Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia... bila Kelantan menjaringkan gol pertama.

Malam ni mesti ramai yang tengok Piala Malaysia. J tak tengok sangat... sibuk main game. Tapi IAN tengok.. bersungguh-sungguh mendongak menonton perlawanan yang hangat yang sedang berlangsung di TV1. Dan... bila Kelantan berjaya menyamakan kedudukan 1 sama dengan N.Sembilan, tiba-tiba.... dia turut teruja meraikan gol pertama tersebut. akekeke....

Cat Capsule

eh.. no, it's a Cat capsule... J jumpa benda ni dari meowmania.


Lantas cik Lyn cadangkang J terjah ke Petwhizz pula... Setelah selesai segala urusan. 4 hari masa diambil untuk sampai kepada J. J tak sangka pula besar gini kotaknya.. huhu...


Selepas unpack parcel ni.... Ian pun masuk....


Eh... Ian????? 

Siapa Ian?

notakaki: Sibuk dengan Ian sekarang... ^_^

Friday, October 29, 2010

ah.. uh-huh.. er.. hey.. umm.. haihh..

I gave an assignment to my kids this morning. They need to look up for notes and examples on Grammar Items. While they're searching the informations from the net, I did mine as well. An I found this.

Interjections

I like the explanation given on the page which says..

"Interjection is a big name for a little word. Interjections are short exclamations like Oh!, Um or Ah! They have no real grammatical value but we use them quite often, usually more in speaking than in writing. When interjections are inserted into a sentence, they have no grammatical connection to the sentence. An interjection is sometimes followed by an exclamation mark (!) when written. "


... which I unconciously had been using it again and again...(uhh... banyak benda yang tak sure lagi ni.. study oi!!!) Here are the esxamples of interjections and its meaning.


interjectionmeaningexample
ahexpressing pleasure"Ah, that feels good."
expressing realization"Ah, now I understand."
expressing resignation"Ah well, it can't be heped."
expressing surprise"Ah! I've won!"
alasexpressing grief or pity"Alas, she's dead now."
dearexpressing pity"Oh dear! Does it hurt?"
expressing surprise"Dear me! That's a surprise!"
ehasking for repetition"It's hot today." "Eh?" "I said it's hot today."
expressing enquiry"What do you think of that, eh?"
expressing surprise"Eh! Really?"
inviting agreement"Let's go, eh?"
erexpressing hesitation"Lima is the capital of...er...Peru."
hello, hulloexpressing greeting"Hello John. How are you today?"
expressing surprise"Hello! My car's gone!"
heycalling attention"Hey! look at that!"
expressing surprise, joy etc"Hey! What a good idea!"
hiexpressing greeting"Hi! What's new?"
hmmexpressing hesitation, doubt or disagreement"Hmm. I'm not so sure."
oh, oexpressing surprise"Oh! You're here!"
expressing pain"Oh! I've got a toothache."
expressing pleading"Oh, please say 'yes'!"
ouchexpressing pain"Ouch! That hurts!"
uhexpressing hesitation"Uh...I don't know the answer to that."
uh-huhexpressing agreement"Shall we go?" "Uh-huh."
um, ummexpressing hesitation"85 divided by 5 is...um...17."
wellexpressing surprise"Well I never!"
introducing a remark"Well, what did he say?"

oh yer... haihh ---> can it be considered as interjection too? ^_^

notakaki: ilmu tak pernah habis jika kita tak cari.....

Si Tua

Daddy Jimi aka Si Tua....
Termenung menghabiskan sisa masa bersama-sama J...


He peed blood yesterday afternoon... hhmmm...

