Friday, January 29, 2010

Beger oh beger!

J memang suka suka burger. Kalau ke KFC J akan order Zinger.  Jadi J cuba la Zinger Tower KFC ni. Bezanya dari Zinger biasa ialah dengan adalah hashbrown and sos limau. The taste was not bad. Tak buh sos pun boleh je layan..


A week later I bought this beef prosperity. Beli pun sebab teringin... takde la tak sedap. But I wish they add lettuce in it instead of onions. Anyway, eventhough the patty is dipped with black pepper sauce, but I still need to add some chilli sauce to enjoy it better.


Zinger Tower vs Beef Prosperity.

I prefer Zinger Tower than Prosperity Burger.
BUT
If they add some lettuce and slices of tomatoes in the Prosperity Burger, I'd prefer that one better.
mm.. mana satu yek? mana-mana lah.. hahaha...
janji perot ku kenyang!!!!!


nota kaki: dua-dua pun bukannya healthy sangat pun...J makan sekadar memenuhi keinginan tekak. Sila lah makan makanan seimbang ye?.. hiks..

Thursday, January 28, 2010

6 - 2 = 4

She's gone too... mcm tgh tido je kan?



So.. there's 4 left only . Baby Chaca ni ganas la sket.. salah satu nipple Chaca berdarah dibuat dek budak-budak kecik tu.. Pity her. Sampai kurus keding kering kontang si Chaca. Kena asing Chaca dari baby la nampaknye.

ENGRES?????? rase nak *!#^$*!@% je...

I conducted a dictation test with my year 6 kids. I've told them since Monday. Read, practice writing, memorise or whatsoever. The session went well without much fuss. Books were collected and the bell rang, off they go. I had an urgent meeting afterschool. So I had to take their books back home. As I expected, many of them didn't read... because it shows from the outcome. The moment I took this book...

rase nak *!#^$*!@% je...

ENGRES???????



6 tahun dah belajar... kesian betol la kat ticer-ticer yang ajar dia sebelum ni.
Dah la tak tulis nama! Nak tengok ape isi kandungannya?

click the pic for a larger view



korang baca.. and guess...

Tunemen sungguh!!!!

nota kaki: nak gelak pun ada.. kesian pun ada.. berat sungguh tanggungjawab J tahun ni... lebih separuh tak lulus masa ujian PKSR 2 tahun lepas... adoiiii....

Tuesday, January 26, 2010

Oh NoOoOoOoooooo!!!!!!

!!!!!!!!!!!AMARAN!!!!!!!!!
Entri ini mengandungi gambar yang agak tidak sesuai untuk tatapan mereka yang berjiwa lemah.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
J sangat gembira bila J terperasan salah satu daripada baby Chaca di kelahiran yang kedua ini berbulu kelabu. Yeay! Dah ada pengganti Ponen! Tapi... dia tetap yang terkecil dalam ramai-ramai 6 beradik tu. Dalam hati J dah terdetik...macam sesuatu je yang akan berlaku sebelum sempat dia besar. Sebab dia nampak fragile sangat.. too small.. whereas her siblings are growing each day. Yes... this time it is a girl.

While I was marking my students book, I heard a loud shriek. But I didn't bother to peek. Too concentrate with my task at that time. (menanda buku tahap 2 tahun ni SANGAT memerlukan perhatian & tumpuan yang lebih, tambah lagi bila membaca ayat-ayat 'canggih manggih' yang dihasilkan anak murid). Some time after that baru la J tengok. Oh Nooooooooooooo!!!!!!!!!!!! Dah tercungap-cungap... tak tau siapa yang kerjakan dia.. (-_-). Soon after I picked her up, she died.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Sunday, January 24, 2010

Kanser Servik

How much do you know about it?

Yes... I admit, I don't have much knowledge about it too. I've read it before and I think, I've discard it out from my memory. I've come across this website this morning. These are some quick facts taken from the site..

It is the 2nd most common cancer affecting women.



•Each year, about 500,000 women worldwide are diagnosed with cervical cancer and more than 270,000 die from it.


•Cervical cancer is caused by a common virus known as human papillomavirus (HPV).


•Regardless of age, all females risk exposure to the HPV virus as it can spread via skin contact and sexual intercourse.


•Early sexual experience increases risk of cervical cancer.


•Women who smoke are 2 times more at risk than non-smokers.


