Thursday, December 31, 2009

Babai..

mm.. beberapa jam jer lagi nak meninggalkan 2009...

selamat datang tahun baru
tahun pun bergerak.
umur pun bertambah.
orang lain dah pergi jauh bertapak-tapak
bertambah, berkembang
J masih bertapak disini
sendiri...
sunyi...
sepi...
tak ramai yang tahu
apa yang ada dalam hati
seringkali dinafikan
seringkali ditidakkan
tak daya melawan
terusan berdiam diri
kehendak, keperluan & tanggungjawab
tanggungjawab yang selalu mendahului
kehendak dicicirkan
keperluan dipinggirkan
adakah mungkin 2010 akan terungkai segala kemelut diri selama ini?
insyallah..
mungkin...

nota kaki: Tahniah kepada rakan-rakan yang sudah dan akan berumah tangga. Semoga kehidupan bersama pasangan diredhai, diberkati dan penuh kasih-sayang yang berpanjangan antara kalian...

Wednesday, December 30, 2009

Avatar Super Duper Giler Best!

I just came back from Cineleisure. Tengok Avatar dengan Ikhwan & mama. We were undecided between Avatar and Santau. Akhirnya, kami pilih untuk tengok Avatar tambah lagi teringatkan review marts  pasal movie ni.




To cut short, memang super duper giler best. Kalau boleh, tak mo miss any scene. Very magical... rasa macam dekat di hati.. hehe..Yang tak tahan tu.. banyak scene yang buat J SERIAU tapak kaki. Sebab diorang suke bebeno jalan/lari/lompat kat tempat tinggi-tinggi... Tu baru tengok movie biasa.. kalau tengok 3D gamaknye... asyik ngurut dada je lah kejenye.. hehehe...

Sape tak tengok lagi, jangan pikir panjang, CEPAT jgn buang masa lagi!!!!!!!!!!

The Specky Kazens

The newest lil cousin, Afiqah, recently joined the specky group in my family. (most of us wore spectacles)
Welkam to d specky club! (^_^)



I was there at the KLIA to bid them goodbye before Achik and anak beranak fly back to Kuwait.
In the middle of the night, we were still there chit chatting, giggling and ate McDonalds to fill in the time before they board the plane at 2.15 a.m. And.. Alhamdulillah... All of them had safely landed in Kuwait.

Well... I do have lots of trips again to KLIA in future... Till then.
Itulah nasib seorang supirrrrrr... hehehe..

Monday, December 28, 2009

Dahaganyer..

Dah penat main dan merayau.. dahaga.. kite minum dulu... (^_^)


Sunday, December 27, 2009

Selamat Hari Natal!

Scroll down for more updated entries. Tenkiu.. (^_^)


Saturday, December 26, 2009

Entri Berani Mati

Ditimbang & diukur selepas makan nasik berlaukkan ikan talapia goreng & sayur kobis.
Dan dibasahkan tekak dengan nescafe ais...

BMI range dah nak terbabas tergolek dog, mesin tu leh kata masih dalam IDEAL WEIGHT RANGE????
Inilah akibatnya setiap kali cuti panjang.



DANGER!!! DANGER!!! DANGER!!!

aaaaaaggggggghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!
(pekikan macam cik ponti jumpa pocong)

nota kaki: J perlu inspirasi untuk turunkan BMI kepada 20 pun takpe... Some might said.. its not a big deal.. tapi the weight is not healthy. Need to reduce it ASAP!!!

Books and more books..

This is a continuation entry of Gila Tefal!

Before we head back home, I ask ma whether she wanted to go into Popular to check on new novels. We browse on new items, discounted items and finally, we decided to buy these.



This 2 recipe books are very interesting. Easy instructions and I think easy to cook as well. Both are in Malay Language. There are other books written by the same chef. We bought these for RM5.90 each..It's cheap and you can use for daily cooking... Resipi dia yang biasa kita jumpa hari-hari kat kedai makan.



