Friday, May 25, 2012

Saya minta maaf ya..

Ketika ini mungkin saya dah berada di awan biru... membelah awan... laju menuju ke satu tempat yang pernah saya impikan untuk jejakkan kaki disitu..

Perasaan ini... tak tahulah nak digambarkan dengan kata-kata. Doakan J selamat pergi dan pulang ya, kawan-kawan?

Dan kalau berkesempatan, saya akan update ketika saya berada disana... ya? Jaga diri semua....

Thursday, May 24, 2012

The green boy

Mid term Art test. Draw a picture of a happy face. What do you think?


J: Ape ke he nye ijo yop?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Think Thursday

Scribbles,


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday ~ Julian, connecting Love..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 22, 2012

Dia nampak sedih..

Malam semalam saya mimpi dia
Dia tampak sedih
Saya cuba tenangkan dia
Cuba juga berbual dengannya
Tapi dia hanya diam
Saya nampak sedih dimatanya
Sedih juga diwajahnya

Sedar-sedar azan subuh berkumandang
Astaghafirullahal'azim...

Subhanallah... saya masih diberi peluang untuk bertemu dengannya walau dalam mimpi
Alhamdulillah kerana saya masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia ini

Semoga Kimie tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-fatihah...

Yang Benar Tentang Ahmad Hakimi

***Sticky post. Please scroll down for latest entries. Tenkiuu... ^_^***

J: memang sedih bila membaca pelbagai sebaran perkara yang negatif tentang Arwah.. Bertambah sedih bila ada yang memaki, mencaci, mengutuk, mengecam dan sebagainya.. Tak terbendung kesedihan bila mengetahui setiap perkara yang tak benar yang telah tersebar. Oleh itu, diharapkan anda dapat baca dan sebarkanlah... Terima kasih Aznee.

http://tentangaznee.blogspot.com/2012/05/fake-about-kimie-rabudzi.html


As salam semua..

Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad endingsecara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)


Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul... 

Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..

Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalahSALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..

Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni...


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu... Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam... 

Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat  sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....

Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka".. 

Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...

Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.

Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..


Monday, May 21, 2012

Memadam Api Dalam Hati

J takde marah kepada sesiapa sebenarnya...malah sesiapa yang buat J terasa hati atau buat J marah, inshaAllah J dah maafkan. 

Marah itu API SYAITAN. 

Semakin kita terbuai dengan hasutan mereka, semakin maraklah api dalam hati. Astaghafirullah... 

Bukan mudah nak padamkan API dalam hati manusia. J pohon agar Allah bukakan pintu hati mereka (sekiranya ada) terbuka untuk bermaaf-maafan. 

Harap-harap api tidak mudah terbakar dalam hati ini selepas ini.

Kalau susah sangat, J padamkan dengan fire extinguisher camni buleh? 
hikhikhik...

J:Sayang...maafkan saya ya..?

Junk.. not junk food.

An activity done with the kids before going into a new chapter. I got the template during my visit to the Maritime Museum, Singapore recently.

So I scanned the template on paper cards. Asked them to cut them out and joined them into a junk aka old ship.

Among them, there's one kid who didn't listen to my instruction. It looked funny! Hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 20, 2012

Sikit-sikit SMS..


Utusan Mingguan 20052012

I feel you Man Bai. I feel you..

J: Dah lama tak setuju dengan konsep rancangan realiti tu. SANGAT TIDAK ADIL!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Juma'ah Mubarak

Mami kata jom amalkan baca surah Al Kahfi setiap Jumaat..

Kenapa?

Mami kata... Ce google tengok. Hihi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 17, 2012

Kerjaya sampingan 4

Dah 5 tahun berturut buat kerja ni. Memang dah macam kerani kewangan....

Kata kawan-kawan, selagi pengerusi program zon tu tak bertukar atau J tak pindah, selagi tu lah.. TETAP DAN BERPENCEN le bergelumang dengan cek-cek dan akaun.


