Monday, July 29, 2013

Ramadhan #20

Blackout.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ramadhan #19

My first homemade M&M cookies for Aidilfitri.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan #18

Merapatkan ukhuwah yang terjalin sejak 1994. Tak cukup ahli. Yang penting hubungan terjalin tidak pernah putus. InsyaAllah...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 26, 2013

Ramadhan #17

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, July 25, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 18, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan 2013 tahun ni berlangsung pada 6 Julai yang lepas. Gambar-gambar tahun semuanya atas ihsan seorang teman yang menjadi jurugambar pada hari tersebut. Memandangkan beliau juga adalah guru rumah merah, jadi banyak pilihan jugaklah gambar yang boleh dipinjam.

Tahun ni J terikat dengan persiapan buku program. Agak huru hara hidup dan sangat tak seronok sebab tak dapat memberi sokongan kepada murid-murid ketika acara tarik tali dan beberapa acara akhir yang dijalankan sebelum hari kejohanan. Oleh itu, tahun ni J tekan 'remote control' je. Semua pertanyaan, pendapat dan arahan adalah melalui telefon dan whatsapp. Terasa seperti BOSS hokey!

Rakan-rakan yang merupakan tulang belakang umtuk persiapan tahun ini. Tanpa bantuan mereka, perbarisan rumah merah takkan kelihatan gah begini.


Maskot rumah merah. Ali Baba & Marjinah yang comel. Tarbus tu J buat sendiri pada malam sebelum kejadian.


Banyak aksesori recycle je dari tahun lepas. Demi menjimatkan.


Comel kan?


Upaca perasmian.


Perbarisan keluar padang.


Budak ni simpan misai dan jambang yang dilukis sampai ke akhir acara. Suruh cuci pun tak mau. Hehe..


Acara ibu bapa dan guru tahun ni sangat menarik. Selalunya tarik tali je. Dan selalunya ibu bapa lah yang menang. Kederat ibu bapa murid-murid sangat KUAT tau!

Tahun ni untuk kaum bapa, diadakan acara lum basikal. 


Bila rantai jatuh.... kena pikul lah!


Acara untuk kaum ibu pula 4 x 50m. Hehe... J and the geng berlarilah sekuat hati. Walaupun pasukan J besar-besar dari segi saiz (termasuk J lah tu), tapi kami dapat berlari dengan lajuuuuu! 

J pelari terakhir. Dah tau memang berada di hadapan..maka dengan confidentnya... memecut kegarisan penamat sambil memusing-musingkan baton ke udara dan menjadi JUARA!


Alhamdulillah.. rezeki rumah merah tahun ni. Menang perbarisan terbaik dan menjadi JOHAN keseluruhan untuk tahun ni. 


Semoga tahun hadapan kita menang lagi!

Hip hip horey!

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan #15

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ramadhan #14



Bila dah mula menampal gambar pada slip peperiksaan, tandanya UPSR dah nak dekat!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 22, 2013

Ramadhan #13

Sayu semalam masih bersisa.
Hanya kalam Allah ubat mujarab untuk jiwa nan lara.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ini suda lebey!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan #12

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, July 20, 2013

Nyet & Oyen

In front: Nyet
At the back : Oyen

Cucu baru Pak Mat. Takdela baru sangat. Dah banyak bulan jugak budak berdua ni jadi permanent resident. Jinak. Manja. Senang bela.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ramadhan #11

Hari mandi untuk semua.
Termasuk Nyet dan Oyen.
Sape Nyet dan Oyen?
Esok saya update.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 19, 2013

Ramadhan #10

Taken aback by a news this dawn. A friend back in uni.. passed away.

Ajal tidak kenal apa masa, usia, penyakit...apa saja. Bila Allah dah tetapkan ajal kita dah tiba, maka penyakit atau apa2 kejadian sebelum menghembuskan nafas terakhir hanya menjadi punca pemergian kita.

Semoga saya dan kamu dihidupkan dalam Islam. Dan dimatikan jua dalam Islam.

Al fatihah..

J: Tiba-tiba rindu pada arwah ahmadhakimi dan isteri.. al fatihah juga untuk mereka.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan #9

Hari ni banyak cakap. No good.

Hari ni banyak gelak. No good.

Hari ni banyak mukasurat bertadarrus. Very good. ^_^

J: Hadiah berserta nota di atas meja mengingatkan saya yang masih terhutang entri hari sukan rupanya...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan #8

A week passed. Beautifully. A few more weeks to go. Hopefully with victory.

However, this young chap can only endure half day fasting. ^_^

Captured this moment as soon as I reached home. He greeted me and fell asleep again after a big yawn.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 16, 2013

Kalau Memang Harus Begitu

Dicadangkan oleh seorang teman. Acik Lana berjaya buat saya terus membaca sehingga keakhirnya dalam tempoh yang singkat.

"Tak mungkin musim cinta ini berlalu seandainya hatimu seperti hatiku.."

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ramadhan #7

Kembali ke daerah tenang itu. Daerah tenang dimana tempat aku pernah berlindung mententeramkan jiwa. Daerah yang sering menyelimuti aku dengan ketenangan yang penuh kasih sayang. Daerah yang pernah kuhuni. Hanya aku.

Aral melintang, membujur lalu... menarik ku keluar dari daerah itu tanpa rela. Di tarik ke daerah lain yang kosong tanpa jiwa. Disitu aku berteleku bertemankan awan hitam dan kelabu. Berteleku sehingga tumbuhnya sedikit rumput-rumput kecil. Tiada pohon rendang. Tiada batuan. Tiada tasik yang menyejukkan. Tiada tenang. Kosong.

