Tuesday, August 31, 2010

Aku suka kucing oren. Ko?

Itu bukan soalan J untuk anda semua. Itu soalan dari seorang rakan kepada J.

Kucing belakang rumah Atuk.

Dan jawapan yang J beri...  'I just love all of them'  ^_^
Anak kucing yg mahukan perhatian dari J.

J suka kucing. Sangat. Tak kira warna, rupa mahu pun saiz.

Anak kucing yang J jumpa dalam almari kelas.
Si Domok di sebuah Pet Shop di Jalan Kuching.
Si ekor panjang yang asyik masyhuk menggesel di kaki tanpa jemu.

Buat masa ni, sedang tergila-gilakan budak domok ini!

Maru yang Comel!
 Tapi belum terbuka hati ini nak memelihara kucing buat masa ini. Cukuplah sekadar memberi kasih sayang dan perhatian yang sedikit untuk kucing-kucing yang J jumpa tiap kali makan di mana-mana...

Salam Merdeka!


1 Malaysia 
Menjana Transformasi.

notakaki: agak sibuk sejak dua tiga empat lima menjak ini. banyak entri tertangguh. Harap maklum.

Saturday, August 28, 2010

Sebab hati jadi mati...

Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

  1. Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
  2.  Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.
  3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.
  4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
  5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
  6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

(Hasan Al Bashri r.a.)

notakaki: peringatan untuk diri sendiri...

Friday, August 27, 2010

BookFest 2010 is coming SOON!

 Tadi dapat email dari Popular, katanya BookFest akan tiba lagi pada 4 September hingga 12 September 2010.  Yeay! Dah lama tak beli buku... buku yang ada pun tak habis baca lagik..adeh..


Mari menggilakan diri membeli bahan bacaan..

Tapi... kenapa buat masa raya?

~tak boleh belilah nampak gayanya (>.<)~

Thursday, August 26, 2010

This is for you.

I scolded a kid in my class this morning when I saw him playing with this flower. 



After they have gone out for their recess, I stayed in and mark a few books while waiting for my next class. When I looked up, I saw this.

Eh.. bila masa pulak ada kat situ?

The kid that I scolded just now came into the class. He went to his desk to take his things. I looked at him with a blank expression. But he smiled sheepishly to me instead. 

Me: Tabsheer, did you put this flowers here?
T: Yes, cikgu. 
Me:...... owh..... By the way, Thank you.
T: You're welcome, miss.



hhmmmm... He got scolded from me but he gave me this as a gift. 

~pandai ko memujuk ticer ko ni yeh?~

notakaki: mudah emosi sejak akhir-akhir ini.. Tapi alhamdulillah, berjaya mengawal diri. hanya marah pada yang sepatutnya sahaja.

Tudung Tempoyak

Tempoyak ada tudung ke? Ade? Mmm... memang takde.. heh..

Beberapa hari lepas telah memborong seplastik TUDUNG jauh nuuuuuun kat Sri Serdang.  Mula-mula fesyen tudung ni keluar, J tak berkenan langsung. Menolak sekeras-kerasnya jika disuruh memakai tudung itu. Sebabnya, tiapkali J cuba tudung kepunyaan Mak Iti, Muka J akan jadi boolat seperti belon. (-_-) hik..

Sekarang... tidak lagi! Sekali J dah jumpa yang sesuai dan elok terletak di wajah. Tanpa berlengah lagi, terus beli 5 helai. Mana taknya, dah dia bagi RM10 sehelai. Disebabkan kualitinya elok, pejam mata sajalah...  ~terlebih belanja lagilah nampaknya~ Takpe, janji puas hati!


Dah selesai membeli belah, cari tempat berbuka pula. Amie cadangkan kedai ini. TEMPOYAK. Terletak di  Putra Permai, sebelah kiri, atas sikit dari Jusco Equine (kalau dari Seri Kembangan). Kedai ni baru je beroperasi bulan mulai Jun. Baru sangatlah kiranya. Masa mula-mula sampai, memang kedai kosong. Takde orang. Tapi, sedikit-demi sedikit, agak penuh jugalah meja dalam kedai tu. Sedap agaknya..


