Siang tadi sorang teman bawa J pergi jalan-jalan. eh... bukan jalan-jalan dengan kaki tau. Jauh tempat jalan-jalan tu. Kalau jalan kaki pun belum tentu sekarang ni J dah sampai sana. Kalau jalan jugak...habislah terbakar semua lemak yang J ternak selama ni.. hehe..Rupanya ada lagi yang lain turut serta. Dalam hati dah senyum.
Bolehlah bertemu lagi dengan rakan baru. Tapi bila mata bertemu mata, bila bibir ini mula mengorak senyum.. senyum ini ditidakpedulikan. Kenapa ye? Oh... mungkin tidak perasan agaknya. Tapi bila duduk semeja, mata bertemu mata, J cuba lagi untuk berbual. Sepatah dua jua yang dibalasnya. Tidak berminat agaknya sekalipun untuk sekadar berbasa basi.
J masih tetap dengan senyuman.
Rugi ke kalau senyuman itu dibalas? Kena bayar ke kalau nak ajak berbual setopik dua?
Atau... rupa J ni yang pelik atau menakutkan untuk dijadikan rakan untuk berbual mesra? huh...?
notakaki: saya orang biasa-biasa aje.... mungkin tak sepadan untuk dijadikan teman...


No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..