High number of pregnancies increases risk.


•Usage of contraceptives is a factor of cervical cancer.


•Sexually transmitted infections like Chlamydia, Herpes may cause cervical cancer.


•Pap smear was introduced in 1943 to detect possible cancer causing cells in the cervix.


•Pap smears can detect pre-cancerous and abnormal cells but it does not prevent the cause of abnormal cells and cervical cancer.


•Regular Pap smear tests decreases a woman’s chances of developing cervical cancer by 5 times.

You could even take a test, to assess your risk.

nota kaki: penyakit senyap macam ni memang menakutkan... Semoga J & pembaca semua sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Thursday, January 21, 2010

Lempang dibalas Lempang.

Berita ni J jumpa Harian Metro online. Beritanya pendek sahaja..

Ibu ke sekolah balas lempang

Oleh Rashidi Karim

am@hmetro.com.my


2010/01/21 KANGAR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini, sekali lagi dikejutkan dengan insiden kekecohan apabila berlaku kejadian menampar membabitkan pelajar dan guru sekolah terbabit, kelmarin.

huh... harap-harap tak  berlakulah pada J..

lelah

tekanan masih belum berkurang sejak mula kembali ke sekolah
hari-hari rasa macam bersirap-sirap darah menyirap ke muka
hari-hari J takkan lengkap kalau tak di cabar kesabaran J
kalau tak sekelas, 2 kelas, 3 kelas, 4 kelas
budak-budak sekarang sangat berbeza
terlalu berbeza
lelah dibuatnya...

nota kaki:  sampai je rumah setiap hari, terus 'kong'.  It feels like a superhero yang telah kehilangan kuasanya.....

Tuesday, January 19, 2010

pen merah pen biru...

pen merah, pen biru,
u marah, ai lap u...

bila nak buat entri ni, tetiba teringat 'pantun' lama ni. It made me smiling to myself typing it here. (^-^)
Ye.. memang nak cerita pasal pen pun.

Teringat masa sekolah dulu-dulu. I was always unlucky because I would always bought disfunction pens as soon as I wanted to use it. I did test the pens. I just don't know why the luck in choosing the right pen for me was not always with me... ( ater.. kalau asik bertuah jer.. tak laku la pen-pen kat kedai tu kan???  hehe)

Tengah tanda buku petang tadi, ink pen merah habis (yang batang merah tu).



Memang dah nak habis pun.  I like that pen very much as the ink is clear and bright and it glides smoothly when I use to mark exam papers and exercise books. So, when that one finished, I took out the other two that I have. Malang pak kaduk.. ink tak mau keluar pulak. All three were last year's stock.  Masuk angin agaknya.. sebulan tak guna. I haven't shopped for any stationaries for this year yet because I still have almost everything I wanted in this 'big pencil box'.



I think it's time to shop for new stationaries...

nota kaki: haruslah tunggu ujung bulan je cik J... huhuhu...

Camne leh kenal?

J terima satu komen untuk entri ini.

"camne ko bleh cam sekor2 hammy ko tu?aku tengok mcm same jer...hahahaha"


yer... camne yek? Hamster ni macam orang jugak... rambut sama hitam tapi, hati lain-lain. Boleh? hehe... tak lah.. Dah sah-sah semuanya berbulu kan? Macam manusia jugak, budak-budak ni pun ade perbezaan antara satu sama lain. Beza dari segi ape?
  1. Warna & corak bulu - dark coklat, light coklat, gold, putih..
  2. Gemuk kurus dia.
  3. Muka - panjang, kemek, comel, macho, mata sepet, mata terjojol, ..  (yang ni kena study betul-betul, tatap muka budak-budak ni hari-hari, baru boleh nampak features ni semua..)
Tapi.. biasanya, J boleh kenal budak-budak ni dari warna dan corak bulu di badan mereka.Tengok sekali je dah bley kenal yang mana satu. (haruslah kenal kan.. kalau dah belek hari-hari kan?). These are all hammies that I currently have. Notice the differences of the colour and the fur on their bodies.
Introducing...

