Friday, September 30, 2011

Foodie Friday

J tak minat sangat makan mi. 

Sebabnya kadang-kadang penjual mi tak basuh mi dan terus masak/ bungkus/hidang. Jadi...mesti akan rasa kapur. Selera yang terbuka bila cium bau makanan yang sedap tu terus tertutup bila rasa kapur tu cecah ke lidah. -_-''

Mi yang J dah makan ni, memang konpem makcik tu celur dulu. (best!)

Tambah pulak dengan kelazatannya. (perrgghh...!)

Cukup rasa pekat, pedas dan manisnya.

Banyak pulak tu! (J memang makan dua kali. Sempat rehat dulu)

Ni la dia..

Mi Bandung Muar Pak Dom yang SUPERB!


Warung Pak Dom 

Kampung Melayu Kepong.

Thursday, September 29, 2011

Beg mu, Beg ku jua..

BEG SEKOLAH J adalah BEG GUNI TESCO. 

J panggil BEG SEKOLAH sebab hari-hari J akan guna beg tu isi buku-buku sekolah. Beg itu sangat bagus kerana keadaanya teguh dan boleh isi buku/ barang dengan banyak. Selalunya, bila nak balik kampung, beg tu jugaklah yang J jadikan beg isi baju dan keperluan. 

MASALAHNYA sekarang... beg itu juga disukai oleh budak Julie tu... 
-_-''

Leceh tol. 

Tiap kali balik, dia mesti panjat beg tu. Nak masuk melepak di dalamnya.

Tak caya?

Dia akan panjat sampai tumbang dan main aci nyorok dengan abam Ian dalam tu.  



Kadang-kadang bukan takat main aci nyorok. Siap lepak berehat dalam tu.





Kadang-kadang TIDO tak sedar diri...
(mata dah kuyu tu... selamba kodok je landing atas marksheet kelas J -_-'')



Kadang-kadang bila cari satu rumah tak nampak batang hidung tu, cari je budak Julie ni dalam beg. 
(dia tengah lena tidur tu..zzz.....)


Yang peliknya, Kalau beg tu kosong... tak pulak dia masuk dalam tu.

Pandai pulak dia tido atas beg tu. 



Nampaknya... BEG KU dah jadi BEG MU jua.. 

^_^

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday ~ Julie aka Dobby

This is my cat, Julie


I think she has DOBBY character in her.


^_^

Sunday, September 25, 2011

Budak Manja.

Dulu-dulu.. sebelum adanya adik Julie, ni la perangai dia.. 

mintak diriba.. pastu lena. -_-
(kalau ringan takpelah jugak)


Budak manja!

Friday, September 23, 2011

Foodie Friday

I like food.

I like good food. Delicious food. Tasty food. 

Who doesn't? Right?

It has been a while I haven't posted food pictures here, right. From now on wards, now and then, I'll try to post       foods that I've eaten and where to get it. (not every week ok?)

As for a start....


Mmmm....Dap takk????

ehehehe....

Place:
RESTORAN WAHAB'S 
THE  BEST CENDOL IN TOWN

SRI RAMPAI BUSINESS PARK, SETAPAK.

Monday, September 19, 2011

Mami, apa lauk apa hari ni ye?

Satu tengahari. 

Pulang dari kerja.

Buka kunci pintu.

Langkah masuk ke dalam.

Tiba-tiba.... ternampak ada benda bergerak.

eh......?

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@
Ian: Mami... apa ada dalam ni?

Mami: Entah... apasal dia gerak-gerak?




Ian: mmm.... Ian rasa macam adik ada dalam tu lah...

Mami: Ye ke? Ce tengok betul-betul. Julie tido dalam bilik belakang kot.




Ian: Tak mami....... Ce mami yang TENGOK BETUL-BETUL!

Mami: Ye ke....? Mana ada.

Ian: IYER!!! Ce mami tengok dari atas.



Mami: Allahuakbar... OK la tu. Bawah tudung saji tu la lauk kita hari ni, ok?

Ian: Euuuwww..... Tak mo la. Tak lalu nak makan. 
(sambil berlalu pergi)

Thursday, September 15, 2011

Gomok, Ciko, Cikai

Dah lama tak post pasal bebudak bulu yang kechik-kechik ni kan?


Ni je la yang tinggal... GOMOK, CIKO  & CIKAI.


Sebenarnya ni adalah gambar-gambar terakhir J ambil sebelum bebudak ni diserahkan kepada anak murid J.   
Saat-saat terakhir Ian & Julie main acah-acah dengan budak-budak kechik ni. 


Bukannya J tak sayang. SAYANG sangat-sangat. Tapi... J rasa tak mampu nak beri perhatian dah sejak dah ada Julie ni. Jadi... untuk tidak meneruskan penyeksaan kepada hammies ni, J buat keputusan nak serahkan bebudak ni kepada anak murid J sebagai anak angkat..


