Thursday, January 31, 2013

Terbongkang

Aktiviti lepas makan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday ~ Stress

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, January 29, 2013

Wing Zone di AEON Manjung

Coba-coba tempat makan baru di AEON Manjung. Rasanya ni kedai yang pertama kot. Kalau korang google website mesti jumpa. Menu utama mestilah chicken wing. Ada jugak menu burger dan cicken tenders kalau tak silap. Dah nama kedai wing..haruslah menu utama chicken wing kan.

Masa nak order tu kena pilih perisa apa yang nak digaulkan dengan chicken wing tu. Boleh pilih jugak tahap kepedasan pilihan kita. Yang J pilih ni tahap ke 3 dari 4. Takde le pedas mana. Kalau tak nak yang pedas pun ada. Satu lagi dia akan bagi choice nak pencicah apa. J mintak Mayo (dalam bekas plastik kecik label Ranch dalam gambar). Tapi...kenot go la..  next time nak try mintak blue cheese pulak.

Yang J beli ni perasa hot shot. Chicken wings tu digaul dengan perisa hotshot. Pedas-pedas masam sikit. Side dish wedges dengan roti. Wedges dan roti  sedap. Tapi perisa hot shot tu not to my liking. Lain kali kena try perisa lain kot.

Satu lagi brownies tu sedap sesangat. Tambah-tambah makan masa dia tengah suam-suam. Rangup di luar tapi lembut, moist dan chewy kat dalam. Tapi saiz kecik sangat...

Boleh cuba try test lagi lain kali!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 28, 2013

Selambe je...

Letak kejap je....

Uwaaaa.....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, January 26, 2013

Saturday Day Out



Sampai je kampung, terus hangkut budak-budak dua ekor tu jumpa my fav vet di Sitiawan Animal Clinic.

Vaksin, buh ubat kutu, ubat cacing dan COATEX untuk Julie.  Sekali vet tu tarik Julie keluar dr voyager, segengam bulu cabut. Terus dia kata "uiyoh..teruk ni. Ada bagi makan ubat tak?" J ngaku cuma bagi BREWER YEAST je. And... she said brewer yeast more to digestion.. and I went "oooooooo". Dia suggest try Coatex for a month. Sangat besau hokey!



Camne nak bagi dak Julie tu makan? Any ideas???





Lepas tu berdesup ke the only fav petshop kat Manjung Silver Eagle Pioneee Enterprise. Kalau pergi situ confirm akan beli berbeg-beg sand litter 10liter. 


Dan yang terbaru...Wetfood SUPERCAT. Jenuh pusing petshop kat KL tak jumpa. Sekali ada di kampung wey... alhamdulillah. Ni semua Julie punya pasallah..gedik. Friskies namo. Nak makanan mahal jek. T.T
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 24, 2013

Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun






Dah ada?
Alhamdulillah... J sudah milikinya.
Mula-mula J tertarik dengan alunan zikir-zikir beliau bila terdengarkan di saluran astro oasis. Sekali hanya dengar, tak pandang ke tv. Kalau tak silap masa tu tengah buat sesuatu. Kali kedua, baru nampak siapa pengalunnya. Lepas tu, selalu terdengar pulak kat radio ikim. Barulah tergerak hati ni nak cari CD dia.

Alhamdulillah...sangat tenang pemanduan bila kemana-mana ditemani alunan zikir beliau. Terutama setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Mahupun dalam perjalanan yang jauh.
Kita ni bukan hamba yang sempurna. Jiwa kita mudah rapuh dengan bisikan dan godaan. Memetik kata Hafiz Hamidun jiwa yang orang yang tidak berzikir boleh menjadi keras. Jadi dengan membasahkan bibir dengan zikrullah..walau dalam hati sekalipun.. insyaAllah sedikit sebanyak ia dapat menenangkan dan melegakan jiwa dah roh yang gersang.. Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dah rahmat dariNya.



Oh.. murah je. RM 19.90. J beli kat kedai speedy je. ^_^

J: rindu menggebu-gebu untuk menjejakkan kaki semula ke masjidil haram..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 21, 2013

Jengket

Bertuah kan budak ni?

Tapi jangan risau ye kengkawan.. Dak Ian ni gayat. Jadinya dia jenguk camtu je. Memang tak pernah panjat. Maklumla kaki tak kuat & tak balance. Tiap kali J tegur dia, dia akan turun masuk balik.