Daddy Jimi
  (induk jantan)


Mummy Mija
(induk betina)


Gomok
(1st bacth from Mummy)


Oggy
(1st batch from Mummy)


Bun
(1st batch from Mummy)


Chaca
(1st batch from Mummy)


Cikai
(2nd batch from Mummy)


Ciko
(2nd batch from Mummy)


Bunge
(2nd batch from Bun)



6 small babies
(2nd batch from Chaca)

nota kaki: rasa macam nak buat family tree jer.. :)

Monday, January 18, 2010

Botet



He belongs to a neighbour nearby my mom's house. He used to  be so 'penakut'. Now he's not. Since he saw my presence in his owner's house, he's no longer afraid of me...



Masa ni dah nak senja... silau matahari nak terbenam tu..



kontrol ensem tak hingat!

nota kaki: BOTET.. ialah bukan nama sebenar dia. Anak buah J yang panggil dia Botet. J pun panggil dia Botet jugak lah...  :)

Saturday, January 16, 2010

Projek R - Rahsia...

mata dah ngantuk..
jadi ni je J buh buat setakat ni..



nilah satu punca kenapa asik kena balik kampung dan menyangap.. tiap-tiap minggu...

nota kaki: minggu depan kena balik juga... ade sesiapa nak tolong, jadi driver J?????

Friday, January 15, 2010

saye cedera...

mmm.. bukan J yang cedera. Tapi Cik ViSaye. (-_-)

I was on my way back to my hometown just now. As usual, I'll take the normal route along the coastal area. Last week pun J balik juga, tapi keadaan jalan aman dan damai sangat. Hari ni, asik mengekor bontot lori je..  Lepas potong satu lori, jumpa lori lagi kat depan. Lepas satu, satu, lori bersusun disepanjang jalan.

Sampai kat area Bukit Rotan, masih ada lori di hadapan J. Lori yang sangat besar dan panjang. Kanvas penutup lori tu berlubang-lubang. Jadi cebisan lubang tu berterbangan ditiup angin. Dalam hati ni dok tertanyalah jugak.. apelah yang ada dalam lori tu.  Walaupun berpeluang untuk overtake, J masih maintain ikut bontot dia. Sekali... tiba-tiba... J nampak sebatang kayu, terbang melayang keluar dari salah satu lubang kanvas tu jatuh atas jalan. Allah!!! Terus tekan brek. Untung nasib, dapat la elak dari terkena kayu tu. Apekan daya... nasib tak menyebelahi J dan terkena bahagian depan Cik ViSaye. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah... J tak ikut rapat belakang lori tu. Kalau tak mau berkecai cermin keta tu dibuatnya... I might end up in the hospital.. I guess.. J ingat tak de ape kot,sebab bunyi kayu yang kena depan kereta tu tak kuat. J berhenti solat kat Petronas Tanjung Karang, lepas solat tu baru J tengok kereta. Terduduk J depan kereta tu bila tengok plat hilang & lampu kecik bawah tu terkulai... terkontang konteng.. Rasa macam jantung berhenti berdegup untuk beberapa saat.. Termenung kejap J kat situ.



Nampak macam takde ape yang cederanya kan? Tapi... plat mungkin hancur pecah tercicir merata jalan dan tempat letak plat tu pun pecah jugak...

Lampu ni pulak,nasib tak pecah.. mungkin bracket skru pecah, sebab tu dia tergantung terkeluar dari tempatnya. J cari selotape dalam beg. Takde. Terus J masuk dalam Petronas tu, mintak selotape dari adik-adik kat kaunter tu. Belasah lah.. janji tak cicir tengah jalan sudah.



Walau macam mana berhemahnya kita di jalan raya... kalau orang lain tak fikir atau pentingkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.. inilah salah satu akibatnya...

Sian Cik ViSaye...

nota kaki: Sian jugak kat tuan Cik ViSaye tu... dah lah agak-agak sengkek nih... tiap-tiap minggu pulak kena balik... hhmmm.. Sedih tol... Bukan rezeki J la tu agaknya...

Thursday, January 14, 2010

Nak nyempit gak!

Ini le akibatnya kalau rumah tu dah penuh, tapi nak nyempit jugak!



Kaki yang terjulur adalah kepunyaan Bun. Dalam tu ade Bunge & Mija.

nota kaki: ruang hati semakin sempit. terasa ingin meloloskan diri..bebas..

blur...

dah nak habis 2 minggu kembali bekerja...
tapi J masih clueless...
kehabisan idea..

uurrghhh.... hate to be in this situation!

Monday, January 11, 2010

he is sick..