Thursday, October 28, 2010

Buried | The Other Guys

imej google

Filem ni GILA bajet murah. I mean... GILA..GILA.. murah! Shooting hanya didalam coffin. NO WHERE else. Tapi Ryan Reynolds berjaya buat J sesak nafas juga. hnffss...hnffss...


imej google

Baca iklan kat suratkhabar, kalau tengok filem ni boleh ketawa kuat-kuat. Tapi filem ni tak berjaya buat J ketawa kuat-kuat. huh...

imej google

Memandangkan filem ni dibawah klasifikasi 18SG, jadi... banyaklah lawak-lawak orang dewasa. Secara keseluruhannya pada J, tak best sangatlah.. heh.. (maybe it didn't meet my expectation... I didn't expect for slapstic comedy anyhow, perhaps it wasn't humor enough for me.. haaihh..)

Tapi dek sebab nak merasa menonton kat MBO Kepong Village, layankan aje lah. Masuk-masuk je.. semua bau BARU... kusyen kerusi  keras sikit, tapi bila dah betulkan tempat duduk, agak selesa jugak. Tempat sandar pun tinggi. jadi best..boleh sandar dengan selesa. Yang penting tempat duduk luas. Luas kat tempat letak ponggong dan luas kat depan kaki...  tak sesempit tempat letak kaki macam tempat duduk TGV... eh.. terbanding pulak.. hehehe..

Nak pergi situ lagilah esok lusa...

Tuesday, October 26, 2010

All geared up for another separation.

Cubaan daddy untuk melarikan diri

Hah! Tangkap dier... eh.. kenapa mata nampak semacam je?

Esoknya...  hidung berair, mata kiri bengkak. 


Masa mummy sakit, dia telan je ubat yang disuap. Daddy ni degil betul. Dia biar bertakung dalam mulut, takmau telan. Ishh... hari ni kerap pulak dia bersin. haaaiihh... Sekejap seminit J akan jenguk ape si gebu kurus ni buat... (-_-) haaihh... mungkin dah sampai masa.

Monday, October 25, 2010

Nasi Lemak 50 sen

Ada lagi ke orang jual Nasi Lemak 50sen?

credit as stated in the pic
Eh... ada... J pernah makan kat gerai tepi masjid kat satu selekoh kat Pantai Remis. Sedap tuuuu...... Laksa mi yang dia jual pun sedap. Unik..sebab dia bungkus dengan daun pisang. eh.. cerita laksa mi pulak. Tapi kalau J makan nasi lemak 50sen tu, harus la tak cukup satu. mesti nak makan dua. Tak buruk lantak pun, sebab portion dia cukup untuk lapik perut je.. Bila tiba waktu tengah hari mesti nak cari makan lagik.. hehehe... Nasi lemak dia takde timun, tapi sambalnya bukan sambal ikan bilis tapi sambal tumis ikan... ish.. terlioq la pulak...

Sejak akhir-akhir ni ungkapan nasi lemak 50sen ni selalu sangat dengar kat tv. Ishhh... terus terang J tak berapa berkenan tiapkali teaser tu keluar kat tv. Ala.. tak payah cakaplah teaser apa. Mesti korang tau... Tak boleh ke edit lain teaser tu????

TV ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. TV dah jadi cikgu segera yang sangat hebat dan berkesan selain internet. Kita yang dewasa ni, kalau menontonnya pastinya akan menjadi satu adegan yang lucu. Tapi bagaimana pula penerimaan dan penterjemahan dari anak-anak kecil????

J juga terkedu bila terdengar anak seorang rakan bertanya, "umi, apa maksud bila dia kata nasi lemak 50sen tu, umi?" haaa.... Apa nak jawab?

Sikap keterbukaan terlampau masa kini dah buat kita masing-masing tak ambil kisah pengajaran dan kesan negatif yang mungkin akan meracuni fikiran anak-anak kita. Secara tak langsung telah memetik suis ingin tahu mereka sehingga anak-anak ini mencari bahan-bahan yang tak sepatutnya mereka tahu di usia yang terlalu muda... aahh...

Jadi tak hairanlah kalau di umur 12 tahun, ada dikalangan anak-anak murid yang sudah ada girlfriend dan boyfriend. Malah... memanggil kekasih masing-masing dengan panggilan MAMA dan PAPA lagi... (-__-)

Fikir-fikirkanlah...


notakaki: 
1. Gayah Gebu dalam Metro Ahad pun ada tulis pasal kisah ni...
2. Mama dan Papa sebenar pun ada yang tak guna nama panggilan itu.. sedih...