J: walaupun dah 5 tahun, I still dislike numbers.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

Kek Hari Guru

J dapat arahan untuk hadir kursus selama 5 hari. Risau nak tinggalkan anak-anak. Di saat sepatutnya ulangkaji dan sesi soal jawab perlu dilakukan secara intensif ni lah tetiba kena pergi kursus. Anak-anak murid agak kecewa bila tau J tiada untuk menyambut Hari Guru disekolah. Lebih mereka sedih bila J tiada pada kedua-dua hari sambutan, 16 Mei dan 25 Mei (sambutan peringkat sekolah). 

Macam-macam pesan dah ditinggalkan. Harap-harapnya adalah yang melekat dalam kepala.

Ketika tengah sibuk menyiapkan kerja petang tadi, 2-3 orang datang. 

Ticer, ini untuk ticer. Selamat Hari Guru. 


Tenkiuuu.....

J: oh ye.. hari dapat lagi setangkai mawar putih. ^_^


Andai Ku Bercinta Lagi - MOJO

Love the  vocal.
Love the music.
Love the lyric.


J: Hope that, when the time comes,  I need not to close my eyes to picture that it's you whom I'm expressing my love to...  when the time really comes, I do hope too that you'll leave quietly, out from my mind, my heart and soul...... :(

Monday, May 14, 2012

Sekuntum Mawar Putih..

Sempena ticer's day. This is the first time I receive a REAL ROSE since I work here! ^_^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 13, 2012

Sleepy Sunday

Julie's new habbit: her hind leg will be touching me whenever she sleeps near me. ^_^


And yes.. Ian is on my tummy. ^_^


What a blissful way spending Mother's Day with double J.


Happy Mother's Day to all mommies out there.


J: Am thankful for still having Mak Iti in my life. To those who doesn't have one, my prayers are with you and may you'll be a great parents to your kids!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hai

Nama aye Julie.

Ayela gedik anje mami aye.

Prrrrr....


Published with Blogger-droid v2.0.4

THe CulpriT

Nampak Tak CaT dinding maCam Terkopek?

Haaa.....



SHe's THe one wHo did THaT! 
SHe's THe CulpriT!

J: Keyboard rosak. Nampak uruf ape yang rosak? HaiHHH...

Friday, May 11, 2012

Mee Gemok Goreng Sesukahati

Bangun pagi hanya minum horlick fibre up.

Diiringi 1 keping setengah roti kismis.

Tengah hari dijemput makan sepotong kek.

Aduh.. Buku masih banyak belum bertanda.

Akhirnya buat keputusan bergerak pulang dan singgah di Tesco, mencari bahan untuk siapkan seperti yang ada dalam gambar.

Alhamdulillah, terisi juga perut akhirnya.

Badan penat setelah melalui minggu yang panjang. Isnin malam hingga Khamis hadir kelas malam pula. Dan esok masih bersambung tugasan di sekolah. Bukan setakat Sabtu, malah Ahad juga.

Ingin mengadu tapi takde siapa yang nak dengar.

Tak mengapalah.


Semoga Allah beri diri ini kekuatan, kesabaran, keikhlasan dan kesihatan sehingga tiba hari yang dinantikan.. Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 8, 2012

Dia Yang Sudah Pergi...

http://www.hmetro.com.my/articles/Bayi__8216_terbang__8217_atasjalan/Article

MAUT...bomba mengeluarkan mayat mangsa yang  tersepit dalam kenderaan. Gambar kecil, Ahmad Hakimi.


KUANTAN: “Menggeletar badan saya apabila melihat bayi lelaki itu menangis atas jalan dengan kepalanya berlumuran darah selepas tercampak keluar daripada kereta,” kata Bakhtiar Md Dom, 33, saksi kemalangan maut di Kilometer 205.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dari Batu Kurau, Pekan, dekat sini, yang memandu Mitsubishi Lancer dan isteri, Siti Rohani Abd Ahalim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan cedera di kepala.

Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya, ketika kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan mendapati keadaan di laluan itu kelam-kabut sebelum tergamam apabila melihat kereta mangsa ‘terbang’ ke laluan bertentangan.

“Saya berhenti di tepi jalan untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, namun gagal kerana mereka tersepit. Kemudian saya terdengar tangisan bayi tidak jauh dari kenderaan itu.

“Sebaik berpaling ke arah jalan, saya lihat bayi terlentang di atas jalan sambil menangis dalam keadaan kepalanya berlumuran darah,” katanya.
Menurutnya, dia mahu mengalih bayi ke tepi jalan tetapi membatalkan hasrat itu selepas mendapatinya mengalami kecederaan parah di kepala.

