Thursday, January 27, 2011

POOP paper bag

Bahan-bahan yang diperlukan:
 1. Kertas-kertas yang melambak dalam peti surat.
2. Pita pelekat
3. Gunting

 Lipat dua. Lebihkan sikit disatu hujung dan lipatkan ke dalam supaya boleh dilekat macam dalam gambar.

 Lipat lagi hujung kertas tadi dan lipat-lipat lagi sampai jadi macam kat bawah...

Lipat lagi dan lagi macam lipat bungkusan hadiah. Kemaskan dan lekat dengan pita pelekat.

Siap! ^_^

Lepas ni tak payah beli plastik khas semata-mata nak bubuh 'bahan buangan' aka t@h!k Julian. 

Reuse. Reduce. Recycle.

Tuesday, January 25, 2011

Cinta yang mengalir...

Cinta yang mengalir tanpa arah tuju... apa gunanya?

mengalir pulak perlahan macam siput... -_-''

~Lagenda Budak Setan 25012011~

Sunday, January 23, 2011

Awan Nano

Suka melodi dan lirik lagi ini. Videoklip juga menarik. Herman Tino jadi ayah Hafiz dalam ni... Apa persamaan mereka? Silalah tonton... ^_^


Awan Nano ~ Hafiz 

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Tuesday, January 18, 2011

Mami sakit...

Kesian mami...  Mami saya keracunan makanan. Satu malam tu dia muntah banyak-banyak kali. Mami suruh Ian hantar dia gi klinik. (-_-'') Mana la saya pandai drive kereta mami.... Nasib baik abah datang bawak mami pegi klinik. Time kaseh abah!

mami bagi remote ni suwoh Ian tengok tv

Sejak mami sakit, mami dah tak larat nak layan saya main. Hari-hari saya main sorang-sorang. Tak pelah.. Ian dah big boy, Ian boleh main ngan kotak sorang-sorang. Walaupun Ian tak nampak mami makan sangat sejak dia sakit ni, sekurang-kurangnya... mami tak lupa nak bagi Ian makan. 

Mami cepat sihat ye? 

Ian saaaaaaayang mami!!!

Saturday, January 15, 2011

Tarik Rambut Dalam Tepung

Semua orang tahu ungkapan ini adalah peribahasa. Kalau menarik rambut dalam tepung, rambut janganlah sampai putus dan tepung pulak janganlah berselerak. Kalau nak membuat sesuatu perkara tu perlukan membuat dengan berhati-hati supaya tidak sampai menyusahkan diri sendiri ataupun orang lain.

Terus-terang saya masih tak dapat terima bila orang yang tak tahu kisah sebenar, bertanya soalan-soalan seperti bila nak berdua, tunggu apa lagi, bila lagi dan yang seangkatan dengannya. Sungguh... saya LETIH. Memang saya TERTEKAN. Tapi apa daya kita nak tahan mulut orang dari bertanya kan? Walaupun mungkin mereka bertanya sekadar nak tahu, ataupun sekadar  menggiat....

Tapi... boleh tak, kalau memang sah-sah tiada tanda-tanda untuk seseorang yang bujang itu seperti mahu menukar status, tolonglah dengan rasa penuh timbang rasa jangan bertanya soalan yang sama yang pernah disoal entah berapa tahun lepas dulu? Dah takde modal ke nak memulakan bicara?

credit to heiressintraining.com
Memilih pasangan ni pun J rasa macam sama dengan peribahasa ni. Kata-kata 'kita hanya mampu merancang namun yang menentukannya adalah Dia', tentu dah kedengaran klise. Betul... nak cari pasangan ni bukan untuk kita cuba try test sahaja. Bukan sekadar tangkap muat, janji aku berlaki. Bukan untuk setahun dua, kemudian cerai. 

Tapi.. jika boleh sehingga ke akhir hayat... TIADA SIAPA YANG MAHU YANG TIDAK ELOK berlaku dalam kehidupan masing-masing kan? Jadi... J pun tak mahu lah nanti walau sesiapa pun yang J pilih atau orang lain yang pilihkan untuk J nanti, akan menyusahkan mana-mana pihak.