***updated at 9.05pm ~~ Imran tinggalkan teguran--->tgk kat RSS feed tadi, tgk tajuk entry ni Nas Lemak. Puas fikir apa benda. Tup2, nasi lemak rupanya. Ahakz~~ thanks Imran!***

Sunday, October 24, 2010

Kucing pun shopping kat IKEA??

 I really love this clip.



notakaki: telah membuat satu pembelian untuk sesuatu yang tidak pasti. harap-harap..minggu depan sampai. tak sabar nak cari pengguna untuk benda yang dibeli itu!!! Overexcited niehh....!

Saturday, October 23, 2010

I'm high...

High of caffein. I've had 3 mugs full of kopi O since afternoon and now I feel like having another mug. Yup.. I need more caffein



According to an article from CoolQuiz, Caffein is an addictive drug. It may alter and stimulate our natural state of brain. But if you consume more than 300mg daily, and suddenly you stop consuming...

" you will suffer from symptoms of fatigue and depression, irritability, tremors, jumpiness, deprivation of deep sleep, and vascular headaches, as the blood vessels in the brain dilate. Caffeine, however, can be medically useful as a cardiac stimulant, and also as a mild diuretic used to flush the system."

Anyhow, for now I just love the short term effects.... sebab long term effect tak life threatening katanya.. hehe..

Jimi yang suka makan Coklat.


Mami saya suka makan coklat.

Saya pun suka makan coklat.



Hari ni mami saya murah hati nak kongsi coklat bersama saya. 
Yeay!!!

nom..nom..nom...


Bila saya boleh makan Cheezels pulak mami?????

Friday, October 22, 2010

Simpan Mummy


Mummy Mija... Hamster induk gegirl pertama yang J bela bersama-sama pasangannya Daddy Jimi, buat pertama kalinya pada 2009. Sihat, comel, gebu dan manja yang amat. ^_^ Sepanjang hayat dia bersama J, dah 3 kali dia beranak.

Batch Pertama (6 ekor): Oggy, Gomok, Bun & Chaca. Kechik dan Kenit, mati diusia sebulan lebih.

Batch Kedua (7ekor): 2 ekor jual kat kawan. yang lain jual kat petshop.

Batch Ketiga (8 ekor): Semua jual.

Awal bulan Oktober Mija sakit. J bawa pergi klinik. Tapi mungkin masa dia dah sampai. Akhirnya dia pergi juga. Takpe lah. Biar lah dia pergi dari dia terseksa menanggung sakit..kata Amie. mmm.. ye la.. kena la redha.. InsyaAllah...
Last picture taken in the afternoon, before she died.
 J main-main dengan dia tengah hari tu. J bawa dia masuk bilik baring sebelah J sementara J main Farmville. Tiba-tiba, terdengar bunyi macam orang sesak nafas. Ahh.... sudah! Tak lama lepas tu.. terus dia diam. Tiada gerakan kembung kempis perut dia yang menandakan dia masih bernafas.



 J tak tunggu lama. Petang tu jugak J turun ke bawah. Simpan Mija berdekatan dengan tempat parking cik ViSaye.

 Harap-harapnya, J dah jaga dia dengan baik selama hayatnya....


notakaki: 
1. Dek kerana berlakunya perpisahan yang berturut-turut di bulan September dan Oktober, dek kerana berkabung dan membekukan diri kepada dunia, maka pelbagai entri juga telah dihentikan..termasuk entri ini.
2. Sayang... genap sebulan kita terpisah kan? eh... sayang?

Thursday, October 21, 2010

NUMB

Kebas jiwa. 

Kebas perasaan. 

Emosi mati. 