“Saya kemudian meminta bantuan orang awam untuk mengangkat bayi itu ke HTAA,” katanya.
Sementara itu, rakan sekerja Siti Rohani dikenali sebagai Yati, 30, berkata, mereka berkonvoi selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas di Kerteh, Terengganu, tetapi rakan bersama suaminya bertolak pulang lebih awal.

“Arwah dan suaminya sempat belanja saya makan ikan bakar dan mereka ceria langsung tidak nampak perubahan pelik,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Ahmad Hakimi terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang di tengah jalan sebelum terhumban ke laluan bertentangan.

“Ahmad Uzair dipangku ibunya tercampak keluar dan terjatuh atas jalan manakala mayat ibu dan ayahnya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.



Monday, May 7, 2012

Kuatkah aku?

Di luar masih gelap.

Di luar masih hujan.

Pengambilan cuti kecemasan dititipkan kepada rakan.

Disokong ketua atau tidak, tidak aku hirau lagi.

Sedang aku bersiap, tiba-tiba aku terduduk.

Masih terkedu.

Kenangan mula terlayar di fikiran.

Kuatkah aku untuk mengadap jenazah arwah?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 6, 2012

Muffin Coklat PWTC

Its look succeeded in tempting me to buy it.

Kebetulan dahaga setelah turun naik PWTC mencari buku. (yep.. I went there again). Walaupun harganya RM5.00, takpela. Teringin punya pasal...beli la sebiji.

Rasanya... ?

Yummeh! Lembut. Tak terlalu manis. Saya suka! Jadi...berbaloila RM5 yang dibayar tadi. ^___^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Duduk BerIrama

Bukan hanya berenang je boleh berirama. Duduk pun boleh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 5, 2012

Kerjaya Sampingan 3

Ada masanya, saya juga kena jadi pembalut hadiah.

Ho Ho Ho.. Merry Kerismes.

Eh... Mana ada kerismes hari ni?!

Selamat bercuti Selamat hari Wesak.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 4, 2012

Pesta Buku 2012

Korang dah pergi?


Ni namanya hampir-hampir nak borong stok untuk setahun. Tahun lepas memang tak  beli banyak. Ni kira macam balas dendam pun ada..

Novel, untuk J dan Mak Iti.

Buku kekanak, untuk anak buah. Hadiah belated & upcoming birthday.

Semua sekali satu ratus enam puluh tujuh ringgit tunaiiii.... -_-"


J: Shopping is a good teraphy. Kalau bab menghabiskan duit, memang pandai!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Steamboat Pulau Ketam

Food Friday is here again.

I Went there with a bunch of girlfriends. It's in Desa Park City. The one I ate was the dumpling set with tom yam soup. And.... I love it! They have curry and clear soup too. It was worth a try if you're into soups or steamboats.

My dumpling set costs RM 13.90 and the yummy apple juice was CHEAP! It was RM3.80 only. For a little eater like me, the whole set made my stomach almost burst. Hehehe..

Cubalah...

And.. Yes, it's a HALAL restaurant. ^__^ inshaAllah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

New Wok

Aino's 20cm aluminium wok.

Suitable for gas, electric, vitroceramic cooker heating source.

Nice..right?

RM49 only!


Meowmania, sorry eh.. Nelah nambu takde. Hehehe..


Oh ye.. Abaikan model tak dijemput tu. ^__^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday ~ Bukan baca Yassin.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 1, 2012

Dah tamat?

Uik?

Walaupun bukan peminat cenel ni, tapi kadang-kadang tengok jugak videoklip kat cenel ni walaupun frame kecik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selamat Hari Pekerja

Paip sinki rumah mami bocor... Sian mami taww.. Patutnya cuti sempena hari pekerja ni, mami berehat... Tapi sibuk mengemop kemas dapur pulak. Kite dah cuba bagitaw kat mami tadi, tapi mami buat deeeek je. Haaa...kan dah kena kerja keras mengemas. Dah la kite tak leh tolong  mami sebab.... Sebab....sebab...


Kite takot air!!!

Hihihi..


Selamat bercuti semua!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^