Wednesday, July 29, 2009

Garang...

Ada yang kata J ni ticer yang garang...
Ada yang kata J ni ticer yang baik...

Tahun lepas J mengaku memang J GARANG giler. Sebab anak-anak J, hampir satu kelas tak makan saman. Jenuh juga nak didik sampai mereka ikut peraturan J. J tak tau la macam mana garangnya J sampaikan kalau kelas tu bising. Cukup lah J berdiri depan pintu kelas dan bulatkan mata tanpa berkata apa-apa. Automatik, semua kan mencicit lari balik ke tempat masing-masing. Dek ke'garang'an J tahun lepas, murid-murid tahun lepas, sentiasa akan tegur J di mana-mana mereka jumpa J.

Tahun ni J, berazam tak mo garang sangat. Sebab anak-anak tahun ni agak mendengar kata. Tapi tahun ni J kurang rapat dengan anak-anak J. Sebab 3 bulan J kena mengajar tahap 2. Jadi J kurang tahu perkembangan anak-anak dengan baik. Tapi bila J tone down, anak-anak macam kurang hormat dengan J. Sekali cakap tak jalan, dua kali tak jalan jugak, 3 kali pun tak jalan jugak... They caused me difficulties to continue lessons as they would always didn't do their homework. dah kena curi masa the nest class. Jenuh suruh bersihkan kelas setiap pagi... minggu ni baru nak mula. Sebelum korang buat hape hah??? Adeh...

Sebenarnya, letih jadi GARANG ni... kalau tanya kawan-kawan J, J lah yang paling cool.. sabar.. tapi sejak jadik ticer ni. J rasa, terbang habis kesabaran & coolness J selama ni. And another thing being GARANG made me grew old faster each day... (more & more grey hairs popping out each month)

Should be a GARANG ticer again?

Lapar dan dahaga

J masuk Kings Confectionary. J rasa macam lapar cheese cake. So.. I bought a cheese cake a 2 blur berry tarts.
J suke kotak die.. of cos.. becos of the colour..;)

German Cheese cake. RM5.50 per slice. This time it doesn't taste moist.. mungkin dah banyak hari kot kek ni... :(

Sambil makan kek, J nampak si kenit ni sedang menghilangkan dahaga..



Tuesday, July 28, 2009

Ujian & Makan

Ujian dan Makan. Takde kaitan sebenarnya... The Formative test 2 had just started yesterday. My kids sat for their English paper this morning. Therefore... starting from today.. after this.. kena ngadap kertas peperiksaan sampai habis.... termasuk satu kelas tahun 4, yang cikgunya dah bersalin... It's one of my duty anyway....


Ni cerita pasal makan. On Saturday, I went to Petronas to fill in the fuel. I saw this pink cotton candy in the mart inside the petronas. Terliur kejap... so I bought one. Teringat masa sekolah rendah dulu. beli sebungkus 10sen bila balik dari sekolah... yang ni, 2 hingget. jenuh nak habiskan... Until today, it has not finished...


Hoagies @ 1Utama. Boleh cari di LG wing lama. Opposite Baskin Robins next to ARENA. I ordered the Spicy Portuguese Hoagies set. The fillings are salad, chicken and spicy sauces. The bread and chicken was crunchy. Sangat Sedap! I shared with mama. Tak sempat nak snap snap, mama dah curi one part of the Hoagies...


Addition to that, I drank 3 layer tea. Macam kopi dangdut yang pernah J minum kat UIA dulu. Gula Melaka yang paling bawah, susu kat tengah, teh kat atas... sedap jugak. Sesuai untuk yang kurang gemarkan manis... Kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman...





Monday, July 27, 2009

Babies dah balik!

They're so adorable... aren't they?

Buas semuanya!

Sankar baru dah beli. Daddy duk atas, mummy and babies duk bawah okey!

Jom makan!


gusti jangan tak gusti..

dah pandai lari dalam roda!
o ye.. cik Minah ni pun dah semakin membesar. Lambat bagi makan je mula la lompat-lompat. langgar dinding akuarium kecik tuh.. iskk...

Al Fatihah

Untuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

J suka hasil kerja Arwah.

Banyak hasil iklan arahan Arwah membuatkan J tersentuh. Hampir menitiskan air mata.

