Monday, May 31, 2010

Hujung minggu yang panjangggggg

Rasa macam tak sempat bernafas. Mata dah agak juling. Otak penuh dengan huruf-huruf dan ayat-ayat Bi yang tunggang langgang. huh... Dengan menjemput Achik dari KLIA, tanda kertas peperiksaan, pergi 2 kenduri ketika hujan turun pada malam yang sama, tanda kertas lagi, pergi kenduri nun di Taman Andalas, Klang, singgah pula di Shah Alam, tanda kertas lagi. Dibantu oleh cikgi muda, cikgi tua dan cikgi pencen. Thanks dearies... Akhirnya... pengsan. Terbongkang tak sedarkan diri. Esoknya jam 6 pagi terus mulakan hari Isnin seperti biasa....

Setelah berhempas pulas mengharungi hujung minggu yang panjang, J akan menghilangkan diri dari sekolah untuk 3 hari. Hepp... bukan saja-saja... ada kurus...ish.. kursus. Untuk memantapkan lagi skill mengajar. Al maklumlah baru setahun jagung menjadi pendidik. Banyak lagi ruang kosong yang belum diisi dalam diri tentang dunia pendidikan. Esok juga bakal bertemu dengan roomate semasa di uni.

Petang tadi juga, berterbangan J memecut laju ke Mid Valley untuk bertemu Samseng Koridor Bainun. hehehe... Memasing dah bawak kamera. jadi tak koser J keluarkan talipon yang tak berapa nak canggih tu, snappy gambar. Jadi.. kome-kome.. sila email pada aku gambar tadi ye? Harap Maklum. huhuhu...

Ada yang teringin nak makan Nando's. J pun tak pernah makan... join ajelah. I ordered Angry MangoWith Cheese Slice and Sparkling Apple. Hoh.... Confirm rosak diet gue!


Tapi otai Samseng Koridor takde. Termasuk wad, konon dah nak terkeluar isi perut. False alarm agaknya. Takpe lah... Lainkali kite jumpa lagik.

nota kaki: Paling tak tahan, bila ada yang bertanya... J, kotengok sape lagi gemok? Aku ke dia? Terkekeh-kekeh J dibuatnya... Babe, kita ni semakin lanjut usia, haruslah tumbesaran badan semakin membesar.. hik.. Takpelah... beso ke, kecik ke... janji kite sihat, ye dak?

Friday, May 28, 2010

Selamat Berehat Cikgu-Cikgi di Hari Wesak

Alhamdulillah... sejak tahun lepas cuti Hari Wesak dah diwartakan untuk Wilayah Persekutuan.
Walaupun tidak menyambut, J tumpang sekaki bercuti sama.


Walaupun cuti, J dah siap ada  2 appointment hari tu.
(sama juga macam tak cuti kan?)
Pagi kena pergi jumpa seseorang.
Tengah hari perlu ke KLIA.

nota kaki: teruja dengan appointment bersama seseorang itu... tidak sabar rasanya... hhmmm... =)

Wednesday, May 26, 2010

Pening Lalat Sudah Bermula..


SUP dah bagi tau awal-awal nak keputusan penuh dari setiap kelas sebelum 3 June.
Bersyukurlah juga tak jadi guru kelas tahun ni.
Cuma perlu siap semak kertas jawapan untuk 4 kelas.
Enuff said.

gulp..gulp..gulp..

Sungguh J terlupa nak tambah air dalam banglo tempat Mija, Chaca & Bun lepas bersihkan banglo tu Ahad lepas. Rupa-rupanya air dah nak kering... Pantas J tambah air dan letak semula dalam banglo. Terus Mummy Mija terkam botol air tu. Cian mummy ekk.. dahaga ye?

yeay... dah tambah air baru!!!


ish..ish... gulp..ish..gulp..gulp..


cebok je... mummy nak minum pon sebok nak tangkap gambar!
hehe... sowwie sayang!

Tuesday, May 25, 2010

Expecting again!!


This is her..Mummy Mija. She's getting fluffier, chubbier and fat now. (macam tuan dia..hehehe)
She's in that condition because Mummy Mija is expecting again! Yeay!!!


Her nipples has started to appear within the fur.
And she's getting heavier now.


Can't wait for new pups of fourth generation produced by Mija!

nota kaki: sangat dengki tengok Chaca tido... rasa nak join sekaki jer... boleh tak cayang?

When The kids are having their exam...

