Saturday, December 4, 2010

Pertemuan dengan Tok Janggut yang Hensem.

Iklan kat radio kemain lagi kata target nak capai pengunjung seramai 1.5 juta. Wahhh.....J memang tak pernah pegi MAHA sebelum. Asal nampak iklan je.. masa tu la ada hal la.. balik kampung la.. ade je aral yang melintang lalu.

O yea.. Mak Iti tak jadi laser mata dia.. atas sebab-sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Alaa.. dia batuk. Jadi doktor kata, tak berani nak tanggung risiko kalau pembedahan tu diteruskan sebab batuk melibatkan urat mata. Kalau buat juga, karang jadi penyakit lain pulak. Asal kata tak jadi je... Lajuuuuuuu aje J kata.. "JOM kita gi MAHA?" hehehe...  Mak Iti  pun cerah biji mata... Jom, katanya.. ^_^ J pun berjaya meracun pak Mat supaya ikut sekali.

Kami pergi pagi. Tak juga paginya.. dah pukul 11 baru sampai sana. Kereta yang bersusun nak masuk toksah cakaplah... Masa tu tinggal parking depan je.. Nasib ada tram yang berpusing-pusing sekeliling MAEP tu. Cuaca pun alhamdulillah...panas. Tak hujan. Dan tak sangka pulak MAEP tu sebesar-besarnya kawasan... adoi... melawat 4 hall pameran dan agrobazaar pun dah makan masa 3 jam lebih... semua nak tengok.. semua nak rasa... Orang memang ramai sesangat.. jadi tak mustahil kalau kehadiran J kat sana menambah jumlah pengunjung yang akan mencecah 2 juta orang. Mampu kah??? hehe...

Tak sempat nak tangkap gamba sangat. Tangan penuh dengan barang dengan payung. Kami tak singgah ke semua tempat. Hanya ke Laman Ternakan sahaja. Jadi bertemula dengan Tok Janggut yang hensem-hensem belaka ni...

Eh... cik ni takde janggut.. Adik beradik Shaun the Sheep nih! hep... jangan main-main RM1k lebih sekor tau..
Baka Jantan Terbaik ni.. Lupa jenis apa.. lupa nak catat.. Tapi tak ensem sungguh. Berkedut-kedut muka dia.. hahaha..
Kedua terbaik.. maintain macho beb!
yang ni macam muka atuk-atuk kan?

Lembu pun ada.. Sangat GEMOK hokey!!! Pak Mat kata.. kalau sembelih nak lapah, mau ambil masa berjam-jam nak selesaikan seekor... kesitu pulak dia..


Lembu-lembu ni bertuan. Mereka masuk pertandingan Baka Jantan Terbaik. hoiihh.... kemain lagi... Memang la cuasa panas... tuuuuuuu dia... Siap berkipas kau!!! Kita ni menitik-nitik peluh nak jumpa dia. heh..



Dah puas pusing.. Singggah makan Kambing golek yang sangat marvelllous! Abg jual tu siap tegur lagi katanya susah nak jumpa perempuan yang suka makan kambing. Ye ke???? Eleh... ayat beli jiwa la tu konon... Sampaikan Mak Iti mintak kentang bakar lebih pun dia bagi aje.. hehe.. Sekali tengok jam.. eh.. dah 5.30 petang. Masing-masing pun kaki dah naik kebas. Makanya masing-masing pun sedarlah diri untuk pulang dan berehat.. hehe..

notakaki: Two.. thumbs up kepada penjaga parking.. driver tram.. penunggu stesen tram.. Sangat mesra alam dan sentiasa sedia memberi informasi jika diperlukan.

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^