Filem yang dihasilkan Arwah juga J kagumi, walaupun ramai yang menolak dan kata ia membosankan.

J masih belum bepeluang menonton Talentime... Kebetulan tidak berkesempatan....

Semoga Arwah telah melakukan yang sepatutnya dia lakukan sebagai hamba Allah dia muka bumi ini...

Semoga tempatnya yang baik-baik sahaja di sana... Amin.

Wednesday, July 22, 2009

Teknik Menjawab Soalan UPSR

Sedang berlangsung di depan... J kat belakang buat kertas soalan untuk ujian minggu depan...

Mr Krishna, speaker from SK Seri Murni.

Jangan guna linkers kalau tak tau. Awak akan merosakkan karangan yang yang awak tulis.


Tips to write good note expansion.
Write in paragraphs that includes
  • Introduction,
  • Contents
  • Closure.
Find the main character, elaborate on the character.

You can also change or modify the words given in the notes expansion.

nota kaki: pura-pura mendengar... huhuhu...

Cerita Hantu

I got this from a friend. It must be a student's essay. But, i'm not sure whether it's from the primary or secondary kids...


Kelakarlah budak nih.. hehehe...
nota kaki: J suka remark cikgu tu.. "Hantu itu gembira juga kah?" kahkahkahkah...

Babies are getting bigger

Abah sent me this picture last night. Tenkiu... Katanya tengah berebut makanan. Biasalah budak kecik kan? Buas.. susah nak tangkap gambar budak-budak kecik ni katanya. Bulu pun dah banyak.. Dah boleh bagi nama dah. Tak lama lagi boleh buat surat beranak untuk setiap sekor..


Nota kaki: Masih terpikir nak bagi nama ape ni...

Monday, July 20, 2009

Baby dah celik..

Abah kata..
dah 3, 4 eko babies celik..
dah mula belajar makan kuaci..
dah mula meronda satu cage..
dah mula buas tak tentu hala..
dah mula ambush mummy sesuka hati..
Sampai mummy pun tak terbuat ape..

Sayangnye.. babies takde pada J sekarang...
Abah, kite nak balik anak-anak kiter... :(
Rindulah...

Elephant Village's Durian

O kome.. deghoyan dah berbunge
Maghi kite pinang anak dare...

Lepas hantar Atikah back to her hostel kat MRSM Pasir Salak, J ajak mama singgah beli durian. mama kata durian yang jual kat satu gerai tu sedap. Durian kampung. RM25 untuk 4 biji. Sepanjang jalan sebelum sampai rumah. Every 10 minutes, mama or J akan buka tingkap... huhhuhu.. lemas dengan bau durian. Campur pulak dengan bau cempedak..lagik lah!


Sampai rumah je, buka satu biji... Isinya kuning susu. Tak teringat nak amik gambar. Terus bedal masuk mulut..... J bukannya gila durian. Tapi boleh la makan sekali sekala.

Ma cerita dulu masa kecik J sampai muntah bila suruh makan durian. Nak tau ape ma J buat? Dia mandikan J dengan air yang direndam dengan kulit durian.... lepas tu, terus tak muntah muntah bila makan durian... Tak pastilah petua tu betul ke tidak. Tapi memang semalam J makan 8 dari 12 ulas yg ada dalam durian tu.. hehe.. balik hari ni nak hadap lagi!!!

Friday, July 17, 2009

New Moon

I've read Twilight.

Whenever I started to flip the pages, I couldn't stop.
A very intriguing book, indeed.
Please read if you're into vampires...


It was recommended by my cousin and I got myself addicted and bought the whole set of it. Kebetulan pulak ada pesta buku sana sini. So, I manage to get them all with a good price.

Now, I'm on the second book. Started on last Monday and halfway through...
Some said it was a little bore.
But there's a part where I almost cried. (hehe.. emo..)


