Wednesday, October 6, 2010

This is my Card.

Hi... 

Nama saya Sam. S.U.E. SAM. This is my card.....


Ingat tak line ini? Kalau korang ikuti drama komedi 2+1 dulu-dulu... ayat ini seringkali diucapkan Imuda yang membawakan watak seorang lelaki lembut. Lama tak tengok cerita ni... 

J terpandang sekeping kad nama lalu kad itu diambil dan dibelek depan dan belakang.. oooOooooOo... Sudah jadi yang lebih tua (baca: senior) rupanya.. Alhamdulillah. Kad itu disuruh ambil dan simpan. Tapi J tidak berkutik dan tidak memberi jawapan. Dengan wajah yang tidak beriak lalu kad itu diletak semula ditempat asalnya. 

Senyum.

Saya tidak perlu kad itu untuk mengingati kamu kerana sudah disediakan ruang di kotak ingatan dan dalam hati ini untuk kamu.

Mesti kamu akan kata, terpulang kamu.

Ya... saya tidak perlu. 

Kamu pernah mencuba. Tapi saya yang buat-buat tak nampak dan berlalu pergi. Akhirnya, kita bertemu semula tanpa disedari semuanya atas rancanganNya. Bukan? Kini kamu pula mahu berlalu pergi. Dengan penuh takzim memohon izin. Ahhh.. malu saya sendiri. Tidak mengapa... Saya izinkan. Kata kamu, jika sebelum ini mampu hidup biasa-biasa sahaja, pastinya kali ini juga kita mampu. 

Ya.. saya mampu. (walaupun belum pasti mampukah sebenarnya...)

Bakal rindukan pemandangan ini..

Doa saya sentiasa mengiringi langkah dan golekan tayar kenderaan kamu. Semoga apa yang kamu mahu dalam hidup, berjaya kamu kecapi. InsyaAllah.. jika kita masih berjodoh di suatu hari nanti, kita akan bertemu semula, bergelak ketawa mengingati kenangan yang telah kita cipta bersama. 

Saya sayang kamu.

Oh ya..... sila pulang, jika kamu sudah letih. Saya akan tunggu kamu selagi masih ada sisa masa untuk kita.

notakaki: berjodoh bukan hanya untuk lelaki sahaja. : )

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^