Wednesday, March 10, 2010

Why me?????

Dengar kata karnival peringkat zon tetap akan menjadi tuan rumah... uurrrffff!!!!!!!!!! NOT AGAIN!
J kuatkan semangat ngadap bos. Dengan harapan tak mau lagi memegang duit dan kira-kira (kalau duit banyak-banyak tu masuk akaun J pun sodap la jugak kan?). Dah 2 tahun berturut jadi bendahari. Dah la selalu fenin-fenin meloya tiap kali tengok nombo banyak-banyak. Kalau dalam beberapa skul takpe la jugak, ni 60 skul.. Adeh....

Malangnya permohonan secara berhemah tidak dilayan. Segala alasan kukuh semua dah dibentangkan. Tetap tak berjaya... Dah tau prestasi J da mula menurun, masih nak lambakkan macam-macam kerja pada J.  J tak mintak banyak.. cuma tukar sahaja kepada orang lain dan latih la orang baru pula supaya mereka juga mempunyai kemahiran dan pengalaman menguruskan wang. Alasannya.. payah nak tukar tandatangan.. payah nak pergi ke bank.. nak isi borang bagai...Apa saje bukti dan fakta sokongan dibentangkan, semuanya kena cantassss...zass..zass.. dan zass...  hhmmm.. Lagi nak buh nama J dalam ajk pibg. hah!!!!!!!Macamlah takde orang lain dalam komuniti yang macam kecik tapi besar tu! balik-balik orang tu.. balik-balik orang tu jugak.. Orang lain sedap je goyang kaki.. Dah la macam takde belas kasihan... kalau berhujah, tau nak menannnnnggggg jer! Bosan! Bosan! Bosan!

Bila dah terlalu banyak kerja-kerja yang tak berkaitan dengan p&p, buat J tak minat nak pergi kerja hari-hari..... Budak-budak pulak menambah resah dan gundah di hati... J pun tak tau sama ada sekarang ni profesion J ni adalah seorang ticer atau kerani???

nota kaki: konpius giler....

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^