**Awas.. jika tidak mampu bertahan sila datang semula selepas berbuka**
Ni stok dapur makanan Mummy Mija & Chaca. Tiap kali kalau Pak Mat datang, inilah yang bakal terjadi.
Anak-anak J semuanya tamak belaka. Selagi disua, selagi itulah akan diterima dan simpan dalam pipi penuh-penuh.
Ini bukan dari dapur J. Tapi dari Dapur restoran UK, seksyen 7 Bangi..(betul eh Amie?)
Ayam percik dan kerabu mangga ini sangat sedap... Sebenarnya dimakan bersama sup campur. Tapi lupe nak ambil gambar.. Sibuk menikmati keindahan hujan diremang senja sementara menanti azan berkumandang..
aaahh.. ini menu mudah.. Masak apa sahaja yang ada di dapur.
campak-campak dan.. wallah... Sila jangan terliur.
Tak sedap pun.... kekeke..
Hasil air tangan di hujung minggu yang bosan. Walaupun budget untuk makan 2 kali sahaja, tapi rupanya boleh dimakan 4 kali.. Cucur jagung campur kentang itulah puncanya. Last minit punya idea. Disebabkan tidak rajin mahu turun mencari kuih muih, maka cucur itu dihasilkan bermula jam 7 dan siap digoreng 5 minit sebelum berbuka. Agak mewah makanan hari itu. Senak kerana menyeksa diri sendiri untuk telan semuanya! Tapi masih mampu mengheret diri untuk bertarawih pada malam itu. Alhamdulillah...
Oh.. yang ini datang dari Dapur Tempoyak.
Akan diulas dalam entri yang akan datang.
Sila lap air liur yang meleleh itu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..