Rindu sangat dengan mummy Mija... (-_-)

Maaf... kerana masih tidak berjaya membina tembok kekuatan dalam diri ini. 

notakaki: I took 4 years plus to recover previously, and now.. how many years would I be needing to heal? haaiihh... I'm praying for miracles from Allah, so that I'll not be waiting too long again this time.

Tuesday, October 19, 2010

Magika | Devil

Dah lama tak buat entri filem. Bulan puasa dah memang cuti tengok filem. Jadi... lepas raya aktiviti pun bersambung. yeay!!!

imej google
Lagu duet Mawi & Diana Danielle dah lama popular di corong radio. Lagu ok. Boleh la layan dengar sekali sekala. Filem? hhmm.... J tak berharap sebenarnya. (biasalah... tiapkali pergi menonton filem Melayu, haruslah pergi dengan fikiran yang tenang dan kosong). Jalan cerita agak menarik, Wataknya ramaiiiiii... yang terkesan cuma beberapa sahaja. (dah namanya extra.. haruslah tugasnya membantu je kan?) Rasa macam tak puas sebab banyak watak yang masih boleh dikembangkan dengan lebih berkesan supaya lebih terkesan lakonan mereka di mata dan jiwa penonton.. chewahh. hehehe.. Satu je yang J tak berkenan. Sanggul Nenek Kebayan, Ziana Zain dan bunga palsu atas kepala Maya Karin & ZZ. Sanggul tu macam tak kukuh je atas kepala ZZ. Macam nak tercabut je.. hehe..  Bab bunga tu pula, kalau guna bunga fresh atau bunga-tipu-tapi-nampak-fresh tu lebih baik rasanya. (suka hati je ngomel...arah filem sendirila.. tu pun belum tentu orang lain akan kata best. hehe..)

Lepas keluar panggung, J dengan movie buddy baru, masing-masing macam rasa tak best. hahaha... Bukan tak best sebenarnya. macam tak puas hati. hehe.. J pandang dia. Dia pandang J.

"Kita tengok Devil nak?"
"Jom.."
Sama-sama sengih... ^_^ Lepas kuar satu panggung, wiwi kejap, sambung masuk panggung lagi satu.. Marathon! ^_^

imej google
Filem saspen dalam lif. Scene banyak dalam lif & security room. Jimat tempat shooting. Tapi belum tentu jimat kat bahagian lain. Si pencabut nyawa, agak tidak dijangka. Akhir sekali semua mati, kecuali sorang. Semua pernah buat dosa sebelum tu dan sebagai balasan. Angel pencabut nyawa menyamar jadi manusia dan cabut nyawa pendosa-pendosa yang ada dalam lif tu. Yang seorang tu sempat mengaku kesalahan dia. So, Nyawa tak jadi cabut. Angel tu pun blah. Masa tu jugaklah, akhirnya pintu lif dapat dibuka. huh.. Not bad.. but it remedies the previous movie watched. Anyhow, it made us felt contented...

We had a super duper late supper and a loooooooooooooong sort of get-to-know-again talk accompanied with a series of giggles. Tak sedar masa berlalu...embun jantan pun dah keluar rupanya. After bidding goodbyes, I reached home safely  before 4 a.m. GILA!! haha.. dah lama tak balik pagi buta. Terasa macam kembali remaja macam dulu-dulu... (remaja purba dah...akekeke)

notakaki: I really had fun, awak. ^_^ Thanks for the birthday gift. Bittersweet. I like. Bila-bila nak buat movie marathon lagi, jangan lupa ajak, hokey?

Kerja tengah malam.

no. i'm not doing overtime. no. 

...and  I woke up in the middle of the night. These eyes were stubborn to lay to rest again. haaihh... I end up clearing the fridge in the middle of the night. Hah? Kejadahnya, buat kerja ni tengah-tengah malam. Macam tak de siang nak buat? haha.. Dah terjaga, tidur balik tak boleh. Sementara tu, sedang berkira-kira nak cari kerja lain pulak ni. Since you'll be reading this in the morning...