Ma wanted on the left side. I wanted on the right side.
*mental note to myself* ~please finish nora roberts's first, before starting ramlee's book, aite?!~

As for these two books, I bought at Carrefour Midvalley for RM5 each. Its in the clearence stock box.
Looks interesting.. will tell bout it soon.
(entah bila la tuh...)



nota kaki: Currently, I have 11 books in queue for me to read... 1 bulan satu atau dua buku... cukup la utk satu tahun.. hehehe...

Friday, December 25, 2009

Breakfast Omputih

Di pagi hari krismas yang indah, J bangun lewat. Bila dah lewat, perut pun segera bekeroncong hebat. Tak kuasa la nak keluar cari makan la  pulak bila tengok hari dah nk dekat tengah hari. J teringat resipi yang J jumpa masa blog hopping. Oatmeal French Toast kot nama dia.. Tapi J aci belasah je guna apa yang ada.

Bahan-bahan yang digunakan:
   5 keping roti
   2 biji telur
   2 sudu besar susu cair (J takde fresh milk, tu je yg ade dalam peti ais... kira aci lah kan? hehehe)
   oatmeal
   lada hitam/lada putih
   garam secukup rasa



Caranya sama je macam nak buat roti telur biasa... Yang tak biasanya bila tambah susu dalam telur. Campur sekalilah lada hitam/lada putih, susu dan telur secukup rasa dan dipukul bersama 2 biji telur. Jangan lupa sediakan satu piring yang dah di tabur rata dengan oatmeal. Lepas celup roti tu dengan telur, salut roti tu dengan oatmeal. Lepas tu goreng. Jangan guna minyak banyak sangat yer... Kurangkan penggunaan lemak & minyak dalam pemakanan seharian yek?! (",).

Inilah hasilnya...



Ma makan 2 keping, J makan 2 keping. Tapi kenyangnya...  subhanallah... sampai lewat tengah hari. Very fulfilling dan SIHAT! Ma makan kosong je... J cicah dengan sos... yummy!

Thanks to The Pink Stilettos for sharing the recipe wit me!

Gila Tefal!

I've been wishing to own a new iron... I thought I just wanna redeem using my card points. But ma dah beli dulu... (-_-). Since we bought the Tefal cooking pot and pans from Kuwait, we felt that Tefal brand is awesome and worth buying goods to be owned. I really love my pans.. easy to use, easy to cook cos it does not stick and easy to clean. Triple easy there.. right?



Ma bought this. eeee... jeless... It comes in variety models. Some were made in China (though it's made in China but the technology is the same..as said by that auntie in red t-shirt) and some were imported directly from France. Click to see the pic larger.



These are the specialties.  Yang bestnye, ada  vertical steam. Boleh iron baju yang tersangkut kat hanger. Alaa.. macam yang kat kedai baju selalu buat tu... sambil berdiri sambil iron baju. Kelasss...



I've been eyeing this pamphlet  before the school holidays started. To get all these, you will need to spend RM30 or more in a single receipt to buy any of these item or if you mau angkat the whole set oso cannn... with that one single receipt spent. I wanted the grill pan to add into my collection. Ahhcheh... macam rajin bebeno J ni memasak yek? hehehe...



After the iron hunting, I ran to get this grillpan for me... weee.... Well, I didn't ran actually. Terkedek-kedek sambil terseret-seret kaki sebab letih & lenguh kaki cari Lingerie Shop kat dalam One Utama Shopping Mall. (Dah lama tak window shopping kat situ.. kalau pegi pun just for movies and then balik)


Yeay!!! Dah boleh potong satu wishlist J!
Tengok nieh...Buntuts dia sangat cun.



Balqis... bila lagi ko nak beli niehs???? hehehe...

Tak salahkan kalau kita berbelanja lebih sikit untuk benda yang berbaloi dan kita berpuas hati dengan penggunaannya???

Thursday, December 24, 2009

Lost World of Tamboooooooon...