This week will be the examination week. All 4 days of the week are taken for the exam. Since, they're facing their battle, I have my extra time to do something else which was way unattended for the past month. I made myself a mug of coffee this morning and had to rush to a class after that.  

What does this doughnut scotch tape has anything related to my entry?... tunggu...


The mug was still half filled. So, I scanned my table to find something as a lead to put on my mug. That was when I found the doughnut scotch tape. A...hah! *pling* ~a bulb appear on my head..hik..~

Can you guess, how I cover my mug with the doughnut scotch tape???

*

*

*

*

*

*

*

*

Tadaaaa.....!


Off I went to my class happily.. (^_^)

nota kaki: 1. Kafein amat diperlukan sejak sistem tubuh berubah masa... Mata ni payah sangat nak lelap menjelang 12 tengah malam. Kreativiti ini terhasil setelah separuh kafein bersatu dengan otak. 
2. Belum lagi terima skrip jawapan murid... agaknya... bertambah 'weng' lah J jadinye... haha..

Bila Cik ViSaye & Cik ViDiye bertemu

Bila Cik ViSaye & Cik ViDiye bertemu...




Kite mandikan mereka bersama!

nota kaki: Kereta pun boleh dating ekk? heh...alasan jer tuh.. hikhik..

Monday, May 24, 2010

répondez sil vous plaît

Dulu J pernah kata, tak best langsung AF8 tahun ni.. memang agak tak best pun. Tapi tengok lah jugak sekali-sekala... Semua orang dah tahu siapa juara. Si juara, mempunyai pakej cukup.. cuma single dia tak berapa menangkaplah. Yang paling memikat telinga J lagu Maulana. Pertama kali dengar terus rasa jatuh cinta! So.. here goes... RSVP by Maulana.



Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman

Ku berkhayalan
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya


Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez sil vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez sil vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran


Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk


Ku pinta kau répondez sil vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez sil vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran


Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu (2 kali)


Ku pinta kau répondez sil vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez sil vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran (2 kali)


Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu


I wonder.. who wrote this song? Mungkin one of the KRU brothers.. perhaps?

nota kaki: Kau milikku dan ku kau punya (^_^)

Friday, May 21, 2010

Besar nanti saya nak jadi arkitek, cikgu

Sambutan Hari guru masih belum reda di sekolah J oleh kerana sambutan di peringkat sekolah hanya akan berlangsung pada 4 Jun nanti. Jadi setiap hari ada sahaja bungkusan comel, tak kira kecil atau besar akan dibawa masuk oleh rakan-rakan masuk ke bilik guru.

This morning, a friend of mine came to me and told me about her 'unique' present she received. The boy who presented her this gift whispered to her that one day, when he grows up, he wanted to be an architect. Wah.... I was not so surprised because it came from a daydreamer. (I'm teaching the same boy too).

Since she teaches maths, the card resembles both of them in the class too.
I guess this kid must have adored her very much. (^_^)


I did saw the boy carrying the present during the morning assembly. I thought it was a class project assigned by his teacher. I was wrong... it was actually a gift to his favourite teacher. Nak tengok? Ni hah...


nota kaki:
1. J sempat komen... kalau dia tambah pokok ke.. pokok bunga ke.. kereta ke... Mesti lagi cantik kan? hehe..
2. Teringatkan kisah seorang guru yang pernah meminta hadiah daripada murid-murid & memesan supaya jangan lupa beri sama kepada guru kelas mereka. Akibatnya, tak pasal-pasal J pun dapat tempiasnya. 2 biji kek & 3 beg hadiah diusung pulang hari itu... hehehe...
3. Walaupun dah tak jadi guru kelas tahun ni, Alhamdulillah... masih ada yang menghargai J.

Wednesday, May 19, 2010

Kalau awak nak jadi gila... sila gilakan saya.. boleh?

Aku sudah bertemu dengan cinta yang baru...

ahh... indah rasanya.

Pertama kali aku labuh kan mata ini menatapinya, terus hati ini terpaut.


Shafaza Zara Syed.

Terima kasih atas tulisan-tulisanmu yang indah itu.

Tidak jemu aku membacanya.

Semoga minda mu sentiasa disinggahi cerita menarik untuk dibingkiskan sebagai tatapan semua.

Semoga juga kau terus menjadi pendidik yang disenangi anak-anak murid mu.

* tajuk di petik dari salah satu bab dalam Legasi Cinta Alisia.

nota kaki: Tiada bayaran dikena untuk promosi ini...hehe...Sekadar perkongsian kepada mereka si ulat buku..