J tidak memilih. Tapi pilihan J sentiasa diKALAH MATIkan tanpa perlu bertanding masuk ke gelanggang. Kadang-kadang rasa macam dianaktirikan dan ditidakpedulikan dengan apa yang J rasa selama ni.

notakaki: maaf... sangat emosi dipagi sabtu ni..

Friday, January 14, 2011

Julian is Cool!

ting tong!

First time dapat award ni! Wah!

Sebenarnya, sebelum ni J pun musykil jugak pasal award-award blog. Finally, I assume that it's a small token of appreciation for our readers for dropping by and read (or at least have a peek) on apa saja yang kita dah 'ceceh'kan dalam blog kita. Selain tu, bila kita tag orang lain pulak, tu dah kira promosi  blog orang yang kita suka baca jugak kan? hehe... Bear in mind I might not be a good writer, so please bear with my stories. 

J pun tak sangka yang ada juga orang yang akan singgah blog J selama J mula berkongsi cerita. J dah boleh nampak regular visitor dari sesetengah tempat. Dekat ada, jauh pun ada. Tak komen pun takpe... Tapi sesekali kalau tinggalkan jejak, boleh kita kongsi cerita pulak kan?

Terima kasih daun keladi,
Lain kali singgah la lagi! 

^_^

I've been tagged by Dearcats. (gi tengok blog dia.. banyak info pasal ngeowwwws...) J bubuh tajuk Julian is Cool sebab J rasa... Julian yang kena tag sebenarnya... hehehehe...Ian, meh tolong mami jawab meh!  
There must always be a first timer. So... here goes nothing!

Award from Miszlullaby
Created by a Medic student from Moscow. Cute kan?


1) Bila korang suka tulis entry?
 Selalunya malam... tapi bila datang angin monsun pagi-pagi buta pun boleh buat entri.. :)

2) Adakah korang blogwalking hari-hari?
 Tak jugak... tiap kali online, kalau takde kerja urgent boleh la blogwalk! 
Kalau tak kerja dulu yang perlu diutamakan.

3)Namakan tiga blog yang korang paling suka baca:
Banyakkkk........ (tak acilah kalau buh tiga je kat sini kan? kan? kan?)

4)Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML?
Assalamualaikum.. adik shomel!

5) Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow~
 mm...mm... mmm.... mmmmm....
1. Datin Cikin
2. Mama Wina
3. Mama Hannah
4. Rieha Oyen
5. Cikgu Zara

Tuesday, January 11, 2011

Our Sweet Moment Together

Sometimes after I came back from work, I'll need a short nap. Usually I'll always slept in front of the tv. One rainy day, I dozed off like I always do.(apatah lagilah bila hujan, lagi syok mata ni mengecik) But... it lasted just for a few minutes when Julian snuggled next to me and made my arm his pillow. And the best part was, he made a fuss when I moved a bit to reach my phone to capture our moment together! -_-'' melampau tau!!


Oh anak mami sayang.... Nak marah pun tak sampai hati.
Penyudahnya dia sedap lena, J pulak terkebil-kebil terjaga!!!!! -_-''

Thursday, January 6, 2011

Kembiri kucing jantan

Semalam hantar Julian boarding kat Pusat Pengurusan & Penjagaan Kucing Ikhlas. Minggu lepas lagi dah buat appoinment dengan Rizan. Sebabnya nak kembirikan Ian. Jadinya.... Ian kena zaasss  pagi tadi.  Lepas meeting habis tadi terus ambil Ian.


J terus masuk ke belakang, ke cage Ian. J nampak keempat-empat kaki Ian basah. Perut dia juga basah. J tanyalah adik si Rizan. katanya dia kencing tadi, basah sebab dibasuh. Bila dia nak bukak cage, Ian menderam. Terus dia mengundur, bagi laluan pada J. Laju je Ian nak keluar bila nampak mami dia.


Masa nak buka pintu cage tu dah berbau dah. Pegang-pegang dia je... ALAMAKKKK!!!!! Ni memang bau kencing tak basuh ni!  Aiseyyy.... sudah rasa tak syiok dah. J masukkan dalam carrier dan pulang. Sampai rumah, J basuh semula bulu-bulu yang basah yang kononnya dia cuci tadi. hmm... barulah kurang sikit bau tadi. hmm.... takkan la boleh bersihkan sebelum J datang ambil tadi? Sedangkan J dah sms Rizan lebih awal. Pelik lah jugak ni sebenarnya...