Good morning sunshines! ^_^

Monday, October 18, 2010

Siapa makan cili, rasala sendiri pedasnya

Memang sangat pedas. Memuncung merah bibirku ini. Rasa macam tebal pon ada (walau hakikatnya tidak). Apasal la buat macam tu? Tu la dia. Masa mak ajar masak, sibuk ngadap tv. Sibuk main game. Sibuk sembang kat FB. Bila dah duduk sendiri, kena masak sendiri. Pulak tu memandai nak ubah resepi yang mak ajar. Mak suruh blend cili kering je. Tapi J blend sekali dengan cili padi. Konon nak bagi pedas lebih. Sudahnya...

Lihat bibirku.... chantique kan?
Imej google
Rasakan...!!! Betulla kata pepatah, siapa yang makan cili, dia la rasa pedasnya. Tapi... dah masak. Kena la  makan kan? Takkan nak buang pulak?  isk..isk..isk.. water..water...

SHOT!

Bang! 

errk...
Mati.

Mende le merepek pepagi hari ni.. Hari ni budak-budak exam. Tak dapat relief. Takde buku nak tanda. Jadi ada banyak masa....

ok..where were we? Kenapa tajuk tu? SHOT? Perkataan yang sama juga J terima pada 21 September lepas.

SHOT = Selamat Hari Orang Tua. 
(ye laa... mmg dah tua pon.. -_-)

Jadi takde kena-mengena dengan apa-apa tembakan penjenayah yang mati di Beserah, yang J tengok dalam bertia kat tv. Entri ini ditujukan khaas untuk awak yang menyambut hari tuanya hari ini. ^_^

notakaki: tahun ni dan akan datang dah takde surprise dah untuk awak...kan?

Sunday, October 17, 2010

Rugi ke?

Siang tadi sorang teman bawa J pergi jalan-jalan. eh... bukan jalan-jalan dengan kaki tau. Jauh tempat jalan-jalan tu. Kalau jalan kaki pun belum tentu sekarang ni J dah sampai sana. Kalau jalan jugak...habislah terbakar semua lemak yang J ternak selama ni.. hehe..Rupanya ada lagi yang lain turut serta. Dalam hati dah senyum.

Bolehlah bertemu lagi dengan rakan baru. Tapi bila mata bertemu mata, bila bibir ini mula mengorak senyum.. senyum ini ditidakpedulikan. Kenapa ye? Oh... mungkin tidak perasan agaknya. Tapi bila duduk semeja, mata bertemu mata, J cuba lagi untuk berbual. Sepatah dua jua yang dibalasnya. Tidak berminat agaknya sekalipun untuk sekadar berbasa basi.

J masih tetap dengan senyuman.


Rugi ke kalau senyuman itu dibalas? Kena bayar ke kalau nak ajak berbual setopik dua?

Atau... rupa J ni yang pelik atau menakutkan untuk dijadikan rakan untuk berbual mesra? huh...?


notakaki: saya orang biasa-biasa aje.... mungkin tak sepadan untuk dijadikan teman...

Friday, October 15, 2010

Dia lewat lagi...

2 bulan lepas, setiap hari dia datang tepat jam 6 petang.


Tapi sekarang dia dah mungkir janji..... (-__-)


Tunggu punya tunggu... 6.30 petang baru dia tiba.



 huh.... nak merajuk.


Tak nak jumpa dia dah.



klik untuk lihat jawapan dari si 'dia'.. huhuhu..



notakaki: Kalau LORI, KERETA atau VAN yang lebih muatan selalu kena saman. Kalau MOTOR lebih muatan macam ni kenapa tak kena saman eh???

Thursday, October 14, 2010

Mee Udang

Assalamualaikum...

Salam Satu Malaysia....

Akhirnya...... seruan kembali mencatat terngiang-ngiang di telinga dua tiga hari ni. Ayuh... kita mulakan!!!!