Ponen is sick... (-_-)

~ updated on 12/1/2010
  he's already gone when I came back from school today... : (

Sunday, January 10, 2010

Sibuk Berkemas Part 2

Mem besar mintak J balik hujung minggu.
Untuk konsultasi & sesi berkemas saat akhir.
Kali ni stor pulak dikerjakan.
J & big bro punggah keluar nak buang.
Tengok je la macam-macam benda ada. ish..ish..
Tapi...ade orang tu kutip simpan semula.
Penuh balik stor tu.... :(


sikecik tu is Oni, my niece. sibuk kehulu hilir cari benda yang boleh di buat main

hishh... tensen tol.. baik takyah berkemas camtu!

Saturday, January 9, 2010

Sedondon

my feveret pen bocor..
maka ter'cirit' lah ink dia keluar.
kebetulan pula J pakai baju kurung kaler same..
maka..sedondon jadinya. hiks..



dah la kejadian berlaku kat ofis. Terkena kerusi rotan kat situ sebab J tengah sembang dengan PKHEM masa tu. Tengah kalut-kalut lap. Bos tiba-tiba muncul. Alamak!!! Matilah kerusi rotan tu abis comot dengan ink kaler purple.. Siap kena tegur dgn bos lagi...

"buang la pen tu J...beli pen baru"

"ye.. baiklah.."

....hehe....

Thursday, January 7, 2010

When the Ticer turns into a SINGA!

Dalam seminggu ni susah bebeno mata ni nak lena. Kalau tak cukup tido esoknye mesti ting tong.  Bila dah ting tong, pantang silap sikit, mula la hangin satu badan. Bila dah hangin sape yang buat salah.. konpem kaw-kaw 'kena' punya. hmmm... elok lah dengan target J sepanjang minggu ni nak terapkan persepsi budak-budak tu yang J, no longer can play around lepak santai with them. Especially budak-budak year 6. I was toooooo baik and friendly with them last year. Therefore, I need to make myself clear that this year everybody needs to be serious. Bukan apa.. selain J nak ingatkan budak-budak tu tentang peperiksaan yang mereka akan hadapi, J pun nak ingatkan diri sendiri supaya tak leka dan seboleh-bolehnya beri perhatian lebih supaya apa yang nak di ajar boleh habis on time.



cubaan untuk melumurkan diri dengan benda alah ni pun tak berhasil untuk melenakan J (-_-)...

Bila dah tak mau lena tu terfikir la balik apa yang dah berlaku di siang hari. Nak tergelak pun ada bila satu kelas sunyi.... sepi.... bila J mengamuk, sebab hanya 2 orang je dari 29 orang yang siapkan kerja yang diberi masa cuti. Mungkin mereka tak sangka, ticer yang baik hati, friendly & suka senyum ni (sorry....ai nak perasan kejap), tiba-tiba leh jadi SINGA. Tambah pulak homework yang J bagi suruh salin nota sahaja pun lebih separuh kelas tak siap. Bertambah-tambah menyinga dibuatnya. Yang dah siap, dah hantar, terkulat-kulat duduk diam-diam. Kalau korang kata, eii... minggu pertama dah hangin-hangin.. takkan lah tak bley bagi peluang kedua? Ohoo.... Hari pertama masuk kelas hari Isnin hari tu lagi, I made myself clear. I've set my rules and by hook or by crook they have to obey my rules. So... saja cari nahas la bila apa yang dipesan masuk kanan, keluar kiri..kan?

Well... Lepas amukan singa semalam menampakkan perubahan bila semuanya elok dan tertib tatkala J melangkah masuk ke kelas mereka tadi. Alhamdulillah... Kerja siap. Semua hantar. Ade la sorang dua tak hantar sebab tak beli buku lagi. (they have their own reasons.. parents takde duit dan sebagainya..). Harap-harap berterusanlah hendaknya...

nota kaki: semoga malam ni boleh lena awal..




Wednesday, January 6, 2010

Nigina

J cadang tak nak tengok tv hari ni melainkan Cinta Balqis di TV3 petang ni. Bila teringatkan malam ni bermulanya Nigina di slot samarinda.. membuatkan J rasa.. mesti tengok.  Sebab ape? Sebab ada  Rosyam Nor dan Emelda. Bila tengok iklan di tv macam menarik je. Dah  lama J tak ikuti slot samarinda sebab ceritanya balik-balik cerita orang koperat, korup sana sini, berebut itu ini, dengki sana sini... huh... semak perut tengok. J tak harapkan apa-apa dari cerita Nigina ni. Kalau  best, boleh sambung layan. Kalau tak best, abaikan aje. Macam drama Cinta Balqis ni. Mula-mula J tak tengok pun. Once tertengok episod yang menarik terus J nak what happen next. oh.. Cinta Balqis dah start. daa...