Kalau cuti akhir tahun untuk tahun lepas J habiskan masa SEBULAN di Kuwait. Sebulan korang.... sampai mati kutu da.. tak tau nak buat ape. hehe...Cuti kali ni tak dapat nak kemana-mana sebab mata mama masih belum pulih sepenuhnya dan dia masih perlu lagi beberapa rawatan susulan. kira macam check up lah.



Memandangkan cuti dah nak abis... dan hari-hari cuti masih lagi tidak dimanfaatkan dengan aktiviti bercuti, J ajak lah Acik anak beranak pergi mandi manda di Lost World of Tambun. J masih ade lagi  beberapa diskaun voucher untuk masuk ke taman tema tu. Voucher tu expire 17/12/09. Jadi kami pergi sehari sebelum tarikh dia tamat. Ada voucher tu dapat la masuk murah sikit. 5 dewasa dan 2 kanak-kanak semuanya RM125 je. Kalau takde voucher konpem kena bayar dekat 2rat.



J takde la asyik sangat nak mandi-manda.. dari kul 11 sampai la ke pukul 3.30 ptg.. ada la tak sampai setengah jam main air. Selebihnya, meronda sekeliling teman teman tu. Naik Tube Raiders & Cliff Racer, 2-3 kali. Melawat Petting Zoo. Main kat amusement park. Anyhow, I like the Petting Zoo very much because I got to hold and touch some of the animals in there. J tak bawa kamera masa tu so, no piccies... Dengan kambing yang super jinak, ferret yang nakal, iguana yg manja, guinea pig yang melampau banyak, arnab yang jinak jugak, bearded dragon yang maintain hensem, landak yang nak membuta je kejenye, wallaby yang sepi, ruby the racoon yang asyik mundar-mandir tak reti nak berhenti.

I can say that this place kira okay lah.. scenery memang faboulous!!! Sangat menyejukkan mata yang memandang. Tapi tak leh banding lah theme park ni dengan Bukit Merah Lake Town or Sunway Lagoon... Tapi masih dikira boleh la kalau nak bawak anak kecik, anak besar.. mandi-manda.. menikmati keindahan tempat ni.




incik kambeng yang frust sebab dipisahkan dengan bini yang baru lepas beranak.



This wallaby really needs attention...



"ello incik pigeon. Ekskius mi..Tepi sket.. dia nak amik gambar ai ye.."



Pening naik ni.



Miss Ruby soaking herself wet.



Ma, Ikhwan & Iqbal.



nota kaki: ish..ish... asal cuti je, makan.. asal cuti je makan.. makin di pam pam dah... bila nak kurus balik ni???

jauh dia jalan..

Cik ViSaye dah jalan sejauh ini... hampir nak sama dengan nombo Cik ViSaye.
Tak yah teka la gabungan susunan yang mana satu.



Oiitt!!! Jgn gi main nombo pulak.. hahahaha...

nota kaki: Alhamdulillah... Cik ViSaye banyak jasanya kepada J. Semoga ia terus dapat menabur bakti tanpa ragam... yek?

Tuesday, December 22, 2009

Bunge & Bunyik

This lil girl is getting bigger each day... chubbier and fluffier.
Just look at her. She had to extra stretch her body to run in there...
She's the only golden red eyed girl besides mummy Mija,
but Mija doesn't have red eyes, her eyes are black.
Anyhow, she doesn't belongs to Mija.
She was born from Bun's tummy.. (^-^).



Besides Bunge. Her other sibling is Bunyik @ Mondok @ Ponen the ONLY grey hammy I have.



At first I named him Bunyik.. *grins..* just to rhyme with his sis Bunge and mom Bun.
After some time, he grew up a little bit, he looks like a Mondok Rat.
I called him MONDOK.
Later, I place him with his other male cousins. Unfortunately, the four of them love to bully him so much!
They'll chase him up and down, here and there. He'll be squeking everytime he's being chased around.
To avoid any injuries, I had to put him back into the female cage.
together with his mummy - Bun, Cacha and Bunge.
That's why I called him PONEN now...
Annnndddddd........

They live happily ever after... hiks..