Menu yang dipilih diatas meja tu yang utamanya mesti la patin masak tempoyak, daging ketuk, pucuk ubi tempoyak, sata dan onde-onde sebagai pemanis mulut.


Kat restoran ni juga menyediakan ikan, sotong atau udang yang dipilih sendiri dan terus digoreng disitu juga. ~lupa ah nak ambil gambar~ Ikan-ikan tersebut sudah dilumurkan dengan kunyit dan bahan perap resepi merekalah. Jadi kita boleh pilih sendiri bahagian ikan yang mana kita nak. Untuk sotong dan udang, kedua-duanya akan dicelup tepung dahulu sebelum digoreng.


Rasanya ni lah Patin tempoyak yang sangat lazat yang pernah J rasa! Kepada kamu pencinta patin atau tempoyak, boleh cuba ke Tempoyak dan rasakan keenakkannya sendiri. Tuan punya restoran ni pun agak ramah. Kalau J tak silap, Tuan punya kedai ni Cina. Tapi Cina Muslim. Sedara-maranya asal Pekan, jadi J rasa ikan patin ni pun datang dari sana juga.

macam best je kan?

Wednesday, August 25, 2010

Dapur Orang Bujang


**Awas.. jika tidak mampu bertahan sila datang semula selepas berbuka**

Ni stok dapur  makanan Mummy Mija & Chaca. Tiap kali kalau Pak Mat datang, inilah yang bakal terjadi. 
Anak-anak J semuanya tamak belaka. Selagi disua, selagi itulah akan diterima dan simpan dalam pipi penuh-penuh.


Ini bukan dari dapur J. Tapi dari Dapur restoran UK, seksyen 7 Bangi..(betul eh Amie?)
Ayam percik dan kerabu mangga ini sangat sedap...  Sebenarnya dimakan bersama sup campur. Tapi lupe nak ambil gambar.. Sibuk menikmati keindahan hujan diremang senja sementara menanti azan berkumandang..


aaahh.. ini menu mudah.. Masak apa sahaja yang ada di dapur. 
campak-campak dan.. wallah... Sila jangan terliur.
Tak sedap pun.... kekeke..


Hasil air tangan di  hujung minggu yang bosan. Walaupun budget untuk makan 2 kali sahaja, tapi rupanya boleh dimakan 4 kali.. Cucur jagung campur kentang itulah puncanya. Last minit punya idea. Disebabkan tidak rajin mahu turun mencari kuih muih, maka cucur itu dihasilkan bermula jam 7 dan siap digoreng 5 minit sebelum berbuka. Agak mewah makanan hari itu. Senak kerana menyeksa diri sendiri untuk telan semuanya! Tapi masih mampu mengheret diri untuk bertarawih pada malam itu. Alhamdulillah...


Oh.. yang ini datang dari Dapur Tempoyak.


Akan diulas dalam entri yang akan datang.
Sila lap air liur yang meleleh itu.
Sekian.


Tuesday, August 24, 2010

Si Buaya Dalam Hidupku.

 Sudah.



Cukup. 



Tak mampu bertahan lagi.



Ianya perlu dihentikan.



Kuputusan terpaksa dibuat, walaupun berat. 

Maka,



Kau harus bertanggungjawab...







atas keterlebihan perbelanjaan hanya untukmu. hehehe...



'Kerana kakiku begitu berharga.'


giteww...



notakaki: I've been eyeing for something like this since last year..(rasanye lah). This time round I'm not leaving the shop without a pair. Walaupun takde saiz 7 1/2, takpelah walaupun longgar sebelah. Nak buat cane.. Unsymmetrical had always been synonym to me... ye ke?

Monday, August 23, 2010

Dari hujung kepala, sampailah ke hujung kaki...

3 anak mami duk dalam tu. Nak jugak berhimpit. 