#updated  at 11.05
mm... macam bley layan jer... tapi.. macam dah boleh agak the flow of the story.. in addition to the admireable casts, the song Nigina, yang dinyanyikan oleh Amy Search... lagu tu pun best... layan...

Monday, January 4, 2010

Berseri-seri

dua tiga orang tegur J berseri-seri pagi tadi semasa perhimpunan...

"Berseri-seri J hari ni. Ada apa-apa rahsia ke?"

"mmm..... takde rasanya..." *sambil tersengih macam kerang busuk... hikhik...



tang mana yang berserinye ntah.. J pakai baju raya lepas je. Itupun dah pernah pakai sebelum ni. Mungkin kulit J dah cerah sikit kot sebab jarang keluar rumah masa cuti hari tu? Mungkin disebab jerawat sebijik yang tertonggok atas hidung J ni? Spoil betul.. buka sekola je tiba-tiba jerawat naik besau seketul. Bencik tol!!! (padahalnya beberapa hari sebelum dia tumbuh tu.. J tak ikut sgt rutin pembersihan wajah... hehe.. padan muka sendrik) Tak pun, dah bertambah chubby, sebab tu kulit meregang dan mereka berilusi optik, maka terpancarlah keserian wajah J ni.. ATAU... ada rahsia keserian 2010 yang J tak nampak tapi mereka dah nampak dulu????

tak abis-abis berangan aje lah kejenye..

nota kaki: thanks Amie for your time... i think it's u the cause of the glow in me...

Chaca dah beranak!!!!

Came back home late today. Terus J pergi jenguk anak-anak dalam bilik.. Macam biasalah, petang-petang macam ni semuanya membutela kejenye... J nampak Chaca lepak kat luar, I mean outside the small house inside the cage. I called out her name. She looked up with a pair of sepet eyes.. Lantas J teringat sikap dia semalam, lepas J bersihkan cage dan asingkan Chaca duk maternity cage. Ni mesti dah beranak nih!!!!! Abis tunggang terbalik rumah & bekas makanan dalam tu dia buat. Dia tolak rumah tu sana sini. Bawak masuk beddings dalam rumah, lepas tu keluarkan balik.. macam meroyan je..  hehehe.. Rupa-rupanya dia nak beranak.. ade la dalam 5 ekor rasanya... Previously, she gave birth to 3 pups.. tapi semuanya mati kena makan. Mungkin semuanya tak sihat, agaknya. Hopefully this time ada yang membesar dengan sihat!


Sunday, January 3, 2010

Selamat kembali ke sekolah!

Esok sekolah! er... yikes!!!! Rasa macam kejap je cuti. Tapi rasa macam otak ni agak krem la bila nak pikir ape nak buat dalam kelas minggu pertama ni. adeh... To be frank.. I'm not fully ready yet... My gear is stil in the neutral state!!! Bingung pun ada... Bahaye nih... iskk... Mana tak bingung... 2 tahun ngajar tahap 1, tahun 1 & 2.. sekali tahun ni kena naik pangkat ke tahap 2!!!




Segala meeting, segala sesi bagi bernanah tinge dah selesai.. hehehe... Dapat jadual baru, adoi mak... I think I'm gonna DIE this year!!!! Ingatkan tak jadi guru kelas dan pegang jawatan yang agak sibuk dalam pentadbiran, boleh la dapat jadual yang agak longgar. Jangan harap lah J!.... sekali dapat 4 kelas! 6A2, 5A2, 5A3 dan 3A3... Yang buat J rasa nak tercekik tu bila tengok dapat 3A3. Harap maklumlah.. kalau kelas akhir-akhir ni kan... segala doraemon, sin chan, otromen semua ada dalam kelas tu. J dapat kelas bawah-bawah je nih...Giler mencabar kewibawaan J ni... Yakin jer GPK buh satu kelas UPSR dalam tangan J. hikhik... takper.. I'll take it all as a challenge. BIG challenge for me this year!!!

