Saturday, August 14, 2010

Bubur Lambuk Mak Iti

Wah... bulan Ramadahan ni, kalau tak makan bubur lambuk tak sah... Habis tidak pun mesti ada yang nak makan sekali sepanjang bulan puasa ni ye tak? Kalau yang tak suka tu mintak maap ler... ^_^.

J tak pernah cuba masak pun. Selalunya tolong sediakan bahan dan tolong kacau je. (bakal mak mentua tau ni mesti kena pangkah..hikhik..) Kalau anda nak cari resepi minta maaf. Tiada yang lengkap disini. Resepi J biasanya campak-campak je ikut sesedap rasa.

Tapi secara kasarnya, bahan-bahan yang Mak Iti selalu guna:

beras - rendam
santan
bawang besar
bawang putih
beberapa batang serai - dititik
halia (ikut bnyk beras) potong/ titik
lada hitam biji - tumbuk bagi pecah je. tak payah hancur
ikan bilis - nak buh ayam/daging pun boleh (cincang atau potong kecil-kecil)
ubi kentang/ lobak merah - potong kiub (tak nak bubuh pun takpe)
perencah Inni - serbuk/kiub ikan bilis pun boleh
garam secukup rasa

Resepi Mak Iti ni takde tumis-tumis. Rebus je beras yang dah direndam. Bila dah mendidih, masukkan santan, serai,  halia, lada hitam, perencah, garam, kentang. Kacaulah sekali sekala. Tinggalkan bubur tu untuk masak. Hasilnya..

Oh ye.. Mak Iti & PakMat tetiba je membuat rancangan untuk naik KL. Jadi dapatlah J makan Bubur Lambuk Terbaek masakan Mak Iti!


Bubur lambuk Mak Iti ni pekat. Kami sekeluarga suka yang pekat macam ni. Kalau yang cair macam bubur lambuk yang beli kat luar... sangaaatlah kurang kick!

I lap U la Mak Iti... Thanks for coming!

notakaki: Mak Iti  & Pak Mat ialah bonda & ayahanda J.. ^__^

4 comments:

  1. cam sedap je...nak bleh?

    ReplyDelete
  2. Peberet saya bubur lambuk. Pastu taruk macam-macam. He he he

    ReplyDelete
  3. hehe.. udah abesss la sayang...

    ReplyDelete
  4. marts masak ape bulan puasa ni? Takde update pon.. :(

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^