Sekor nak keluar, sekor nak masuk. 

Jem.

Kepala = Ciko ; Vontots = Cikai
akekeke...

(^_^'')

Sunday, August 22, 2010

Projek mini. Berjaya!


yeah!

Berjaya mengecat dinding sekangkang kera itu seorang diri.

Bendang dalam aircond.. eh..?

Dah lama tak jejak kaki ke bendang. Dah la memang kampung takde sawah padi. Selalunya lalu je bendang yang luas terbentang kat Seberang Perak dan Sekinchan nun tiap kali bali kg dan balik KL semula. J suka tengok pemandangan tiap kali padi mula nak berbuah. Hijau je.. Tambah pulak bangau-bangau putih duk melepak beramai-ramai, tiap kali padi di tuai...asyik je.. rasa macam nak join bangau-bangau tu sama.^_^

Baru-baru ni J pergi One Utama. Sementara tunggu berbuka, meronda buang masa sampai la ke wing baru. If you are a regular visitor, you should have notice that they will put up a thematic decoration for every big festival. Contohnya macam Tahun Baru Cina yang lepas.

lai..lai.. welkam to One Utama..lai..
So far, setiap hiasannya sangatlah CANTIK! So, this time round, they created a mini bendang at the ground floor of the new wing. We were buying time while searching for a nice place for berbuka when I saw this place. Wahh...menarik!
Ini namanya kepuk padi
Orang-orang di tengah shopping mall.
I wasn't aware about this thing until Barium pointed it out in his FB. Can you see the small square thing on the grass?
Boleh membeli belah di gerai keliling bendang
This was it.
Omputih tu... ~credit to barium~

And Barium quoted "Satu satunya sawah yg takleh pijak rumput; sign dalam inggeris pulak tu." hehe... I giggled after reading the caption...

So... if you guys want to have a closer look, want to feel how would it be strolling in a bendang dalam aircond, feel free to go to One Utama. Sesambil tu boleh shopping!!!! New wing ya?!

notakaki: 1. tershopping awal melebihi had yang ditetapkan. adeh.. tapi dah memang itu idaman selama ini. redha je lah... kalau tak bila lagi? I shall post what I bought shortly.. ^_^
2. sepetang yang dihabiskan dengan agak indah.. adakah itu satu petunjuk?

Saturday, August 21, 2010

Sabtu yang sunyi.

Kelas pertama yang J masuk...


Expected.

3 orang je.

 Disebabkan murid agak kurang hari ni, rasa macam kurang bersemangat sebab tak ada budak yang boleh dijadikan bahan. hehe.. 

Situasi di kelas yang lain.

Murid: Ticer, mm... puasa ke?
J: Ye. (seraya mengangguk) Kenapa?
Murid: Takde ape. Nampak bibir ticer kering.
J: Memanglah, bila kita berpuasa, badan kita akan kekurangan air sedikit.
Murid: Ticer , dah pernah tinggal puasa?
J: (mengangguk tanpa memberi perhatian) eh.. Apa?
Murid: Ticer dah pernah tinggal puasa ke? Berapa hari?
J: eh..eh... tak payah tau. Tak penting. Sibuk je..
Murid: ~Sengih kalah kerang busuk~

hahaha... Kebetulan masa dia tanya soalan terakhir tu, J agak mengantuk. Bila dia bertanya terus mengangguk tanpa perhatian diberi kepada soalan yang ditanya. Sebelum tu, latihan diberi secara berkumpulan. Selalunya J sibuk menceceh. Tegur itu. tegur ini. Marah budak tu. Marah budak ni. Tapi tadi, J duduk diam di meja menanda kertas ujian tahun 6. Bila kita tak kacau mereka, mereka pulak yang kacau kita... haaaiihh...

Murtabak Singapura

~maaf.. tidak berniat untuk buat anda terliurr... heh..~

Pertama kali  J jejak kaki ke Bazar Ramadhan tahun ni... Kalau tak silap hari ke 5 kita puasa. Tu pun alang-alang dah nak hantar Atikah balik UPM. Singgah la sekejap di bazar Ramadhan Sri Serdang, beli bekalan untuk dia berbuka.

