Kelas pertama yang J masuk...
Expected.
3 orang je.
Disebabkan murid agak kurang hari ni, rasa macam kurang bersemangat sebab tak ada budak yang boleh dijadikan bahan. hehe..
Situasi di kelas yang lain.
Murid: Ticer, mm... puasa ke?
J: Ye. (seraya mengangguk) Kenapa?
Murid: Takde ape. Nampak bibir ticer kering.
J: Memanglah, bila kita berpuasa, badan kita akan kekurangan air sedikit.
Murid: Ticer , dah pernah tinggal puasa?
J: (mengangguk tanpa memberi perhatian) eh.. Apa?
Murid: Ticer dah pernah tinggal puasa ke? Berapa hari?
J: eh..eh... tak payah tau. Tak penting. Sibuk je..
Murid: ~Sengih kalah kerang busuk~
hahaha... Kebetulan masa dia tanya soalan terakhir tu, J agak mengantuk. Bila dia bertanya terus mengangguk tanpa perhatian diberi kepada soalan yang ditanya. Sebelum tu, latihan diberi secara berkumpulan. Selalunya J sibuk menceceh. Tegur itu. tegur ini. Marah budak tu. Marah budak ni. Tapi tadi, J duduk diam di meja menanda kertas ujian tahun 6. Bila kita tak kacau mereka, mereka pulak yang kacau kita... haaaiihh...
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..