Tak sepatutnya kaki dijejakkan kembali ke daerah itu. Namun hati ini meronta-ronta ingin mengintai apa dah berlaku sepanjang peninggalanku. Alhamdulillah... sepertinya kelihatan masih tenang seperti dulu.

Kucuba selami kedalam tasik. Yang terlihat hanya bayang-bayang. Lalu batu kecil dilontar ketengah tasik. Lenyap bayang-bayang.
Sunyi.
Sepi.
Batu terus  kedasar. Tenggelam tak kembali.

Ada rama-rama kecil menghiasi daerah tenang itu. Kelihatannya indah luar dalamnya. Semoga rama-rama kecil itu dapat menjaga daerah tenang itu. Semoga daerah tenang itu terus hidup indah dan tenang dihiasi rama-rama kecil sebagai perhiasan hingga ke akhir hayat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 15, 2013

Ramadhan #6

Saya pernah ingin meluahkan kisah ini satu ketika dulu. Tapi tak terluah.

Pembulian di tempat kerja berlaku lagi. Kerja yang sepatutnya diuruskan/dilakukan oleh yang sepatutnya ditolak kepada orang lain. Mentang-mentang mereka itu orang yang mempunyai wang. Tahunya mengarah sahaja. Minta pertolongan konon tapi diberi upah kerana menggantikan tempat mereka. Janji mereka boleh rileks.. goyang kaki.

Yang menjadi mangsa...biasanya 'penyapu baru' dan juga yang bujangan. Sepertinya 'penyapu baru' dan bujangan itu tiada kerja atau urusan lain mahupun kehidupan sendiri yang perlu dilalui. Pihak atasan pula ikut saja cadangan beliau itu tanpa banyak soal... terus sahaja arahan dikeluarkan. Dimanakan adilnya di situ?

Selagi boleh ditepis... ya, saya tepis. Selagi boleh dibantu... ya, saya bantu.
Saya tak pernah berkira terutama berkaitan anak murid. Malah berbesar hati melaksanakan tanggungjawab. Tapi kalau dah terlalu SELALU dan KERAP. Siapa yang tahan...?

Tapi... sampai bila pembuli ni akan sedar dan berubah sikap? Hmm....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, July 14, 2013

Popia Epal

Nak buat pai epal sebenarnya.
Tak jumpa pula puff pastry segera.
Cara lainlah yang perlu dicuba.
Terhasillah popia epal untuk berbuka.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ramadhan #5

This man was waiting for his customer long before I did my shopping inside the Mydin Supemarket. I took a quick look at the sole of my slippers on my feet. Obviously it needed to be fixed.

So I went to him and hand in my slippers to him. It made me his first customer for the day. After a few seconds, two ladies came and leave their slippers with few instructions on what to be done and what to be fixed. I smiled...

I always notice this. As soon as Mak Iti and I entered an empty shop or restaurant.. after a few seconds more people will come in too!!  Am always glad that I can somehow help them to gain some profit that day. Alhamdulillah...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan #4

Dalam demam berjaya menghasilkan bubur lambuk persis masakan Mak Iti. Cumanya..Mak iti tak pernah guna udang. Kira macam resepi derhakalah jugak ni. Masak campak-campak pun sedap jugak!

Alhamdulillah...

J: Semoga diampunkan dosa-dosaku dengan hadirnya ujian demam dan selsema di awal Ramadhan ni. Q

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 12, 2013

Ramadhan #3

Down with flu.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan #2

Acapkali bersin. Air hidung mula meleleh.

Dihari kedua hati mula merasa rindu. Rindukan masjidil haram.
Rindukan insan yang pernah disayangi.

J: Setelah sekian lama...kenapa telepati rasa itu masih ada?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, July 10, 2013

Kodok Keju

Ada rakan yang menyumbang idea masa berbual di wechat siang tadi. Alang-alang dah ada pisang kat rumah... terhasillah makanan ni. Sedap di makan suam-suam.

Yang ni versi rajin. Keju J letak dalam kodok.



Yang ni versi dah malas. Goreng kodok dulu keju tepek je kat atas. Hehe...



Cubala... dappp!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ramadhan #1

Cuaca pagi ini kelihatan indah. Agak redup.

Semoga dipermudahkah untuk diri ini dan untum semua yang berpuasa.

J: Sakit kepala malam tadi dah menghilang tapi diganti dengan tekak yang perit kerana muntah selepas imsak. Izinkanlah diri ini untuk terus gagah sehingga tibanya waktu matahari terbenam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Kareem

Kepada semua muslimin dan muslimat.

Maafkan di atas kekhilafan ku. Semoga Allah sentiasa melimpahi kita dengan barokah dan rahmah Nya. Aminn..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, July 7, 2013

iQ made my day..





It made me smile. ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 5, 2013

Serabutss...

Esok Jumaat.
Lusa dah hari kejadian.
Buku program tak siap lagi.
Budak sekor ni nyebok nak mintak manja.
Haaiihh....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 2, 2013

Tidur lebih indah

Agak kepenatan menjelang tibanya hari sukan. Makanya... tidur adalah lebih indah dari menanda buku.

Masalahnya...buku menimbunnn... T_T

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 1, 2013

Sleepy Monday.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^