Antara menu yang mesti akan pernah beli bulan Ramadhan tentunya MURTABAK. Sebenarnya, Mak Iti dah beli 2 murtabak Malaysia. Bila J jalan ke depan lagi, J jumpa ini.


Dah lama J teringin nak rasa murtabak Singapura ni. Masa J beli ni,  ade la 3,4 orang pelanggan yang sedang menunggu. J pesan yang 2 lapis satu. 2 lapis dan 3 lapis tu adalah lapisan daging yang ditabur atas murtabak tu.

Dia bagi 2 kuah pencicah yang sedap, kuah dal dengan kuah madu acar timun (pakai teka je).

Jadi apa rasa murtabak tu? emmm...mm... mm...

Sedap lagi murtabak Malaysia yang saizya 10x10cm berharga RM2... jual dekat-dekat situ jugak.

notakaki: Sila beli barangan buatan Malaysia. eh... ape kaitannya ntah? haha..

Friday, August 20, 2010

Percubaan kedua

Pagi tadi ada ujian. 

 
Hari ni hari ketiga dan yang terakhir sebenarnya.



 Ujian Percubaan UPSR ke 2.
Kali ini peringkat sekolah. 
 
Jadi hujung minggu ni bakal menghabiskan masa dengan aktiviti gelak ketawa dan menjulingkan mata.

notakaki: 
1. gelak ketawa pabila membaca ayat yang membawa maksud lucu & tidak masuk akal.
2. juling mata pabila terlalu cuba membaca & memahami alih bahasa jerman yang di tulis oleh anak murid... aduhai...

Thursday, August 19, 2010

Beruang & Bantal Bucuk

Jumpa artikel ni dalam Berita Harian hari ini - 18 Ogos 2010... Bukan perempuan jer yang ada  sifat begini kan? Tak salah.. tak buruk pun... J faham dengan mereka yang begini kerana J pun begitu. Tanpa bantal bucuk, J tak berapa nak boleh lena, melainkan betul-betul letih... (ye.. sila ketawa.. dah bangka pun masih ada bantal bucuk.. Yang nak cukup tidur tu J, hokey... gelak sket-sket dah! ^_^)


klik untuk gambar yg lebih besar. Maceh..

J pernah baca, ada kajian mengatakan orang-orang yang tak boleh berpisah dengan bantal bucuk, bear bucuk atau selimut bucuk ni self esteem dia rendah. Ada satu bahagian diri yang lemah yang hendak disorokkan dengan berselindung dan bergantung dengan bantal@bear@selimut bucuk tu untuk yakinkan diri. Tapi... ye ke?

Tak kesahlah... janji tiap-tiap malam J tidur lena.... ZzzZzzZzzzz...

Selamat malam semua.. ^_^


notakaki: Didn't have the chance to hug & cuddle my tedi bear sayang... bila ek?

Ala... nak bobok..

J: Dengan sukacitanya diumumkan awak akan bercuti 2 minggu untuk hari raya ni. 1 minggu sebelum raya dan seminggu lagi selepas raya.

Murid-Murid: Yeay!!!~bersorak-sorai dengan gembiranya~


J: Buttttttt... You have to come to school this Saturday and next Saturday. Untuk ganti cuti yang korang 'yeay' kan itu!


Murid: Alaaaa... nak bobok la ticer. (sambil jebik muka tak puas hati..)


J: Habis... awak je nak bobok? Ticer tak payah bobok?


Murid: Jom kite bobok la ticer hari Sabtu ni.


J: NO! Sabtu ni ikut jadual hari Rabu. Sabtu depan ikut jadual hari Jumaat. 


Murid: alaa... Nak bobok jugak!

J: Dah. Siapkan latihan yang saya bagi tadi sebelum telinga awak saya pulas.