^_^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, January 18, 2013

Love Note

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 17, 2013

Puding Roti Coklat

Projek malam tadi. Google resepi kat internet tapi J ubah sesuka hati. Cuba masak guna double sided pan vantage tu. Semerbak bau memenuhi ruang rumah. Marvelous!!

Walaupun rupanya tak berapa nak semenggah... tapi rasanya sedap! Tadi bawa ke sekolah jamu rakan-rakan..and they loved it!

The ingredients that I used..
(Bahan digunakan berdasarkan peralatan dan apa yang ada je)

Bahan utama
8-10 keping roti. Sekeping tu potong 9.
Susu segar. (Tuang sesedap rasa sampai roti basah)
Kismis (tabur ikut suka)
Cheese cheddar (J potong panjang2 dan nipis)

Bahan untuk di pukul
2 sudu besar butter(cairkan)
1 sudu besar choc chip (cairkan)
2 biji telur
1 sudu kecil choc emulco
1 sudu besar milo
2 sudu besar gula icing
*pukul semua dengan whisk
Dah siap campur dengan susu sikit bagi cair. Dan tuang atas susunan roti.

J masak dalam pan vantage. Jadi buka api kecil je. Bila bau dah semerbak. Roti dah naik, terbalikkan pulak. Cek la sekali sekala supaya tak hangit.

Simple dan mudah je!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, January 16, 2013

Back to basic

Masa mula-mula posting, kena ajar matapelajaran ni. Yang bestnya... tiba-tiba dilantik jadi KETUA PANITIA. hohoho...

Being a 'penyapu baru' at that time, accepted it without any fuss. At least, I'm glad I did my best. Buat semula fail yang tunggang langgang (hampir tiada sebenarnya sebab dah lama tak update), redecorate bilik Pendidikan Moral. 2 tahun berikutnya, turun takhta. Jawatan diberi pada orang lain. J dapat kelas BI sepenuhnya.

Dan tahun ni J dapat semula mengajar matapelajaran ni. Agak kekok sebenarnya...sampai ada murid kata..

"Teacher, I think teaching English suits you better"

Haaaaaa.... camne tu?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, January 15, 2013

Hah!

Caught her red handed. I watched her looking at herself at the mirror. After a few seconds, she tried to fish out some brooches fron the bowl. Hah! Gotcha! Now I know who's the culprit!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 14, 2013

It's Monday.

Not a sleeping day.
It's a working day.

Don't work and sleep.
Happy working people!

J: cubaan memotivasi diri sendiri untuk jadi lebih bagus hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, January 13, 2013

Can I eat one ?

NO!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, January 12, 2013

Aktiviti Hari Sabtu

J tak buat keje sorang-sorang. Tapi bersama-sama 5 rakan yang lain. Alhamdulillah...siap jugak.

Sekarang ni dah tak boleh langsung ganggu masa persekolahan. Jadi..terpaksalah hari minggu dikorbankan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 10, 2013

Buku Merah

Yeay! Dah renew! In 2 hours more or less..terus dapat.

Boleh sambung holiday lagi!

J: simpan duhet tinggi menimbun tapi tak hepi buat ape.. Baikle jalan-jalan tengok tempat orang.. so.. ada sikit2 pun belasah je.. janji ENJOY!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, January 6, 2013

Cone Pizza

Found it at the LG floor opposite Tesco in the Paradigm Mall, Kelana Jaya.

Bought 2 for RM13.00. Meat mania & tropical chicken.

Best to be eaten while it's still hot.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, January 5, 2013

Beautiful Saturday

The weather is nice. Breezy morning...I've always love it that way.

Had sardine sandwiches with a pot of black coffee while watching a Korean drama series... it was really fulfilling!

First weekend of the year. Am a happy lady..inside out. ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, January 4, 2013

Mami's New Toy

Published with Blogger-droid v2.0.9

Hari ke 3

Alhamdulillah... semua kerja yang wajib siap on time.

Tapi.. terasa agak pelik. Terasa tenang dalam kekalutan dek tugasan yang banyak. Ujian apa kali ini ya Allah... semoga terus diberi ketabahan, kesabaran, kekuatan untuk hadapai apa jua cabaran dan rintangan untuk tahun 2013.

I don't feel excited like I use to be everytime when the school reopens.. hmmm.... why meh?

Wednesday, January 2, 2013

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^