Monday, May 20, 2013

Jalan-jalan Macam Pelancong












Sabtu lepas J dan famili ke Menara KL @ KL Tower. Dah lama teringin nak pergi. Kuwait Tower punya jauh beribu-ribu batu dah naik. Tapi tower di negara sendiri tak naik-naik lagi. Jadinya, kami bercuti-cuti Malaysia macam pelancong di tempat sendiri. (Serius. Rasa semacam kekok dan jakun.haha.)

Setelah berbincang lama depan kaunter tiket, kami cadang nak beli tiket ke observation deck sahaja. Harga rujuk gambar last sekali ye. Kanak-kanak 4thn ke atas sama harga dengan warga emas, RM19.
Bila dah sampai ke atas yang jadi macam jakun sikit tu. Boleh teropong rumah J dari Menara KL. Teruja!. Sebelum tu, bersungguh-sungguh teropong Istana Negara yang baru kat Jalan Duta tu. Baru la dapat tengok full view rupa sebenar istana baru tu. Dah naik situ tak bergambar dengan berlatarbelakangkan Menara berkembar KLCC tak sah la kan? Walaupun pandangan sisi je. ^_^ (mujur dah pernah naik ke skybridge KLCC).

Dah puas melepak kat atas tu...jumpa KSU KKM, sembang-sembang hal negara sekejap. Duduk berehat sambil senyum-senyum kat pengunjung yang baru sampai, cuci mata tengok pelancong luar negara yang ada berdekatan.. pastu baru turun. Sekali ada persembahan tarian tradisional pulak. Layankan kejap. Baru la bergerak dari situ.

Kebetulan ada pesta buah mangga. Nama je pesta, tapi gerainya sikit je. Beli la pulut mangga dengan jus mangga. Ada demo buat mangga crepe. Dapat la jugak merasa hasil demo tu. Buah mangga tak beli pun. Ingatkan buah harum manis ada. Rupa-rupanya tak ada. Dah la berbuah setahun sekali. Nasib tak kempunan sebab Pak Mat dah beli baru-baru ni masa dia ke utara.
Apa-apa pun.. seronok berjalan-jalan macam pelancong ditempat sendiri. Padahalnya... duduk kat KL jugak. Hihi.. KayEll lah sangat kan? 

J: ni lah padahnya bila asyik terperuk kat rumah..terperam kat tempat keje. Sesekali keluar melihat dunia...j.a.k.u.n. 
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^