Muka orang mabuk ubat bius

Sampai rumah, kesian tengok dia terkengkang-kengkang berjalan... tambah pulak terhoyong hayang sebab kesan ubat bius mungkin masih ada lagi. Asyik mengekor kaki tiapkali J bergerak ke dapur, bilik air dan bilik.  Rindu agaknya...

Tak habis-habis bersihkan bulu.

Di saat J tengah taip entri ni, budak bertuah tu dah terbongkang atas tilam. TENGAH-TENGAH tilam hokey??? Alamak... kena merempat la malam ni nampak gayanya.. huk..huk..

Terukkkk.. tak tinggal ruang utk mami pun.. -_-''

Dan dengan 'jakun'nya (first time tengok ni.. jangan la ketumbit!!! hahaha), J snap gambar ni dengan tujuan nak kongsi dengan semua. Kalau kucing betina, perutnya yang akan dibedah. Tapi, kalau kucing jantan, testis (betul ke testis?) dia yang kena buang. Bila dah buang beginilah rupanya....

Alamak! Dah kecut!!!!

 Semoga anak mami ni cepat baik. Sape tau ye..berapa hari kena tunggu baru boleh mandi???
Ian masih bucukkkk laaa.... >_<

 notakaki: rasa macam tak berapa nak syok dah nak pergi situ lagi... hmm... kena usha tempat lain pulak la lepas ni nampaknya.. hmm...

Tuesday, January 4, 2011

si penghukum

eh..  si penghukum (baca: punisher) dah mula mengedarkan kad walimatul urus beliau.

image googled
alhamdulillah...

Semoga dipermudahkan urusan si penghukun dan si bunga ungu, sebelum majlis, semasa majlis dan sehingga ke akhir hayat kalian berdua. 
^_^

notakaki: 
1.kisah lama tak perlu dicerita, kerana  bicara itu mungkin akan mengguris jiwa. 
2. okay... dah boleh bakar surat cinta lama. senyum.

Monday, January 3, 2011

Yieehaaa....!!! Back to SCHOOL!



~ masih menjadi penulis minit untuk salah seorang penolong kanan (oo yea.. minit pertama masih belum taip!!!!)

~ tiba-tiba kena kena jadi guru kelas! (alamak..garuk kepala yang mmg gatal)

~ 4 warna dijadual, tandanya kena masuk 4 kelas.. (sama seperti tahun lepas)

~ buku resit & wang kecil sudah tersedia untuk mengutip bayaran tambahan (yuran) esok. (tak sukanya kira-kira duit... -_-'')

~ masih lagi bernaung dibawah payung rumah MEGHAH sebagai penolong. (ape pulak tema tahun ni?)

~ masih lagi berada dia unit beruniform yang sama sebagai penolong juga. (tolong orang selalu. eh.. diri sendiri dah abes tolong ke??????)

~ nampak gayanya kena beli raket badminton tahun ni. Tak pasal-pasal nama dicalonkan untuk menerajui Kelab Badminton. (mintak raket kat Pak Mat ajelah.. haha..kedekut!!)

~ yang PALING BEST bila mendengar perkhabaran bahawasanya, J telah menang tanpa bertanding untuk menjadi IBU KUTU?????  (ohmai..ohmai.. dah habis pikir ke kengkawan J tu? neeehhiiiiiiiiii..........)


Selamat Kembali ke Sekolah Miss J!!!! ^_^

Saturday, January 1, 2011

eh.. dah 2011?????

Cakap banyak tak mau. 

Nak cakap pasal azam pun tak mau.
I just want to be happy. And I deserve to be happy. 

You too... right?

 
Semoga perjalanan yang akan dilalui selama 365 hari yang akan datang bakal menjadi mudah untuk diri ini, awak, kamu, mereka, dia serta seluruh makhluk di bumi Allah ini. Sementelahan itu, semoga kita tidak lupa dan lalai dengan segala kenikmatan yang telah kita perolehi dan sentiasa mengingati Dia, kerana segala yang berlaku adalah dengan izinNya.

notakaki: I'm truly sorry sayang, please... go find your own happiness cos I couldn't afford to give you any...

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^