Murid: Ye la ticer.. (sambil tersengih-sengih)

Setiap Sabtu di bulan Ramadhan ni mesti ke sekolah menabur bakti. Semoga bakti yang ditaburkan diberkati setiap titis ilmu yang disampaikan. Amin...

***updated on 20.08.10***
Bobok means Tidurr....
(^_^')

Hati yang Remuk..


Alhamdulillah... bersyukur kerana tidak terlalu remuk rasanya.. 

Ingatan yang sangat menyentuh jiwa dan minda. 

Ya.. setiap apa yang kita lakukan perlu dilakukan keranaNya. 

Nikmatnya Insyallah sangat membahagiakan...

Sungguh... aku mahu bahagia di dalam nikmatMu....

Wednesday, August 18, 2010

Hujan dan Selimut

Semalam rasanya seMalaya hujan.

Kan?

Alhamdulillah rahmat Allah dibulan Ramadhan.

Selepas semua acara selesai, terdamparlah J di hadapan tv.  Di luar masih lagi renyai...uuhh... cejukkk! Tiba-tiba teringat selimut baru yang Pak Mat hadiahkan. Dia beli masa dia buat lawatan mengejut ke Kelantan baru-baru ni. Kat mana dia beli ntah, J pun lupa. Harga pun murah. RM18 je. Comel je...rupa dan warna. Lantas selimut dikeluarkan dan... terlelap J disitu jua...

~rumah yang masih kosong. ade sesiapa nak derma kabinet tv yang dah takmo guna?~

Oh ye... Sebelum balik rumah semalam, J tersinggah JUSCO. Sebenarnya nak pergi pejabat pos je. Tapi dah alang-alang ke situ, meronda juga sekejap tengok barang-barang yang sedang dijual murah....(ye ke murah?) Kebetulan teringat sms yang J terima supaya menuntut sesuatu dari kaunter JCard. Walaupun pun cik kak kat kaunter tu tak berapa nak senyum (letih puasalah tu agaknya), Tetap dilayan J dengan baik kerana J dah terpadam sms tu. J minta jasa baik dia supaya semak apa yang J layak tuntut sebenarnya. Beberapa saat kemudia, katanya J dapat voucher RM40. Wah!! Kaaaaaching!!!!!! Alhamdulillah rezeki murah pula bulan Ramadahan ni. Akak suker dik! Terima kasih cik kak. Lepas sain borang-borang yang perlu, terus J balik sambil dalam kepala ni berkira-kira... apa benda yang nak dibeli gunakan voucher tu...

Thank you AEON!


Tapi....

Nak beli apa ye? 

hhmm.....

****
updated at 2313: malam ni hujan lagi... ayuh kita berselimut tebal!

*** Dalam Botol.

oOooOooOoohhh.....

aAaaaAaaaahhh....

ish....ish...







hhmmm...






Ape?





Bulan pose ni.... Sila berfikiran secara lurus... 
hehehe...

 eh... siapa tu?

hhmm... sedar ke tidak tu?

daddy Jimi rupanya... 
sedap ye die tido dalam botol tu!
Siap bawak bekal lagik..


ehh.... J BUKANnak DERA si JIMI ni ye!

I was cleaning his cage when he was sleeping soundly in the bottle..well it's a jar actually. The jar's lead was broken, so I put it inside Jimi's cage. He stirred a bit after I removed the jar and continued sleeping.... ish..ish... anak omak ni lah...

Tuesday, August 17, 2010

Realize

Heard this song while listening to Flyfm this morning while on my way to work. It had been in my messy head throughout the morning. Maybe I've just realized myself...