Tuesday, May 18, 2010

Terbanglah Sayang

Masa untuk membaca selalunya suntuk sejak akhir-akhir ini.... harap-harapnya J akan punya lebih masa untuk terus membaca selepas ini (termasuklah buku-buku yang berunsur ilmiah untuk dibentang dalam LDP nanti.. (-_-) uurrrgghh....)


Kali ini Aina Emir mengetengahkan konflik diri dalam watak ciptaannya. Kekeliruan dalam mencari identiti, kekeliruan dalam mencari asal usul diri sendiri, kekeliruan memahami hati sendiri dan orang yang disayangi, kekeliruan yang memakan diri sendiri dan orang disekeliling watak tersebut. Kekeliruan juga berlaku dalam memahami kehendak diri sendiri. Susunan cerita agak menarik, kerana apa yang berlaku didedahkan di suku akhir cerita di mana J pun tak sangka begitu yang terjadi sebenarnya.

Nota kaki:
1.Kadang-kadang kita rasa kita sempurna. Kita juga mahu orang lain ikut sempurna seperti kita. Sedangkan kita sebenarnya menafikan kehilafan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Kadang kala kita tidak sedar yang kita selalu mengandaikan apa yang berlaku tanpa bertanya atau menyoal dengan lebih lanjut. Andaian yang kadang kala boleh memburukkan keadaan, yang boleh memesongkan yang benar kepada tidak, yang lurus kepada bengkok. Kadang kala juga kita rasa kita faham, tapi sebenarnya kita tidak faham.  Disebabkan itu, kadang kala kita terpaksa berlakon untuk menipu diri sendiri semata-mata untuk memuaskan hati atau mengambil hati orang lain.
2. Berkomunikasilah kita sesama sendiri kerana J percaya komunikasi itu kunci kepada penyelesaian apa jua masalah.
3. Maafkan saya... saya selalu buat awak susah hati. Terbanglah sayang... kemana jua kamu mahu pergi tapi jangan lupa tuk kembali ke sarangmu...

Sepetang bersama Dutt!

Siapa Dutt?

Buat kawan-kawan Superb81 haruslah kenal siapa Dutt kan?
She was one of my BFF when I was in my secondary school in Bainun Ipoh. Both of us started to be budddies since form 2. Of course we went through a lot together throughout the years unti we graduated from high school. Since that, we barely meet each other. But we do keep in touch through letters (berkajang-kajang, bersampul-sampul nkau.... lol.. I, myself wasn't aware that I do love to write lot of letters those days~ tu belum masuk surat chenta lagiks..ahakss..~)

Sejak dia mula kerja kat HKL 7 bulan yang lalu, baru la semalam berkesempatan mata bertemu mata dengan Dutt. Kebetulan pulak J cuti sempena hari sukan. Dia pulak off duty. So... ngedate lah kami.

Secret Recipe's Sherperd's Pie..Dutt belanja! Memang yummy!

Bila dah jumpa tu... biasalah... Sibuk catch up stories yang telah ketinggalan bertahun-tahun. Did we gossiped? I think.. takde. We did mention and talk about several friends just to keep her updated about them. Ye ke takde gossip? (macam tak caya je...)

Ya Allah... hanya Dia yang tahu betapa rindunya J dengan kawan-kawan yang lain... Kalau diberikan keizinan nak je jumpa selalu dengan yang lain juga. Tapi J maklum.. masing-masing punya komitmen masing-masing... Kadang-kadang dah berjanji, tapi last minit terpaksa batalkan dan pertemuan tak dapat dilakukan. Tak mengapalah... J faham. Kadang-kadang J pun begitu.

Kadang-kadang bila kita free, kawan-kawan kita sibuk. Bila kawan-kawan free, kita pula yang sibuk.  Harap-harap kawan-kawan yang lain tidak berjauh hati sekiranya J dah terlalu jarang dapat bersama-sama kamu semua dalam apa jua acara. Terutama SuperB81. Bukan tidak mahu cuma tidak diizinkan Allah kepadaku untuk bersama-sama kalian. Insyallah, jika diizinkan, kita akan bertemu juga di lain hari ya? ^_^