Will be spending the reast of the day reading New Moon I guess.
Before that I'll have to fry some keropok first...
(yeah.. I know. it's a bad habbit eating oily food while reading a book)

Buang duit

Wedges cap buaya J tak bley pakai semula buat sementara waktu. Tapak kat tumit lekang balik.. mm.. apa nak pakai gi sekolah ni???(Oh yer.. J bukan jenis gila kasut. So I don't have many extra collections. Kalau ade pun tak seswai pakai ke sekolah..) J dah lama tak shopping kasut. mm.. my feet are very sensitive. So, I need to find comfy shoes or sandals.. Nak beli cap Scholl.. haruslah tak dapek yer? Tgh bulan ni..
Dah lama tak bergaya dengan heels.. my previous most favourite 'kasut' to school was from cap buaya jugak... Tapi kali ni beli kejap jer pakai dah nak punah... Ganaz tul J nih.. Finally I made up my mind to buy this. I actually liked the other two other heels. Takde size la pulak...RM45 only. Simple but comfy.


Dah lama teringin nak beli benda alah ni... I have two of this brand at home, which I love to use them frequently. No hassle. Tak risau melekat. Tak susah nak sental bagai. I have 2 pans, 16cm and 32 cm in size. Both were bought during my visit to Kuwait last year. And both cost less that RM60. But there they don't have this stirfry pan. I saw this pan in JJ Kepong. Malas pikir panjanglah.. beli ajo lah..


The actual price was RM129.00. Last week, I remembered I saw the price was RM99. But yesterday, the price was cheaper... Lagilah J suka kan?!...

J sangat suka lah.. And Aiden called. Siapa Aiden? My mom's property negotiator. So, I spent almost 2 hours at his office. We discussed on suitable houses and areas to consider and some other stuff and had to pay him RM300 for registration. Terobang lagi duit J.. Anyway, balik nanti nak claim dengan Mem besar!

A list of houses dah dapat. So, will be busy with house hunting next week with my Momma.

nota kaki: Will be away for the weekend... LDP-KLIA-MRSM-KL... boleh tak tuang tangki minyak dengan minyak sawit????

Thursday, July 16, 2009

Tinggal 6 jer???

I went back yesterday. As usual, Mija will greet me at the door... Cage Mija kat tepi pintu jer... hehe. Lapar la kot sbb J sampai rumah lambat, ada koko kat skolah semalam. I have this habbit to count and recount the babies everytime Mija left her babies for food.


I counted once. 6. Mm... silap kot? I counted twice. Eh.. takkan lah? mana lagi satu? I counted again an again... Sekor dah hilangggggggggggggg.... mesti dah kena makan!!! Tak usik pun. Pasal pe dia makan??? iskk..iskk....

Wednesday, July 15, 2009

For u Abah..

They started to have spots on their bodies... but eyes were still tightly closed.







Monday, July 13, 2009

Cute Daddy

Aksi-aksi cute Jimi si daddy tido..



J paling suka gambar ni!!!


Semalam pagi J pegi cuci kereta. Dah lama tak cuci. So, semalam J bagi dia masuk spa (bak kata Balqis). Tapi J tak polish pun.. cukup la sekadar bersih dari habuk dan Lumpur. Luar dan dalam.


Lepas serah kunci pd baiya yang cuci keta tu, J nampak la dua beranak nih… Comel sangat… Daddy & baby. Totally a pleasing scene to look at. This Daddy pun hanta kereta untuk cuci. Tersentuh J tengok gaya si Daddy layan baby dia. J pun mula la berangan… huhuhuhu… I wish my future hubby will be like that....


Balik rumah perut pun mula la kruk krek..kruk krek.. tengok dalam peti ais ada daging sikit.. So J buat sup sikit. Buat goreng sikit...dan wallah...


Dah kenyang ape lagi... zZzzZzzZ..... hehehe...(mane lah tak bulat...)






Gigit-gigit

Last week singgah petmore nak beli makanan untuk hammy. Dari hari tu nak beli menatang alah ni. Sebabnya dua-dua hammy suke sangat gigit sangkar.. Dalam satu ni ada 5 biji. 2 dah dikeluarkan.

Veggie bites ni elok untuk diorg ni.. katanya.. Elok untuk asah gigi yg cepat panjang...katanya lagi. Benda alah ni jugak berperasa macam-macam.. katanya juga..

Corn untuk mummy. Tapi kejap je dia minat nak gigit-gigit... Pastu sibuk sorok jer. macam sorok makanan die.. Pastu back to gigit-gigit cage..

Tomato untuk daddy.. buh kejap jer dah jadi camni..