Nyamuk geget!

satu pagi J main-main dengan mummy... sekali J nampak ekor dia ada bintik merah!!!
Cianya die. Kena geget ngan nyamuk la pulak...


gambar xclear sbb J tonggeng mummy sbb nk tangkap gambar ni! hehe

kat KL tadek nyamuk sebab dok umah tinggi.. sekali balik kampung kena serang hendap dek nyamuk.



unsettled

there are a lot of works unsettled
some of them were done halfway
some not even started yet
duhh....
it feels like i don't have enough holiday this year
everyday was busy like a bee
well.. not really everyday.. I just got not more than 5 days to stay in bed late in the morning
rasa nak rehat lagi.. tak cukuppppp!!!!!!!!

aaahhh.. serabuts.....

nota kaki: One of my GQ is facing almost similar difficulties that we need to encounter at the moment. It really gives us a hard time dealing with it. It made me grew lots of grey hair also... We really hope that all obstacles will pass soon. Kita juga mahu bahagia seperti yang lain kan? mmm... I need u bucuk...

Friday, December 18, 2009

3 ke 2

Ini la banglo 3 tingkat yang dihuni oleh Gomok, Oggy, Ciko & Cikai. Sebelum J jual the small babies, babies & mummy Mija duk kat bawah sekali. J tak campurkan budak-budak tu. Kalau dicampurkan mau tergolek tumbang banglo tu hari-hari....



Since tingkat bawah dah tak berpenghuni. J pun buka dan cuci banglo ni. Sambil mencuci J pun terasa nak bukak banglo ni tinggal jadi 2 tingkat je. So... sesi buka dan pasang pun bermula...



From 3 storeys cage, it became 2 storeys only!


Thursday, December 17, 2009

Sibuk berkemas

I was busy helping ma packing for the past few days. Sangat memenatkan. Baju ma saja dah 4 beg besar. 2 big black luggages and 2 guni plastic bags. Tudung saja dah 3 kotak kertas A4 . ish..ish..ish.. boleh buat jual longgok lah kat pasar malam.. hehehe.. tu baru baju kerja. Belum baju pakai kat rumah lagi. I packed my wardrobe jugak.. tapi cuma penuh datu beg guni besar jer. Barang J yang banyak hanyalah disebabkan my uni books and notes, novels and my McD collectibles toys.



Ni semua baju ma ye! Not mine. Tengok je la betapa banyaknye hanger kat situ. tu sikit je.. ade lagi yang tak nampak... J selalu usik ma...

Kesian baju-baju cantik ni... takde sape nak pakai dia.. Pakai la even kat rumah pun.

Ye la.. nanti mama pakai la hari-hari. Nak tido pun mama pakai baju kurung.

eh... why not... hehehe.. nanti dia tuntut kat mama sebab tak pakai lagi haru! hahaha...

alah.. nanti kamu ambik lah baju mama tu pakai buat salin-salin pegi skola..

hehehe... itu yang J nak dengar tu..

I decided to bid goodbye to  all my old mags. Segala EH, Women's Weekly, CLEO dan sebagainya... They ruin my bookshelves.. :( berat sangat... Semua mama ikat  supaya senang di angkut ke tempat recycle. While cleaning up atas almasri baju J, J jumpa kertas peperiksaan PMR & SPM. hahaha... lama dah kertas tu J simpan. J amik PMR tahun 1996 & SPM tahun 1998. Dah 10 tahun dalam simpanan dan masih lagi dalam keadaan baik...




Nak tergelak tengok balik kertas-kertas percubaan SPM. SANGATLAH TERUK yer!!!! Walaupun di ajar oleh sifu-sifu yang terbaek... Kimie, Hatta, Sam, Syera, Jepah, Pejek, Azam & a few others, but still, my brain just couldn't accept figures and also chemistry and physics subjects... Walaupun dulu belajar dalam Bahasa Malaysia. Akak tetap blurrrrrrrrrrrrrrr memanjang tau!!! Thanx guys, A LOT... especially Kimie (kerana terlalu sabar ulang 2-3-4 kali bila ajar add math.. khikhikk...) for helping me soooo much back then. Walaupun J ni buta nombo.. tapi alhamdulillah.. J masih juga mampu menjadi 'Orang' yang berguna untuk agama bangsa dan negara.. tau!!! Syukur di atas segala rahmatMu...