Duta dari German

Wah... ada duta pulak datang ke skolah J ke?
 Oo.. tidak sama sekali. Duta yang J maksudkan duta kecik je.. Kecik tak kecik tapi tingi juga orangnya. Berwajah mirip ayahnya yang berasal dari German. Ibunya orang Malaysia. Peter Adam Wigler (kalau tak salah la) Patrik Adam Ricky Winkler (yang ni memang betul), murid baru masuk kelas kelas tahun tiga yang J ajar. Rupanya macam cerdik, budi bahasa (masih lagi) baik & terkawal... tapi malangnya. Adam ni tak pernah bersekolah sejak tahun 1. Jadi knowledge yang dia ada hampir sifar. Adam boleh bertutur dengan baik. He also could understand English Language too whenever I converse to him in English. Kasihan... Tidak pandai menulis, tidak pandai membaca.... J pun tak pasti kenapa Adam tiddak disekolahkan sejak berumur 7 tahun. J agak.. mungkin ada masalah keluarga.


Buat sementara ni, Adam ditempatkan sepenuh masa di dalam kelas pemulihan. J ada menyimpan hasrat nak mulakan mengajar BI yang mudah kepada dia... Tapi kena rujuk buku BI prasekolah la dulu agaknya....
Maka dengan ini... bertambahlah satu lagi cabaran untuk J dan kawan-kawan yang mengajar kelas itu. J berharap dia sudah boleh menulis dan membaca bila sampai akhir tahun nanti.

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

~please scroll down for more updated entries. tenkiu.. (^_^)~

Buat semua warga pendidik Selamat Hari Guru!


Semoga cikgu dan cikgi sekalian akan terus berkhidmat memberi bakti tanpa jemu. J juga doakan agar kita semua akan menjadi lebih tabah, lebih sabar, lebih bersemangat, lebih kreatif dan sentiasa lebih pandai dari pelajar kita! (wahh.. harusla cikgu lebih hebat dari pelajar kan? ^_^)

Gifts received before the real Teacher's days celebration..

Nota kaki: J dah terima beberapa hadiah. Macam tahun lepas, murid-murid dari kelas yang selalu kena marah dah bagi hadiah pada J dulu. How 'bout you? Dah terima banyak hadiah?!

Saturday, May 15, 2010

Sukan - sneak preview....

Pagi tadi baru je selelsai Kejohanan Sukan Tahunan kat sekolah. Hasilnya.... Letih + sakit pinggang! ~sakit pinggang akibat tarik tali hokey! (macam la kuat sangat.. huhuu...)~ Itupun suara nasib tak hilang sebab acara dah banyak dikurangkan sebab dah dijalankan sebelum hari kejohanan.

Zakri @Jakri...Semut Merah rumah Merah!

Walaupun tewas SATU je mata dengan juara, tapi berbaloilah rasa bila dapat johan untuk khemah tercantik & perbarisan tercantik. Alhamdulillah!

Lepas sukan elok pulak ada gotong royong perdana. Tapi ade je yang ca.alip.but awal-awal lagi. hhmm... You know the attitude that some people has, akan selalu menyusahkan yang lain. (malas ulas pepanjang..nanti sendiri makan hati).

Tuesday, May 11, 2010

boo!


image: google

Monday, May 10, 2010

Yang Terindah

OST ADAMAYA




Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedari daku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maafkan jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku rasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah...

~rindu itu satu anugerah...cinta itu satu pengorbanan~
~saya sayang awak~

Kenapa Saya mahu diterjah Eyriqazz

J dah lama jumpa blog GTO aka Great Teacher Onizuka semasa blogwalking pada satu ketika dahulu...



DAN... memang dah lama J add link GTO dalam blog list Cikgu Cikgi Belaka dalam blog J ni. (kite tak pernah nak citer kat die, tapi kite suke jengah-jengah blog die..) Tajuk blog dia memang best. J pun suka tengok cerita Jepun ni dulu. memang gile best la kalau dapat cikgu sempoi macam GTO dalam cerita tu. Kalau tak silap dah tengok cerita tu masa J belajar kat UIA kot... masa lepak reramai dengan geng GQ kat Mahallah Nusaibah dulu... (huk..huk.. windunyer kat korang!!!)

nie ada beberapa entri yang J agak suka lah

5 kesilapan lelaki yang menakutkan wanita
Info yang memang menarik... perlu dikongsi bersama yg tersayang yer..

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani
J pun minat Adamaya. Sekali je terlepas tengok kat TV, terpaksa tengok online. Sangatlah tak nikmat rasanya...  Cik Lisa memang cun melecun.. comel lote kan? kan?