Realize by Colbie Caillate

Take time to realize
That your warmth is crashing down on in
Take time to realize that I am on your side
Didn't I, didn't I tell you

But I can't spell it out for you
No, it's never gonna be that simple
No, I can't spell it out for you

If you just realize what I just realized
Then we'd be perfect for each other and we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed out on each other now

Take time to realize, oh, oh, I'm on your side
Didn't I, didn't I tell you
Take time to realize, this all can pass you by
Didn't I tell you

But I can't spell it out for you
No, it's never gonna be that simple
No, I can't spell it out for you
If you just realize what I just realized
Then we'd be perfect for each other and we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed out on each other

But, it's not all the same, no, it's never the same
If you don't feel it to, if you meet me half way
If you would meet me half way
It could be the same for you

If you just realize what I just realized
Then we'd be perfect for each other and we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder

Just realize what I just realized
If you just realize what I just realized
Ooh, ooh

Missed out on each other now
Missed out on each other now, yeah
Realize, realize, realize, realize, oh

Monday, August 16, 2010

Cinta Si Dokong

Cerita pertama.
Walaupun ada yang buruk, isimu manis sekali.


Terima kasih ucapku yang tak terhingga.


Ikhlas memberi diiringi senyuman manis yang penuh gula.


Berbalas senyumanan yang tak kurang manis juga.


Senyum berterusan.


Malam dan Siang.


Alhamdulillah, mungkin ini hikmahnya.



Cerita kedua.


Yang terbaik telah terpilih. 


Terelok pilihan darinya. 


Ucapan terima kasih pernah dilupa tidak.


Namun


Melarikan mata seakan tidak sudi.


Namun senyum manis gula tetap kuhiaskan.


Tapi...


Kenapa kali ini dalam manis lebih tawarnya?


Mungkin ikhlas yang mula dihadiahkan telah sirna layaknya


Maaf yang mungkin tiada terima.


Ya... agaknya. 


Mesej diterima.


Wajib difahami.



Pergi diring renyai hujan malam.


Kaku disitu sehingga hilang dari pandangan.


Sedih?


Entah.


Beku kembali.


Tak mengapa.


Senyuman itu tetap terukir. 


Tapi kini hanya untuk diri sendiri. 


Selamat Malam.
 

~ Terima kasih dokong walau hanya sekejap ~

notakaki: digarap ketika emosi menguasai jiwa. harap maklum

Jejak Kasih Sabah #1

Baru-baru ni J ke Sabah, menjejaki kasih yang dah lama hilang...  Tiket flight dah lama book. Mula-mula ingat nak naik Air Asia je. Lepas tolak campur darab bahagi... baik naik MAS, ada makan.. harga pun beza beberape puluh hingget jer.. haha.. ingat makan je kan??? ~ngee...~

J yang arrange ticket booking dari awal sampai habis. Kami pergi ber6. J, Mak Iti, Achik, Afiqah, Iqbal &  Atuk.   Mudah je beli ticket online ni.. just make sure all details were keyed in correctly. Dan segala urusan selesai dengan mudah.  Kami dapat tiket flight malam Jumaat, balik Ahad pagi.

Memandangkan hari nak pergi tu hari kerja, takleh nak mintak tolong sesiapa tolong hantar J hatta ke stesen komuter sekali pun.. ~uuu..sedey~ Sampai stesen komuter, J nampak ini...

eh... ape tu? meh tengok dekat sikit.


Wah... merasalah J naik koc khas untuk wanita sahaja. Orang lain dah lama merasa naik, baru hari tu je J berkesempatan nak rasa. Takpelah, sekurang-kurangnya pernahlah juga rasa naik dari tidak kan?  Tapi.. seriyesss jakun hokey! hahah... Bayar RM1.40, baru boleh dapat tiket. Dalam koc tu siap ada staf KTM untuk pastikan tiada lelaki yang masuk koc tu. Kalau ada pun dia akan usher lelaki tu semua ke koc sebelah. Ironinye.... staf KTM tu ialah LELAKI. So he's the only guy in the coach.  

Sampai KL Sentral (lama jugak tak jejak tempat ni lepas habis belajar dulu), terus turun ke tempat bas yang pergi ke KLIA. Tambang RM10 je. Dapat tiket jer, terus driver suruh naik. Mula-mula J sorang je. Few seconds later, satu couple naik. Terus driver bas tutup pintu dan jalan... 

nampak tak 2 orang kat belakang tu?
Just the 3 of us. weee...  risau gak kalau-kalau uncle bus to menonong je bawak bas. Nasib baik memandu itu memandu secara berhemah.