Oh ye.. kenapa pulak J sibuk packing semua barang-barang ye? Oohhh... ada projek besar.. tapi tak boleh cakap lagi. Nanti projek dah jalan baru J ceghita ek???

nota  kaki: emm... cuti dah nak sampai hujung.. J kena balik KL ujung minggu ni, sebab banyak kerja HEM yang belum selesai... rasa macam kejap je cuti... Part of me felt happy for the new year is approaching, will be meeting new kids, new classes to teach and what not and a part of me felt uneasy thinking of the surprises awaits in the first school meeting for 2010... emm...

Short entry on BOOK

I'm done with The Ring on Her Finger.



Currently reading Heaven & Earth.

Dua-dua ber'genre'kan romance. The Ring on Her Finger was quiate a bore at first. Maybe because of too much of ganguan and alot of stopping every now. It's a bout a rich girl proposed by a moron guy which was wanted by the authorities because of a murder case. She ran away to be a helper in a fam house and met an ex race car diver. fallen in love and yadaaa..yadaa..yadaa.. In short, not bad but tak berapa nak menangkap sangat...

Heaven & Earth is actually the second book from the Three Sisters Trilogy - Dance Upon the Air, Heaven & Earth and Face the Fire. Both books belongs to my colleague. I'm waiting for her to buy the first book, before I could start the third book. (She bought 2nd & 3rd book without realising that they have another to complete the whole set). A little someting about the book.. Click to read more...

#1 New York Times bestselling author Nora Roberts has enchanted millions of readers with her moving, intimate tales of friendships made and hearts lost, of legends, lovers and longing. Now, in the second book in her bewitching Three Sisters Island Trilogy, she returns to the haunting shores of New England-and to the lives of three passionate, powerful women....

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah... Allah masih memberi peluang kepada J untuk terus bernafa menjadi khalifah dibumiNya.

Salamat menyambut Tahun Baru 1431 Hijarah kepada yang beragama Islam. Semakin bertambah tahun.. semakin bertmabah usia. Semakin banyak la tumbuh uban di celah rambut hitam J ni... (uuuu... sedey!!)

Kat sini tengah hujan.. tidur sedap ni... dah banyak hari J tak dapat pelok cium lappy J ni.... hehehe...  Sibuk sikit. nanti J cerita di lain entri.

Friday, December 11, 2009

eemmm....

Kita hidup ni penuh dengan pancaroba.
Kalau hidup tanpa masalah, tak sempurna jadinya.

Kalau hidup penuh dengan masalah, apa kesudahannya.

Bila kita hidup dengan mencari masalah, ia akan bertimpa-timpa.

Bila kita hidup dalam masalah bertimpa-timpa, pastinya akan melibatkan orang-orang sekeliling kita.

Bila melibatkan banyak jiwa hidup akan jadi sengsara.

Ahh... konflik lagi...

Apa korang rasa kalau darah daging sepusat sepusing sendiri sanggup bersusah payah untuk orang lain tapi mengabaikan malah menimbulkan kesusahan kepada darah daging sendiri?

Beruk kat hutan diberi susu sampai kenyang... Anak yang dikendong tak sedar hilang tercicir di tengah jalan...

Sedih.


p/s: Semoga Allah permudahkan dan memberi kekuatan terhadap segala dugaan yang diturunkan. Semoga ia dapat memberi kesedaran kepada yang terlibat. (tidak melibatkan J, tapi orang disekeliling J.)

Thursday, December 10, 2009

4 hingget seko...

2 days a ago, After sending ma to the hair saloon and sent the 'toto' matress to the laundry shop. I brought these kids to a pet shop. I actually had asked the owner about buying hammies from me. They said that they're willing buy them. So, I decided to sell them off to the petshop.

