Semalam rasanya seMalaya hujan.
Kan?
Alhamdulillah rahmat Allah dibulan Ramadhan.
Selepas semua acara selesai, terdamparlah J di hadapan tv. Di luar masih lagi renyai...uuhh... cejukkk! Tiba-tiba teringat selimut baru yang Pak Mat hadiahkan. Dia beli masa dia buat lawatan mengejut ke Kelantan baru-baru ni. Kat mana dia beli ntah, J pun lupa. Harga pun murah. RM18 je. Comel je...rupa dan warna. Lantas selimut dikeluarkan dan... terlelap J disitu jua...
~rumah yang masih kosong. ade sesiapa nak derma kabinet tv yang dah takmo guna?~
Oh ye... Sebelum balik rumah semalam, J tersinggah JUSCO. Sebenarnya nak pergi pejabat pos je. Tapi dah alang-alang ke situ, meronda juga sekejap tengok barang-barang yang sedang dijual murah....(ye ke murah?) Kebetulan teringat sms yang J terima supaya menuntut sesuatu dari kaunter JCard. Walaupun pun cik kak kat kaunter tu tak berapa nak senyum (letih puasalah tu agaknya), Tetap dilayan J dengan baik kerana J dah terpadam sms tu. J minta jasa baik dia supaya semak apa yang J layak tuntut sebenarnya. Beberapa saat kemudia, katanya J dapat voucher RM40. Wah!! Kaaaaaching!!!!!! Alhamdulillah rezeki murah pula bulan Ramadahan ni. Akak suker dik! Terima kasih cik kak. Lepas sain borang-borang yang perlu, terus J balik sambil dalam kepala ni berkira-kira... apa benda yang nak dibeli gunakan voucher tu...
Thank you AEON!
Tapi....
Nak beli apa ye?
hhmm.....
****
updated at 2313: malam ni hujan lagi... ayuh kita berselimut tebal!
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..