.
Sekarang awak masih lagi tenang.
Sekarang awak masih lagi positif.
Sekarang awak masih lagi setia.
Sekarang awak masih lagi ungkapkan kata-kata yang sama.
Terima kasih kerana membenarkan saya mengasihi awak.
Semoga awak terus tabah meneruskan kehidupan tanpa saya.
notakaki: saya tahu awak sedih. saya lebih-lebih lagi. kita doa sama-sama supaya kita kuat menghadapi ujian yang Allah turunkan untuk kita. saya sayang awak.
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..