Well, maybe the schedule might change into a few versions.. I do hope that there will be more English teacher coming to my school. So that, I can focus to only level 2 students instead of both levels....  Risaulah pulak kalau performance J jatuh nanti... (-_-)

Got to put 110% focus in my work this year. Especially, the exam class that has been given. Got to rush and finish everything before they sit down for their exam.


Wish me luck everybody! I can see a whole busy year for me... starting tomorrow.

nota kaki: Semua cikgu-cikgi.. selamat kembali ke sekolah!

Noti boys!!!

The boys are getting older, bigger and obviously naughtier. Just look at the hole I found few days ago.

One of them cut his nose while gnawing at this hole.



Ape lagi yang tak cukup sayang oii.. makan cukup... minum cukup.. kayu utk gigit pun ade.. tapi ko kunyah juga dawai cage & toilet pot ko nih... ish..ish..ish..



Cepat-cepat sikit

hujung minggu yang tak dirancang. sekian lama mengatur pertemuan.. akhirnya aral melintang lalu.. maka terjadilah satu lagi pertemuan yang tak dirancang..

Pertemuan dengan kenalan yang mula dikenali suatu ketika dahulu. Kini dia sudah berbadan dua untuk kali kedua. Kali pertama, kandungannya tidak dapat diselamatkan, setelah beberapa bulan dia sebati dalam dirinya, tiba-tiba dek kerana kelasakan dengan aktiviti harian, bayinya meninggalkannya. Kali ini dia lebih berhati-hati dan malah sedang menghitung hari menanti keluarnya bayi dalam kandungan. Alhamdulillah...


rumahnya yang terletak berhampiran dengan Palace of Justice

Banyak ilmu yang diturunkannya sepanjang J berada disitu. Tentang rancangan berumah tangga, cara penyelesaian, masalah yang timbul, kehidupan berumah tangga, tanggung jawab, kes kecurangan dalam rumah tangga, kepercayaan terhadap pasangan masing-masing dan tentunya tentang kehamilan... J rasa ianya satu perkongsian yang sangat menarik dan berulang kali dia memesan

"Cepat-cepat sikit J, cakap kat dia suruh cepat sikit... kita yang nak mengandung, nak bawak perut. Lagi bertambah umur, nanti lagi tak larat..Lagi lewat, lagi banyak komplikasi."

"Insyallah..."

Hanya itu yang mampu J ucapkan. Sebagai seorang perempuan, pasti keinginan itu pernah terlintas di dalam hati, sekiranya empunya diri masih belum berumah tangga. J suka tengok ibu-ibu hamil yang comel-comel tiap kali bersiar-siar di mana-mana. Seingkali J berangan-angan.. macam-macam.. tapi seringkali awan angan-angan itu akan dicucuk pecah oleh jarum kehidupan realiti. Lalu ia jadi perkara yang menyedihkan hati. Hati merusuh namun ia harus dibisukan. Harus disimpan kemas dalam hati sahaja. Titik.



J suka sekali kediamannya... angin sepoi-sepoi bahasa setia menemani J, ketika J bermenung di balkoni rumahnya.

Pertemuan sebentar yang sangat terkesan di hati. Semoga dirimu sentiasa berada dalam lindungan Allah sebelum, semasa dan selepas kelahiran kawanku.

aaaahh... permulaan awal tahun yang hampir perlahan dan sangat mendung seperti di luar sana. Kusangkakan panas sampai ke petang.. rupanya dah 3 hari berturut hujan turun di lewat hari. Melankolik sangat J hari ini.

Ye.... J sedang bersedih.

La tahzan ya ukhti....
insyallah...

nota kaki: Takpelah amie.. lain kali lah...ye..

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru

Scroll down for more updated entries.. Tenkiu! (^_^)

2009 sudah tiba ke penghujungnya. Pastinya pelbagai cabaran, dugaan, suka dan duka telah ditempuhi.
Apa yang telah berlalu pasti akan berlalu. Yang akan datang, kita tidak pasti bagaimana kita akan hadapinya.
Haruslah kita sendiri berusaha untuk mencorakkannya supaya ia jadi yang indah-indah belaka.
Sekiranya ada aral yang melintang, haruslah kita menjadi tabah, jangan mudah putus asa dan cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik.



Semoga perjalanan anda sepanjang 2010 menjadi sesuatu yang bermakna di dalam kehidupan anda.

Love,
J

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^