Wednesday, December 1, 2010

Penghuni bawah tangga


Ticer! Ticer! Ada kucing kat sana. kat bawah tangga. Dia lapar ticer. 


Mak dia takde. Kesian dia ticer lapar. Asyik bunyi miau miau je, ticer.


Petang tu, J balik lambat. dalam pukul 3, J pergi jenguk kejap budak-budak kecik tu sebelum balik. Ternampak si oyen ni terintai-intai.. Ohoo.... ini ibu si putih tu rupanya..



Esoknya budak-budak kecik ni jadi rebutan budak-budak sekolah. alamak... Jenuh pulak J berkejar menyelamatkan si kecik tu semua. J ambil kotak kertas A4 dari pejabat, letak satu kain buruk yang di'pau' dari sebuah kelas tahun 6, dan bersemayamlah mereka dengan aman di dalam kotak tu.


Bila dah terjaga, mestilah lapar. Ibunya dah tak taulah kemana perginya. J turun ke prasekolah untuk mintak susu tepung sesudu. J bancuhkan dengan air, mintak straw kat kantin dan suap sekor-sekor. Lahap betul!!!

 
Esoknya semua hilang. Seekor kawan J bawak balik rumah. Lagi 3 ekor hilang. Ibu dia bawa lari kot. Kalau tak silap... tak hidup lama budak-budak ni. Kesian... Ibunya liar. Tinggal anak kat tempat yang ramai  orang. Nampak orang je larik laju-laju... Mesti mati kelaparan budak-budak ni. Tengok muka si kecik ni... comot la sikit... tapi comel kan??? 


1 comment:

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^