Nasi lemak Antarabangsa. Best ke?
Amie pernah cakap. Takdela sedap sangat. Punah keteringinan sekejap. Tapi lepas baca entri ni.. terus datang ngidam tu semula. hehe... Tambah pulak tengok pisang goreng ala bali tuh...pergghh.... meleleh ayaq lioq weii....

Eyriqazz ni dah lama blogging... tentunya lebih arif dalam pelbagai segi. J ni baru nak berjinak-jinak. Mula-mula buka blog dengan niat sebagai catatan peribadi untuk rujukan di kemudian hari...(maklumlah.. akak ni dah tua.. kuat lupe... hehehe)

Harap-harap sudilah kiranya GTO singgah ke Ticer scribbles yang tak seberapa ni dan tegur-tegurlah mana-mana yang boleh diperbaiki supaya orang ramai lebih enjoy membaca dan nak singgah lagi ke blog J ni... yek?

Letih la camni...

Sayang... am I asking too much from you?

Sunday, May 9, 2010

Sila jaga kebersihan telinga!!!

Dah korek dan bersihkan telinga hari ni? hehe... belum?

Rajin-rajinlah bersihkan telinga ye kawan-kawan.
Kadang-kadang kalau cakap dengan Amie, selalu kena perli sebab J kadang-kadang ni PEKAK sikit. Sorry the morry ye... Korek telinga tu dah wajib di lakukan selalu! Kalau dah cakap macam nak kemam setiap butir huruf tu, maunya nak dengar patah bicara mu itu?!  Lain kali sila c.a.k.a.p dengan j.e.l.a.s yek? 

Berapa kerap korang bersihkan telinga dalam seminggu? Setiap kali lepas mandi? 2 hari sekali? 3 kali sehari? Atau sekali seminggu? ish..ish... jangan amalkan ye? Lagipun, lalu ke korang nak tengok, bila sekali sekala mengorek, berkarat je melekat kat putik kapas tu? LALU ke???? hahaha... mesti TAK kan?

Anak-anak J pun rajin bersihkan telinga sendiri. Tak payah bersuruh. Padanlah bersih je telinga korang yek? tengok tu... punya asyik masyhuk mengorek telinga sampai pejam-pejam mata.. (kadang-kadang ada gak orang yang korek mata sambil pejam mata.. betul kan?)



Tapi... erkk...


masuk mulut le pulak...
(jangan contohi anak-anak berbulu J ni ye... hehe.. tak elok untuk kesihatan!)

Laksa di Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu, mama, umi, mak & mummy yang sudi menjengah je blog J ni.

Hari Jumaat, J dah masak Nasi Ayam untuk santapan semua. Hari Sabtu, ma nak masak Laksa pula. Mm... dah lama tak makan laksa mama.


Rasanya? susah nak cakap lah... masakan mak sendiri kan? Haruslah sedap.


J yang mula-mula habis pabila yang lain masih lagi menceduk laksa ke mulut. Dan... (betul tak tipu ni) tambah untuk kali kedua.... Tak payah di pelawa, laju je menambah untuk kali ke dua.


Malamnya pulak, papa pulak teringin nak makan KFC. Hoh... memang buncit la perut gini...

nota kaki: ohh tidak.... baru dapat kurang setengah kilo. Sekali balik je, bertambah 2 kilo pulak... camne ni????


Friday, May 7, 2010

Gomok & his distance cousins

Abang J ada MMS gambar 2 ekor arnab yang dia beli baru-baru ni. Lepas dapat MMS tu, takde le perasaan apa-apa. Tak reply pun. (hehe.. hampeh punye adik.. ). Semalam, abang bawak anak-anak berbulu dia ngadap J. kebetulan pulak si Gomok baru keluar dari persembunyian dia belakang rak tv (Budak ni tiba-tiba lesap. Yang telah membuatkan kami semua risau dia hilang. Rupa-rupanya dia duduk belakang tu, tido dengan gembiranya selama 4 jam) Kebetulan dia dah keluar, J temukan Gomok dan distance cousins dia.. (^_^)


Arnab dua ekor tu buat tak dulik jer. Gomok cium-cium arnab tu. Kejap je dia menunjukkan minat. Lepas tu, tak de kisahnya. Melilau balik kerjanya...

Look at this one. Oloh..oloh... COMEL SANGAT!!!!! 
J tak pasti nama dia Cing Cing atau Ming Ming.


Masing-masing cuba umpan dengan carrot. Arnab dua ekor, bolayan. Gomok je excited terlebih jumpa carrot. huhuhu...


