Monday, August 16, 2010

Jejak Kasih Sabah #1

Baru-baru ni J ke Sabah, menjejaki kasih yang dah lama hilang...  Tiket flight dah lama book. Mula-mula ingat nak naik Air Asia je. Lepas tolak campur darab bahagi... baik naik MAS, ada makan.. harga pun beza beberape puluh hingget jer.. haha.. ingat makan je kan??? ~ngee...~

J yang arrange ticket booking dari awal sampai habis. Kami pergi ber6. J, Mak Iti, Achik, Afiqah, Iqbal &  Atuk.   Mudah je beli ticket online ni.. just make sure all details were keyed in correctly. Dan segala urusan selesai dengan mudah.  Kami dapat tiket flight malam Jumaat, balik Ahad pagi.

Memandangkan hari nak pergi tu hari kerja, takleh nak mintak tolong sesiapa tolong hantar J hatta ke stesen komuter sekali pun.. ~uuu..sedey~ Sampai stesen komuter, J nampak ini...

eh... ape tu? meh tengok dekat sikit.


Wah... merasalah J naik koc khas untuk wanita sahaja. Orang lain dah lama merasa naik, baru hari tu je J berkesempatan nak rasa. Takpelah, sekurang-kurangnya pernahlah juga rasa naik dari tidak kan?  Tapi.. seriyesss jakun hokey! hahah... Bayar RM1.40, baru boleh dapat tiket. Dalam koc tu siap ada staf KTM untuk pastikan tiada lelaki yang masuk koc tu. Kalau ada pun dia akan usher lelaki tu semua ke koc sebelah. Ironinye.... staf KTM tu ialah LELAKI. So he's the only guy in the coach.  

Sampai KL Sentral (lama jugak tak jejak tempat ni lepas habis belajar dulu), terus turun ke tempat bas yang pergi ke KLIA. Tambang RM10 je. Dapat tiket jer, terus driver suruh naik. Mula-mula J sorang je. Few seconds later, satu couple naik. Terus driver bas tutup pintu dan jalan... 

nampak tak 2 orang kat belakang tu?
Just the 3 of us. weee...  risau gak kalau-kalau uncle bus to menonong je bawak bas. Nasib baik memandu itu memandu secara berhemah.


Sampai KLIA, terus jumpa mereka...


again...the specky family!

Merendek dulu kat airport tu 2-3 jam, pastu baru pegi amik tiket.


Since that was my first time buying tickets online. I didn't know that I need to call them for special assistant. Atuk ikut sama, jadi nak mengelakkan dia kena tinggal belakang sebab jalan perlahan, J request wheelchair and an assistant sampai ke plane. Sepatutnya, lepas confirm ticket, kita kena call MAS for any special assistance. jadi dia akan reservekan terus special seat for that person. Oowwhh... gitu.. a lesson for me that day, so it was noted. Dengan adanya orang tolong tolak atuk kat wheelchair, boleh la kami jalan laju-laju...weee... Dengan adanya atuk & Afiqah, kami dapat masuk AWAL. Tapi bila sampai KK, kena keluar LAMBAT. Sebab kat airport KK pun dah ada yang tunggu atuk kat pintu plane dengan wheelchair. Takpelah.. alhamdulillah. Mudah pergerakan kami..

Lepas ambil beg, sepatutnya tugas J nak snap gambar, but I had my hands full. Camera ada di tangan tapi tak sempat nak tangkap sesi peluk memeluk senyum gelak ketawa... seronok sangat!!!! Tok Cik dah sedia menunggu, dari jauh kami dah cam yang mana satu dia. Keluar je dari pintu tu, terus kami diterkamnya... Alhamdulillah... akhirnya setelah 37 tahun, ketemu sudah bah...

~Entri seterusnya akan menyusul. Sabar ye?~

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^