Thursday, July 9, 2009

Si Kenit & Daddy

J rasa letih hari ni. Petang ni J kena hadiri taklimat gantikan cikgu ICT yang berkursus... Pagi tadi ada PJ. So, kena tukar baju la jap lagi. Nasib baik ada towel and toiletteries dlm kereta. Boleh tumpang mandi manda kat prasekolah...


Cian daddy duk dalam plastic container ni sorang-sorang...



A close up one of the babies...


Nota kaki: Foods for my hammy dah abes... J kena singgah Petsmore & bayar bil air sebelum balik hari ni... (A reminder to myself)

Wednesday, July 8, 2009

I'm a granny???

I went back home late yesterday. It was really late. I was worried that my hammy were hungry. I saw Mija sitting quietly at one corner... with eyes open.. NOT sleeping. She doesn't move at all since I reached home. She doen't behave that way since she's an active hammy.

I thought she's still having her mood swing as the day before she had a terrible tantrum messing up the cage. I mean a total mess. She moved the toilet bath and the food bowl, here and there, until they end up turned upside down. While the bedding were strewn all over the place outside the cage.

The moment I put their food inside the cage. Immediately Mija had a mouthfull of all the grains. But not Jimi. He was pacing here and there. Peeking from their small house but he didn't went down until all grains were gone. (it was all in Mija's mouth pouch). The moment I pick up Jimi, J saw something wiggling in the bedding.



Alhamdulillah..... Mija dah beranak!!!!!!!! To 7 cute babies.. heheh...comel! comel ke??? Mata pun tak bukak lagik..

I thought I just saw then mating for the second time on Sunday.... Berapa lama ek hamster bunting??? Kena google ni nanti...

Mija dah terberanak awal la pulak... tak sempat nak beli cage baru. Terus keluarkan Jimi dan asingkan... Takut dia makan pulak budak-budak kenit tu... Lepas Jimi dah duduk luar, baru la Mija return to herself back. Dia turun naik, ronda satu cage. Maybe nak check sama ada Jimi memang betul-betul takde.

This pic bukan nak tunjuk Mija makan anak dia... She's just trying to pull back her baby to the siblings... macam mana ntah boleh berjalan jauh... All the babies were placed warmly underneath her tummy to milk them... hmm... Does that means I'm a granny???? Oh tidak!!!!! hiks.
Nota kaki: Ade sesape nak jual used habitrail hamster cage???

Tuesday, July 7, 2009

Ramen Kunun!!!!

Yesterday I went to JJ kepong to shop some things. I was sooooooooooooo hungry and straight away went to the foodcourt. I felt like having something korean. So I ordered ramen something with fried egg and chicken ham. This is it... Skali pandang macam ape? I tought it looks like Maggi mee...


After having a spoonful of the 'ramen'... I was so disspointed. It tasted exactly like Curry Maggi Mee.... Makcik Indon yang duduk depan J siap pandang-pandang lagi... dtg fudcourt JJ pun nak makan megi mee... uuuuuuu sedey! J masak kat rumah lagi sedap lah wey... Dah terbeli.. perut pun lapo... Dulik hape!!! J telan lah jugak dengan hati yg terkilan...

I paid the 'megi mee' for RM8.. And asked the cook what did he used to cook the meal. He showed me a packet of instant noodle which says that it's a korean menu. Lepas tu menonong je J masuk supermarket cari the same packet. Guess what? It costs only RM1.90. Campo telo sebijik chicken ham sekeping takdenyer lebih dari RM4. Adeh la.....

Monday, July 6, 2009

Guess...

1. round the bound
2. correct
3. te cauhang
4. then a round
5. trrfic light
6. correct
7. saindbot
8. kroch cauhang
9. correct
10. dairechang



nota kaki: tag for teachers please.... huhuhuhu...

Accesories for my Lappy

Selling price: RM139. After discount: Rm130


Harga tengok sendiri yerk..

Tak jangka pulak rupa-rupanya tiga benda ni same brand. Dah balik rumah baru perasan. Masa amik tadik pakai amik jer...


Selling price: RM39.00
dekat 3 jam jugak la turun naik Low Yat tu dengan Amie. Dia pun, sesambil tu usha Vaio untuk business dia. mm... Accesorries dah cukup.. Microsoft Office pun dah masuk.. yeay! Bleh bawak gi sekolah hari-hari. Baru la laju sket nak buat kerja...



Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^