Monday, October 25, 2010

Nasi Lemak 50 sen

Ada lagi ke orang jual Nasi Lemak 50sen?

credit as stated in the pic
Eh... ada... J pernah makan kat gerai tepi masjid kat satu selekoh kat Pantai Remis. Sedap tuuuu...... Laksa mi yang dia jual pun sedap. Unik..sebab dia bungkus dengan daun pisang. eh.. cerita laksa mi pulak. Tapi kalau J makan nasi lemak 50sen tu, harus la tak cukup satu. mesti nak makan dua. Tak buruk lantak pun, sebab portion dia cukup untuk lapik perut je.. Bila tiba waktu tengah hari mesti nak cari makan lagik.. hehehe... Nasi lemak dia takde timun, tapi sambalnya bukan sambal ikan bilis tapi sambal tumis ikan... ish.. terlioq la pulak...

Sejak akhir-akhir ni ungkapan nasi lemak 50sen ni selalu sangat dengar kat tv. Ishhh... terus terang J tak berapa berkenan tiapkali teaser tu keluar kat tv. Ala.. tak payah cakaplah teaser apa. Mesti korang tau... Tak boleh ke edit lain teaser tu????

TV ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. TV dah jadi cikgu segera yang sangat hebat dan berkesan selain internet. Kita yang dewasa ni, kalau menontonnya pastinya akan menjadi satu adegan yang lucu. Tapi bagaimana pula penerimaan dan penterjemahan dari anak-anak kecil????

J juga terkedu bila terdengar anak seorang rakan bertanya, "umi, apa maksud bila dia kata nasi lemak 50sen tu, umi?" haaa.... Apa nak jawab?

Sikap keterbukaan terlampau masa kini dah buat kita masing-masing tak ambil kisah pengajaran dan kesan negatif yang mungkin akan meracuni fikiran anak-anak kita. Secara tak langsung telah memetik suis ingin tahu mereka sehingga anak-anak ini mencari bahan-bahan yang tak sepatutnya mereka tahu di usia yang terlalu muda... aahh...

Jadi tak hairanlah kalau di umur 12 tahun, ada dikalangan anak-anak murid yang sudah ada girlfriend dan boyfriend. Malah... memanggil kekasih masing-masing dengan panggilan MAMA dan PAPA lagi... (-__-)

Fikir-fikirkanlah...


notakaki: 
1. Gayah Gebu dalam Metro Ahad pun ada tulis pasal kisah ni...
2. Mama dan Papa sebenar pun ada yang tak guna nama panggilan itu.. sedih...

***updated at 9.05pm ~~ Imran tinggalkan teguran--->tgk kat RSS feed tadi, tgk tajuk entry ni Nas Lemak. Puas fikir apa benda. Tup2, nasi lemak rupanya. Ahakz~~ thanks Imran!***

4 comments:

  1. Haha..nasik lemak 50 sen nora danish je yang ada...BTW, saya ada buat entri pasal nasik lemak 70 sen di The Sharkox: Nasik Lemak dan Kopi O kampung
    taktaulah kat tempat lain ada ke tak...

    ReplyDelete
  2. susah nk menjwb kalo bdk kecit tanya tu...seb bek bebudak kat ghumah ni xleh berkata-kata, selamattt huhu

    kat sini ada nasik lemak 50sen tp 3 kali suap je da abih hehe

    ReplyDelete
  3. tgk kat RSS feed tadi, tgk tajuk entry ni Nas Lemak. Puas fikir apa benda. Tup2, nasi lemak rupanya. Ahakz

    ReplyDelete
  4. Sharkox: Selalunya kat kampung-kampung je yg masih ada jual nasi lemak harga camtu.

    Meowmania: Nasib baikkk....

    Imran: Ha'ah kan? Thanks for mentioning it. Entri di pagi hari.. gitulah.. typo. hehe.. ~dah betulkan dah~

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^