~maaf.. tidak berniat untuk buat anda terliurr... heh..~
Pertama kali J jejak kaki ke Bazar Ramadhan tahun ni... Kalau tak silap hari ke 5 kita puasa. Tu pun alang-alang dah nak hantar Atikah balik UPM. Singgah la sekejap di bazar Ramadhan Sri Serdang, beli bekalan untuk dia berbuka.
Antara menu yang mesti akan pernah beli bulan Ramadhan tentunya MURTABAK. Sebenarnya, Mak Iti dah beli 2 murtabak Malaysia. Bila J jalan ke depan lagi, J jumpa ini.
Dah lama J teringin nak rasa murtabak Singapura ni. Masa J beli ni, ade la 3,4 orang pelanggan yang sedang menunggu. J pesan yang 2 lapis satu. 2 lapis dan 3 lapis tu adalah lapisan daging yang ditabur atas murtabak tu.
Dia bagi 2 kuah pencicah yang sedap, kuah dal dengan kuah madu acar timun (pakai teka je).
Jadi apa rasa murtabak tu? emmm...mm... mm...
Sedap lagi murtabak Malaysia yang saizya 10x10cm berharga RM2... jual dekat-dekat situ jugak.
notakaki: Sila beli barangan buatan Malaysia. eh... ape kaitannya ntah? haha..
kalau kamu rasa Muratabak Singapura di Muar, serious kamu akan kata sedap~
ReplyDelete:)
Zara tolong pos boleh?
ReplyDelete