MakSu tangkap la gambar lagi sekali. tadi takde rambut.
Ye lah..ye lah..
Laa... pesal tak senyum????

my nephew Haziq


Suke sangat tengok budak-budak ni terlompat-lompat, terkedek-kedek pusing dalam rumah. Kalau di pegang & usap begini, elok je diam... dengan hidung terkemut-kemut... Memang comel!


Hah.. maksu tu nak tukar bela rabbit ke pulak?
mm.. tak kot.. maksu sayang lagi dengan hamster maksu tu..


Abang kata dia beli kat pameran pertanian kat Beruas. RM 15 seekor. Ni ada gambar arnab-arnab lain yang dia snap semasa di sana.


Bau ape tu?

Cedapnye bau...mama masak ape lah hari ni?
Bau macam nasi ayam je.
Mama!!!!!! nak cikit bley?
~ciko~



Sayang mana bley makan nasik... nanti mama beli snacks untuk sayang yek?
Kuaci pun dah nak habis kan? Petang nanti mama beli okay?


Thursday, May 6, 2010

Wad 4

J kat mana?
Kat rumah. kenapa?
Ada sesuatu berlaku.
Apa dia?
Papa jatuh. ...bla..bla..bla.. Sekarang kat hospital...BP tinggi....kepala bengkak sikit....Nanti ma call balik.
J balik malam ni ye?
Balik esoklah. Pergi sekolah dulu.
Okay.

After a few seconds, I hesitated. I was unsure what was really happening. Was it true my father fell just now? Yup.. it was not a dream. I quickly organise my chores and the most important list of red's house participants for several events happening the next morning.

The next morning, I seek permission form my boss. It was upsetting to look at his mocking facial expression after I utter the permission I seek for. He thought I don't have a father all these while. :( The moment he saw my teary eyes, his face changed and he gave his permission.


I felt glad the moment I got to see and meet pa with my own eyes, he looked just fine. Macam tak sakit pun. He's already 61 but he doesn't looked like one. Lalu je dia habiskan nasik spital yang tawar 'leishor' tu.  Since he's already stable, the doctor allowed him to go back home. Alhamdulillah.... Tapi dia masih rasa pening-pening sikit. Semoga pa kembali sihat macam biasa.

nota kaki: He didn't get enough rest since he came back from umrah. I guess that was why he passed out yesterday. Tak pasal-pasal kena ceramah dengan J tadi. huh...

Tuesday, May 4, 2010

Penantian yang satu ini sudah berakhir...

2 minggu, serba tak kena je selagi tak terima kunci yek? kesian dia... (^_^)


Finally, on the 1st May, you received your first car ever...
Alhamdulillah... B tumpang gembira.
Terima kasih kerana mengotakan janji.
Dan... jangan lupa kotakan juga janji-janji yang akan datang k?

nota kaki: penantian yang satu lagi... bila pulak ek? Tak lama lagi kot?

Yeay.. dah bole minum milo panass...

Dah berhari-hari cerek elektrik automatik J rosak. J dah guna sejak dari belajar kat U lagi. Dah sepuluh tahun rupanya dia berkhidmat untuk J... Lama jugak tu. Cerek tu pun ma dapat hadiah masa dia kursus di Langkawi. Memang berbaloilah rasanya...kan?

Satu hari tekak ni terasa nak minum milo panas. Sebelum J mandi, J jeranglah air dulu.  Kononnya, lepas mandi boleh la terus bancuh air. Sekali lepas mandi, air tak masak-masak lagi. Hairanlah jugak. Sekali macam terhidu bau hangit. Sekali kering dah air dalam cerek tu. mm... Kena cari cerek barulah nampaknye.

So, yesterday I went for kettle hunting. I went to the nearest shopping mall after work.



 
Mula-mula ingat nak beli sama macam yang lama. Tapi bila fikir balik, jenis yang lama senang berkarat. I thought of changing the type of the kettle this time. With a few choices available, I opt for this one. (walaupun tefal ada jugak... tapi rasanya... not this time.. hehe..)


Yeay! Dah boleh minum milo panas cicah biskut!!!!

Monday, May 3, 2010

Pernah main tak?

Satu hari tengah mengajar, J ternampak budak main benda ni. Mesti korang pun pernah main kan?


Nak main ni kena guna 2 belah tangan.


Cara lipatannya senang je. Lepas tu, tulis nombor pada setiap satu bentuk segitiga di dalam.


yang nak gelaknye, bila buka tengok isi dalamnya. hehe..


Apa nama permainan ni ek?

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^