Kita mulakan dengan cerita mee segera. hehehe.. Sapa saja lah yang tak pernah makan mee segera kan? Kan? TIPUlah kalau korang kata korang tak pernah makan... Kalau tak sebungkus pun, sesuap pun mesti pernah. hehe... Ada satu ketika dulu, heboh kisah mee segera ni disaluti lilin (baca:wax). Jadinya, bila si pemakan ni yang terlalu tinggi tahap kecintaannya terhadap mee segera lalu setiap masa dan ketikanya mengisi temboloknya dengan mee segera, DINDING PERUT dan USUSnya disaluti lilin. Tapi itu kisah diluar negara. Setahu J, tak pernah lagi dengar kes di Malaysia macam tu. Eh... takde kan?

Bila dah tersebar kisah tu mulalah semua orang sibuk kempen dengan anak-anak, kempen kat boipren, kempan kat suami, kempen kat isteri, kempen kat kawan-kawan supaya JANGAN MAKAN MEE SEGERA. Mi segera kan tiada khasiatnya.... kata mereka yang bijak pandai, MSG yang terkandung dalam perencah boleh melemahkan akal fikiran, membuat kita jadi peluapa (macam betul je.. akekeke), boleh buat rambut gugur dan tak ada nutrisi yang sihat yang boleh diserap oleh tubuh badan kita.

Tapiiiiiiiiiiiiii....... mee segera itu jugak lah yang dihadap bila kesuntukan masa dan perut pulak, tak nak bertoleransi untuk bersabar, sementara masakan yang bernutrisi disediakan. Makanya, mudah aje... masak air, rendam mee, bubuh perencah, lepas 2-3 minit dah boleh NGAP!!!

Alkisahnya hari ini...anak seorang teman , beli maggi tomyam in cup dari 7-11. Maknya rendamkan dengan air panas dan anaknya makan depan J. Aduhhh.... terliur J dibuatnya. Ish..ish..ish... Oleh itu, dengan semangat berkobar-kobar dan penuh perancangan dan segala ilusi dan ilustrasi terhasil di minda, dan terhasil lah mee udang ini. Sekian, terima kasih.


notakaki: dulu masa sekolah asrama, pernah jadi agen penjual megi tomyam yang berjaya! huhuhuhu..

Tuesday, October 12, 2010

Selamat Pagi Sayang | Noh Hujan & DJ Fuzz

Pertama kali dengar di radio terus jatuh cinta.... Tidak kepada Noh ye kawan-kawan.. pada lagu inidan liriknya yang mudah dan terus kejiwa... ^_^





Selamat pagi sayang
Bulan telah hilang
Buka mata sayang
Hari kian siang dan mendatang
Tak ingin ku lepas semua

Jangan bangkit sayang
Biar seketika
Dakap lebih lama
Ku mahu senyuman yang sempurna
Mencintai sepenuhnya

(korus)
Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Belai daku dengan mesra
Kerna itu sahaja yang daku pinta

Jangan pergi sayang
Lupakan sahaja
Usah keluar sayang
Ku mahu kau ada setiap masa
Ku tak mahu keseorangan

(ulang korus)

Biar selamanya
Hanya kau dan aku bergerak perlahan menghenti masa
Namun kita hanya oh manusia biasa
Yang hanya mampu menikmati indahnya kita berdua

(ulang korus)

Sunday, October 10, 2010

PTPTN oh....PTPTN - Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

 ~pesanan khidmat masyarakat~
sila skroll ke bawah untuk entri terkini.. tenkiu.. ^_^

Hear ye.. hear ye... 

Adakah anda peminjam PTPTN? Dah mula bayar ke belum? Kalau sudah mula... bagus. TAHNIAH J ucapkan, Bagi yang belum... silalah sedar diri. Dah nama pun pinjam.. kena la pulang balik kan? Kalau tak mampu nak pulang banyak-banyak, sila lakukan sedikit, demi sedikit ye kawan-kawan? Kalau dahulu kita dah berseronok menikmati pinjaman tu, apakata kita beri peluang pulak kepada adik-adik dan anak-anak kawan-kawan kita pula merasai keseronokan dan kenikmatan menerima wang PTPTN.

eh... back to the topic. Pada yang dah mula bayar... sila ambil perhatian. Penantian J selama ini bakal berakhir. Semoga cepatlah langsai hutang J itewww.... (mampuih laa.. banyak lagi belen rupanya!



