Thursday, October 14, 2010

Mee Udang

Assalamualaikum...

Salam Satu Malaysia....

Akhirnya...... seruan kembali mencatat terngiang-ngiang di telinga dua tiga hari ni. Ayuh... kita mulakan!!!!

Kita mulakan dengan cerita mee segera. hehehe.. Sapa saja lah yang tak pernah makan mee segera kan? Kan? TIPUlah kalau korang kata korang tak pernah makan... Kalau tak sebungkus pun, sesuap pun mesti pernah. hehe... Ada satu ketika dulu, heboh kisah mee segera ni disaluti lilin (baca:wax). Jadinya, bila si pemakan ni yang terlalu tinggi tahap kecintaannya terhadap mee segera lalu setiap masa dan ketikanya mengisi temboloknya dengan mee segera, DINDING PERUT dan USUSnya disaluti lilin. Tapi itu kisah diluar negara. Setahu J, tak pernah lagi dengar kes di Malaysia macam tu. Eh... takde kan?

Bila dah tersebar kisah tu mulalah semua orang sibuk kempen dengan anak-anak, kempen kat boipren, kempan kat suami, kempen kat isteri, kempen kat kawan-kawan supaya JANGAN MAKAN MEE SEGERA. Mi segera kan tiada khasiatnya.... kata mereka yang bijak pandai, MSG yang terkandung dalam perencah boleh melemahkan akal fikiran, membuat kita jadi peluapa (macam betul je.. akekeke), boleh buat rambut gugur dan tak ada nutrisi yang sihat yang boleh diserap oleh tubuh badan kita.

Tapiiiiiiiiiiiiii....... mee segera itu jugak lah yang dihadap bila kesuntukan masa dan perut pulak, tak nak bertoleransi untuk bersabar, sementara masakan yang bernutrisi disediakan. Makanya, mudah aje... masak air, rendam mee, bubuh perencah, lepas 2-3 minit dah boleh NGAP!!!

Alkisahnya hari ini...anak seorang teman , beli maggi tomyam in cup dari 7-11. Maknya rendamkan dengan air panas dan anaknya makan depan J. Aduhhh.... terliur J dibuatnya. Ish..ish..ish... Oleh itu, dengan semangat berkobar-kobar dan penuh perancangan dan segala ilusi dan ilustrasi terhasil di minda, dan terhasil lah mee udang ini. Sekian, terima kasih.


notakaki: dulu masa sekolah asrama, pernah jadi agen penjual megi tomyam yang berjaya! huhuhuhu..

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^