They used to live in the 3 storey banglo.  When I transited them into this small cage, it made them so hyper at first. But not long after that, everybody started to squeeze themselves close together in one corner. I guess they're cold because of the aircond I guess.




Well, If I don't sell them or give them away, I'll be having 18 of them altogether. Ramai sangat rakyat nak jaga.. huhuhu... If you're wondering about my feelings, well.. I've mentioned before, as long as they don't have names (given by me, Amie or anybody), then I'm more than willing to let them go.

The moment the shopkeeper, placed them all in this big aquarium in the shop, they started to sniff around and started sniffing each other. There was one big hammy in there (it's in the middle, golden colour).. I hope that it will not bite my small hammies. Usually, big hammies aren't comfortable with any strangers in the same cage as they are. So, they might end up biting each other.




May your new owner will take good care of you kids... bye!!! muah..muah..

p/s: They were sold at RM4 each. Ok la kan???

Monday, December 7, 2009

Kompleks Pasir Salak

Bila dah sampai Pasir Salak, tak semena-mena J ajak ma ke Kompleks Pasir Salak. Nak pergi ke kompleks ni ada 3 jalan...sama ada melalui Seberang Perak, melalui bota atau pun melalui Teluk Intan.. mmmm kalau tak silap dari Tanjung Tualang pun boleh kot. Pendek katanya, nak ke tempat ni, haruslah melalui jalan kampung dan pemandangan hijau, pokok-pokok menghijau di kiri dan kanan jalan. Kami pergi bertiga sebenarnya. This trip was unplanned actually. We went out from the homestay in MRSM to buy a loaf of bread... fortunately.. We ended here instead..  hehehe.. Enjoy the pics..



Sebahagian Sungai Perak yang sepanjang 400km. Di depan sikit sungai ni, tempat J.W.W Birch dibunuh. Sejarah ni.. dalam buku teks ade ye.. sila ingat semula. Kalau tak ingat.. Klik di sini yek?



Pintu masuk ke Terowong Masa Sejarah Pasir Salak. Kami datang ke sini hari Isnin, jadi tak ramai pelawat yang datang melawat.



Sebenarnya tak leh tangkap gambar. tapi... ssshhhh.... J amik dua je. Dalam terowong masa tu, ada diorama. Diorama tu macam dalam gambar kat bawah ni lah. ada patung--patung kecil yang di hiaskan mengikut keadaan yang berlaku pada masa tu, rumah-rumah, pokok, pokok, senjata dan sebagainya. Semuanya menceritakan kronologi sejarah yang berlaku di  Pasir Salak.




Ini jam suria. Orang dulu-dulu tengok masa menggunakan jam suria ni berpandukan cahaya matahari sebab  tu ia di panggil jam suria.



I was curious. How does this thing works?



So, I compare the shadow on the Jam Suria with my analog watch. (sila abaikan bulu roma yang kelihatan yek? huhuhu..) Hampir tepat kan??????




Ma kata dulu-dulu masa dia kecik selalu tumbuk beras sampai hancur untuk dijadikan tepung dengan menggunakan alat ni.


Sayang seribu kali sayang.... tempat ni penuh dengan maklumat sejarah yang sangat berharga, tapi malangnya penjagaan tempat ni lagaknya seperti diabaikan. Tidak dijaga dengan sempurna. yang paling menyedihkan Komplek yang menempatkan sejarah menteri-menteri besar Perak. Ketika Kami masuk, bangunan tu langsung tidak di buka suis lampu apatah lagi aircond. Semua bahan pameran berhabuk dan kelihatan seperti dah lama tiada yang datang melakukan kerja-kerja pemuliharaan. Mungkinkah sejak berlakunya kucar-kacir tampuk pemerintahan Perak menjadi salah satu penyebab kompleks ni jadi macam ni? hm.. ntah la..



Kesian akak kan? Datang jauh-jauh nak tengok bahan sejarah, tapi tempatnya tak dijaga dengan baik.. kan? Adik tau akak  tak berapa nak minat sejarah, tapi tapi adik pun sedih kak tengok tempat ni macam ni...

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^