Walaupun 1% sekalipun... tetap banyak yang bakal berubah! Alhamdulillah...

klik sini ye untuk ke sana... ^_^

Thursday, October 7, 2010

Dia pergi juga...

Semalam 6.10.2010, Mummy Mija pergi tinggalkan mama.. Masih bersedih...

 
Entri baru akan diaktifkan jika mempunyai nafsu untuk mencatat  catatan baru.

notakaki: double grief continues accompanied by a series of sleepless nights.. again.. hhhmmm...

Wednesday, October 6, 2010

This is my Card.

Hi... 

Nama saya Sam. S.U.E. SAM. This is my card.....


Ingat tak line ini? Kalau korang ikuti drama komedi 2+1 dulu-dulu... ayat ini seringkali diucapkan Imuda yang membawakan watak seorang lelaki lembut. Lama tak tengok cerita ni... 

J terpandang sekeping kad nama lalu kad itu diambil dan dibelek depan dan belakang.. oooOooooOo... Sudah jadi yang lebih tua (baca: senior) rupanya.. Alhamdulillah. Kad itu disuruh ambil dan simpan. Tapi J tidak berkutik dan tidak memberi jawapan. Dengan wajah yang tidak beriak lalu kad itu diletak semula ditempat asalnya. 

Senyum.

Saya tidak perlu kad itu untuk mengingati kamu kerana sudah disediakan ruang di kotak ingatan dan dalam hati ini untuk kamu.

Mesti kamu akan kata, terpulang kamu.

Ya... saya tidak perlu. 

Kamu pernah mencuba. Tapi saya yang buat-buat tak nampak dan berlalu pergi. Akhirnya, kita bertemu semula tanpa disedari semuanya atas rancanganNya. Bukan? Kini kamu pula mahu berlalu pergi. Dengan penuh takzim memohon izin. Ahhh.. malu saya sendiri. Tidak mengapa... Saya izinkan. Kata kamu, jika sebelum ini mampu hidup biasa-biasa sahaja, pastinya kali ini juga kita mampu. 

Ya.. saya mampu. (walaupun belum pasti mampukah sebenarnya...)

Bakal rindukan pemandangan ini..

Doa saya sentiasa mengiringi langkah dan golekan tayar kenderaan kamu. Semoga apa yang kamu mahu dalam hidup, berjaya kamu kecapi. InsyaAllah.. jika kita masih berjodoh di suatu hari nanti, kita akan bertemu semula, bergelak ketawa mengingati kenangan yang telah kita cipta bersama. 

Saya sayang kamu.

Oh ya..... sila pulang, jika kamu sudah letih. Saya akan tunggu kamu selagi masih ada sisa masa untuk kita.

notakaki: berjodoh bukan hanya untuk lelaki sahaja. : )

Tuesday, October 5, 2010

Take a Bow



Take a Bow by Rihanna

Oh, how about a round of applause?
Yeah, standing ovation? Ooh, oh yeah
Yeah y-yeah yeah

You look so dumb right now
Standing outside my house
Trying to apologize
You're so ugly when you cry
Please, just cut it out

Don't tell me you're sorry 'cause you're not
And baby when I know you're only sorry you got caught

But you put on quite a show, really had me going
But now it's time to go, curtain's finally closing
That was quite a show, very entertaining
But it's over now
(But it's over now)
Go on and take a bow

Grab your clothes and get gone
You better hurry up before the sprinklers come on
Talking 'bout, Girl, I love you," "You're the one"
This just looks like a rerun
Please, what else is on?