Sedih.. Rindu.. Tapi... dari J tak dapat jaga dengan baik, baiklah J bagi pada orang yang boleh jaga dia yang lebih baik... kan?

Be good babies with you new owner.

I know you'll be happier with him. 
(it's a boy, yes.. A boy from my class)

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

UPSR 13-15 September 2011

Ini gambar semalam.


Perjuangan sudah bermula...

Dup.. Dap.. Dup.. Dap..

Semoga berjaya la semuanya. 

Aminnn.....

notakaki: selalunya camtulah.. bila anak murid yang nak amik exam, cikgu yang risau terlebih sampai stress. huhuh....

Sunday, September 11, 2011

Lazy Weekend

I wasn't in a good health. I had not enough sleep, sore throat and phlegm still bugging, messy head with worrisome towards my kids whom will be sitting for their UPSR next week and last but not least, the unhealed wound in my heart which had caused a terrible ache to myself. (i know... it had been a year and i'm still whining about it. got to put a full stop to it but i don't know how. sigh.)

The weekend was spent mostly on my comfy bed. I'm grateful as the weather on Saturday was so nice which it made didn't want to get off the bed at all. It made me fell asleep after again and again... the whole day. My kids do slept with me too. On both sides of my bed. Cayang korang... tau-tau je mami nak rehat puas-puas.^_^


I switched on the lappy to type this entry, they were there too.. watching closely...


Friday, September 9, 2011

Keimanan Cinta

Owh.. Iqy lagi! 

^_^

Maklumat siaran seperti yang boleh di lihat di poster. 



Ambik gambar ni dari FB Adlene Tsen. 
(bertudung ungu+turqouise)

J dah tengok.. macam best. Minggu depan nak tengok lagi!


Thursday, September 8, 2011

4 fangs.. ko ade?



My mischievous little devil, JULIE has 6 FANGS...2 extras on the upper left and upper right side of her gum. Is this normal kawan-kawan??? I'm really unsure yang mana satu gigi susu yang mana satu gigi kekal...mm... nanti  gigi susu tu akan luruh tak?  Boleh demam ke kalau tumbuh gigi baru? Badan dia panasssss je manjang. But she's HYPERACTIVE most of the time though... 


**UPDATE on 10.9.2011: GIGI susu yang TAJAM dan lebih panjang tu dah luruh dua-dua!** 

Wednesday, September 7, 2011

Too Many Words on Wednesday: Pujuk

Mami... kesian kat cat tu kan? 

Siapala mama or papa dia?

Mesti dia rindu sangat kat diorang kan?


Ian... sekurang-kurang ada jugak yang ambil berat pasal diorang tu kan? Alhamdulillah... ada jugak yang sudi nak tompang jaga sementara mama papa diorang tu balik. 

Tapi kan Ian... mami lagi kesian tau. Takde sape nak pujuk mami dah sekarang kalau mami susah hati. Ian pun sejak dah ada adik Julie, dah tak tido dengan mami. Asyik main dengan adik Julie je. Time makan pun Ian selalu bagi adik Julie yang makan lebih. Ian mandikan adik Julie. Ian tengok je adik Julie manja-manja dengan mami. Ian dah jarang nak duduk dekat-dekat dengan mami... Mami rindu nak tido pelok Ian. Mami ni dah banyak hari tak sihat. Takde sape pun yang amik tau..

Kesian mami tau... 

Sape nak pujuk?

Takde sape pun.

(-_-,) 

Tuesday, September 6, 2011

PETKNODE cat abuse Press Conference

I cried while watching this... because I've seen it with my own eyes. Walaupun tahu cerita ni lambat dan dah malam (trough MM).. Hati J tak sedap, terus grab carrier dan pergi ke Damansara Damai. I was too late and all the cats were fostered by the voluntered who came earlier... Terkilan jugakla kerana tak dapat nak tolong.....




Monday, September 5, 2011

Sunday, September 4, 2011

Simon's Cat: Kucing dan Tikus

kalau Julian atau Julie buat camni.... Wajib catu makan satu minggu!

Saturday, September 3, 2011

Salam Aidilfitri

Eid Mubarak!

Maaf kepada mereka yang singgah ke sini... Dah lama J tak update stori mori the morning glori. ^_^... Sibuk sangat.. tambah pula UPSR bakal menjelang tak lama lagi... Maaf ye.

Rasanya tak terlambat nak beri ucapan sepatah dua kata. 

Ampun maaf di pinta sekiranya ada tulisan-tulisan J buat anda tersinggung. 
Semoga lebaran anda pada tahun ini bermakna untuk anda semua.


Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^