Sampai KLIA, terus jumpa mereka...


again...the specky family!

Merendek dulu kat airport tu 2-3 jam, pastu baru pegi amik tiket.


Since that was my first time buying tickets online. I didn't know that I need to call them for special assistant. Atuk ikut sama, jadi nak mengelakkan dia kena tinggal belakang sebab jalan perlahan, J request wheelchair and an assistant sampai ke plane. Sepatutnya, lepas confirm ticket, kita kena call MAS for any special assistance. jadi dia akan reservekan terus special seat for that person. Oowwhh... gitu.. a lesson for me that day, so it was noted. Dengan adanya orang tolong tolak atuk kat wheelchair, boleh la kami jalan laju-laju...weee... Dengan adanya atuk & Afiqah, kami dapat masuk AWAL. Tapi bila sampai KK, kena keluar LAMBAT. Sebab kat airport KK pun dah ada yang tunggu atuk kat pintu plane dengan wheelchair. Takpelah.. alhamdulillah. Mudah pergerakan kami..

Lepas ambil beg, sepatutnya tugas J nak snap gambar, but I had my hands full. Camera ada di tangan tapi tak sempat nak tangkap sesi peluk memeluk senyum gelak ketawa... seronok sangat!!!! Tok Cik dah sedia menunggu, dari jauh kami dah cam yang mana satu dia. Keluar je dari pintu tu, terus kami diterkamnya... Alhamdulillah... akhirnya setelah 37 tahun, ketemu sudah bah...

~Entri seterusnya akan menyusul. Sabar ye?~

Choo choo train


A creative outcome from a PSV class taught by a creative colleague of mine.

notakaki: takde motif. mati kutu...

Saturday, August 14, 2010

Bubur Lambuk Mak Iti

Wah... bulan Ramadahan ni, kalau tak makan bubur lambuk tak sah... Habis tidak pun mesti ada yang nak makan sekali sepanjang bulan puasa ni ye tak? Kalau yang tak suka tu mintak maap ler... ^_^.

J tak pernah cuba masak pun. Selalunya tolong sediakan bahan dan tolong kacau je. (bakal mak mentua tau ni mesti kena pangkah..hikhik..) Kalau anda nak cari resepi minta maaf. Tiada yang lengkap disini. Resepi J biasanya campak-campak je ikut sesedap rasa.

Tapi secara kasarnya, bahan-bahan yang Mak Iti selalu guna:

beras - rendam
santan
bawang besar
bawang putih
beberapa batang serai - dititik
halia (ikut bnyk beras) potong/ titik
lada hitam biji - tumbuk bagi pecah je. tak payah hancur
ikan bilis - nak buh ayam/daging pun boleh (cincang atau potong kecil-kecil)
ubi kentang/ lobak merah - potong kiub (tak nak bubuh pun takpe)
perencah Inni - serbuk/kiub ikan bilis pun boleh
garam secukup rasa

Resepi Mak Iti ni takde tumis-tumis. Rebus je beras yang dah direndam. Bila dah mendidih, masukkan santan, serai,  halia, lada hitam, perencah, garam, kentang. Kacaulah sekali sekala. Tinggalkan bubur tu untuk masak. Hasilnya..

Oh ye.. Mak Iti & PakMat tetiba je membuat rancangan untuk naik KL. Jadi dapatlah J makan Bubur Lambuk Terbaek masakan Mak Iti!


Bubur lambuk Mak Iti ni pekat. Kami sekeluarga suka yang pekat macam ni. Kalau yang cair macam bubur lambuk yang beli kat luar... sangaaatlah kurang kick!

I lap U la Mak Iti... Thanks for coming!

notakaki: Mak Iti  & Pak Mat ialah bonda & ayahanda J.. ^__^

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^