Don't tell me you're sorry 'cause you're not
And baby when I know you're only sorry you got caught

But you put on quite a show, really had me going
But now it's time to go, curtain's finally closing
That was quite a show, very entertaining
But it's over now
(But it's over now)
Go on and take a bow

Oh, and the award for the best liar goes to you
(Goes to you)
For making me believe that you could be faithful to me
Let's hear your speech out

How about a round of applause?
A standing ovation

But you put on quite a show, really had me going
Now it's time to go, curtain's finally closing
That was quite a show, very entertaining
But it's over now
(But it's over now)
Go on and take a bow
But it's over now


notakaki: suka sangat seksa diri. kenapa? kenapa? please stop J! PLEASE...

Monday, October 4, 2010

Kebaya

Baru-baru ni dapat jemputan ke open house bertemakan kebaya super ketat. Best! hehe.. Mula ingat memang nak pakai kebaya. Tapi J takde kebaya super ketat pun.. camne? Takpelah..sudahnya pakai baju kurung je. Nak tengok gambar? haha.. takde pon.. Maaf ye? Tema yang diberikan pun sengaja diada-adakan. Majlis rumah terbuka itu telah berlangsung dengan penuh sopan santun...

Tapi... J teringin nak pakai red kebaya macam Vanidah ni.

Wahhhh... motip?


 Tak pon... kebaya putih macam ni ke?

Ish.. Mungkin masa nikah nanti kot?
(ooohh... akan muatkah?)


Ape la merepek cerita pasal kebaya ni? haha.. Hari ni J pakai kebaya ke tempat kerja. Kebaya lama je sebenarnya. Minggu ni minggu J bertugas. Jadi melenggang lenggok laju je J menuju kepagar sambil menunggu murid-murid sampai... (tiada niat nak menganggu gugat kosentrasi pemandu-pemandu yang lalu di situ ye?)

oo...takleh tunjuk gambar sebenar...

Yang menariknya, J dapat macam-macam reaksi walaupun dah berkali-kali pakai baju yang sama ini..

a: Wah... makin longgar kebaya tu ye??? (ai semakin kurus ye kak? padahal memang kebaya ni besar akekeke...)

b: Amboi.... cantik baju... (baju lama je la..)

c: Ticer.. ticer cantikla pakai baju ni  (tenkiu.. bukan ke ticer memang cantik hari-hari?)

Konklusinya.... esok nak pakai kebaya lagi. hehe...

~harap maaf entri berbaur perasan dan buang masa~

notakaki: sebenarnya.. itu kebaya mak iti..sebab tu nampak besar...hahaha...

Saturday, October 2, 2010

Klinik Haiwan Kesayangan, Sri Damansara

Mummy dah mula sakit.. alamak! I guess it must be the virus from Chaca. Poor Mija.

This is actually my second visit to this clinic. I brought Gomok previously. He healed and survived healthily until now. Alhamdulillah. I still remembered that I was totally freaked out when he fell sick. I googled here and there to find the nearest vet. That was when I found this address.

For ur reference. ^_^
I would recommend to you who live around this area. He's a really nice and friendly doctor. He also sells dogs, cats, rabbits and hamsters food and litter sand as well.

This time around I brought Mija. She should be 1 year and half (plus) by now because when I adopted her, she was maybe at 2 or 3 months already.  "Hi... What's the complain dear?" (referring to Mija not me la of cos..) After describing what I'd observed and explained a bit her condition he examined her. Doc said that she had an ulcer in her mouth (or.. mouth pouch to be precise). It's quite bad actually. She might have passed her lifespan also. I'm afraid that she might have reached her time.

taknak cucukkkk.... akit tau!!






So.. I'm praying for a miracle that she'll recover and respond to the medication. I'll inject her and give you oral medication for her. What's her name again? 


her name is Mija.

Make sure you feed her twice daily for 5 to 7 days. Okay.. Thanks Doc! Sure.. no problem. Hope she'll recover yeah?

InsyaAllah..

notakaki:  She responded well to the med for now. Bengkak dah surut.. harap-harap anak mama sorang  sekor ni, sembuh ye?

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^