Sunday, May 26, 2013

Kembara Umrah 2012 Pt 1

**Ini entri yang panjang dan bersiri. Perkongsian yang diharapkan dapat meleraikan rindu pada yang sudah ke  sana dan pembakar semangat serta memberi maklumat tambahan kepada yang bakal pergi**

Pada tarikh yang sama pada hari ni, 26 Mei 2012, SETAHUN yang lepas, merupakan hari kedua saya jejakkan kaki di Madinah. Alhamdulillah... dengan izinNya, saya menjadi tetamu di tanah kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Ya... ini cerita SETAHUN yang lepas. sengaja saya simpan cerita ini. Kerana merasakan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan ketika itu.. tak tau nak cerita macam mana... tapi terasa seperti belum masanya untuk saya ceritakan tentang perjalanan saya yang penuh dengan ketenangan itu.


Perjalanan hari pertama adalah  pada hari Jumaat. Walaupun diuji sebelum bertolak pergi dengan kelewatan penerbangan. Zikirullah tetap tidak lekang dari bibir diiringi doa dari rakan-rakan yang pada hari yang sama menyambut sambutan hari guru di sekolah.


Saya ke sana dengan Pak Mat & Mak Iti. Alhamdulillah... masih berpeluang kesana bersama-sama mereka.


Dalam perjalanan, isi kandungan dalam plastik coklat itu sangat mengujakan saya. Saya ni peminat aiskrim Magnum. dan bila dihidangkan aiskrim ini, saya menyengih sampai ke telinga. Bertambah lebar lagi bila kena habiskan Mak Iti punya aiskrim. ^_^


Perbezaan masa di Madinah adalah 5 jam lewat dari masa Malaysia. Jadinya ketika hampir tiba, langit cerah menghampiri tengah hari. 


Touchdown. Lapangan Terbang Madinah kelihatan kecil yang mana saya sangka pada mulanya besar. Maklumlah setiap masa menerima ribuan tetamu yang datang dan pergi setiap hari.. rupanya kecil sahaja. KLIA kita berpuluh kali ganda besarnya. 


Terima kasih MAS. Burung besi ini yang membawa kami terbang dengan selamatnya.


Dalam hati ini tak pernah berhenti berdebar. Dalam debaran tu saya bersyukur kerana diberi peluang kesini. Dan... peringatan juga kepada anda-anda yang sampai ke airport Madinah ni. Jika boleh tarik beg sendiri, tariklah sendiri untuk mengelakkan ditipu porter kat situ. mula-mula kata mereka 30 riyal sahaja untuk satu troli. Tapi bila sampai di bas, mereka mintak 90 riyal untuk 3 beg.. beg saya, Pak Mat & Mak Iti. Jadi...kalau boleh tarik sendiri, tariklah sendiri ya?

Bandar Madinah agak sibuk. Terdapat banyak construction sana sini. Mak Iti kata dah banyak perubahan dari kali terakhir dia ke sini. Sampai di hotel. Check in. Mandi. Rehat. Solat jama' dan bersiap untuk ke Masjid Nabawi.


Kagum dengan keindahan senibina masjid ini.
(Gambar yang saya ambil tidak berapa dapat menterjemah keindahan masjid ini. Maaf)


Hari kedua, selepas sarapan pagi, ziarah pertama dilakukan. hari masih pagi. Tapi payung sudah ditebarkan. Kalau ke sini semasa cuti sekolah tengah tahun, bersiap-sedialah dengan musim panas. 


Peringgahan pertama adalah memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW.
(dibawah kubah hijau itu adlah makam nabi junjungan kita)
Oh ya... saya memakai niqab kerana pada musim panas, debu dan pasir berterbangan. Dengan niat nak menjaga kesihatan saya memakai niqab tersebut. 


Makam Baqi...di mana para sahabat telah dikuburkan disitu. Doa juga dititipkan buat para sahabat di situ.


Selepas tu, kami menuju ke Raudhah. Untuk masuk ke Raudhah harus mengikut masa-masa tertentu dan juga mengikut kumpulan. dalam keadaan bersesak-sesak, Alhamdulillah... dipermudahkan untuk ke saf paling hadapan yang paling direbuti semua yang masuk ke situ. Solat sunat didirikan, doa ditadahkan... semoga Allah mendengar keampunan dan keberkatan yang dipohon.


Di hadapan pintu Raudhah. Masuk pintu lain, keluar pintu lain. Jadi sila ingat dimana anda letak selipar anda. ^_^


Salah satu bucu dan menara Masjid Nabawi di tengah hari.


Hampir masuk waktu Maghrib. Para jemaah mula sibuk merebut tempat yang terbaik untuk menunaikan solat.

oh... panjang sangat sudah... nanti kita sambung lagi ye? insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^