Monday, September 20, 2010

Dah mula jadi racun

Dia tak bersalah. Tapi para pengguna seringkali menyalahgunakannya.

Dia sangat berguna tatkala ingin menjejak kasih, bertanya khabar, beramah mesra, mendekatkan yang jauh, merapatkan yang tidak, menyatakan lokasi, mengumumkan walimah atau hari ulang tahun, berkongsi gambar terkini dan sensasi... malah ada juga yang ambil kesempatan berjualan dengan rakan-rakan di dalamnya juga.

Untuk mereka yang bosan, ia juga sering menjadi tempat menghabiskan masa bermain permainan secara maya. Mengutip wang beratus-ratus jumlahnya, mengumpul geng seramai-ramainya, berkebun, membina bandar, menternak, mengumpul hadiah... pendek kata, macam-macam ada.  ^_^

Untuk yang suka buang masa pula, macam-macam kuiz boleh di jawab. Yang logik, yang tak logik, nak jadi hantu apa, siapa pasangan artis yang sesuai, nak kahwin umur berapa, siapa yang selalu menjengah ke profil anda, pekerjaan yang sesuai dengan anda,... hahaha.. kadang-kadang lucu belaka jenis-jenis kuiz yang direka.

Tapi disisi lainnya, dia seringkali dijadikan kearah yang agak negatif. Contohnya mengaibkan orang lain secara tak langsung.. menimbulkan pergaduhan, membuka pekung dalam kain, membuka rahsia yang menyebabkan terbongkarnya rahsia, berfantasi dan imaginasi yang kadang-kadang terlampau... ahh.. ada juga yang sampai menyebabkan suami dan isteri bergaduh dan pasangan kekasih bermasam muka. hmmm...

Kuat betul pengaruh dia dalam kehidupan kita semua sekarang ni.

Sejak dua tiga empat lima menjak ni, J rasa dia dah mula menjadi racun kepada J. Aduh... terkesan emosi ni selalu.... Mulalah jantung berdegup laju. Risaukan yang ntah hapa-hapa... Buang masa je.

Dahulu diri ini tak serapuh begini.

Apakah petanda usia yang semakin bertambah?

Tabahlah wahai hati...

notakaki: kadang-kadang J pun ada juga salah guna.. (-_-)...

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^